Thursday 21 October 2021

Pengalaman Mendaki Bukit Sapu Tangan Dari Taman Botani Shah Alam

October 21, 2021 4
Pengalaman Mendaki Bukit Sapu Tangan Dari Taman Botani Shah Alam

Hai semua,

Setelah beberapa tahun menyepi dalam menulis hantaran mengenai pengalaman mendaki (hiking), hari ni nak cerita fasal pengalaman mendaki Bukit Sapu Tangan, Shah Alam melalui Taman Botani Shah Alam.

Pemandangan Ikonik


Sebenarnya dalam 2-3 tahun ni bukannya tak pergi beraktiviti, cumanya tak diolah di dalam penulisan untuk diabadikan dalam blog ni. Lagipun, kekadang ada je pendakian yang berulang, jadi rasanya tak usahlah ia ditulis semula, buat benci aje. Hehhee...

Okay, setelah hampir 2 tahun pandemik dan dikurung serta disekat dan disekat semula kebebasan untuk merentas negeri dan daerah, saya pun dah teruja sangat untuk menerpa semula ke dalam dakapan alam sekitar.

Memandangkan saya malas nak memandu jauh tetapi tetap nak pergi mendaki, saya pun cari bukit-bukit sekitar Shah Alam memandangkan ia dekat saja dengan rumah. Kalau terbangun lewat pun, masih lagi sempat menerpa ke lokasi untuk mendaki. Hasil carian di Google, saya dapati terdapat sebuah destinasi pendakian yang berdekatan iaitu Bukit Sapu Tangan. Pemandangan pula boleh tahan sebab ada menara tinjauan yang agak tinggi. Okay ons!

Hasil carian Google juga mendapati banyak juga laluan untuk ke puncak Bukit Sapu Tangan ini. Kebanyakannya memerlukan pendaki untuk meletakkan kereta di sekitar kawasan perumahan atau kawasan pembinaan contohnya: 1) Trail A/B (via Setia AlamCommunity Trail Head)
2) Gate E (Alam Budiman)
3) Via Bandar NusaRhu


Oleh kerana ia telah menjadi tular, maka aduan daripada penduduk sekitar tentang pendaki yang meletakkan kereta sewenang-wenangnya juga agak memuncak pada waktu itu. Saya sebagai perempuan yang malas nak mencari fasal, cari juga jalan alternatif dan didapati, Bukit Sapu Tangan juga boleh didaki menerusi Taman Botani Shah Alam.

Taman Botanis Shah Alam ni kira port kegemaran juga. Sebelum ni pon sis pernah berkongsikan pengalaman Skytrex Adventure di Taman Botani Shah Alam. Oleh kerana tahu parkir di sini luas terbentang, tak akan ada isu kereta ditimpa tanah runtuh, disaman atau dicalarkan, sis lebih selesa untuk mendaki Bukit Sapu Tangan dari Taman Botani Shah Alam sahaja.

Untuk ke puncak Bukit Sapu Tangan dari Taman Botani Shah Alam, korang perlu Google sahaja lokasinya, bayar duit masuk sebanyak RM3 dan kemudian, ambil jalan kiri yang mana anda akan nampak tempat menyewa basikal.
Mak cik
Walaupun dah kali ketiga daki, tapi lupa pulak jalan. Nasib baik mak cik ni beritahu

Dari tempat sewaan basikal itu pula, jalan terus sahaja sampai nampak buah manggis. Hehehe... Buah manggis tau. Gambar dia macam ni. Jangan bendul pula cari pokok manggis yang dah berbuah. Dari pokok manggis tu ikut sahaja tanda arah sehingga ke puncak Sapu Tangan. Senang sahaja, hanya perlu ikut tunjuk arah dan anda akan sampailah ke puncak Bukit Sapu Tangan. 

Buah Manggis
Ha... nampak tak manggis tu... Nampak?

Close Up Manggis
Rupa-rupanya selain manggis, ada jambu air juga tepi tu... Hahahaha...

Tanda arah
Walaupun banyak tanda arah, tapi jalan terus tu tutup. So memang kena belok kanan.

Selepas belok kanan, jalan juga sahaja ke terus berdasarkan tanda arah ya. Sepanjang jalan tu, adalah beberapa view contohnya teater batu dan sebagainya. Boleh lah ambil-ambil gambar sambil-sambil tu ya. Kalau keliru ada kat mana, boleh tengok peta.

Antara peta yang ada

Jalan lagi terus, nanti ada penipuan yang paling besar dalam sejarah pendakian. Katanya 1.8 kilometer je. Tapi bila jalan sampai separuh, mesti kamu semua akan rasa, rasanya dah lebih 1.8 kilometer ni. Penat lain macam sebab jalan dia memang curam semacam!

Bukit Sapu Tangan mari kita tawan!

Selepas panjat lebih kurang tiga jalan yang curam nak mati sampai badan pun senget, maka akhirnya bolehlah menarik nafas lega apabila sampai ke puncak Bukit Sapu Tangan. Yahoo... Sesi fotografi tentulah satu yang menarik sebab pemandangannya indah ya amat.

Sampai sudah. Inilah kejayaan. Gitu!

Bagi sis, bukit ini sangat sesuai bagi mereka yang buta arah macam saya mahupun mereka yang mahu pergi mendaki tapi tak jumpa kawan untuk teman. Nah! Datang saja ke Taman Botani Shah Alam, parkir mudah, route senang, tunjuk arah pun jelas. Pemandangan pun jelita pula tu.

Malah boleh santai-santai sahaja. Tak perlu beriya bawa apa-apa hiking gear. Cuma perlu bawa satu botol air mineral kecil sahaja. Sesuai untuk mereka yang baru mahu berjinak untuk mendaki bukit mahupun gunung.

Oh ya, walaupun keseluruhan jalan pendakian Bukit Sapu Tangan di Taman Botani Shah Alam ini adalah jalan tar, namun terdapat beberapa jalan cerun yang agak mencabar. Jadi bila panjat tu memang mampu buat anda semua meragui masa depan dan tertanya-tanya kenapa nak pergi mendaki? Kenapa tak dok rumah tengok TV?

Kesimpulannya,
Bukit Sapu Tangan
Masa Mendaki : 1 jam naik 45 minit turun
Tinggi: 204 meter / 699 kaki
Tahap kesukaran :3/10