Review: 2 in 1 Nano Facial di Toscana Medi Clinic - Prettily Rare

Monday, 31 December 2018

Review: 2 in 1 Nano Facial di Toscana Medi Clinic

Hai semua,

Selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini membawa 1001 rahmat untuk anda semua. Maaf kerana telah lama menyepi. Mana taknya? Tak sangka pula hujung-hujung tahun begini kesibukan diri begitu memuncak. Sampaikan banyak deadline pun hanya ditepati paras-paras leher saja. Ngam-ngam sempat sajalah maknanya.

Sempena tahun baru ni kita nak kongsikan pengamatan baru kita setelah menimba pengalaman tentang 2 in 1 Nano Facial di Toscana Medi Clinic. Kalau diikutkan, sis memang terlalu sibuk untuk pergi mendapatkan rawatan muka, berspa dan bersantai bagai. Namun, apabila dipelawa oleh kawan, sis pun lembut hati dan luangkan juga masa dalam 1001 kesibukan untuk mencuba sendiri 2 in1 Nano Facial di Toscana Medi Clinic.

Nano Facial
Rugi wo tak rebut Happy Hour Facial Promotion ni!

Oleh kerana sis hanya pergi atas pelawaan orang dan terlalu sibuk, sis langsung tak buat apa-apa carian tentang facial atau rawatan wajah di Toscana Medi Clinic. Fikir sis, alah, it's just another facial for me. Sama je dengan facial-facial atau rawatan wajah yang sis pernah dapatkan sebelum ini.

Kebetulan kesibukan yang menghantui sis telah menyebabkan sis agak tertekan dan akhirnya membuahkan 'hasil' berupa jerawat di wajah. (Uwa!!!) Yang paling geram sekali, semua jerawat tu berkumpul di kawasan tengah aka centre part. Grrrr.... Tahu tak jerawat apa yang paling sis benci? Jerawat bernanah dan yang lokasinya tumbuh di bahagian tengah muka!! Pfffffft!! Geramlah!

Apa-apa pun, pada hari tersebut, sis pun pergilah ke Toscana Medi Clinic yang terletak di Solaris Dutamas (Ala, yang kat Publika tuuu). Sis diminta untuk mengisikan butiran pada borang yang diberikan kemudiannya diajak masuk ke dalam bilik rawatan.

Memandangkan sis dah tahu memang nak pergi facial, hari tu sis datang dengan wajah tanpa secalit solekan. Mat salleh kata bare atau naked face. Cuma pakai sunblock dan liptint saja. Kalau tak pakai liptint, nanti orang ingat mayat hidup mana pulak nanti kan? Bagi kesejahteraan sejagat, lebih baik kita jangan keluar takutkan orang ramai.

Lorong
Menuju ke Toscana Medi Clinic

Bridge from Publika
Dari Publika, ambi jambatan ke Block D. Dari situ dah boleh nampak
Lounge
Lounge. Nampak classy dan kemas teratur


Treatment Room
Ni bilik rawatan sisi
Memandangkan 2 in 1 Nano Facial ni kita boleh pilih antara rawatan slimming, brightening, hydrating atau lifiting, sis pun telah memilih slimming kerana merasakan muka v sis dan makin membulat menjadi u. Kalau tak dibendung, jadi o pula nanti. Uish... Seram.
Makanya ahli terapi pun menyuntik keluar sejumlah serum slimming dan diasingkan untuk kegunaan sis. Mula-mula sekali, macam mana-mana facial, tentulah proses pembersihan wajah akan dilakukan bagi menanggalkan segala daki, debu dan solekan yang ada pada wajah.

Setelah itu, ahli terapi menyapukan skrub pada muka dan diikuti proses pengewapan wajah menggunakan 'steamer'. Okay, setakat ni sis masih dalam hati, see.... it's just another facial.


Nano facial scrub
Sapu scrub kat muka dulu

Steaming facial
Pastu wapkan muka

Massage Facial
Urut muka ni paling best...
Namun, apa yang mendebarkan seterusnya ialah setelah diwap dan diurut wajah, ahli terapi mula mengeluarkan senjatanya. Iaitu sejenis alatan yang digelar micro dermabrasion device.  Peralatan mempunyai diamond tip atau permukaan hujung yang kasar dan berputar untuk tujuan melicinkan permukaan kulit. Biasanya micro dermabrasion ni sangat berkesan untuk menanggalkan kulit mati.

Microdermabrasion device
Ni microdermabrasion device
Okey, yang ni memang lain daripada facial yang lain kerana selama ni tak pernah lagi buat microdermabrasion sewaktu facial. Kira alat ni memang canggih betullah. Oleh kerana bahagian dagu u shape kita lebih gelap daripada bahagian muka yang lain, ahli terapi menggunakan kekuatan yang lebih tinggi daripada kawasan lain untuk menanggalkan kulit mati di situ.

Oleh kerana sis mempunyai kulit sensitif, microdermabrasion ni agak menyengat pada muka. Tapi nak cantik punya pasal. Sis tahankan saja. Gitu!! Menurut Doktor Lashela, ia bertindak seperti kertas pasir untuk menyingkirkan apa yang tak rata dan cela pada kulit.

Selepas microdermabrasion, Tiba pula proses seterusnya iaitu extraction atau pengekstrakan. Kalau korang selalu baca blog sebelum ni, tentu korang tahu, kita ni jenis yang say no to extraction. Tapi bila fikir geram juga dengan jerawat bernanah 3 ketul tu, sis merelakan saja. Adoiiii... sakitnya. Biasalah, orang tak pernah buat extraction buat extraction.

Selesai proses extraction, kita beralih pula pada langkah yang seterusnya iaitu microneedling. Mula-mula sekali, slimming serum yang sis pilih tu disapukan pada wajah. Kemudiannya, mulalah mesin microneedling diaktifkan dan rawatannya dilakukan pada setiap bahagian muka.

Okay, yang ni bagi sis scary sikit. Microneedling ni proses mencucuh jarum-jarum yang halus pada kulit muka kita. Konsep microneedling ni berasaskan kulit kita akan regenerate atau memperbaiki dirinya sendiri apabila mengalami kecederaan. Jadi microneedling ni sebenarnya kecederaan sengaja yang dilakukan pada permukaan kulit untuk merangsang pembaharuan dan kerja-kerja pembaikan kulit. Hasilnya? Kulit baru yang lebih licin yang anjal dapat dihasilkan.

Microneedling
Nilah alat microneedling. Ada banyak jarum tu...
Bagi sis, yang ni agak sakit terutamanya pada bahagian wajah yang tak ada tulang. Jadi kalau korang jenis takut sakit atau tak tahan sakit, boleh request untuk gunakan kekuatan yang lebih rendah. Kalau sis ni, kiasu. Nak cantik punya fasal, tahankan sajalah labu. Pastu sakit. Uwaaa!

Microneedling
Rawatan bermula
Oh ya, microneedling ni jugalah yang akan membantu serum yang disapukan sebelum ni dapat diserap dengan lebih baik oleh kulit kita. Selesai saja proses microneedling, sis mendapat kulit sis kemerah-merahan. Uwa! Sekali lagi rasa nak nangis. Namun ahli terapi terangkan biasanya kesan kemerah-merahan akan surut selepas calming mask.
After Treatment
Merah-merah muka sis

Makanya, teruslah kita meneruskan langkah seterusnya iaitu calming mask ataupun Bahasa Melayunya pupur muka. Okey, selepas kena dera dengan microdermabrasion dan microneedling tu,
memang ni yang sis perlukan. Rasa sejuk dan sedap je wajah. Perghh! Nikmat. Sampai tertidurlah.

Mask

Tapi biasalah, yang best tulah sekejap je tamat. Selepas tanggalkan mask dan urutan wajah. Ahli terapi pun sapukan krim tabir suria atau sunblock. Okey. Boleh balik rumah dah.

No reddish no downtime
Ni lepas abis treatment, terus sis check muka merah lagi tak

Selepas tamat rawatan, sis juga diberi kesempatan untuk sesi konsultasi dengan doktor yang cukup manis oranngya. Namanya Doktor Lashela Darmadhass. Menurut Doktor Lashela, 2 in 1 Nano Facial ni digelar Nano Facial kerana ia menggabungkan dua rawatan micro iaitu microdermabrasion dan microneedling. Nano iaitu kecil sinonimlah kepada mikro. Huhuhu... Nasib baik doktor terangkan. Kalau tak sumpah tak tahu.

Dr Lashela
Nilah doktor si cantik manis. Busy betul dia.
Sis yang masih lagi kemerah-merahan muka pun tanyalah doktor. Doktor, doktor. Kata facial ni takde downtime (waktu pemuliha). Tapi wajah sis merah-merah. Doktor pun kata, oh ini normal untuk orang yang kulit sensitif. Kalau kulit biasa, memang no downtime. Tak ada merah-merah yang hodoh seperti normal facial di spa. Awak punya sekejap lagi eloklah tu. Dan memang betul. Lepas habis mengajukan beribu soalan kat Doktor Lashela, wajah sis terus pulih seperti biasa.

Satisfying result
Lepas jumpa doktor, nak balik, tengok-tengok merah dah surut

Menurut doktor lagi, selepas 5-7 hari kemudian, tentu sis dapat merasakan perbezaan pada kulit di mana kulit akan nampak lebih berseri dan licin. Masa entry ni dibuat, seminggu dah pun berlalu. Dna memang ya, kulit nampak lebih cantik dan lebih menyerap serum atau bahan penjagaan yang digunakan. Mekap pun tak bercapuk seperti dulu.  Tulah, siapa suruh banyak kumpul kulit mati sebelum ni?

Banyak lagi yang Doktor Lashela terangkan kepada sis. Mujurlah dia sabar menjawab semua persoalan yang sis ajukan. Muahahaa... Kalau orang lain, dah kena tempeleng kot. Oh ya, selain facial atau rawatan wajah. Banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Toscana Medi Clinic. Boleh rujuk FBnya di bawah nanti.

Korang, sis ada kesimpulan  yang nak disampaikan kepada para pembaca sekalian. Selepas mengalami sendiri 2 in 1 Nano. Banyak bacaan dan carian yang telah sis lakukan di internet. Apparently (wah, terus speaking), Medical-grade facial treatments, also known as medi-facials, are treatments that are designed to treat particular skin conditions and are safe for all skin types. These are done at medical cosmetologists office using certain devices and constituents like microdermabrasion, peels , Photo rejuenation (IPL), LED Therapy , microcurrents and dermaplaning and a combination of these"

Ha, tahu. Ada yang malas nak baca. Senang kata, rawatan wajah bergred medikal atau rawatan muka medi (medifacial) ni menggunakan satu atau kombinasi alatan  yang canggih untuk tujuan kecantikan. Berbeza dengan facial biasa di spa walaupun macam-macam mesin dia pakai, ia adalah sama sekali berbeza ya! Berbeza. Kenapa? Sebab alatan ni hanya boleh digunakan bagi mereka yang certified sahaja.

Selepas merasai perbezaaan antara spa facial dan medical grade facial, sis terus rasa macam nak pecah tabung untuk buat medical grade facial yang positif hasilnya ni. Ketagih rasanya. Well, beauty is addictive. Khennn.... kalau tak, takdelah orang sesetengah orang jadi ketagih nak buat pembedahan kosmetik. Gitu! Sis jadi lagi tergoda bila melihatkan ahli terapi yang dah berusia 40-an tu mempunyai kulit yang anjal. Rahsianya? Dia kata setiap bulan dia buat sekali facial ni. Wow!!

Okey, sekian perkongsian kali ini. Memang sis teruja nak kongsikan tentang pengetahuan baru tentang perbezaan antara spa facial dan medi-facial ni. Muahahahah! Rasa nak jerit biar satu dunia tahu.

Da~~~

Toscana Medi Clinic

No comments:

Post a Comment