Monday 26 October 2020

Pengalaman Langsaikan Hutang Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat


 Assalamualaikum semua,

Harini nak cerita satu lagi pengalaman pahit sis dalam berhutang dan melangsaikan hutang pinjaman peribadi sis. Biasa pinjaman tu untuk bank konvensional. Kalau bank yang islamik pula, ia digelar pembiayaan peribadi. Ha, tak kisahlah yang mana satu pun, yang penting, memang seriklah.

Sebelum jadi macam sis, sis nak nasihatkan dulu kepada para pembaca sekalian supaya jangan sesekali ambil pinjaman/pembiayaan peribadi kalau tak ada keperluan. Kiranya jangan ambil suka-suka atau sekadar nak berseronok, nak melabur ponzi scheme, nak kahwin mewah, nak mencurah air ke daun keladi bagai. Tak payah! Dengarlah nasihat tulus suci dan murni sis ni ya. Almaklumlah pinjaman atau pembiayaan peribadi ni dikategorikan sebagai hutang jahat. Evil gitu! Sis dulu kalau bukan kerana terdesak, memang sumpah takkan amik.

Okay, berbalik pada cerita hutang sis dengan Bank Rakyat tu. Kisahnya sis bosan dah dibelenggu beban hutang yang keliling pinggang ni. Biasalah, nak hidup, memang kekadang terpaksalah ambil hutang untuk melalui saat-saat sukar. Tapi sebagai manusia, kita tahu, kalau nak hidup tenang, memang kena selesaikan hutang. Kalau hilang sumber pendapatan ke, sakit ke, nak mati ke, takdelah terbeban dengan hutang yang ada. Makanya sejak awal lagi memang sis dah tanamkan niat untuk langsaikan hutang jahat ni secepat mungkin. 

 

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Babai hutang bank rakyat. 

Alhamdulillah setelah lapan tahun menyusun strategi kewangan dan usaha menambah pendapatan, akhirnya simpanan sis telah mencukupi untuk melangsaikan hutang pinjaman peribadi ni. Kalau ikutkan hati, siapa tak suka tengok duit berkepuk-kepuk dalam akaun bank? Tapi sewaktu ekonomi gawat tatkala pandemik Covid-19 ni, sis faham, hutang tetap hutang dan haruslah dilangsaikan walau seberat mana hati kita sekalipun.

Antara perkara yang buat sis pejamkan mata dengan bisikan keengganan melunaskan hutang ni adalah:

i. Hutang Wajib Dilunaskan

Waktu sis hutang keliling pinggang dulu, sis selalu berdoa supaya dipermudahkan usaha sis untuk melunaskan hutang. Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mengambil hak milik orang lalin (berhutang) dan dia mahu membayarkanya semula nescaya Allah akan membayarkan untuknya." Jadi bila dah cukup duitnya, walaupun sayang mana sekalipun, sis tau duit itu bukan hak sis, jadi sis teguhkan je hati, pejam mata dan bayar je duit tu ke bank

 

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Amin insyallah


ii. Penurunan BLR/BR tidak tertakluk kepada pinjaman/pembiayaan peribadi/kadar tetap

Tahun ini saja, tiga kali BLR/BR diumumkan turun oleh BNM. Maka semua bayaran bulanan pinjaman atau pembiayaan akan dikurangkan selaras dengan penurunan tersebut kecuali pinjaman/pembiayaan peribadi. Dari sini kita boleh nampak, apa gunanya biar je hutang ni terus-menerus menjerat hidup kita. Makanya, marilah kita setelkan.

iii. Tempoh Pembiayaan/Pinjaman Peribadi Telahpun Dipendekkan

Pembiayaan yang sis buat ni adalah pada tahun 2012. Ni antara pembiayaan/pinjaman terakhir yang mana tempoh pembiayaan/pinjaman peribadi masih lagi sehingga 20 tahun. Pada tahun 2013, Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun mengarahkan bank-bank untuk memendekkan tempoh pembiayaan/pinjaman peribadi ke 10 tahun sahaja. Tentu ada sebab kenapa BNM pendekkan tempoh pinjaman/pembiayaan peribadi, maka takyahlah simpan pinjaman yang menjerut leher sampai ke 20 tahun ni.

Jadi berikut merupakan Kronologi Sis Melangsaikan Hutang Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat:

Sekitar Disember 2019 hingga Februari 2020

-Membuat beberapa panggilan ke Bank Rakyat untuk bertanyakan tentang baki pinjaman dan bertanyakan tentang proses penyelesaian awal pinjaman/pembiayaan

-Menyatakan hasrat untuk membuat penyelesaian awal bagi pembiayaan peribadi

-Baki penyelesaian awal tidak diperoleh kerana dikatakan bergantung kepada bila nak buat penyelesaian awal

-Dah beritahu bila mahu diselesaikan pun pihak bank tidak dapat mengesahkan satu jumlah yang tetap bagi tujuan penyelesaian awal

9 Mac 2020

-Meminta pihak bank untuk menghantar sesalinan Surat Tawaran Pembiayaan kerana salinan pelanggan tidak ditemui (aneh juga sebab sis memang jenis yang simpan semua surat-menyurat ni)

-Pihak bank menghantar sesalinan surat tawaran melalui e-mel

-Mengkaji terma dan syarat pembiayaan peribadi yang ditawarkan (Penting!! Sebab ada pinjaman/pembiayaan peribadi yang mengenakan sejumlah bayaran apabila kita membuat penyelesaian lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan)

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Diambil dari surat tawaran sis

-Ada rebet katanya kalau buat penyelesaian awal.

-Jelas sekali pelanggan perlu memaklumkan notis sekurang-kurangnya sebulan kepada pihak bank dan jelas sekali sis dah beritahu lamooo dah nun dari Disember 2018

-Tapi bagi tujuan keselamatan, sis jawab balik e-mel 9 Mac tu yang mengatakan sis nak buat penyelesaian awal akaun pinjaman tu dan minta dia jumlah yang perlu dijelaskan

-Malangnya sampai ke sudah tak berjawab.. Choy!


Sekitar 13 Mac -20 Mac 2020 (Awal atau sebelum PKP)

PKP diumumkan, jadi sebelum langkah menjadi pendek disebabkan perintah kawalan pergerakan, sis yang memang nyampah dengan Bank Rakyat pun ambil keputusan untuk terjah je ke Bank Rakyat.
Kalau ikutkan pembiayaan sis dibuat di Cawangan Bangsar Baru, tapi nak ke sana jauh sangat dari Shh Alam. Jadi sis pun terjah jelah cawangan Shah Alam.

Selepas ambil nombor, sis kena pergi Tingkat 2 kalau tak silap, bahagian pinjaman/pembiayaan.

Kat sana sis kena ambil borang yang mengatakan sis nak buat penyelesaian awal dan Bank Rakyat akan berikan satu jumlah yang sis perlu langsaikan.

Sis pon tanyalah.. jadi lepas isi borang ni cemana? Pegawai bertugas kata pihak bank akan call dalam masa seminggu. Sis minta salinan... takde. Ermmm.... Jadi kalau pihak bank tak call juga cemana. Dia kata pihak bank akan call. Pfftt!

8 Mei 2020

Oleh kerana dah berkurun sangat menunggu panggilan daripada Bank Rakyat dan ditambah pula dengan panggilan ke Bank Rakyat yang susah nak mampu untuk ditembusi, sis ambil keputusan untuk terjah sekali lagi ke bank rakyat. Grrr.... Dah la time PKP ni. Lagi nak suruh orang ke sana sini plak. PM pon suruh dok rumah diam-diam tau.

Sampai sana, biasalah kena amik nombor bagai, pastu sebab dah PKP siap kena amik suhu bla bla bla dan naik ke Bahagian Pembiayaan. Tunggu.

Nombor dah dipanggil, pastu pegawai bertugas pon tanya nak apa. Eh, sis pon jawablah nak setel hutang. Dia cakap kena isi borang. Sis cakap dah lama dah, sampai sekarang pon tak dapat pon jumlah bayaran. Kata nak call, tak call pon. Jadi dia pon buka fail dia dan cari sambil muka tak puas hati.

Lepas nampak dan terbukti borang sis dalam fail tu, dia pon cakap, dia kena berhubung dengan cawangan bank rakyat untuk dapatkan jumlah akhir. Pastu tanya bila nak bayar. (Ewah! Dia yang tak bagi jumlah akhir bayaran, marah plak bila sis nak bayar).

Oleh kerana sis dah bengang memuncak, jadi sis pon cakap dah dapat jumlah akhir bayaran saya bayar terus. Eh, pastu dia cabar plak, nak bayar harini? Bayar harini jelah. Eh! Geram plak sis.

Pastu dia pon suruh berikan arahan yang paling tak bijak dalam dunia. Dia suruh buat pemindahan sekian amaun ke dalam akaun bank rakyat tu sekarang. Lepas tu baki 8 ribu dia nak sis bayar tunai sebab katanya ada rebet.

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Gerammmmm je ngadap banker ni kekadang


Ermmm...kenapa sis kata bijak? Sebab rebet yang dimaksudkan tu berapa sen sangatlah sampaikan sis kena keluarkan duit tunai lebih daripada 5 ribu kat ATM untuk bayar secara tunai. Pastu dia suruh bayar cepat sebab harini Jumaat tutup awal.

Yang paling best, ATM Bank Rakyat pada haritu semuanya rosak, tinggal satu je yang berfungsi. Dan yang lagi best, barisan panjang nak mati dan sekali keluar boleh RM1,500 je. Tu pun nak keluar RM1,500 tu mesin akan hang selamat 10 minit. Sis kena keluar lebih 5 kali untuk baki tunai tu.

Dalam hati sempatlah sis mencarut, apsal lah ko tak suruh transfer je semua duit tinggalkan seribu dua je untuk bayaran tunai. Nyusahkan orang betul. Dekat sejam jugalah semata-mata nak keluarkan wang tunai je kat situ. 

Walaupun terpaksa menahan sakit hati. Sis bersabar jelah memandangkan haritu hari Jumaat dan dalam hati rasa lega sangat-sangat sebab tak payah nak mengadap kerenah Bank Rakyat yang sangat tak efisien ni.

12 Mei 2020

Sis perasan dalam talian perbankan Bank Rakyt ni masih ada lagi maklumat tentang akaun pembiayaan sis. Jadi sebagai formaliti, sis telefon dan e-mel pihak Bank Rakyat untuk tulis surat rasmi yang pembiayaan sis telahpun diselesaikan.

13 Mei 2020

Surat diterima daripada Pengurus Cawangan Bank

Pinjaman/Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat
Ermm... minta dijauhkan la kena buat pinjaman peribadi lagi

Okey tatkala sis bergembira dan fikir kisah drama antara sis dengan Bank Rakyat dah berakhir, ada pulak sekuel okay!!!

28 Julai 2020

Terima panggilan daripada Bank Rakyat cakap ada lebihan bayaran daripada penyelesaian awal sis haritu. Pffttt!! 

Pegawai Bank tu pun tanya nak bank in kan ke akaun ke nak collect tunai. Urgghhhhhhh!!

Memula sis fikir transfer jelah. Pastu lepas teringat kembali kepantasan mereka menjawab e-mel dan kefisienan mereka mengendalikan borang, sis pon singgah jelah ke bank untuk ambil duit lebihan bayaran tu.

Maka dengan kutipan lebihan bayaran tu, berakhirlah episod sis dengan Bank Rakyat.

Walaupon kekadang dapat juga panggilan diorang yang menawarkan Pembiayaan Peribadi dengan kadar faedah yang rendah nak mati (kata diorang). Malas dah sis nak layan. 

Kiranya dia macam ex kitalah. It's all or nothing gitu! Keh keh keh.

Sekian pengalaman sis dengan Bank Rakyat.

Baca juga:

3 comments:

  1. Sis. 😇Assalamualaikum . Jd brapa anggaran jumlah rebate sis dpt ?

    ReplyDelete
  2. satu penjelasan yang sangat mudah difahami sis. terima kasih dan semoga dipermudahkan urusan sis

    ReplyDelete
  3. Anda sedang mencari syarikat pinjaman kewangan sebenar untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 10,000 euro hingga 10,000,000 euro (untuk pinjaman komersial atau perniagaan, pinjaman peribadi, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman modal teroka, pinjaman kesihatan dll. ))Atau adakah dia dinafikan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab? Mohon sekarang dan dapatkan pinjaman kewangan sebenar. Diproses dan diluluskan dalam masa 3 hari. FIRMA PINJAMAN KEWANGAN PASIFIK

    Kami adalah pemberi pinjaman pinjaman antarabangsa yang menyediakan kewangan sebenar kepada individu dan syarikat pada kadar faedah rendah 2% dengan kad pengenalan yang sah atau pasport antarabangsa negara anda untuk pengesahan. Pembayaran balik pinjaman bermula pada 1 (satu) tahun selepas pinjaman diterima dan tempoh bayaran balik adalah 3 hingga 35 tahun.

    Untuk maklum balas segera dan proses permohonan anda untuk sempadan dalam masa 2 hari perniagaan
    Hubungi kami terus melalui mel ini: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Hubungi kami dengan maklumat berikut:

    Nama penuh: ____________________________
    Jumlah wang yang diperlukan sebagai pinjaman: ________________
    Terma kredit: _________________________
    Tujuan pinjaman: ____________________
    Hari Lahir: ___________________________
    Jantina: ______________________________
    Taraf Perkahwinan: ______________________________
    Alamat: _______________________
    Bandar / Poskod: ______________________________
    Negara: ______________________________
    Pekerjaan: ______________________________
    Telefon bimbit: __________________________

    Hantar permintaan anda untuk maklum balas segera kepada: pacificfinancialloanfirm@gmail.com
    terima kasih

    Ketua Pegawai Eksekutif :Pen Fed VICTORIA JOHNSON

    ReplyDelete