Monday 26 November 2018

Servis Tempahan Selempang Murah dan Terbaik oleh Partitothyme

November 26, 2018 0
Servis Tempahan Selempang Murah dan Terbaik oleh Partitothyme

Hai semua,

Harini nak citer fasal selempang. Nak dijadikan cerita, saya ada Majlis Makan Malam Tahunan beberapa minggu lepas. Temanya Around The World gitu. Senang kata bila ada Majlis Makan Malam ni ramailah yang akan berpakaian mengikut tema kan. Kalau tak ikut, baik tak payah susah-susah penganjur buat tema. Betul tak?

Saya ni sebenarnya sejenis yang pemalas. Malas nak sewa baju mahal-mahal. Lagipun hadiah Anugerah Pakaian Terbaik ni, takdelah lumayan sangat. Muahahahahah... Jadi, rasanya tak berbaloilah nak sewa baju beriya sangat. Muahahahha....

Beberapa minggu sebelum majlis lagi ramai dah berbincang rancak nak pakai baju apa. Kebanyakan daripada mereka memilh baju tradisi daripada seluruh dunia untuk diperagakan pada majlis makan malam tu. Memang meriahlah. Saya? Huhuhu... Atas dasar kepemalasan saya, saya pun mengambil keputusan untuk jadi Miss World je untuk majlis kali ni. Muahahaa... Kata Around The World. Kalau setakat pakaian salah satu suku kaum tu, tak cukup world lah gamaknya. Betul tak? Almaklumlah Miss World je yang pergi bertanding menjelajah dunia. Lagipun, tak payah labur duit banyak-banyak sewa baju or beli baju. Pakai jelah baju dinner yang ada. Yang penting, ada tiara dan selempang (sash). Senang. Habis citer.

Kononlah feeling-feeling Ratu gitu kan... Nak pakai tiara dan selempang.

Makanya, saya pun pergilah ke beberapa kedai parti di KL. Tapi sungguh menghampakan sebab kebanyakan selempang atau sash yang mereka jual tu, terlalu generic. Kebanyakannya cuma Bride To Be, Groom To Be, Birthday Girl atau Birthday Boy je. Pfftt... Bosan. Ingatkan senang nak cari selempang Miss World ni. Rupa-rupanya susah.

Jadi saya pun terfikirlah, mungkin kena tempah khas kot. Adoi. Tapi dah last-last minute ni nak cari kat mana pulak? Pfft... Tulah. Suka sangat buat kerja last minute. Padan muka. Tapi bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Oleh itu, saya pun merajinkanlah diri untuk bertanyakan pak cik Google dan adik Instagram.

Mula-mula dapat satu IG ni, boleh buat tempahan khas Sash. Tapi sayangnya dia based kat Johor. Oleh kerana kita baru start tanya hari Selasa walhal partinya hari Sabtu, makanya dia tak sempat siapkan. I am soooo sad. Tapi kerana saya ni jenis cukup berusaha dan sewel walaupun dah last minute, saya terus mencari. Kali ini jumpalah Partitothyme. Ha. yang ni based kat Selangor. Kita pun cubalah whatsapp. Daripada profil Instagram ni, nampak memang ramai yang tempah daripada Partitothyme. Artis pun ada u! Memang kelas. Jadi kita pun cuba Whatsapp dia.

Alhamdulillah. Usaha tangga kejayaan katanya. Pertanyaan saya dijawab dengan baik oleh Partitothyme. Bila saya cakap cuma nak tempah satu je dan nak cepat pun, dia kata sempat. Weeee! Maka gembiralah hati ini.

Rupa-rupanya menarik juga proses menempah selempang aka sash ni. Ingatkan cakap je wording apa, terus dia bagi. Tapi ternyata tidak.

Mula-mula sekali, pilih dulu rekaan yang mampu menambat hati.











Lepas tu, pilih pula warna reben yang dikehendaki.



Selepas itu, beritahu perkataan yang ingin ditulis serta dan ia akan disesuaikan dengan font yang digemari. Font tu pun Partitothyme akan berikan pilihan untuk pilih.





Akhir sekali, barulah proses akan dimuktamadkan oleh Partitothyme dan anda, sebelum selempang tersebut dicetak.

Senang kata, memang mudah berurusan dengan Partitothyme kerana servisnya pantas dan sangat diyakini. Selepas buat bayaran pada hari Selasa, pada hari Rabu tu Cik Partitothyme dan siapkan rekaannya. Barang saya telah dipos pada hari Khamis dan alhamdulillah, barang sampai pada hari Jumaat. Weeee....

Makanya, sempatlah sis berpakaian persis Miss World pada majlis makan malam tersebut.

Korang bayangkan jelah tu sis ehhh....

Kepada Cik Partitothyme, maaf sebab tak share gambar. Sebab haritu tak sempat sangat ambil gambar berikutan perkara-perkara yang tak dijangka. Lagipun nak buat review ni terus. Apa-apa pun, terima kasih kerana memberikan servis perkhidmatan terbaik.

Bagi yang berminat untuk buat tempahan selempang, boleh contact:
Instagram: Partitothyme
Whatsapp: +60192964616

Ikhlas
Prettily Rare

Baca juga:



Thursday 22 November 2018

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Keriting Rambut (Hair Perming)

November 22, 2018 1
Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Keriting Rambut (Hair Perming)

Hai semua,

Harini nak cerita fasal perm rambut atau keriting rambut. Nak dijadikan cerita, kita sebenarnya perempuan yang agak pemalas. Tapi pada masa yang sama, kuat jeles. Bukan kuat jeles apa, cuma jeles bila tengok perempuan yang rajin mendandan diri. Especially kalau perempuan yang sentiasa nampak cun setiap masa. Jenis yang rambut sentiasa diblow, mekap sentiasa cantik, rambut sentiasa rapi, pakai baju cantik-cantik siap matching dengan beg tangan dan kasut. Serius jeles!


Cantik kan?


Tapi akan daya? Genetik kepemalasan yang menebal membuatkan kita tak dapat mencontohi wanita-wanita macam  tu yang sentiasa mampu tampil sempurna setiap masa. Kalau kita, time-time tertentu jelah nampak dan feeling-feeling syantik. Hari-hari lain pulak, nampak macam ikan bilis bak kata rakan sekerja kita.

Apa pun, faktor kepemalasan nilah yang menjadi salah satu penghalang kita membuat perm kerana daripada pengalaman kawan yang pernah perm rambut, rambut perm/keriting ni memang tak sesuai dengan golongan pemalas macam sis ni. Huhuhu...

Oleh itu, walaupun sentiasa tergoda dengan Korean Wave Perm, Japanese Perm dan macam-macam teknik yang mampu membuatkan wanita tampil mempesona, kita tak pernah tergoda sebab memikirkan, rajin keeee nak urus rambut tu nanti? Lagipun masih trauma dengan cubaan perm rambut yang fail kira-kira 8 tahun yang lalu. Rambut kembang semangkuk dan sangat ugly. Urghhh...

Sampailah beberapa minggu lalu, bila rambut dah panjang sangat dan dah bosan dengan pattern rambut yang straight je, sis ambil keputusan untuk perm rambut setelah mempertimbangkan pelbagai perkara.

Jadi bagi mereka yang berminat untuk keritingkan rambut, mari kita lihat apakah yang perlu dipertimbangkan sebelum ambil keputusan untuk keritingkan rambut:


Rambut keriting atau rambut lurus. Mana satu idaman anda?

Perm Vs Rebonding

1. Rambut Keriting Tak Sesuai Untuk Si Malas
Okay, berbeza dengan tanggapan bahawa rambut perm senang diurus kerana tak perlu disikat, nyata sekali rambut perm lebih sukar diurus daripada rambut lurus. Mana taknya? Sebaik-baiknya rambut perm ni kena blow cantik-cantik. Kalau rambut lurus dibiar kering sendiri, bentuknya tetap akan lurus terletak. Tapi kalau rambut perm ni, kalau tak blow betul-betul, memang hilang curl atau keritingnya. Makanya, memang kena extra effort untuk blow dry rambut. Jangan berangan rambut perm ni bangun tidur boleh terus pergi kerja. No, no, no....

2. Rambut Perm Lebih Mudah Rapuh dan Kering
Hair perming atau proses keriting rambut lebih merosakkan rambut berbanding rebonding. Jadi rambut akan menjadi lebih kering dan rapuh terutama pada hujung rambut. Jadi, sekali lagi, tak boleh malas. Kena rajin-rajin aplikasi minyak rambut di hujung rambut bagi tujuan melembap.

Kalau rambut dikeritingkan, rajin-rajinlah sapu minyak di hujung rambut ya?

3. Rambut Yang Pernah Diluntur (Bleach) Tak Sesuai Untuk Hair Perming
Ni satu fakta yang kita dapat tahu buat pertama kalinya daripada penggaya rambut kita baru-baru ni. Rupa-rupanya, rambut yang pernah dilunturkan warnanya (bleaching) tidak sesuai untuk menjalani proses hair perming kerana sudah terlalu rosak. Makanya, rambut tak dapat dikeritingkan. Menurut penggaya rambut tersebut juga, bleaching merosakkan struktur rambut dan membuatkan proses perming gagal membentuk ombak atau keriting pada rambut. Wow! Saya pun baru pertama kali tahu. Kesimpulannya, sesiapa yang pernah lunturkan warna rambut tu, kenalah tunggu rambut baru tumbuh sebelum rambut dikeritingkan.

4. Rambut Keriting Lebih Volume Berbanding Rambut Lurus
Aha, ini sudah semestinya. Untuk mereka yang tidak sukakan rambut leper jika rambut diluruskan, makanya rambut keriting lebih sesuai untuk anda kerana ombak pada rambut akan membuatkan rambut anda nampak lebih volume berbanding rambut lurus. Wohoo! Lagilah sekarang ni memang zaman rambut yang ada volume. Rambut leper memang nampak kurang menarik.

5. Rambut Keriting Lebih Tampak Feminin
Yang ni cuma dari sudut pandangan peribadi. Bertahun-tahun saya mengekalkan gaya rambut lurus kerana malas mahu mengurus, namun jauh di sudut hati, saya sebenarnya memang cemburu dengan mereka yang mempunyai rambut keriting yang beralun lembut pada bahagian bawah. Memang ternyata nampak ayu dan feminin. Malah, gaya rambut seperti ini juga nampak cantik jika dilepaskan begitu saja mahupun diikat rendah atau tinggi.

Kesimpulannya, pertimbangkan dan fikir masak-masak sebelum keritingkan rambut. Senang kata semua ada harganya dan pengorbanannya. Kalau nak nampak cantik pun, rajin memang harga dan pengorbanan yang anda perlu bayar. Bak kata orang Cina,世界上没有丑女人,只有懒女人yang bermakna: Dalam dunia ni tak ada perempuan yang tak cantik, cuma ada perempuan yang malas .......dan tak ada duit. (Okay, yang tak ada duit tu, saya tambah sendiri).

Feminin tak? Feminin tak?


Sekian perkongsian saya kali ini.

Da~~

Baca juga:


Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik

Friday 2 November 2018

Tips Kulit Bebas Cela Dengan Hansaegee Nature

November 02, 2018 1
Tips Kulit Bebas Cela Dengan Hansaegee Nature

Hai semua,

Harini saya nak berkongsi tips sedikit memandangkan ramai yang bertanyakan cara penjagaan kulit supaya boleh bebas cela dan tampak muda dan ceria selalu. Malu juga biasanya kalau orang tanya tips macam ni, sebab biasanya lepas tanya tips tulah jerawat banyak naik, hahahaha! Terus teringat tutor di universiti dulu yang kulitnya sangat gebu tetapi pantang ditegur kulit cantik. Katanya, setiap kali orang tegur kulit cantik, tentu kulit dia akan breakout. Macam kena sumpahan gitu.

Okaylah, sebenarnya bukannya senang bagi orang yang pemalas dan berkulit sensitif macam saya untuk dapatkan kulit yang bebas cela. Sejujurnya sewaktu remaja dulu, saya diserang jerawat yang sangat teruk sampaikan terpaksa berjumpa dengan doktor. Selepas pulih, saya pastikan saya lebih berhati-hati dalam penjagaan kulit, tapi biasalah, bila dah sibuk kadangkala terbabas juga.

Berikut adalah kompilasi tips untuk mendapatkan kulit bebas cela hasil pengalaman saya sejak beberapa tahun ni.

1. Bersenam
Okay, yang ni tak tipu. Kalau nakkan kulit yang sihat, memang kena bersenam. Kuncinya, pastikan anda bersenam sehingga badan panas dan berpeluh. Sebagai seorang pemalas yang malas bersenam selama 30 tahun yang lalu, saya baru sahaja mengetahui kepentingan bersenam dalam mendapatkan kulit yang sihat. Itu pun secara tak sengaja. Dua tahun lepas, saya terjebak dalam Program 'The Biggest Loser' dalam syarikat, masa tulah baru berjinak-jinak dengan senaman. Dipendekkan cerita, dalam tempoh setahun saya kerapkan bersenam, kulit memang nampak berseri. Mungkin kerana peredaran darah lebih lancar dan metabolisma meningkat. Jadi, sesiapa nak kulit cantik, marilah pakat beramai-ramai untuk bersenam.



2. Ganti Minuman Manis dengan Air Kosong, Banyakkan Minum Air Kosong
Okay, sebenarnya saya tak minum air manis. Tapi apa yang saya nak sampaikan, bagi mereka yang gemarkan minuman manis, bertukarlah kepada air kosong untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kajian mendapati gula antara pencetus keradangan. Jadi apabila kulit mudah meradang, jerawat sukar untuk pulih dan mudah bernanah dan seterusnya meninggalkan parut. Bagi mereka yang sememangnya tak minum air manis macam saya, cuba perbanyakkan minum air kosong. Ya, tak dinafikan saya memang jenis yang liat untuk minum air kosong, sebab tulah kulit senang kering terutamanya bila sentiasa di dalam bilik yang berpendingin hawa. Tapi saya juga dapati kalau saya banyakkan minum air, kulit jarang kering atau bersisik.



3. Tidur mencukupi dan tidur sebelum jam 10
Yep, memang cliche. Tapi tak dinafikan tidur memang penting. Tanpa rehat yang mencukupi, sel-sel badan tak mampu regenerate. Oh ya, bukan sahaja kena tidur mencukupi, pastikan juga anda tidur dari sekitar pukul 10 malam sehinggalah 2 pagi kerana ini adalah tempoh emas tubuh kita memperbaiki dirinya sendiri. Ingat tu! Kalau banyak kerja tak siap sekalipun, usahakan untuk tidur pada pukul 10-2 tu, dan bangunlah sekitar pukul 4-5 untu siapkan kerja. Bolehlah solat subuh terus.


4. Gunakan Krim Tabir Suria Setiap Hari
Ha, untuk melindungi kulit supaya kekal sihat, pastikan anda juga memakai krim tabir suria setiap hari. Barulah kulit terlindung daripada cahaya matahari UVA dan juga UVB. Kalau sunburn nanti teruklah pula!



5. Gunakan Kosmetik Non-Comodegenic
Bagi mereka yang memakai alat kosmetik dan solekan. Pastikan ia bersifat non-comodegenic. Barulah ia tidak menutupi liang roma anda dan membolehkan kulit anda bernafas. Tak adalah masalah black head, white head dan jerawat.

6. Bersihkan Mekap dengan Sempurna
Ramai yang menggunakan mekap tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna. Kalau boleh, buat triple cleansing. Kalau saya, saya akan bersihkan pertama kali dengan minyak, kali kedua dengan wet tissue dan kali ketiga barulah dengan cleanser.

7. Pilih Cleanser Yang Mampu Bagus.
Jangan pandang rendah cleanser ya? Cleanser yang bagus memang antara penyumbang terbesar kepada kecantikan kulit anda. Pastikan anda pilih cleanser yang tidak memberikan kesan kering dan terik pada bahagian wajah selepas cucian. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang lebih cenderung ditumbuhi jerawat, carilah jenis yang mengandungi Tea Tree Oil.  Memang bagus untuk membendung sebum dan minyak berlebihan pada wajah kita. Ha, yang ni nak cerita lebih sebab kita sangat syorkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature.




Ingredients :
Aloe Barbadensis Leaf Juice ; Melaleuca Alternifolia (Tea Tree Leaf Oil) ; Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract ; Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Extract ; Jasminum Officinale (Jasmine) Extract ; Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract

Functions:
Helps to recover acne problem
cleanse pore deeply
Soothing skin.
Remove excess / extra sebum
Does not dry up skin
Madeof 10 types of natural plant extract

Suitable Skin type :
All skin types (dry, sensitive, oily,acne prone)

Packaging :
150ml,
Size 5.29 fl.oz.

Price :
RM65.00

8. Last but not least, dapatkan produk penjagaan kulit yang bersesuaian dengan kulit anda.
Ramai yang tahu tapi tak tahu tentang hal ini. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab ramai yang gunakan produk penjagaan kulit tapi mereka tak tahu sama ada ia bersesuaian atau tidak dengan kulit mereka. Tak kurang juga mereka yang sering menukar produk penjagaan kulit kerana tidak dapat kesan yang mereka mahukan.

Pilihan saya? Sudah semestinya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.

Krim Hansaegee Nature Aqua Whitening ni bertindak sebagai pelembap dan pencerah kulit yang mampu memperbaiki kerosakan dan kemerahan-merahan pada kulit akibat selaran matahari (sunburn) Memang sangat sesuai untuk saya yang duduk di tepi tingkap pejabat serta sentiasa mengadap komputer. Jangan tak tahu, komputer juga mempunyai sinar UVA dan UVB yang mampu merosakkan kulit.

Paling best pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni lepas lunch dan lepas solat. Yalah, waktu lunch tu dah kena matahari terik. Kadang-kadang sampai panas je pipi rasanya. Tapi bilas apu je krim ni, terus rasa soothing dan lega gila kulit. Macam dirawat dibelai dengan kadar segera gitulah. Terus rasa lega kulit.



Ingredients :
Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.

Functions:
Magical hydrating effect
Water drop give moisture to skin & non sticky feeling.
Refresh skin
Control excess oil/sebum.
It has whitening skin function at the same time hydrating your skin.
Repaird redness & Sun burn damaged skin

Suitable for:
All skin types (dry, sensitive, oily,acne prone)

Packaging :
50ml

Price :
RM148.30

Rasanya tu sajalah tips-tips untuk dapatkan kulit bebas cela. Kalau diamalkan, Insyallah kulit sihat dan bebas cela. Yang paling penting sekali bagi saya, bila kulit kita cantik dan sihat, jangan sesekali jadi takbur dan pandang rendah pada orang yang tidak mempunyai kulit yang cantik. Jangan fikir mereka tak pandai jaga kulit atau tak berusaha untuk dapatkan kulit yang cantik. Sebab saya sendiri pernah jadi salah seorang yang bermasalah jerawat. Saya tahu betapa keadaan kulit akan menjejaskan emosi dan keyakinan diri seseorang. Pokoknya, marilah kita bantu mereka dapatkan kembali keyakinan diri daripada menjatuhkan lagi semangat mereka. Betul tak?

Baiklah, sekian tips kulit bebas cela dengan Hansaegee Nature daripada saya.

Untuk maklumat lanjut, boleh semak social media handle Hansaegee Nature ni ya

Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Oh ya, kalau nak baca full review saya tentang kedua-dua produk ni juga boleh tekan SINI ya?

Da~~

Baca juga:

Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik