Tuesday, 27 October 2020

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown Menyelerakan Peminat Makanan Pedas


 Hai semua,

Dah lama sis tak buat ulasan makanan. Harini sis nak buat ulasan tentang menu baharu yang ditawarkan oleh MarryBrown, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal yang sinonim dengan zaman waktu kecil sis. MarryBrown ni antara salah satu restoran perintis yang selau menawarkan menu-menu hebat yang lai daripada yang lain.

Untuk menu baharu kali ini, MarryBrown telahpun menawarkan sensasi Rempah Mala-tup (麻辣)yang diperbuat daripada lada Sichuan dan cili kering khas. 

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Sensasi Rempah Mala-tup yang diilhamkan dari stimbot Mala

Kalau korang nak tahu, perisa atau rempah mala (麻辣) memang terkenal di Negara Cina, Taiwan dan Hong Kong yang mana rasa pedasnya berbeza dengan sambal atau cili di negara-negara Nusantara atau Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand mahupun Indonesia. Seperti maksud perkataannya dalam Bahasa Cina sendiri, mala atau 麻辣 terdiri daripada perkataan 'ma' atau 麻 yang bermaksud 'kebas' serta perkataan 'la' atau '辣' yang bermaksud pedas. Jadi pedasnya kebas-kebas gitu. Tak sama dengan sambal cili, sambal mahupun tomyam. Eh!

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Ni salah satu hidangan Mala, nampak menggiurkan

Lagi satu, biasanya mala ni sinonim dengan stimbot yang mana kuah atau sup stimbot adalah berperisa mala. Tetapi kali ini Marrybrown telah membawakan kelainan dengan menyediakannya dalam bentuk ayam goreng. Zasss....

Jom terjah menu baharu sensasi rempah Mala-tup Marrybrown kalini:


Menu mala Mala-tup kali ini telah disesuaikan kepada tiga jenis menu berbeza, bersesuaian dengan tahap kegemaran anda terhadap rasa pedas. Untuk yang nak makan tapi takut pedas, bolehlah cuba:

i. Kombo Bubur Ayam MALA (Harga dari RM14.60)

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Kombo bubur ayam Mala

Untuk yang boleh tahan pedas tapi tak naklah terlalu banyak atau tak nak overdose, boleh cuba

ii.Mala-tup Box Meal

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Mala-tup Box Meal

Dan bagi yang memang benar-benar gemarkan kepedasan Mala ini, bolehlah ambil kombo ayam goreng yang didatangkan dengan 2 ketul ayam atau....

iii.Ayam Goreng Mala 3 pcs Combo (Harga dari RM18.80)

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
3 Ketul Ayam Mala

Dah tengok gambar rasmi, jom tengok gambar yang sis ambil pulak... Time-time PKPB ni, takyahlah makan kat restoran sangat. Marilah bersama-sama melandaikan lekuk Covid-19 gituuu...

Sejujurnya, gabungan ketiga-tiga menu ni memang ngam-ngam choi untuk sis sekeluarga sebab Mia suka bubur dan kurang pedas, Hariz boleh tahan pedas tapi suka makan burger dan sis pula hantu pedas.


Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Makan kat rumah pon boleh tangkap gambar jugak
Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Aduh, memang terliur bila mengenangkan kembali


Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Kombinasi bubur dan ayam goreng Mala memang padu!

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Set burger dan ayam goreng Mala beserta kentang goreng

Sensasi Rempah Mala-tup Marrybrown
Cantik je kentang putar tu kan?

Ulasan sis: Rasa ayam Mala ni memang agak membuat orang ketagih. Mungkin kerana rasa manis masin dan pedasnya cukup rasa. Kalau makan dengan bubur lagi menaikkan selera. Manakala kalau ratah ayam je, memang cukup berasa rempahnya.

Walaupun rasa Malanya tak sama seperti stimbot Mala yang sis pernah makan di China dan Taiwan, namun tak dinafikan rasanya lain daripada yang lain. Sesuai bagi mereka yang nakkan kelainan terutamanya waktu ramai sangat dah buat menu sama seperti masakan ayam pedas Korea ataupun menu berkeju.

Berminat? Jangan lupa dapatkan di restoran Marrybrown yang berhampiran atau buat pesanan menerusi Food Panda ataupun GrabFood. Promosi  Mala-tup ni  hanya sepanjang 28 Oktober 2020 hingga 13 Disember 2020 ini saja.

Sekian ulasan sis kali ini.

Da~~

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: MarrybrownMY
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: https://marrybrown.com/mb-delivery/

Baca juga:


Resepi dan Tips Puding Karamel Pasti Jadi
Resepi Roti Mini Keju Kranberi


No comments:

Post a comment