Monday 4 January 2016

Pil Hormon Cina Besarkan Payudara?

January 04, 2016 90
Pil Hormon Cina Besarkan Payudara?

Hai sayang-sayang semua,

Sekejap je dah masuk tahun 2016, kali ni kita nak share tentang pengamatan dari iklan FB dan Instagram yang kita pernah nampak. Isunya pasal pil hormon dari China yang dikatakn boleh besarkan payudara. Hmmmm......


Close up sikit tengok pilnya


Sebenarnya dah lama kita tahu pasal benda ni. Kita pernah belek2 post tu tapi tak berminat pun nak mencapai kesan yang diiklankan tu. Tapi memang musykil bila kita baca perkataan Cina yang tertera pada pil yang didakwa/kononnya pil hormon Cina tu.... (Ya, saya boleh berbahasa dan membaca Bahasa Cina) Terkezut juga bila pil deskripsi pil tu... Padahal pil tu...... Tapi diorang kata tu pil hormon Cina.... Hmmm... Hmmm.... Lantaklah, malas kakak nak layan....

Tapi satu hari yang indah ni, kawan kita sejak sekolah menengah tiba-tiba whatsapp untuk minta pendapat. Dia kata Bahasa Cina dia dah tak sehebat dulu, dia tanya apa tulisan yang tertera pada satu ubatan yang kakak ipar dia berminat nak amik. Okay, kita dengan baik hatinya pun bacalah. Tu pil perancanglah. Jawab kita kat Su... Terus Su jawab: Eh, yeke? Diorang kata ni pil hormon dari China. Ramai orang amik untuk besarkan payudara....

So, masa ni kita rasa kita ada kewajipan untuk beritahu semua orang  yang pil hormon dari China yang dimaksudkan tu sebenarnya pil perancang. Ya, mungkin ada orang akan menempelak saya dan kata, apa peliknya? Bapuk kan pun ambil pil perancang untuk besarkan payu dara. 

Oklah, ini jawapan saya.

Satu, kalau penjual tu transparent, kenapa dia cakap tu pil hormon? Kenapa tak cakap tu pil perancang saja?

Kedua, mungkin ada di kalangan pembeli yang memang nakkan zuriat, tapi dia pun sambil2 tu nak juga besarkan payudara. Tapi dia tak tahu pil tu pil perancang dan boleh mengelakkan kehamilan. Tak ke nahas?

Ketiga, pil perancang biasa ada 23 biji untuk dimakan setiap hari. 7 hari lagi stop untuk period. Tapi pil perancang ni ada 6 biji saja satu papan. Tahu tak apa maksudnya? Maksudnya, pil perancang ni pil perancang untuk kes emergency.  Kes-kes tak sengaja. Ini bermakna kandungan hormon tertentu dalam pil tu berkali-kali ganda lebih tinggi daripada pil perancang biasa. Pil macam ni tak sesuai untuk dijadikan pil perancang jangka masa panjang sebab ia memudaratkan.

Keempat, mengikut saranan penggunaan pil perancang ni, pil ni juga tak sesuai untuk orang yang ada tekanan darah tinggi, kencing manis dan beberap penyakit lagi selain daripada tak sesuai untuk digunakan oleh wanita yang berusia lebih daripada 40 tahun.



Kelima, dalam iklan yang saya nampak (boleh google saja pil hormon Cina), penjual juga kata pil ini sesuai untuk mereka yang masih dalam pantang atau menyusukan bayi sedangkan dalam saranan penggunaan yang saya lampirkan ni, ibu-ibu yang menyusukan disarankan untuk berhenti menyusu 3 hari apabila mengambil pil perancang ni.

Senang kata, penjual juga macam ambil kesempatan atas ketidakfahaman pembeli pada produk tersebut untuk menjual produk.

Oh ya, tahu tak berapa harga pil perancang Cina ni dijual kat China? Dan berapa pula harga penjual kat pembeli? Yang saya nampak, ada yang jual sampai RM100 untuk 6 biji pil perancang tu. Tapi korang tahu tak berapa harga asal pil perancang tu? Untuk makluman, pil tu harganya 16 yuan sahaja. Ini bermakna pil tu baru RM10 jeeeee... Tapi dimark up kan sampai RM100. Tapi biasalah kan? Orang nak meniaga.





So, kesimpulannya memang tak dinafikan mungkin pil perancang boleh capai sesetengah efek lain selain daripada mencegah kehamilan. Contohnya dalam sesetengah kes, doktor berikan pil perancang untuk pesakit yang ada masalah jerawat. Dalam kes ni, hormon wanita yang minimum ni boleh regulate hormon dan seterusnya kawal jerawat daripada tumbuh. Tapi apa-apa pun, jangan mudah terpedaya dengan tawaran online. Sebabnya? Penjual bukannya doktor, Dia tak tahu apa situasi awak. Silap langkah padah.


Hokey, tu je yang kita nak sampaikan. Pil hormon dari China tu sebenarnya pil perancang. Full stop.

Nak makan tiada masalah, tapi seperti biasa, risiko tanggung sendiri. Better consult yang lebih pakar.