July 2018 - Prettily Rare

Saturday, 14 July 2018

Launch and Review: Pure Beauty Illuminating Urban Shield

July 14, 2018 2
Launch and Review: Pure Beauty Illuminating Urban Shield
Hai semua,

Harini nak cerita fasal topik kecantikan. Yeay! Lama dah tak cerita fasal cecantiks ni. Asyik bincangkan topik-topik yang serius je sekarang ni. Sekali-sekala kenalah berbalik pada lumrah wanita yang sukakan kecantikan pulak. Betul tak?

Sebenarnya kita sangat teruja untuk memperkenalkan produk Pure Beauty Illuminating Urban Shield ni. Kalau korang nak tahu (tak nak tahu pun kita nak bagitau jugak!!), rangkaian Pure Beauty ni berasal dari Korea dan kat Malaysia ni, hanya boleh dapatkannya secara eksklusif di Watsons sahaja tau! Tempat lain ilek! Tiada! Nada!

Only at Watsons Malaysia
Pure Beauty hanya di Watsons

Seperti yang korang tahu, setelah hangatnya tentang kebenaran yang tersingkap dek produk-produk di luar sana sinun yang kebanyakannya datang dari produk kosmetik timbang kilo, sebagai pengguna kita kenalah sedar betapa pentingnya untuk menggunakan produk yang selamat dan diyakini.

Pada 12 Julai lepas, kita rasa berbangga kerana dapat hadir dalam majlis pelancaran semula serta bengkel kecantikan Pure Beauty Illuminating Urban Shield bersama-sama Make-Up Artist (MUA) terkenal, Shazreeyana Shukri.

Dari sini semua peserta yang hadir diberikan pengenalan kepada rangkaian Pure Beauty Illuminating Urban Shield. Istimewanya rangkaian ini adalah kerana ia direka khas bagi wanita-wanita yang tinggal di kawasan urban dan mudah terdedah kepada bahan-bahan pencemaran seperti sinar UVA dan UVB dari matahari dan komputer, asap kenderaan dan sebagainya.

Rangkaian Pure Beauty Illuminating Urban Shield ini terdiri daripada:

Illuminating Urban Shield Radiance Serum
Illuminating Urban Shield Radiance Serum
Illuminating Urban Shield Radiance Serum
-Diformulasi dengan Nerolight yang diekstrak daripada 'Star Lily' organik, yang mampu berfungsi untuk mengurangkan bintik hitam
-Serum ini mampu mengurangkan bintik hitam dan sekaligus menyamaratakan tona kulit anda
-Mampu merawat kulit yang rosak dan melindunginya daripada bahan pencemaran

Harga: RM59.90
By Pure Beauty
Illuminting Urban Shield Capsule Essence


Illuminating Urban Shield Capsule Essence
-Diformulasi dengan Nerolight yang diekstrak daripada Star Lily organik, mengurangkan binik hitam.
-Esen kapsul ni membantu mengurangkan bintik hitam dan menaikkan seri wajah.
-Kapsul yang mengandungi serbuk mutiara ini juga mengurangkan tona kulit tidak sekata dan mencerahkan wajah supaya nampak lagi cerah dan licin

Hrga: RM69.90

by Pure Beauty
Illuminating Urban Shield Water Gel
Illuminating Urban Shield Water Gel
-Gel air ini menghidrat dan melebap kulit. Kulit kekal segar dan bersih.
-Teksturenya yng ringan juga mudah diresap.

Harga: RM55.90

By Pure Beauty
Illuminating Urban Shield Radiance Cream

Illuminating Urban Shield Radiance Cream
-Krim radiance ini membuatkan kulit anda cerah bercahaya gitu. Malah ia juga melindungi kulit daripada pencetus masalah kulit
-Teksturnya lembut dan halus

Harga: RM59.90

By Pure Beauty
Illuminating Urban Shield Sun Protector 
Illuminating Urban Shield Sun Protector SPF 50+ PA++++
-Melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya
-Mengekalkan kelemapan kulit sepanjng hari

Harga: RM49.90

Sepanjang bengkel tersebut, semua peserta diberikan penerangan tentang kebaikan produk tersebut dan peserta juga diberikan sampel dan tester untuk mencuba sendiri rangkaian produk tersebut.

Tak dinafikan, kesemua produk tersebut sangat 'lightweight' dan sesuai digunakan sebagai primer sebelum bersolek. Adalah penting bagi produk-produk kecantikan ini bersifat ringan kerana jika tidak, mesti kita rasa tak selesa dan berat apabila menggunakan dan menyapu lapisan demi lapisan produk kecantikan ni.

Satu lagi perkara yang saya sukakan tentang produk ini ialah di mana baunya juga menyegarkan dan ringan. Almaklumlah, saya ni jenis orang yang sensitif dengan bau-bauan. Lagipun, kebanyakan bauan atau pewangi tambahan dalam kosmetik dan produk kecantikan juga menjadi punca kulit sensitif. Tapi nampaknya setelah disapu pada kulit seharian pun, kulit tidak menunjukkan sebarang reaksi tindakbalas negatif. Nampaknya, serasilah tu dengan kulit.

Bengkel juga diteruskan dengan solekan harian yang ringkas dan tidak keterlaluan oleh MUA Shazreeyana Shukri. Sesuai untuk bersantai mahupun ke tempat kerja.

Goodies
The goodies... Cantik kan?

The bloggers
The bloggers, pun cantik-cantik belaka

The MUA
MUA Shazreeyana Shukri.

The Make Up Demonstration
Make Up Demonstration

Prettily Rare
Amik gambar skit sebagai bukti

Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak penganjur kerana jemputan ke bengkel kecantikan yang super awesome ni!!

Baca juga tentang:

Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?