Wednesday 28 October 2020

Apa Yang Bagus Sangat Tentang Norwex?

October 28, 2020 1
Apa Yang Bagus Sangat Tentang Norwex?

Hai semua,

Harini nak bercerita fasal jenama yang meningkat naik pada musim pandemik terutamanya waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sis diperkenalkan dengan Norwex aka kain kayangan ni oleh adik sendiri. Masa tu dia baru je dapat anak sulung, Ariana.

Norwex

Biasalah orang perempuan ni, bila jadi mak je, automatik dia punya protective mode akan diaktifkan. Dah tu fitrah yang Allah s.w.t bagi kat kita sebagai wanita. Jadi sis pon tak hairanlah. Sis pon mak-mak orang jugak. Makanya sebagai seorang mak yang sayang pada anak dia dan anak dia plak masih bayi kecil yang mudah terkesan, dengan kuman, bakteria, bahan-bahan kimia, dia pun berkenalanlah dengan Norwex ni.

Kalau datang p jenguk anak buah dia pon, tak habis-habis dia puji melambung Norwex ni. Nak lap muka anak, pakai Norwex. Nak mop lantai pakai Norwex. Nak basuh pinggan, pakai Norwex, nak cuci mekap pakai Norwex. Makan Norwex, tidur Norwex, mandi pon Norwex gitulah.

Sis akui memang lepas guna Norwex ni, banyaklah perubahan yang adik sis lakukan. Katanya matlamat utama dia gunakan Norwex ni untuk merapatkan lagi sillaturahim dengan alam sekitar. Bab ni sebagai orang yang cintakan alam sekitar, sis setujulah. Semua insan di muka bumi patut lakukan sesuatu untuk menambah baik persekitaran dunia.

Dari situ, sis nampak dia dah tak pakai tisu, dah tukar semua alat pembersih biasa kat rumah kepada Norwex yang dikatakan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Alangkan dia buat makan-makan pun dah tak pakai pinggan mangkuk pakai buang. Malah semua tetamu kena basuh dan bersihkan pinggan mangkuk sendiri. Adik sis siap sediakan satu timbunan Norwex untuk tetapi kesat atau lap apa yang patut, dan dia akan basuh balik kain kayangan Norwex dia tu.

Biasalah manusia, kalau dia try sesuatu best, mestilah dia nak rekemen kat semua orang. Adik sis pon sama. Makanya dia pon hadiahkan sis beberapa kain kayangan Norwex ni untuk tujuan cuci-cuci di rumah. Orang dah bagi, haruslah kita ambil. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.

Jadi makanya bermulalah episod sis dengan Norwex ni. Memandangkan adik sis tau sis dah mula gila baking, makanya dia pon hadiahkan Norwex Dish Cloth. Katanya sesuai untuk basuh baking appliances.

Kain ni macam bentuk jala. Kain lubang-lubang segi empat. Boleh dilipat. Memula dapat memang sis campak je kat tepi. Kah kah kah! Dasar kakak tak guna. Sehinggalah satu hari tu banyak membaking, terus teringat adik sendiri kata kain tu best untuk basuh baking appliances. Terus sis korek dan buat basuh.

Mujurlah haritu memang ambil-ambil gambar untuk kek sis, maka sis pun telah merajinkan diri mengambil gambar bagi membuktikan sis guna dan hargai pemberian dish cloth adik sis ni
Norwex
                                                       Yer, kain biru itulah Norwexnya.


Sejujurnya masa pakai memang sis rasa, eh, a'ahlah, senang nak bersihkan adunan tepung yang likat melekit tu. Lepas dah bersih baking appliances tu, dish cloth tu pon senang nak dibersihkan. Selama ni pakai span kan macam span tu susah nak bersih daripada adunan kek tu. Kira bilas banyak kali pon macam tak berguna.

Lagi satu kalau guna span biasa ni, selang dua minggu dah kena buang sebab cepat berbau. Tapi Norwex ni, sis dah pakai 5 bulan dah. Tak pernah pulak berbau. Memang bestlah.

Norwex
Setakat ni, apa yang ditulis di atas semua sis akui... Bab kuman tu tak pastilah. Tapi bau memang takde


Lagi satu yang adik sis hadiahkan ialah Enviro and Scrub ni. Yang sis gantung tengah-tengah.
Norwex
  Hai...ni koleksi gantung-gantung saya. Yang tengah biru tu Norwex dari kayangan


Enviro and Scrub ni sis suka sebab rekaannya yang dwi-muka. Sebelah permukaannya ialah mikrofiber berbentuk skrub yang boleh buat tonyoh kotoran degil manakalah sebelah permukaan lagi pula diperbuat daripada EnviroCloth untuk mengelap kotorang degil. Ha gitu.

Yang skrub tu biasa sis buat sental sink sampai bersih berkilau je. Yang licin tu leh lah buat lap lepas tu. Ngahahaha... Kekadang buat lap meja jugak. Tapi adik sis kata yang ni kena cuci dengan pencuci Wash-Up Liquid Norwex. Takleh pakai sabun biasa. Mujurlah dia pon hadiahkan liquid tu jugak. Katanya boleh digunakan sehingga tah berapa kali cucian. Yang penting sis punya tak habis lagi pakai.

Norwex
                     Ha itulah... sis pon perasan lepas berapa kali pakai je span kekadang berbau.


Kesimpulannya, kain kayangan Norwex ni memang mahal bersebab lah kan. Mikrofiber biasanya harga memang tak semurah kain biasa. Setakat ni sis memang berpuas hati dengan penggunaan kain have-have Norwex ni. Lagilah kalau ia dapat menggalakkan persekitaran rumah yang lebih bersih serta kehijauan alam sekitar.

Makanya sis sendiri ada beli tuala mandi Norwex sebab tuala yang biasa sis pakai tu tak best. Sama ada bulu-bulu dia selalu tercabut, warna luntur ataupun langsung tak serap air. Argghhhhh! Stress! Nanti dah pakai sis kongsikannya lagi. Da~~~

Untuk yang berminat untuk ketahui cemana Norwex dapat menambah baik kehidupan anda di rumah (pergh... ayat takleh tahan), leh lah hubungi my dearest sis. Bagi sesiapa yang berminat nak join my sis punya #NorwexcitedGeng sebagai consultant untuk menambah pendapatan pun adalah sangat dialu-alukan. Maklumat seperti di bawah:


Izah
Norwex Consultant
#NorwexcitedGeng
Tel/Whatsapp: 018-2070558
Instagram: Norizah Marzuki
Laman Web: Norwex Malaysia




                                                                                        Home



Siapa Yang Tak Suka Dengan Sate Ayam Segar Buatan Sendiri!

October 28, 2020 0
Siapa Yang Tak Suka Dengan Sate Ayam Segar Buatan Sendiri!

Duduk rumah dalam tempoh ini, semakin ramai yang rajin masak di rumah. Menu itu, menu ini, masing-masing cuba masak resepi baru hari demi hari. Sekurang-kurangnya, dapat nikmati bersama keluarga dan insan tersayang. Lagipun untuk keluar makan di luar macam dulu sudah agak tidak releven dan dalam masa yang sama bila dapat masak sendiri begini, sedikit sebanyak kos belanja rumah boleh dijimatkan.

Antara sate yang terkenal di Malaysia adalah Sate Kajang Hj. Samuri, dah lama benar sate ini dan hingga kini masih popular dengan keenakan rasanya. Sate ayam yang enak selalunya bergantung pada rempah perapan dan juga rasa sos kuah kacangnya.

Resepi Sate Ayam

Terdapat banyak jenis sate untuk dinikmati seperti sate daging, sate kambing, sate arnab, sate perut, sate rusa, sate landak dan banyak lagi, tetapi dalam banyak-banyak pilihan sememangnya sate ayam adalah yang paling terbaik sekali dan mudah untuk diterima oleh semua. Harganya juga lebih murah dan berbaloi.

Sate ayam boleh dianggap sebagai salah satu menu pembuka selera sebelum menikmati hidangan utama yang lain. Jika nak rasa lebih kenyang, ada baiknya order sate ayam bersama dengan nasi himpit.


Sate Ayam Malaysia Is The Best!
!

Terdapat banyak versi resepi sate ayam di Asia, tetapi sudah semestinya sate ayam di Malaysia paling terbaik dan menepati citarasa diri ini. Sudah namapun anak Malaysia kan!

Bagi yang ingin cuba membuat sate ayam homemade dengan menggunakan bahan-bahan segar yang dibeli sendiri, di sini turut dikongsikan resepi sate ayam buatan sendiri yang sedap dan mudah.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Ayam 2 kilo
Bawang putih 1 labu
Bawang besar 2 biji
Halia 2 1/2 inci
Serai 6 batang
Lengkuas 2 inci
Ketumbar 10 gram
Jintan Manis 50 gram
Jintan Putih 20 gram
Kunyit serbuk 50 gram
Kunyit hidup 3 inci
Gula melaka 1 cawan
Gula pasir 1 cawan (kurangkan jika tak nak manis)
Garam 3 sudu kecil

Cara-cara untuk memasaknya :

1. Blend semua bahan satay kecuali ayam.
2. Kemudian satukan bahan blend dengan ayam dan gaul sebati.
3. Rendamkan dahulu lidi satay 1 jam untuk memudahkan cucuk dan bakar nanti lidi tidak hangus.


Resepi Sate Ayam


Bahan Untuk Kuah Kacang

Kacang tanah, goreng dengan minyak sedikit atau tanpa minyak dan blend setelah sejuk.
Lada kering, blend.
Gula melaka
Garam
Gula
Halia
Serai
Asam keping
Bawang besar dan bawang putih

Cara Membuat Kuah Kacang

1. Tumis bawang dan lada kering sehingga naik bau.
2. Masukan Kacang, gula melaka, halia, serai, asam keping, garam dan gula.
3. Akhir sekali masukkan air.


Resepi Sate Ayam


Untuk rasa terbaik yang lebih padu, boleh ikuti rahsia atau teknik ketika membuat sate seperti ini :

- Gunakan gabungan isi daripada bahagian dada ayam, paha ayam dan lain-lain.
- Potong setiap bahagian daging ayam menjadi kepingan yang seragam saiznya.
- Perap ayam semalaman dengan bahan perapan untuk rasa yang lebih dalam.
- Rendam lidi buluh di dalam air sekurang-kurangnya selama dua jam. Ini akan mengelakkan lidi buluh terbakar di atas bara semasa proses membakar nanti
- Sediakan juga gunting untuk memotong kepingan daging yang hangus dan terbakar ketika proses membakar sate itu nanti.

Terdapat juga soalan yang sering ditanya tentang sate ayam ini. Sebagai contoh adakah sate ayam ini tergolong sebagai salah satu menu sihat?

Jawapannya sudah tentu adalah YA! Ia adalah salah satu jenis makanan sihat kerana menggunakan rempah ratus sebagai perapan dan proses memasaknya menggunakan cara bakar.

Bolehkah masak sate menggunakan oven? Oh tentu saja boleh! Sate juga boleh di bakar di dalam ketuhar, atau digoreng dengan kuali tetapi sudah tentulah hasil pada rasa dan baunya tidak sama dengan sate ayam yang dipanggang di atas bara api.

Mahu Masak Sate, Mahu Beli Bahan Yang Berkaitan? Boleh Terus Beli Secara Online Melalui Pandamart!

Untuk membeli barangan runcit, tanpa perlu melangkah keluar dari rumah juga boleh. Caranya adalah dengan membuat belian secara atas talian dan salah satu pihak yang ada menawarkan servis grocery delivery ini adalah Pandamart.

Pandamart ini dimiliki oleh Foodpanda, dan ini bermakna Foodpanda bukan saja ada servis pesanan dan hantaran makanan malah turut ada servis pesanan dan penghantaran untuk barang keperluan rumah juga.

Resepi Sate Ayam

Melalui Pandamart, pengguna boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti susu bayi, sabun, minuman kegemaran, ubat-ubatan dan sebagainya. Kiranya Pandamart ini membolehkan kita mendapatkan barangan yang penting dan perlu tanpa melangkah keluar dari rumah sama sekali.

Ini sangat sesuai dengan keadaan kita semua dalam usaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 yang sedang menyerang negara. Harga barangan melalui pesanan di Pandamart Foodpanda ini juga sangat berbaloi dan berpatutan.

Sekian perkongsian sis hari ini.

Da~~~

Baca juga:


Tuesday 27 October 2020

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown Menyelerakan Peminat Makanan Pedas

October 27, 2020 0
 Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown Menyelerakan Peminat Makanan Pedas

 Hai semua,

Dah lama sis tak buat ulasan makanan. Harini sis nak buat ulasan tentang menu baharu yang ditawarkan oleh MarryBrown, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal yang sinonim dengan zaman waktu kecil sis. MarryBrown ni antara salah satu restoran perintis yang selau menawarkan menu-menu hebat yang lai daripada yang lain.

Untuk menu baharu kali ini, MarryBrown telahpun menawarkan sensasi Rempah Mala-tup (麻辣)yang diperbuat daripada lada Sichuan dan cili kering khas. 

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Sensasi Rempah Mala-tup yang diilhamkan dari stimbot Mala

Kalau korang nak tahu, perisa atau rempah mala (麻辣) memang terkenal di Negara Cina, Taiwan dan Hong Kong yang mana rasa pedasnya berbeza dengan sambal atau cili di negara-negara Nusantara atau Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand mahupun Indonesia. Seperti maksud perkataannya dalam Bahasa Cina sendiri, mala atau éº»è¾£ terdiri daripada perkataan 'ma' atau éº» yang bermaksud 'kebas' serta perkataan 'la' atau 'è¾£' yang bermaksud pedas. Jadi pedasnya kebas-kebas gitu. Tak sama dengan sambal cili, sambal mahupun tomyam. Eh!

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Ni salah satu hidangan Mala, nampak menggiurkan

Lagi satu, biasanya mala ni sinonim dengan stimbot yang mana kuah atau sup stimbot adalah berperisa mala. Tetapi kali ini Marrybrown telah membawakan kelainan dengan menyediakannya dalam bentuk ayam goreng. Zasss....

Jom terjah menu baharu sensasi rempah Mala-tup Marrybrown kalini:


Menu mala Mala-tup kali ini telah disesuaikan kepada tiga jenis menu berbeza, bersesuaian dengan tahap kegemaran anda terhadap rasa pedas. Untuk yang nak makan tapi takut pedas, bolehlah cuba:

i. Kombo Bubur Ayam MALA (Harga dari RM14.60)

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Kombo bubur ayam Mala

Untuk yang boleh tahan pedas tapi tak naklah terlalu banyak atau tak nak overdose, boleh cuba

ii.Mala-tup Box Meal

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Mala-tup Box Meal

Dan bagi yang memang benar-benar gemarkan kepedasan Mala ini, bolehlah ambil kombo ayam goreng yang didatangkan dengan 2 ketul ayam atau....

iii.Ayam Goreng Mala 3 pcs Combo (Harga dari RM18.80)

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
3 Ketul Ayam Mala

Dah tengok gambar rasmi, jom tengok gambar yang sis ambil pulak... Time-time PKPB ni, takyahlah makan kat restoran sangat. Marilah bersama-sama melandaikan lekuk Covid-19 gituuu...

Sejujurnya, gabungan ketiga-tiga menu ni memang ngam-ngam choi untuk sis sekeluarga sebab Mia suka bubur dan kurang pedas, Hariz boleh tahan pedas tapi suka makan burger dan sis pula hantu pedas.


Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Makan kat rumah pon boleh tangkap gambar jugak
Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Aduh, memang terliur bila mengenangkan kembali


Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Kombinasi bubur dan ayam goreng Mala memang padu!

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Set burger dan ayam goreng Mala beserta kentang goreng

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Cantik je kentang putar tu kan?

Ulasan sis: Rasa ayam Mala ni memang agak membuat orang ketagih. Mungkin kerana rasa manis masin dan pedasnya cukup rasa. Kalau makan dengan bubur lagi menaikkan selera. Manakala kalau ratah ayam je, memang cukup berasa rempahnya.

Walaupun rasa Malanya tak sama seperti stimbot Mala yang sis pernah makan di China dan Taiwan, namun tak dinafikan rasanya lain daripada yang lain. Sesuai bagi mereka yang nakkan kelainan terutamanya waktu ramai sangat dah buat menu sama seperti masakan ayam pedas Korea ataupun menu berkeju.

Berminat? Jangan lupa dapatkan di restoran Marrybrown yang berhampiran atau buat pesanan menerusi Food Panda ataupun GrabFood. Promosi  Mala-tup ni  hanya sepanjang 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020 ini saja.

Sekian ulasan sis kali ini.

Da~~

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/

Baca juga:


Resepi dan Tips Puding Karamel Pasti Jadi
Resepi Roti Mini Keju Kranberi


Monday 26 October 2020

Pengalaman Langsaikan Hutang Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat

October 26, 2020 3
Pengalaman Langsaikan Hutang Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat

 Assalamualaikum semua,

Harini nak cerita satu lagi pengalaman pahit sis dalam berhutang dan melangsaikan hutang pinjaman peribadi sis. Biasa pinjaman tu untuk bank konvensional. Kalau bank yang islamik pula, ia digelar pembiayaan peribadi. Ha, tak kisahlah yang mana satu pun, yang penting, memang seriklah.

Sebelum jadi macam sis, sis nak nasihatkan dulu kepada para pembaca sekalian supaya jangan sesekali ambil pinjaman/pembiayaan peribadi kalau tak ada keperluan. Kiranya jangan ambil suka-suka atau sekadar nak berseronok, nak melabur ponzi scheme, nak kahwin mewah, nak mencurah air ke daun keladi bagai. Tak payah! Dengarlah nasihat tulus suci dan murni sis ni ya. Almaklumlah pinjaman atau pembiayaan peribadi ni dikategorikan sebagai hutang jahat. Evil gitu! Sis dulu kalau bukan kerana terdesak, memang sumpah takkan amik.

Okay, berbalik pada cerita hutang sis dengan Bank Rakyat tu. Kisahnya sis bosan dah dibelenggu beban hutang yang keliling pinggang ni. Biasalah, nak hidup, memang kekadang terpaksalah ambil hutang untuk melalui saat-saat sukar. Tapi sebagai manusia, kita tahu, kalau nak hidup tenang, memang kena selesaikan hutang. Kalau hilang sumber pendapatan ke, sakit ke, nak mati ke, takdelah terbeban dengan hutang yang ada. Makanya sejak awal lagi memang sis dah tanamkan niat untuk langsaikan hutang jahat ni secepat mungkin. 

 

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Babai hutang bank rakyat. 

Alhamdulillah setelah lapan tahun menyusun strategi kewangan dan usaha menambah pendapatan, akhirnya simpanan sis telah mencukupi untuk melangsaikan hutang pinjaman peribadi ni. Kalau ikutkan hati, siapa tak suka tengok duit berkepuk-kepuk dalam akaun bank? Tapi sewaktu ekonomi gawat tatkala pandemik Covid-19 ni, sis faham, hutang tetap hutang dan haruslah dilangsaikan walau seberat mana hati kita sekalipun.

Antara perkara yang buat sis pejamkan mata dengan bisikan keengganan melunaskan hutang ni adalah:

i. Hutang Wajib Dilunaskan

Waktu sis hutang keliling pinggang dulu, sis selalu berdoa supaya dipermudahkan usaha sis untuk melunaskan hutang. Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mengambil hak milik orang lalin (berhutang) dan dia mahu membayarkanya semula nescaya Allah akan membayarkan untuknya." Jadi bila dah cukup duitnya, walaupun sayang mana sekalipun, sis tau duit itu bukan hak sis, jadi sis teguhkan je hati, pejam mata dan bayar je duit tu ke bank

 

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Amin insyallah


ii. Penurunan BLR/BR tidak tertakluk kepada pinjaman/pembiayaan peribadi/kadar tetap

Tahun ini saja, tiga kali BLR/BR diumumkan turun oleh BNM. Maka semua bayaran bulanan pinjaman atau pembiayaan akan dikurangkan selaras dengan penurunan tersebut kecuali pinjaman/pembiayaan peribadi. Dari sini kita boleh nampak, apa gunanya biar je hutang ni terus-menerus menjerat hidup kita. Makanya, marilah kita setelkan.

iii. Tempoh Pembiayaan/Pinjaman Peribadi Telahpun Dipendekkan

Pembiayaan yang sis buat ni adalah pada tahun 2012. Ni antara pembiayaan/pinjaman terakhir yang mana tempoh pembiayaan/pinjaman peribadi masih lagi sehingga 20 tahun. Pada tahun 2013, Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun mengarahkan bank-bank untuk memendekkan tempoh pembiayaan/pinjaman peribadi ke 10 tahun sahaja. Tentu ada sebab kenapa BNM pendekkan tempoh pinjaman/pembiayaan peribadi, maka takyahlah simpan pinjaman yang menjerut leher sampai ke 20 tahun ni.

Jadi berikut merupakan Kronologi Sis Melangsaikan Hutang Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat:

Sekitar Disember 2019 hingga Februari 2020

-Membuat beberapa panggilan ke Bank Rakyat untuk bertanyakan tentang baki pinjaman dan bertanyakan tentang proses penyelesaian awal pinjaman/pembiayaan

-Menyatakan hasrat untuk membuat penyelesaian awal bagi pembiayaan peribadi

-Baki penyelesaian awal tidak diperoleh kerana dikatakan bergantung kepada bila nak buat penyelesaian awal

-Dah beritahu bila mahu diselesaikan pun pihak bank tidak dapat mengesahkan satu jumlah yang tetap bagi tujuan penyelesaian awal

9 Mac 2020

-Meminta pihak bank untuk menghantar sesalinan Surat Tawaran Pembiayaan kerana salinan pelanggan tidak ditemui (aneh juga sebab sis memang jenis yang simpan semua surat-menyurat ni)

-Pihak bank menghantar sesalinan surat tawaran melalui e-mel

-Mengkaji terma dan syarat pembiayaan peribadi yang ditawarkan (Penting!! Sebab ada pinjaman/pembiayaan peribadi yang mengenakan sejumlah bayaran apabila kita membuat penyelesaian lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan)

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Diambil dari surat tawaran sis

-Ada rebet katanya kalau buat penyelesaian awal.

-Jelas sekali pelanggan perlu memaklumkan notis sekurang-kurangnya sebulan kepada pihak bank dan jelas sekali sis dah beritahu lamooo dah nun dari Disember 2018

-Tapi bagi tujuan keselamatan, sis jawab balik e-mel 9 Mac tu yang mengatakan sis nak buat penyelesaian awal akaun pinjaman tu dan minta dia jumlah yang perlu dijelaskan

-Malangnya sampai ke sudah tak berjawab.. Choy!


Sekitar 13 Mac -20 Mac 2020 (Awal atau sebelum PKP)

PKP diumumkan, jadi sebelum langkah menjadi pendek disebabkan perintah kawalan pergerakan, sis yang memang nyampah dengan Bank Rakyat pun ambil keputusan untuk terjah je ke Bank Rakyat.
Kalau ikutkan pembiayaan sis dibuat di Cawangan Bangsar Baru, tapi nak ke sana jauh sangat dari Shh Alam. Jadi sis pun terjah jelah cawangan Shah Alam.

Selepas ambil nombor, sis kena pergi Tingkat 2 kalau tak silap, bahagian pinjaman/pembiayaan.

Kat sana sis kena ambil borang yang mengatakan sis nak buat penyelesaian awal dan Bank Rakyat akan berikan satu jumlah yang sis perlu langsaikan.

Sis pon tanyalah.. jadi lepas isi borang ni cemana? Pegawai bertugas kata pihak bank akan call dalam masa seminggu. Sis minta salinan... takde. Ermmm.... Jadi kalau pihak bank tak call juga cemana. Dia kata pihak bank akan call. Pfftt!

8 Mei 2020

Oleh kerana dah berkurun sangat menunggu panggilan daripada Bank Rakyat dan ditambah pula dengan panggilan ke Bank Rakyat yang susah nak mampu untuk ditembusi, sis ambil keputusan untuk terjah sekali lagi ke bank rakyat. Grrr.... Dah la time PKP ni. Lagi nak suruh orang ke sana sini plak. PM pon suruh dok rumah diam-diam tau.

Sampai sana, biasalah kena amik nombor bagai, pastu sebab dah PKP siap kena amik suhu bla bla bla dan naik ke Bahagian Pembiayaan. Tunggu.

Nombor dah dipanggil, pastu pegawai bertugas pon tanya nak apa. Eh, sis pon jawablah nak setel hutang. Dia cakap kena isi borang. Sis cakap dah lama dah, sampai sekarang pon tak dapat pon jumlah bayaran. Kata nak call, tak call pon. Jadi dia pon buka fail dia dan cari sambil muka tak puas hati.

Lepas nampak dan terbukti borang sis dalam fail tu, dia pon cakap, dia kena berhubung dengan cawangan bank rakyat untuk dapatkan jumlah akhir. Pastu tanya bila nak bayar. (Ewah! Dia yang tak bagi jumlah akhir bayaran, marah plak bila sis nak bayar).

Oleh kerana sis dah bengang memuncak, jadi sis pon cakap dah dapat jumlah akhir bayaran saya bayar terus. Eh, pastu dia cabar plak, nak bayar harini? Bayar harini jelah. Eh! Geram plak sis.

Pastu dia pon suruh berikan arahan yang paling tak bijak dalam dunia. Dia suruh buat pemindahan sekian amaun ke dalam akaun bank rakyat tu sekarang. Lepas tu baki 8 ribu dia nak sis bayar tunai sebab katanya ada rebet.

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Gerammmmm je ngadap banker ni kekadang


Ermmm...kenapa sis kata bijak? Sebab rebet yang dimaksudkan tu berapa sen sangatlah sampaikan sis kena keluarkan duit tunai lebih daripada 5 ribu kat ATM untuk bayar secara tunai. Pastu dia suruh bayar cepat sebab harini Jumaat tutup awal.

Yang paling best, ATM Bank Rakyat pada haritu semuanya rosak, tinggal satu je yang berfungsi. Dan yang lagi best, barisan panjang nak mati dan sekali keluar boleh RM1,500 je. Tu pun nak keluar RM1,500 tu mesin akan hang selamat 10 minit. Sis kena keluar lebih 5 kali untuk baki tunai tu.

Dalam hati sempatlah sis mencarut, apsal lah ko tak suruh transfer je semua duit tinggalkan seribu dua je untuk bayaran tunai. Nyusahkan orang betul. Dekat sejam jugalah semata-mata nak keluarkan wang tunai je kat situ. 

Walaupun terpaksa menahan sakit hati. Sis bersabar jelah memandangkan haritu hari Jumaat dan dalam hati rasa lega sangat-sangat sebab tak payah nak mengadap kerenah Bank Rakyat yang sangat tak efisien ni.

12 Mei 2020

Sis perasan dalam talian perbankan Bank Rakyt ni masih ada lagi maklumat tentang akaun pembiayaan sis. Jadi sebagai formaliti, sis telefon dan e-mel pihak Bank Rakyat untuk tulis surat rasmi yang pembiayaan sis telahpun diselesaikan.

13 Mei 2020

Surat diterima daripada Pengurus Cawangan Bank

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Ermm... minta dijauhkan la kena buat pinjaman peribadi lagi

Okey tatkala sis bergembira dan fikir kisah drama antara sis dengan Bank Rakyat dah berakhir, ada pulak sekuel okay!!!

28 Julai 2020

Terima panggilan daripada Bank Rakyat cakap ada lebihan bayaran daripada penyelesaian awal sis haritu. Pffttt!! 

Pegawai Bank tu pun tanya nak bank in kan ke akaun ke nak collect tunai. Urgghhhhhhh!!

Memula sis fikir transfer jelah. Pastu lepas teringat kembali kepantasan mereka menjawab e-mel dan kefisienan mereka mengendalikan borang, sis pon singgah jelah ke bank untuk ambil duit lebihan bayaran tu.

Maka dengan kutipan lebihan bayaran tu, berakhirlah episod sis dengan Bank Rakyat.

Walaupon kekadang dapat juga panggilan diorang yang menawarkan Pembiayaan Peribadi dengan kadar faedah yang rendah nak mati (kata diorang). Malas dah sis nak layan. 

Kiranya dia macam ex kitalah. It's all or nothing gitu! Keh keh keh.

Sekian pengalaman sis dengan Bank Rakyat.

Baca juga:

Tuesday 6 October 2020

Pengalaman Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Penuh di Beacon Hospital, Petaling Jaya

October 06, 2020 1
Pengalaman Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Penuh di Beacon Hospital, Petaling Jaya

Hai semua,

Harini nak cerita fasal pengalaman sis melakukan pemeriksaan kesihatan di Beacon Hospital, Petaling Jaya yang sis baru saja selesai jalani 2 minggu lepas. Nampaknya sis dan hospital sememangnya kuat jodoh. Mungkin lepas ni bertemu jodoh dengan doktor pakar pula. Siapa tahu? Kah!

Health screening
Sis tau, ada je yang takut kan nak p buat pemeriksaan kesihatan?


Okay sebelum citer lebih lanjut fasal pengalaman pemeriksaan kesihatan penuh di Beacon Hospital tempoh hari, mari kita ambil tahu dulu tentang perkara berikut:

Kenapa Kita Perlu Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Penuh?

Biasalah, pada zaman sekarang ni, ramai yang bekerja di pejabat seharian suntuk dan tidak mengamalkan gaya hidup mahupun pemakanan yang sihat. Sis merupakan salah seorang yang terbukti bersalah dalam hal ini. Balik kerja dah penat sangat, mana larat nak bersenam? Makan pulak asyik nak yang sedap je. Nampak tular semua nak cuba. Semua ini menyumbang kepada faktor menghidapi penyakit-penyakit kronik mahupun tidak kronik walaupun pada usia muda.

Oleh kerana mencegah lebih baik daripada mengubati, maka kita-kita yang banyak fiil buruk begini pun disarankanlah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah pencegahan. Yang muda sikit bolehlah buat saringan kesihatan 2-3 tahun sekali. Namun bagi mereka yang sudah berusia 35 tahun dan ke atas, eloklah jadikannya sebagai pemeriksaan rutin.

Ya, sis tahu, ramai yang takut sebenarnya untuk hadapi kenyataan kot-kot terbukti mereka menghidapi masalah kesihatan. tapi bagi sis, lebih baiklah kita tahu awal supaya dapat persiapkan diri menghadapi kemungkinan daripada tahu-tahu dah parah je. Tak begitu? Lagi-lagilah sis yang dah berstatus anak yatim piatu dan ibu tunggal. Kalau ada apa-apa jadi kat sis, macam mana dengan anak-anak sis tu?

Makanya pada hari jadi tahun ni, sis hadiahkan diri sendiri pemeriksaan kesihatan penuh supaya lebih cakna tentang tahap kesihatan diri.

Pakej Saringan Korporat Beacon Hospital

Sebenarnya banyak saja hospital yang menawarkan pakej saringan atau pemeriksaan kesihatan penuh yang dirangka berdasarkan keperluan, bajet serta usia mereka yang ingin melakukannya.

Namun, atas saranan pihak syarikat dan rakan sekerja sendiri, sis telah memilih untuk melakukan pemeriksaan kesihatan penuh di Beacon Hospital kerana pakej yang ditawarkan tersebut adalah agak menyeluruh dan berpadanan dengan belanjawan yang diberikan.

Meh teropong jap apakah antara pemeriksaan yang sis telah lalui:

Pakej adalah termasuk:
a) BLOOD EXAMINATION 
Full Blood Examination, Lipid Studies, Liver Function Test, Renal Function Test, Fasting Glucose,
Urine FEME, ABO Blood Group + Rh, Hepatitis Bs Ag & Ab, HIV I & II Ab,FT 4 (Free Thyroxine)
Rheumatoid Arthritis Factor, Iron

b) PHYSICAL & IMAGING EXAMINATION
Chest X-Ray,Stress test- Treadmill , Bone Dexa, 12 –Lead Electrocardiogram (ECG), Total Body Composition & Fat Analysis (In Body), Visual Acuity Test

c) ADDITIONAL TEST
Ultrasound Abdomen & Pelvis, Ultrasound Breasts/ Mammogram, Pap smear, Cancer markers - AFP
( Liver ) , CEA ( Colon )

d) EXAMINATION & CONSULTATION BY DOCTOR
                          
                                           Pemeriksaan Kesihatan Penuh di Beacon Hospital, PJ
Corporate Package
Pakej Korporat oleh Beacon Hospital

                                             

Apa yang menarik kat Beacon ni sis rasa sebab ada sarapan dengan makan tengah hari selain hadiah korporat bagi sesiapa yang mengambil pakej pemeriksaan kesihatan penuh dengan mereka.

Kalau lebih daripada 4 orang pergi pula, ada pengangkutan disediakan untuk pergi dan balik. Ditambah pula kawan sis cakap prosesnya agak cepat dan sis pon malas nak mix and match pemeriksaan kesihatan kat hospital lain, makanya sis pun cuba jelah di Beacon ni.

Lagipun, bila semak dengan bos sis yang buat pemeriksaan kesihatan kat Pantai Medical Centre dengan harga yang sama, adalah beberapa ujian yang tak termasuk dalam pakej kat sana. Contohnya Bone Dexa, ujian untuk menentukan ketumpatan tulang dan kalsium kita. Hei! Kan penting tu ujian tu. Al maklumlah perempuanlah yang biasa kena osteoporosis tu.

Persiapan Sebelum Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Penuh:
-Puasa sehari sebelum 12 malam atau sekurang-kurangnya 8 jam sebelum hari pemeriksaan (pengambilan air masak dibenarkan)
-Pastikan anda tidak datang bulan sewaktu tarikh pemeriksaan kesihatan penuh
-Maklumkan kepada petugas kesihatan jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan dan jika perlu, bawa ubat-ubatan tersebut
-Jangan pakai kanta lekap, sebaliknya pakai cermin mata (untuk ujian penglihatan)
-Bawa kasut sukan (bagi yang melakukan stress test untuk berlari di atas threadmill)

Bagi wanita pula:
-Disarankan melakukan ujian paps smear 5-7 hari sebelum atau selepas datang bulan
-Jangan melakukan hubungan intim 48 jam sebelum pemeriksaan dilakukan
-Maklumkan kepada petugas kesihatan jika anda menyusu badan atau mengandung
-Jangan gunakan deodoran pada bahagian dada


Hari Pemeriksaan Kesihatan

Makanya pada pagi-pagi hari pemeriksaan lagi sis dah sampai kat Beacon Hospital ni. Memandangkan sis tak pernah pergi Beacon Hospital ni, gusar lah juga takut susah nak cari tempat letak kereta bagai. Tapi puas hatilah, ha amik kau! Satu tanah lapang depan spital tu korang leh letak kereta.

Sis sampai dalam pukul 7 lebeh kot. Tapi hari tu agaknya memang tak bernasib baik kot sebab punyalah ramai manusia. Macam biasa, kalau nak datang hospital zaman Covid-19 ni, kenalah periksa suhu lah itulah inilah dulu kat khemah depan hospital tu.

Lepas dah setel semua, sis diminta naik ke tingkat satu. Lepas tu, macam biasalah ambil nombor, daftar diberikan senarai semak dan diminta untuk menukar pakaian. Makanya, kenalah salin baju pesakit hospital tu. Lepas tu sis diberikan loker yang mana semua barangan perlu diletak di dalam loker kecuali senarai semak dan telefon bimbit korang je.


senarai semak penuh
Nilah senarai semak sis. Dah jadi sambal belacan sebab asyik pegang je


Maka bermulalah proses korang menjadi tikus makmal. Kena ambil darah, ambil ujian air kencing, ultrasound dah sebagainya. Dah lah puasa, sampai-sampai dah nampak terhidang sarapan, tapi selagi tak dibenarkan makan, selagi tulah korang takleh makan.

Yang tak bestnya ujian ultrasound tulah, kena pastikan pundi kencing penuh dulu. Maka kenalah minum banyak-banyak air. Tapi sis pula seorang yang lawas, barisan plak panjang. Hmm... tah berapa kali kena minum kencing minum kencing. Penat betul.

Memang agak lama juga waktu menunggunya, jadi pastikan korang caj bateri telefon bimbit korang penuh-penuh tau. Kalau tak, tentu bosan. Lepas siap semua ujian makmal, vital parameter dan imaging, barulah diorang bagi makan supaya tak pengsan bila berlari kat threadmill nanti. Masa tu dah tengah hari dah. Makanya melepaslah sarapan sis. Yang paling sedihnya, makanan tengah hari pon dah ilek.

Apa yang buat sis paling bengang, awal-awal petugas kat situ tak nak inform sis patutnya lagi awal lagi dah boleh makan. Pastu siap cakap lagi pakej sis tak termasuk stress test. Heish... sungguh mendatangkan kemarahan. Itu pon padahal nak biarkan je sis lari walaupon belum makan. Yang lagi geram, orang yang beratur kemudian leh buat stress test dulu. Waduh-waduh! Memang hangry sis dibuatnya.

Mujurlah dia perasan ada memek tak puas hati kat muka sis bila sis kata tak ada makanan dah. Terus dia minta F&B top up. Lagipon ramai juga yang tak makan lagi masa tu. Kesian. Dah la puasa, tak dapat sarapan, nak makan lunch pun dah abis.

Lepas drama stress test dan selesai buat stress test, makanya sis pun dibenarkan untuk tukar balik pakaian dan menunggu keputusan ujian. Kira berdebar jugalah masa tu. Kotlah ada penyakit yang menakutkan ke apa ke. Siapa nak jaga my kiddos kannnn....

carta aliran
Lebih kurang beginilah carta aliran yang sepatutnya


Oh ya, Oleh kerana sis baru saja habis datang bulan 3-4 hari, jadi sis kena datang balik minggu depannya untuk buat ujian paps smear sahaja. Lagipun ujian pap smears ni tak boleh dapat keputusannya terus dan biasanya akan die-melkan lepas seminggu. Sampai sekarang ni pon masih tak dapat lagi keputusannya walaupun dah seminggu sehari. Gitu!

Sampai giliran je, sis dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Secara keseluruhannya, sis ni banyak lemak dan tinggi kolestrol. Makanya dinasihatkan untuk kurangkan berat badan serta elak makan berlemak. Yang anehnya lagi, sis juga kurang sodium dan zat besi (iron). Doktor sarankan ambil makanan tambahan dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat lepas ni.

Lepas jumpa doktor, sis pun diberikan hadiah korporat sis kali ini yang berupa sebuah pengisar peribadi (personal blender). Kawan sis dulu dapat bagasi. Agaknya musim Covid-19 ni diorang rasa bagasi (luggage) dah tak relevan kot. Tu yang dia tukar jadi blender ni je. Sis sapu je. Janji ada sesuatu. Jadilah daripada tak dapat apa-apa. Gitu!


Pemeriksaan Kesihatan Penuh di Beacon Hospital, PJ
Hadiah yang diberikan

                                          
Isnin minggu lepas, sis datang pula buat paps smear. Suruh datang awal-awal pagi, tapi dah sampai katanya doktor pukul 8.30 baru sampai. Pfftt... bengang je dengar. Ynag lagi bengang, doktor pukul 9 baru sampai. Mujurlah sis pesakit nombor satu dah lepas buat leh terus blah. Hari Isnin tu tak ramai plak orang. Makanya kalau korang nak datang buat pemeriksaan kesihatan, sangat-sangat disarankan untuk tanya, ramai tak orang buat pemeriksaan haritu.

Sis geram juga, patutnya untuk pemeriksaan kesihatan zaman Covid-19 ni, tolonglah hadkan jumlah pesakit supaya waktu menunggu lebih pendek. Ni idok! Hish.

Okay, kesimpulannya sis rungkaikan pengalaman pemeriksaan kesihatan penuh di Beacon Hospital ni seperti demikian:

Servis klinikal: 4/5
Servis pelanggan: 2/5
Pakej dan Harga: 4/5
Makanan dan Minuman: 1/5
Tempat Letak Kereta: 3/5