Thursday 25 February 2016

Pengalaman Mendaki Bukit Kutu Pulakkk!!

February 25, 2016 2
Pengalaman Mendaki Bukit Kutu Pulakkk!!

Hahahahha..... Apa? Lepas Gunung Nuang tak serik2? Ada sambungan ke kutu pulak? Kah kah kah! Ya, anda tidak silap pon. Biasalah bila dah seronok berhiking, inilah jadinya. Kalau pinjam kata-kata yang entah kakak cilok dari mana entah, sila rujuk bawah:



So maknanya lepas trauma Gunung Nuang yang giler trauma tu, sesungguhnya kami tak serik sangat pun. Tak lama lepas tu, kitorang g hiking kat Bukit Kutu plak. Apa? Tak tau mana Bukit Kutu? Bukit Kutu tu kat Kuala Kubu Bharu. Salah satu daerah Selangor yang paling mantap dengan sumber alam serta flora dan fauna.

Kita suka g Kuala Kubu Bharu. Sebab kat sana memang abundance of nature. Gitu... Tros speaking. Kalau g sana, tak semena-mena hati jadi sejukkkk je. Begitu juga dengan pandangan mata.

G kutu kalini Moin yang hajak. Kitorang pergi bertiga je. Moin, kita ngan Rina. Bebudak group yang lain serik dah kot. Tak pon tengah beristirehat lagi. Tu yang tak join. Keh keh keh!

Sebenarnya ikot g hiking kat Bukit Kutu ni, hakak kira separa tertipu. Tipah tertipu bang! Tipah tertipu. Yelah, lepas kejadian Nuang tu..... Siapa lagi berani panjat gunung yang ekstremis-ekstremis ni? So, bila Moin ajak, dah warning dulu, kitorang nak yang light-light je. Yang ekstrem takmo!

Moin plak slalu dah panjat Bukit Kutu, dia kata, eh... Nama pon bukit je uol! Mana ada ekstremis. Kutu baik jeeee... Dia tak macam Gunung Nuang. Kejam dan keras. Dan.... Hakak yang innocent ni pun tertipu lah dek kata-kata moin ni....

Kalini kitorang bertolak tak awal sangat. Dalam 5.30 Moin pick up kat rumah pastu g rumah Rina. Dalam kol 7 lebih camtu sampai kat starting point Bukit Kutu.

Memandangkan kalini punya rombongan takdelah meriah mana, kitorang panjat pun slow2 je. Moin je laju macam nak terberak. Iol ngan Rina jalan pelan-pelan. Especially Rina sebab dia nak mengelakkan kejadian kaki cramp macam dekat Gunung Nuang tempoh ari.

Kat Kutu ni bestnya sebab ada air terjun, ada peninggalan penjajah dan view yang cantik. Awal-awal sekali mesti korang kena lalu jambatan jatuh ngan merentasi sungai. 


Moin suruh bawak selipar sebab nak lalu sungai and elak kasut tu basah.

 Sepanjang perjalanan  mendaki Bukit Kutu ni, tak habis-habis hakak ngan Rina carut Moin sebab dia kata light-light. Sekali, hamik ko! Boleh tahan juga cabaran Bukit Kutu ni.
Lagilah punyalah lama rasanya kitorang daki punya daki, bila tanya bila nak sampai, Moin kata lagi 10 minit je. Rasanya dah 8 juta kali 10 minit dia kata, tapi tak sampai-sampai lagi. Snang kata memang macam kartun kat bawah nilah :




Panas hati dan choy btol Moin sebab telah membiarkan lemak hakak terbakar dengan begitu banyaknya.


Terpaksa amik juga gambo kat situ memandangkan diorang semua tak nak beralih


Kutu ni kalau nak betul-betul sampai peak dia, korang kena panjat dua batu lagi. Memandangkan ramai yang beratur nak amik gambo kat puncak, kitorang pegi Banglo/villa peninggalan penjajah dulu untuk sesi photoshoot.

                                     





Oleh kerana kakak ni mudah gayat orangnya, so tak berkesampaian pun nak panjat batu yang kedua. Rina je gigih g panjat.



                                     


Masa turun tu, kitorang sambung carut. Sambil cakap tak patut btol Bukit Kutu ni dipanggil bukit. Mana taknya? Dah lebih 1000 meter kot... Patut panggil gunung jee... Bukan kitorang je tertipu, ada satu group bebudak yang jalan pantas memula sambil tak bawak apa2 bekalan air tu potong kitorang... Siap gelak kuat2 lagi. Pastu sampai satu point, dah ilang. Kitorang syak diorng tertipu ingatkan Bukit Kutu ni memang bukit. Padahal Gunung wehhhhh! Tu yang dia tak jadi nak naik sampai puncak.

Sampai kat sungai bawah, kitorang mandi-manda dengan gumbiranya. Weee...

Pas mandi-manda, kitorang lepak kat gerai bawah makan nasi lemak ngan air kelapa... Hepi!

Kesimpulannya,
Bukit Kutu
Masa Mendaki : 3.5 jam naik 3 jam turun
Tinggi: 1053 meter / 3456 kaki
Tahap kesukaran :6/10

Jom baca pengalaman mendaki saya yang lain:
1. Gunung Kinabalu -Part 1
2. Gunung Kinabalu -Part 2
3. Gunung Datuk
4. Gunung Irau
5. Gunung Nuang


Pengalaman Mendaki Gunung Nuang - Via Hulu Langat

February 25, 2016 5
Pengalaman Mendaki Gunung Nuang - Via Hulu Langat

Daki Gunung Nuang ni sebenarnya perkara paling 'ridiculous' yang kita rasa kita pernah buat. Rasa macam  camner ek? Tak ukur baju di badan sendiri. Hahahahha... Tak ukur kemampuan diri sendiri.

Okey, citernya lepas group daki-mendaki kitorang berjaya menawan puncak Broga, group kitorang pun dengan excitednya plan next trip. Masa tu kakak suggest pergi bukit light-light je... Cam Bukit Gasing keee.... Bukit Saga keee... Apa2 lah bukit yang light2 and yang lebih kurang sama tinggi (or pendek) macam Broga.

Tapi ntah macam mana, ada orang dalam group suggest daki Gunung Nuang. Jadi hakak pun cuaklah. Sebab masa daki Broga pun dah cungap2. Bila akak check info Gunung Nuang ni puncak tertinggi Selangor. Oh mak kau! Lepas panjat Broga terus nak daki Gunung Nuang? Sungguh bercita-cita besar kami semua ni kan? Hep! Bukan hakak tak nasihat. Pnat gak advise diorang2 yang berkeyakinan tinggi ni untuk coba yang light2 dulu, tapi semua dah gelap mata (kah kah kah) dek kerana kejayaan mendaki Broga. Lagipun kat Gunung Nuang ni view cantik katanya. Best lak tu sebab ada air terjun. Hakak pun pasrah. Baiklah, kakak join.

Sebagai persiapan, kakak pun rajin-rajinlah mencari info pasal Gunung Nuang ni. Mak ai! 6 jam naik 6 jam turun katanya. Dengan pantas kakak mesej kawan kaki gunung Cik Azah untuk tanya pengalaman dia naik Nuang. Hakak tanya dia, sesuai keee untuk daypack. Dia kata Gunung Nuang ni kalau naik dari Pangsoon memang kena jaga masa. Better elakkan daripada keluar dari Nuang malam-malam. Sebab katanya Gunung Nuang ni agak kerassssss. (Yerrr.... bukan keras sebab banyak batu. tapi... sebab.....)

Sekali lagi hakak msj group cakap kalau nak daypack di Nuang, kena bertolak awal2. Kena jaga masa.  Maka mereka semua pun bersetujulah.... Masa tu Azah lak pesan sroh contact ex-colleague kita moin. Sebab katanya Moin berminat nak join panjat Nuang. Jadi kakak pun ajaklah si Moin and Moin pun excited nak join kitorang.

Difastforwardkan ke hari kejadian, kitorang berkumpul seawal 3.30 pagi.  Berikut adalah itinerary acah-acah kitorang:



Oleh kerana hakak rajin terlebih, sediakan makan tengah hari berupa mi goreng, kol 12 pun tak tido lagi sebab gigih goreng mi sambil tangan terketar2 sebab kuantiti mi yang banyak sangat. Ok, ni je satu kesilapan besar mendaki. Iaitu, tak cukup tido!

Dalam kol 6.45 kitorang sampai lah kat point mendaki kat Langat tu. Dengan mata yang mengantuk, kitorang pun acah-acah panaskan badan dan start mendaki.... Excited lah tu masa mendaki. Sebab pukul 7 kan nak sampai kat Kem Lolo dan breakfast. Breakfast di Kem Lolo ini adalah ditaja oleh Rina. Dia buat sandwich. Thanks cik Rina.





Dipendekkan cerita, pengalaman mendaki Gunung Nuang kitorang ni sangat dramatik sekali. Sebab ada macam-macam adegan yang tak disangka-sangka. Ada detik cemas, duka, gembira dan pelbagai lagi. Kalahlah filem hollywood. Tapi sebab adegan-adegan nilah pengalaman ni jadi pengalaman yang memang sampai matilah takkan boleh kulupakan.

Cabaran kitorang bermula bila kaki cramp. Dua kali jugalah kaki dia kejang. Mujur masa tu budak sport science yang baik ati yang gemar membantu ada  (korang akan kenal watak ni kalau korang baca pengalaman Bukit Broga). So dialah yang melakukan kerja-kerja me'rescue'...

Lepas tu kejadian cramp, satu lagi cobaan di mana tapak kasut Gajai tercabut plak and dia hanya boleh bertahan sehingga ke Kem Pacat. Masa tu plak Faiz pun dah tak boleh bertahan. Tak ingat dia lutut sakit ke kenapa. Kitorang pulak masa tu memang dah behind schedule kaw2.  Untuk mengelakkan keluar dari hutan malam, kitorang pun bincang sama ada nak teruskan atau nak terus balik.



Masa nilah group kitorang berpecah dua. Faiz ngan Gajai tak leh teruskan. Hakak, Rina, Moin, Taufiq, Fazri, Ela plak sepakat nak teruskan sebab alang-alang dah sampai, biar sampai ke puncak.
Kalau tak, next time entah bila.

Dengan kegigihan memanjat selama 8 jam. Dalam kol 3 akhirnya kitorang sampai juga ke puncak. Puncak Gunung Nuang ni takde apa view sangat. Ada Ben ngan Benjamin je dua ekor tupai tunggu kat sign puncak Gunung Nuang tu.... Hesh! 




Bila turun, hakak pula diuji sebab kasut tak sesuai. Kalau nak g hiking, make sure kasut tu besar skit dari saiz yang biasa korang pakai. Kalau tak, masa turun nanti, kuku kaki akan himpit ke dalam kasut, n then boleh jadi sakit wooooo! Kita pergi Nuang dalam bulan September 2015, sampai sekarang kuku kaki darah tak surut lagi. Sob sob..

Satu lagi kelemahan kita yang tak gemar dengan ketinggian ni, kita senang gayat. So, bila turun dari Gunung Nuang tu, kaki terketar-ketar. Memang slow giler. Bagaikan kucing yang gatal panjat pokok. Bila panjat mudah, bila turun tak berani. Heh!!! Masa tu Ela, Fazri, Rina ngan Moin dah jauh tinggalkan kita ngan Taufiq. Sebab diorang pantas. Taufiq lak baik ati teman kita.

Bila turun satu lagi cabaran yang kitorang hadapi ialah semua orang kekurangan bekalan air. Semua haus tapi air masing-masing dah habis. Kesian moin, semua orang pau air dia. Bila air memang dah habis, penting untuk kitorang turun kat Air Terjun Berembun. Lau tak memang parahlah.

Bila kitorang semua sampai kat Air Terjun tu memang dah malam. Dalam pukul 8 gaklah. Ela, Fazri Rina Moin memang dah lama sampai. Tunggu iol yang lembep ni je. Kat situ plak, dek kerana malam, kaki iol terseliuh dua kali sebab tak nampak jalan.

Kitorang relax kat air terjun sekejap sblum sambung balik turun. Sebab semua tak prepare nak bermalam kat situ, so nak tak nak kena turun juga walaupun dah lebih 12 jam kitorang hiking.

Masa nilah lagi satu cabaran menerpa sebab kat air terjun tu kitorang berenam sesat pusing-pusing tak jumpa jalan keluar. Lama gak berpusing-pusing kat tempat yang sama, barulah jumpa jalan keluar. 

Sepanjang perjalanan turun tu plak, macam2 lagi kitorang rasa beb! Ada yang nampak pocong, ada yang nampak ponti, ada yang nampak rimau. Bunyi memang macam2lah. Seram weeh!!

Jalan lebih kurang sejam dua jam, tiba-tiba Rina cakap Alhamdulillah dah nak sampai. Masa tu hakak cuak giler. Sebab selagi tak sampai jalan simen, maknanya lamalah lagi nak sampai starting point...
Dia kata nampak lampu ngan perumahan. Gulp!

Jalan punya jalan lagi, tiba-tiba Moin plak lemah semangant and hampir pengsan. Moin tak cukup gula. Mana taknya? Bekalan air yang kitorang ada cuma air sungai masa kitorang rehat tadi. Kaki hakak pula dah sakit nak mampos. 

Faiz ngan Gajai plak risau sebab kitorang tak sampai lagi bawah. Diorang msj suruh kabo status,tapi manalah ada line sangat atas tu....

Dalam pukul 11 lebih malam baru kitorang sampai kat kereta. Semua basuh2 badan baca doa sebelum naik kereta. Pastu semua naik kereta and singgah kedai mamak sambil cerita macam-macam yang diorang nampak.

Haritu dalam kol 1-2 gak baru hakak sampai rumah..  Memang pengalaman mendaki Gunung Nuang ni unforgettable giler.

Sebulan hakak jalan kengkang macam robot lepas balik dari Nuang dek kerana hiking lebih daripada 15 jam non-stop. Pesanan hakak untuk adik-adik di luar sana. Kalau newbie, janganlah gatal nak day pack je kat Nuang ni especially kalau lalu track Langat.

Secara ringkasnya:

Gunung Nuang
Masa Mendaki : 6 jam naik 6 jam turun bagi yang pro. 8 jam naik 7 jam turun bagi yang tak pro
Tinggi: 1493 meter / 4898 kaki
Tahap kesukaran :9/10

Jom baca pengalaman mendaki saya yang lain:
1. Gunung Kinabalu -Part 1
2. Gunung Kinabalu -Part 2
3. Gunung Datuk
4. Gunung Irau
5. Bukit Kutu

Baca juga:

Tuesday 23 February 2016

Pengalaman Pertama Kali Hiking (Bukit Broga) - Part Bagaimana Nak Mulakan Hobi Hiking?

February 23, 2016 1
Pengalaman Pertama Kali Hiking (Bukit Broga) - Part Bagaimana Nak Mulakan Hobi Hiking?

Hey uol,

Baru-baru ni, kakak ada satu hobi baru. Namanya hiking. Hahahha.... Dulu memang minat gak laaaa (yelah tu) aktiviti-aktiviti outdoor ni. Tapi tak berpeluang nak menceburinya.... Kenapa? Ahahahahah... Biasalah, tak ada masa, tak ada geng. Alasan universal semua manusia. Buat apa-apa pun nak kena ada masa. Buat apa-apa pun sibukkkkk je nak berteman nak bergeng. Well, for hiking acitivity, it IS advisable to do it in a group. Solo bukan takleh. Cuma malang kan tak berbau. Kalau hilang kat bukit memana sorang-sorang, pastu pergi pulak tak siapa pun tahu. Then camana orang nak detect? Betul tak?

Baiklah, kalini kakak nak ceritakan bagaimana kakak boleh start berhiking ni. Sejujurnya, akak bukan ada plan pun nak buat benda ni, cuma dulu masa preggie memang geng opis selalu panjat sana sini. Tapi dah preggie tu buatlah cara preggie. Tak payah nak ngidam nak panjat gunung ganang bukit bukau. So, masa tu memang tak kesampaian walaupun teringin sangat.

Dalam bulan September 2015 aka tahun lepas, ada kawan ni tiba-tiba text tanya, nak naik broga tak? Kebetulan kita tak keje masa tu, kita pon hokey je. So, dia pun beritahu pukul berapa nak pick up kita and bla bla bla.... Hajatnya hike broga tu kitorang nak tengok sunrise. Tapi tak kesampaian kerana dalam group yang join hiking masa tu, ada seorang budak sport science yang sangat ramah-tamah.

Tengah jalan ada eksiden, dia bantu. Tgh hike ada orang kaki cramp pun dia tolong. Ada orang pening-pening berenti separuh jalan pun dia tegur and sapa. Memang giler peramahlah senang kata. Masa tu lak baru first time hiking. Kakak tak kenal sesiapa pun yang join trip kalitu, kecuali orang yang direct ajak tu. So, tak beranilah nak komen apa-apa. Lagipun mamat tu baik ati, dapat gak pahala kannn....

Senang kata, hiking first time ni dia ajak dia, dia ajak dia, dia ajak dia, then tak semena-mena jadi sat group hiking. Gitu........ Lepas dah pengalaman kali pertama hike tu, terus buka satu group FB dan satu group Whatsapp. Then dalam tulah kitorang share gambar, share itinerary, kongsi tips dan buat perancangan untuk hiking-hiking tempat lain.

Bagi mereka-mereka yang memang kawan-kawan tak minat hiking, tapi nak hiking pula, korang disarankan untuk join satu public group kat dalam Facebook. Namanya Hiking and Camping Around Malaysia. Group tu best giler. And kebiasaannya ada je orang yang ajak-mengajak orang lain untuk join aktiviti mereka. So, korang tebalkan jelah muka tu cakap nak join. Pandai-pandailah pm diorang ke haper. Bila lagi nak berkawan kan????

Secara keseluruhannya, hiking ni banyak kebaikannya, antaranya:

1. Menambah kenalan baru
2. Bersenam dan menguatkan tubuh badan
3. Riadah yang mampu milik dan kurang ongkos (daripada gi shopping complex abis duit jeee)
4. Mengurangkan tekanan kerja
5. Mendekatkan diri dengan ciptaanNya sambil menghirup udara segar
6. Menambah pengetahuan dan survival skills
7. Pk lah sendiri.....



Bukit Broga sebenarnya memang sesuai untuk mereka-mereka yang baru nak mencuba. Tahap kesukaran kakak rasa 3/10 je kot...  Tapi masa first time pergi tu memang rasa cungap-cungap juga... Mana taknya? Tak kumpul dulu ilmu di dada. Ada a few tips sebenarnya yang korang yang kena tahu kalau baru nak berjinak dalam hiking-menghiking ni... Kakak share nanti nehhh....

Secara ringkasnya:
Bukit Broga
Masa mendaki: 45 minit
Tinggi: 1150 kaki
Tahap Kesukaran :3/10






Thursday 11 February 2016

Percutian ke Taichung, Taiwan

February 11, 2016 8
Percutian ke Taichung, Taiwan

Helo everibadi!


Dah lama kakak tak buat senaman jari-jemari untuk menulis blog. Harini saja nak cerita pengalaman pergi Taichung, Taiwan. It was last year I went to Taiwan台灣. Pergi dua tempat: Taichung and Taipei.

Untuk mereka2 yang pergi ke vibrant city, Taipei is highly recommended. Sesiapa yang suka melancong ke bandar-bandar besar, bolehlah pergi ke Taipei. Ibu kota Taiwan. Tapi kalau yang suka melancong untuk bersiar-siar mengamati pemandangan, You can go to Taichung or Tainan.

Mula-mula kakak citer bagaimana Taiwan namakan tempat-tempat ni. Cara diorang namakan province diorang ni sonang je. Bei (pei) tu utara. Nan (Nam) tu selatan. Zhong tu tengah. Tai tu plak perkataan pangkal bagi Taiwan. So, dengan erti kata lain, Taipei台北 tu Utara Taiwan, Taichung 台中tu bahagian sentral or tengah Taiwan dan 台南Tainan tu bahagian Selatan Taiwan. Mudah saja.... Kalau korang nak tau lagi, Taiwan punya wan 灣tu maksudnya Teluk... So maknanya negara Taiwan ni Teluk Tai.. Taiwan ni sebuah pulau... 



Eh... makin merepek lak kakak ni. Bukan dik, bukan kakak merepek. Cuma haritu nampak ada satu artikel pasal perbezaan antara Thailand ngan Taiwan. Yeler... satu Thai satu Tai. Pastu ramai yang konpius.. Xyah konpius... Mat salleh je kot yang konpius... kita yang dok Malaysia ni nak konpius apa? Thailand atas negara kita saja... negara jiran. Taiwan jauh weh. Empat jam penerbangan.


Oklah... sambung cerita. Kalau g China haritu kena visa, g Taiwan tak perlu pon.. Unless panjang sangat stay korang tu. N kalau China tu macam2 dia block, Taiwan ni sumer boleh online. Yang paling kakak suka kat Taiwan ni, internet dia lajuuuuuuu. Macam boleh terbang. Ngahhahahahaha... I loike.

Okeh2... Kakak pergi Taiwan ni solo je. Tak kisah pun g solo sebab bahasa rasmi Taiwan ialah Mandarin. Kakak reti baca n bertutur dalam Mandarin. So, no problemmmmmm.(sambil kembang kempis idung sebab penuh yakin). Tapi keburukan travel solo ni, xbanyaklah gambar posing2 macam kat Chengdu tempoh hari. Sob sob sob. And bila travel solo tuuuuu.... Hmmm... Kemalasan selalu melanda diriku.

Oh ya, kalau korang nak travel bajet kat Taiwan ni, ala-ala backpacker macam kakak ni, korang kenalah make sure lutut and kaki korang tu cukup kuat... Kesimpulan yang kakak dapat daripada pelancongan kali ini ialah: orang Malaysia memang pemalas. Jalan pun malas. (kita ler tuuuu) Bila kena g travel, xde own transport. Lenguh ler satu kaki sampai ke badan2 lenguh. Rasanya jalan-jalan kat Taiwan 9 hari tu, dah macam kakak jalan kat Malaysia ni 3 bulan dah!! Entah2 tempoh 3 bulan kat Malaysia pun tak jalan sebanyak tu. Sob sob...


Baiklah, baca sampai sini mesti korang dah peluh2 sebab panjang giler intro kakak... pfftttt..


Hari pertama sampai je Taoyuan International Airport桃園國際機場, kakak pun bergogas pergi kat kaunter Telco yang ada airport untuk beli SimCard. kakak beli 台灣大哥大. Jenama telco besar kat sana. Habis dalam RM100 kot (NTD800)... Lau tak silap. Ni untuk 10 hari. Wokeyh la, travel sorang, data tu penting. Camner nak google jalan bagai kalau xde data? Kalau kakak on roaming Maxis yang cekik darah tu je, sehari RM38. 9 hari dah RM342. Gila kau???




Setelah tukar simcard dengan jayanya. Kakak pun gembira. Pastu kakak tros gi bas station yang ada kat airport tu... Airport diorang kelas juga. Ada tren, bullet tren ada bas and teksi sumerlah....  Kawan kakak yang dah pergi sana suggest naik bullet train untuk g Taichung. Tapi gila kau! Mahal weh.  (PS: Bullet train ni diorg panggil HSR. Ada gak keretapi g sana tapi lembep. Kakak tak suka) Kakak nak save budget, so kakak naik bas sajeeee. Kakak naik bas KuoKwang 國光客運. Kalau kat Malaysia kira macam transnasional lahhhh.... Tambang baru NTD 250. Kalau naik HSR tu NTD 700 kakak habis tau. Memandangkan kakak travel ala-ala santai, tak kejar masa. Baik kakak naik bas je. 

Setelah travel selama hampir 3 jam by bus tuu, kakak pun sampailah ke Taichung Main Station台中車站. Hotel kakak beberapa tapak je dari situ. Sebelah je Taichung

Station tu. Pilih sini sebab senang nak naik bas ke mana-mana saja. Blakang Taichung Main Station tu plak, ada keretapi Taichung. So nak g memana pun senang.



Sampai-sampai, apa lagi? Check in ler wehhhh! Penat! Sampai pun dah pukul 6. Oleh kerana kakak pergi Taiwan bulan November. Cuaca sangat sejuk! Dan cepat gelap Kol 5 je dah gelap. Kol 6 tu dah macam jam 9 malam....

Kakak menginap kat Plaza Hotel達欣商務精品飯店, betul2 sebelah Taichung Station tuuuu. Nampak tak kat gambar yang kakak tepek tuuu? Hotel ni kira oklahhhhh.... Yang ni kawan yang rekemen. Location wise memang daboom! Servis hokey2 je.

                     


Apa? Tak nampak? Meh hakak zoooom jap.



Cakap pasal hotel kat Taiwan ni, kakak excited sebab most of them ada provide Laundry Room. So leh cuci pakaian secara percuma. Kakak bawak baju pun berapa helai jeee.... Beg berat sebab maggi ngan milo ngan roti bagai. Yerlah, sana cari makan susah. So, kakak memang cuci baju kat bilik laundry je.... Sabun pun takyah bawak. Diorang provide. Pastu ada dryer skali.. Gebus je pakaian lepas dah kering. Weeee...


Nilah bilik kakak. Kakak nak murah. Sebab bajet weh bajet. So, bilik kakak xde window. Sedeh!



Masuk2 bilik je tros kakak merebahkan diri kat atas katil sambil mengeluh kepenatan... Penat! Penat!!!


Nak tau apa kakak buat lepas tu? Bersambung Part 2 plak t.. Penat dah menulis. Penat! Penat!