Wednesday 29 January 2020

Semakan Online eCCRIS Bank Negara Bantu Pantau Pengurusan Kewangan

January 29, 2020 1
Semakan Online eCCRIS Bank Negara Bantu Pantau Pengurusan Kewangan

Hai semua,

Harini nak fasal perkhidmatan eCCRIS yang ditawarkan oleh Bank Negara. eCCRIS ni laporan kredit dalam talian yang anda boleh dapati dari laman web Bank Negara. Kalau nak tahu apa tu eCCRIS, kena tahu apakah itu CCRIS dulu.



Apakah itu CCRIS?
CCRIS tu merujuk kepada Central Credit Reference Information System atau dalam Bahasa Malaysianya, Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit. Kalau CCRIS tu sistem maklumat rujukan kredit, eCCRIS sistem maklumat rujukan dalam talianlah. Ngahahaha... Faham tak?

CCRIS merangkumi maklumat seperti:
-Kredit tertunggak (senarai pinjaman-jumlah keseluruhan, tertunggak, cawangan bank pinjaman)
-Akaun perhatian khas jika melibatkan kredit di bawah seliaan institut kewangan
-Permohonan pinjaman kredit yang diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan dalam tempoh 12 bulan

Kebaikan Daftar eCCRIS

Ramai yang fikir laporan CCRIS ni diperlukan waktu-waktu nak buat permohonan pinjaman je. Sebenarnya pemikiran begini tak berapa tepat. eCCRIS juga penting bagi kita untuk menyemak keadaan kewangan kita. Banyak kebaikannya jika anda mendaftar dan mendapatkan akses eCCRIS sendiri. Antaranya:

i. Seperti yang korang semua tahu, eCCRIS ni, memudahkan korang untuk semak kelayakan untuk buat pinjaman jugak. Kekadang ada orang tanya, kenapa pinjaman ditolak. Sekali tengok, loh! Punyalah banyak tunggakan tak berbayar. Memanglah pinjaman ditolak. So kalau korang nak buat pinjaman, lagilah kena daftar eCCRIS ni, tak payah susah tanya orang lain. Sendiri je pantau dan nilai keadaan kesihatan kewangan korang tu. Kalau dalam laporan ada banyak sangat nombor menarik. Tak layaklah namanya. Cantikkan dulu rekod CCRIS tu untuk  6 bulan. Baru buat pinjaman. Laporan CCRIS yang cantik sepatutnya terdiri daripada semua nombor 0 sahaja.

ii. Pendaftarannya  hanya sekali sahaja dan PERCUMA. Yang lebih seronok, selepas itu, anda boleh buat semakan secara percuma dan tanpa had. Tak seperti CTOSID, laporan eCCRIS oleh Bank Negara ni boleh dimuat turun secara bulanan dan berkali-kali tanpa bayaran. Kalau korang tak gunakan CTOS ni, setiap kali nak check CCRIS je, kenalah bayar. Tak ke rugi? Kalau rajin, korang daftar je dua-dua. CTOS percuma dan eCCRIS. Lagi senang. The more the merrier kata orang.

Sis tetiap tahun akan dapat laporan CTOS percuma ni

iii. Boleh pantau kesihatan kewangan.  Selain rujukan kepada pihak bank tentang status kredi anda, ia juga sepatutnya menjadi rujukan bagi pengguna itu sendiri untuk memantau keadaan kewangan mereka.

Kadang-kadang kadar faedah bank macam OPR etc meningkat tanpa korang sedari. Kekadang bukang bank tak announce atau hantar notis, tapi korang sendiri tak perasan. Jadi bila ada penyelarasan faedah bank, ansuran bulanan pun meningkat tanpa korang sedari. Kalau korang yang jenis bayar duit pinjaman secara manual, besar kemungkinan korang still akan bayar ikut ansuran lama. Ni boleh mendatangkan bahaya sebab kalau berterusan, ia akan menjejaskan credit scoring korang atau yang lebih teruk, mungkin dikenakan penalti, dinaikkan kadar faedah atau kereta/rumah ditarik dilelong dan sebagainya.

Jangan ingat kalau korang buat tolakan automatik dari akaun bank je korang selamat ya? Sis pernah terkena tolakan yang dibuat masih mengikut kadar lama. Mungkin sistem bank tak adjust atau sebagainya. Mujurlah sis tiap-tiap bulan semak eCCRIS, bila nampak je ada pinjaman yang bertanda 1, teruslah sis siasat. Mujur tak berlanjutan, kalau tak, tak ke naya? Daripada peminjam yang berdedikasi, tak fasal-fasal nama buruk.

Awas, kalau korang culas buat pembayaran, ia akan menjejaskan credit scoring korang ya!


iv. Sekarang ni teknologi memang canggih, tapi taktik penipuan pon turut bertambah canggih jugak. Jadi eCCRIS juga membantu untuk mengelakkan anda ditipu. Ramai yang terima panggilan telefon kononnya IC diguna pakai untuk buat pinjaman dah sebagainya dan diminta untuk beri maklumat peribadi untuk elakkan kecurian. Kalau korang ada akaun eCCRIS, sudah tentulah perkara ini dapat dielakkan. Mana taknya? Semua pinjaman akan tertera kat dalam laporan eCCRIS, haruslah scammer tak dapat kelentong korang.

v. Sesetengah pekerjaan juga mempunyai employee screening yang mana semua mereka yang ingin memohon pekerjaan perlu mempunyai laporan eCCRIS yang baik manakala kakitangan sedia ada pula perlu menghantar laporan kredit mereka secara berkala. Tindakan boleh dikenakan bagi mereka yang tidak menepati kelayakan.

Jadi macam mana cara untuk daftar eCCRIS ni?

Kalau korang baru nak daftar buat kali pertama, sila buat pendaftaran di kios Bank Negara Malaysia (BNM) atau Pejabat Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) dan dapatkan PIN terlebih dahulu ya?

Untuk pendaftaran kali pertama ni je leceh kena ke Pejabat BNM atau BNMLINK atau mana-mana cawangan AKPK. Tapi sekali tu je. Susah-susah dahulu, senang kemudian kata orang.

Selepas tu, bolehlah pergi layari https://eccris.bnm.gov.my/ dan daftar segera mengikut arahan dan langkah demi langkah.  Mudah saja!



Kalau tak konfiden buat kat rumah, bolehlah daftar masuk terus di kios yang ada di BNM dan AKPK ya.

Tada! Lepas berjaya, bolehlah korang semak laporan kredit tu setiap bulan.


Alamat BNM & Cawangan AKPK Untuk Mendaftar eCCRIS Buat Kali Pertama

1. Bank Negara Malaysia/BNM Link & CCRIS Kiosk
Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur
Tel: 1300 88 5465 (BNMTELELINK)
        +603 2698 8044 (General line)
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
2. Cawangan Rasmi AKPK

AKPK Cawangan Alor Setar
No 11, Ground Floor,
Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid,
Kompleks Sultan Abdul Hamid,
05050 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 604 771 5773

AKPK Cawangan Pulau Pinang
Bangunan Bank Negara Malaysia
27 Corner Light/Pitt Street
10200 Penang
Tel : 604 261 2246
Fax : 604 261 2243

AKPK Cawangan Perak
Unit B-2-1 Greentown Square
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh
Perak
Tel: 605 242 8319
Fax: 605 242 8452

AKPK Cawangan Kuala Lumpur

Level 8, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel: 603 2616 7766
Fax: 603 2616 7601

AKPK Cawangan Negeri Sembilan
Bank Simpanan Nasional
Lot 894
Jalan Dato’ Bandar Tunggal
70000 Seremban
Negeri Sembilan


AKPK Cawangan Melaka
Ground & Mezzanine Floor, No 179,
Bangunan Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
Tel: 606 292 1238
Fax: 606 292 1251

AKPK Cawangan Johor Bahru
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Bukit Timbalan
80720 Johor Bahru
Tel: 607 221 0533
Fax: 607 221 0535

AKPK Cawangan Pahang
G-02 Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Tel: 609 513 3190
Fax : 609 513 3255

AKPK Cawangan Kuala Terengganu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Tel: 609 631 2797
Fax : 609 631 2801

AKPK Cawangan Kelantan
PT5, Ground Floor
Kota Indah,
Jln Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Tel: 609 747 6968
Fax: 609 746 1085

AKPK Cawangan Kuching
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Satok
93720 Kuching
Tel: 6082 414 910
Fax: 6082 414 960

AKPK Cawangan Kota Kinabalu
Bangunan Bank Negara Malaysia
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu
Tel: 6088 538 355
Fax: 6088 538 377

Sekian perkongsian kali ini. Da~~


Tuesday 28 January 2020

Review: MSU Medical Centre, Shah Alam

January 28, 2020 0
Review: MSU Medical Centre, Shah Alam

Hai semua,

Harini nak cerita fasal pengalaman mendapatkan khidmat perubatan di MSU Medical Centre pulak. Kisahnya, sis masuk hospital lagi. Ni lanjutan daripada kes kemasukan hospital kat KPJ tahun lepas.
Apa? Tak tau. Kalau nak tau, boleh baca di SINI.

Sebenarnya kalau mengikut pilihan hati, langsung tak pernah terfikir pun nak berkunjung kat sini. Tapi oleh kerana pihak syarikat dah batalkan KPJ Selangor sebagai salah satu panel hospital, sis punya rawatan susulan pun terpaksalah diteruskan di tempat lain. Oleh kerana hospital yang sis suka dan dekat semuanya bukan panel, sis malas nak fikir. Terus minta pihak syarikat je yang syorkan hospital yang paling dekat kat rumah. Tau-tau disyorkannya MSU Medical Centre ni. Hmm....





Memula macam biar betul nak pergi MSU Medical Centre ni. Dekat memanglah dekat ngan rumah. Tapi.... Tapi.... ekekekkee... Al maklumlah hospital baharu. Seram pulak. Rasa ala-ala lab rat atau tikus makmal pula diri ini. Malah sis juga terdetik, erm...selamat tak ni? kah kah kah! Gitulah kalau imaginasi terlampau. Seperti biasa. Sebelum pergi, Google lah dulu apa yang patut bagi menjamin kemaslahatan diri gitu.

1. Infrastruktur Luaran

So kali pertama pergi jumpa doktor, memang menyumpah juga lah nak cari tempat letak kereta kat situ. Punyalah pusing 4-5 kali cari tempat letak kereta pelawat yang pak guard tu cakap tapi tak jumpa-jumpa. Lepas gaduh ngan pak guard barulah tahu, ohhh....kat sini rupa-rupanya. Terus hospital ni termasuk dalam senarai bangunan dengan rekaan architecture yang agak fail sis.

Pastu tempat letak kereta dia serius macam bangunan tak siap, pastu tergesa-gesa pindah masuk. Apa taknya? Dengan tak cat, bersimen je gitu. Tanda arah hampeh. First impression memang teruklah. Lagilah bila masuk jamban, skali takde sabun. Apara! Nama je hospital. Tapi satu hospital punya jamban takde sabun. Bukankah tak hygienic gitu? Ish ish ish...

2. Infrastruktr Dalaman & Kemudahan

Tapi bila masuk dalam bangunan hospital, sebenarnya impressionnya, still okaylah. Terubat jugak hati. Doktor dan staf pun alhamdulillah ramah dan membantu. Proses pun boleh tahan cepat mungkin sebab tak ramai orang. Beberapa kali jugaklah buat rawatan susulan kat sini. Bila dah beberapa kali tu, nampak ada ibu baru bersalin discaj kat sini. Dalam hati fikir, ada juga yang berani warded sini rupa-rupanya. Bila tau ada je yang yakin di sini, maka keyakinan kita pun bertambah. Gitu...

Cumanya, kat sini boleh dikira agak sendu. Sebab kalau kat SJMC atau KPJ at least adalah restoran, kedai bunga, kedai ubat, kedai jual majalah dan sebagainya. Tapi sini nada ya.... Nada tu takde dalam bahasa Sepanyol. Jadi kalau nak melawat orang kat sini, belilah buah tangan siap-siap. Jangan harap boleh beli kat dalam ni

3. Harga Bilik

Makanya awal tahun lepas, kita pun dimasukkan ke wad bagi rawatan susulan dan prosedur perubatan. Nilah kali pertama masuk wad kat MSU Medical Centre. Kalau ikut rekod, nilah hospital ketujuh yang sis dah pernah daftar masuk selepas HUKM, UKM Specialist, Assunta, PPUM, Ara Damansara Medical Centre dan KPJ Shah Alam.

Kalau diikut harga bilik, harga bilik kat MSU Medical Centre ni dikira agak mahal berbanding KPJ Shah Alam. Mana taknya, masa kat KPJ Shah Alam, peruntukan yang syarikat berikan tu dah boleh duduk wad 1 bilik. (RM190 untuk Single Standard) Tapi kat MSU Medical Centre, bilik Single harganya RM300. Makanya sis hanya layak untuk twin sharing sahaja. Kalau nak bilik sorang, kena tambah sendiri. Erm...memang takmolah sis. Ngehehehehe... Jimat. Lagipun dah boleh agak dah, dapat bilik twin sharing pun, mestilah tinggal sorang-sorang je. Jadi kalau boleh jimat duit, buat apa bayar lebih? Konsepnya begitulah.

4. Bilik Wad

Ha, apa yang sis suka bilik wad kat sini memang boleh tahanlah jelitanya. Bila check in je, diorang bagi starter kit jugak macam kat KPJ Shah Alam dulu. Dalam beg starter kit tu, samalah, ada berus gigi, ubat gigi, sabun dan sebagainya. Ala-ala daftar masuk hotellah. Terus sis terfikir, sekarang semua hospital konsepnya memang begitukah? Dulu macam takde pulak camtu. Oh ya, sis suka sangat baju pesakit kat sini. Rasanya MSU Medical Centre punya baju pesakit boleh menang award sebab bukan sahaja ada butang di depan, tak terlalu besar, malah juga dalam bentuk seluar ya! Diulangi. Dalam bentuk seluar. Dah berapa spital dah sis pergi, semuanya bagi kain ala-ala kain batik pasang tu. Dah la kita tak pandai pakai kain batik pasang, eish, menci tau setiap kali jalan nak kena betulkan kain sebab takut terlondeh. Jadi biasanya kat hospital, memang sis tak pakai baju pesakit pun. Kat sini, sis pakai dengan bangganya sambil feeling-feeling pesakit wad gila hokey!

Tada, inilah bilik sis

Kasi besar sikit

Bilik Air

Pemandangan di luar

Admission Kit
Baju pesakit
Lepas tu, antara perkara yang tak menggembiraan ialah, walaupun diorang ada sediakan robok seperti mana-mana wad lain, tapi sis dapati, takde peti besi pun yang disediakan di dalamnya. Bila sis tanya, katanya bilik single saja ada. Aiyo, bilik single lah tak memerlukan sangat peti besi sebab bukannya ada orang kongsi bilik ngan dia pon. Yang kongsi biliklah kena ada peti besi. Apalah! Terus sis buka balik review KPJ Shah Alam haritu. Ha, kan betul. Bilik kongsi dulu pun ada peti besi. Memetik balik ulasan sis tempoh hari:

"Yerlah, tak semua pesakit ada orang temankan. Kotnya nak buat pemeriksaan atau ujian apa-apa, siapa pula nak jaga barang kan? Itulah gunanya peti besi" 

Nak-nak orang macam sis ni, siapa pulak rajin sangat nak temankan. Ye tak? Mujurlah semua barangan harga masih dalam keadaan selamat walaupun sis tinggalkan aje sewaktu menjalani medical procedure.

4. Makanan & Minuman/Menu di Wad

Masa hari pertama masuk tu, sedihlah jugak bila diberikan makanan segera yang dipanaskan tu je. Ala-ala makanan kat atas kapal terbang tu. Masin nak mati pulak tu. Esok paginya, orang yang datang serve makanan pun tanya ada apa-apa komen tak? Sebagai manusia yang mahu melihat orang lain sentiasa improve (ni serius, bukan main-main), sis pun memberikan komen jujur fasal makanan. Alhamdulilah, lepas tu, makanan semua diorang serve makan segar dari dapur dan tidak lagi masin. Barulah sihat. Nama pun hospital, mana leh bagi makan masin-masin. Tak hospital la namanya. Lagipun garam dalam makanan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi tau!

First Dinner sis. Apa ni? Packed Food
Masin-masin belaka
Makanan seterusnya semua okey

Telur dia sedap!

Nampak je tak jelita, tak menyelerakan

Boleh tahanlah.

Sampel menu untuk pesakit di wad
Keesokan harinya, doktor pun datang melawat dan menasihatkan sis untuk berpuasa sebab esoknya dah kena buat prosedur perubatan. Berdebar gak, almaklumlah nak masuk bilik pembedahan gitu. Sewaktu tunggu doktor datang, sempatlah berbual-bual dengan ketua misi kat situ (kot). Katanya dia dulu dari PPUM. Oh, baguslah. Mujurlah korang ambil staf yang bagus-bagus. Make sure bayar lebat sikit tau. Barulah diorang layan kami pesakit dengan baik. Ngehehehhee....

Penginapan sis kat MSU Medical Centre hanyalah 3 hari 2 malam. Diakhiri dengan keputusan kesihatan yang tak berapa menggembirakan. Doktor kata makin teruk. Gitu. Makanya, terpaksalah teruskan rawatan susulan dengan doktor lagi ya. So, doktor kata sementara itu, pulanglah kamu.


5. Tempat Letak Kereta

Oh ya, terlupa pulak ada pengalaman yang tak menggembirakan kat tempat letak kereta ni. Kalau ikut rate, rate untuk pesakit kat sini sebenarnya agak murah. Bolehlah mereka yang seperti saya ni letak kereta sementara check in kat hospital. Bila keluar boleh balik sendiri, takyah orang jemput.

Harga parking sehari kat sini hanyalah RM3 untuk pesakit.  Untuk yang lain, sila rujuk gambar:



Cumanya, tempat kat mana nak validate kad parking ni susah betul nak cari! Guard pun tak membantu. Orang yang uruskan validation ni pun macam nak cari gaduh. Tanya pulak siapa yang sakit sebenarnya ni. Eh, walaupun sis nampak jelita tapi sis sakit tak boleh ke? Dah la peluh-peluh bawa beg berat cari pejabat korang yang langsung takde tanda arah dan tingkap tu. Ish!

6. Kos Perubatan

Dari segi kos perubatan kat MSU Medical Centre ni, bagi sis ia agak murah. Nampak sangat takde apa-apa yang di over-charged walaupun kadar bilik kat sini memang mahal. Secara keseluruhan, penginapan dan layanan kat sini memang agak memuaskan. Cumanya, sis tetap rasa kena letak peti besi di setiap almari. Barulah boleh bersaing dengan hospital lain. Pastu letaklah sabun di setiap bilik jamban. Selain itu, spendlah sikit untuk buat tanda arah dan catlah tempat letak kereta yang dodgy tu. Oh ya, pesan sikit kat orang yang jaga parking, silalah bertatasusila. Walaupun kitorang sakit, kitorang bayar yer... Bukannya datang kat rumah kebajikan percuma. Rumah kebajikan percuma pun tak garang-garang kat orang.

Sekian ulasan kali ini daripada sis yang jujur.

Baca juga:









Thursday 2 January 2020

Review: Two Sons Bistro, KLCC

January 02, 2020 0
Review: Two Sons Bistro, KLCC

Salam semua,

Harini nak buat ulasan fasal Two Sons Bistro di KLCC pula. Dah lama juga sis tak cerita fasal makanan. Padahal gambar makanan dalam telefon tu punyalah banyak. Cuma nak update kat blog j malas. Ish ish ish... Semoga 2020 ni penyakit malas sis sembuh sepenuhnya.

Menu Two Sons Bistro, KLCC (Gambar dari FB Two Sons Bistro)

Okay, sebenarnya sis dah lama tak pergi makan kat KLCC. Almaklumlah lepas dah ada bebudak ni, nak jalan-jalan jejauh nun ke KLCC memang tak mendatangkan hasil. Lagipun KLCC ni mana pernah tak crowded. Nyampah tau. Seiring dengan usia, sis suka pergi tempat yang tenang dan tak ramai orang je.

Tapi memandangkan ada sistur sorang ni cadangkan kitorang lepak-lepak makan kat KLCC Two Sons Bistro ni, sis pon ons jelah. Nak-nak bila tengok gambar-gambar menunya boleh tahan menggoda. Daripada konon nak tukar tempat lain, terus tak sabar nak pergi sini.

Memandangkan kitorang pergi malam Krismas. Maka sesaklah KLCC tu. Sebab dah tau nak makan pada malam Krismas, kitorang siap pesan kat sistur tu untuk buat tempahan. Malangnya, bila kitorang sampai, katanya tempahan kitorang takde dalam rekod. Pfftt... Terpaksalah beratur panjang. Ish ish ish.

Two Sons Bistro, KLCC (Gambar dari FB Two Sons Bistro)

Two Sons Bistro, KLCC (Gambar dari FB Two Sons Bistro)
Sebenarnya masa kawan cadangkan nak makan kat sini lagi, kita dah semak-semak gambar kat FB Two Sons Bistro ni. Siap minta full menu lagi. Tengok-tengok je memang dah hasut semua kengkawan yang kitorang wajib order menu istimewa kepah dan kupang (Clams & Mussels) Two Sons Bistro ni.

Apa? Nak tahu Two Sons Bistro KLCC ni halal ke? Ya. Two Sons Bistro KLCC ni ada status halal. Kalau korang nak Two Sons Bistro ni punya menu, senang je. Hanya pergi ke Facebook Two Sons Bistro dan pm kat FB Messenger untuk minta menu. Bolehlah cuci mata dulu.

Clams & Mussels Two Sons Bistro ni memang sesuai untuk dijadikan hidangan pembuka selera untuk dinikmati semua gitu! Korang boleh pilih sama ada nak kepah atau kupang, pilih sos/kuah yang dikehendaki dan pilih sidesnya yang terdiri daripada mantau, garlic bread atau kentang. Memandangkan kitorang tamak, tiga-tiga sides ni kitorang pilih. Kuah pulak, dah tergoda dengan butter cream chilli. So, datang-datang je order tu dulu sambil membuat pilihan menu individu lain.


Sis pilih kepah sebab tak suka kupang.
Tada... kitorang ingatkan mantau tu besarlah. Sekali comel je gitu. Waduh-waduh. Mati-mati ingat besar macam mantau frozen jual kat pasaraya tu. Sudahnya, tambah lagi. Kalau korang datang ke sini, memang wajiblah order menu ni. Kuah butter ni nampak cair, tapi rasanya cukup dan memang lemak berkirm. Memang super recommended. Licinlah kuah tu kitorang buat cicah. Masa ni kentang tak sampai lagi.

Kasi close up sikit.  No, ni bukan masak lemak ya.
Okay, maafkanlah sis kalau gambar sis hodoh. Nak tunjuk sikitlah gambar dari FB biar koran pun kecur air liur

Ni perisa Chilli Clams. Nampak delicious kan? (Sumber: FB Two Sons Bistro)

Untuk hidangan individu pulak, nilah antara hidangan yang kitorang pesan:

Grilled Salmon Steak, RM36

Steak and Eggs, RM45

Nasi Lemak Sambal Paru Petai, RM20
Secara amnya, makanannya enak-enak juga. Tempatnya selesa dan makan kat Two Sons Bistro ni pun pelbagai. Nak western ada, nak makanan Melayu pun ada, masakan dikongsi bersama pon sedap bebenar gitu.

Makanan dikongsi bersama dah abis, makanan individu pun dah habis. Mestilah nak pencuci mulut pulak kan? Kitorang dah lah memang hantu pencuci mulut. Tak lengkaplah kalau keluar makan tapi takde pencuci mulut sebagai penutup hidangan.

Makanya, inilah hasil tangkapan di Two Sons Bistro pada malam Krismas tu:

Key Lime Pie, RM18
Yang ni sesuai bagi mereka yang sukakan manisan yang bersifat masam. Kalau kebiasaannya, memang kena dengan taste sis. Tetapi oleh kerana ada saingan yang memang menakjubkan, Key Lime Pie yang kitorang order ni terbiar sepi.

Apakah pencuci mulut yang begitu hebat sekali tu? Jeng jeng jent

Chocolate Lava Cake, RM21
Perlu ditegaskan di sini bahawa sis bukanlah peminat segala manisan yang berperisa coklat melainkan coklat itu sendiri ya. Sis tak suka kek coklat, tak suka brownies, tak suka aiskrim perisa coklat. Tapi Chocolate Lava Cake ni sememangnya heaven kau! Tekstur luarannya yang rangup dengan lavanya yang melimpah namun tidak terlalu manis tetapi chocolatey tu memang menawan hati. Lagilah bila dipadan dengan aiskrim vanila. Rasanya memang umph tak terkiralah!

Secara keseluruhannya, sis memang tak ada apa nak dirungut kat sini sebab pembukanya sedap (Clams & Mussels), menu individu sis iaitu Grilled Salmo Steak pun dimasak dengan sedap. Salmonnya tak kering, dan akhir sekali, pemanis mulutnya memang menceriakan hari dan memaniskan lagi senyuman.

Kalau korang jenis suka mencuba, bolehlah datang untuk menikmati hidangan di sini. Banyak lagi menu yang tak sempat sis cuba. Tapi sebagai seorang yang kuat dengki bak kata Hariz, nah... Sis bagi korang cuci mata juga dengan pilihan makanan kalau sis berkunjung ke sini lagi.

Chili Crab. Memang fevret dari dulu. Takde sesiapa ke nak belanja? (Sumber:FB Two Sons Bistro)

Philly Cheese Steak (Menggoda kau!) Sumber:FB Two Sons Bistro

Sekian ulasan sis untuk kali ini. Daa~~