Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik - Prettily Rare

Wednesday, 10 August 2016

Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

Salam semua,

Harini nak sentuh pasal paras rupa sekejap. Percaya tak kita sebenarnya mampu ubah wajah kita menjadi semakin cantik, semakin menawan tanpa sebarang suntikan dan pembedahan? Apa? Tak percaya? Percayalah.

Bagi mereka yang percaya, kakak nak beritahu caranya juga bukan dengan pergi spa salun belek muka dan sapu krim kecantikan bagai secara konsisten... Bukan... Cara ni lebih berkesan daripada apa-apa cara sekalipun.

Sebelum kakak nak sentuh lebih lanjut, nak tanya dulu. Pernah tak korang tengok seseorang tu, makin dia berusia, makin dia cantik jelita? Makin dia berusia, makin berseri-seri pula. Awet muda semacam je. Padahal bila tanya apa rahsia diorang, diorang kata tak buat apa-apa pun.

Sejujurnya, kita banyak jumpa orang macam tu. Contohnya arwah bapa saya, Bila belek2 gambar lama-lama, terdetik juga dalam hati, "Eh, dulu bapak aku takdelah hensem mana. Kenapa sekarang dah tua-tua hensem giler?"

Senang kata ramailah lagi orang di sekeliling yang semakin tua semakin jelita dan tampan.  Ada yang memang macam halia, makin tua makin menyengat gitu...Sebenarnya dah tahu dah apa rahsianya sejak kita remaja lagi. Tapi bila menginjak usia dewasa ni, semakin terbukti tentang kebenaran perkara tersebut.

Ada satu pepatah Cina yang mengatakan:

人的外貌, 三十岁前是父母给的,三十岁以后是自己修的。相由心生。

Maksudnya, sebelum usia 30 tahun, wajah kita ni mak bapak yang tentukan Tapi lepas 30 tahun, sendiri yang tentukan. Wajah pancaran hati. (Hati kita macam mana, macam tulah rupa kita)


Ikon kecantikan kita: Audrey Hepburn.
Pelakon dan juga aktivis kemanusiaan

Jadi bagi sesiapa yang rasa wajah dan paras rupa kurang menarik, masih lagi ada harapan. Sebab kita yang tentukan wajah kita lepas usia 30 tahun.

Kenapa lepas 30 tahun kita yang tentukan wajah dan paras rupa kita? Rupa-rupanya perbuatan, tindakan dan fikiran kita akan memberikan impak kepada wajah kita.Pendek kata, kecantikan dan kejahatan kita akan terpancar dari hati ke riak wajah bermula usia kita mencecah 30 tahun. Semakin tua, semakin jelas kesan kebaikan atau kejahatan kita pada paras rupa kita.

Senang kata kalau hati kita busuk, kita senang cemburu, kita suka hasut orang, semua keburukan tu akan tertulis kat wajah kita dan akan buat kita nampak garang, kurang cantik, bengis dan sebagainya. Tak kiralah betapa cantiknya rupa kita sebelum ni dan tak kiralah betapa kerap dan gigihnya kita jaga wajah kita sekalipun. Sedikit sebanyak mesti akan efek kat raut muka.

Sebaliknya, kalau kita tak dikurniakan wajah yang cantik, tapi hati kita baik, ikhlas, jujur insyallah raut wajah kita akan menjadi semakin lembut, manis, ayu dan menawan walaupun penjagaan kecantikan kita sekadar wuduk.

Senang kata, luaran kita lepas umur 30-an adalah refleksi darpada perbuatan dan hati kita sendiri. Jadi nak cantik, pastikanlah hati kita juga cantik. Bersihkan hati. Barulah cantik tu dari dalam ke luar.

Bila berceloteh pasal benda ni, teringat pula pada satu kisah ni:

Ada seorang jutawan Hong Kong buat temuduga. Calon temuduga haritu memang sangat berkelayakan sekali dan memang kompeten. Tetapi lepas jumpa je, jutawan tu terus buat keputusan tak nak ambil calon tu bekerja.

HR pun tanya: Kenapa tak ambil dia bekerja, dia kan terlebih layak?

Jutawan jawab: Saya tak suka wajah dia.

HR tanya lagi: Tapi wajah kan kurniaan tuhan, bukan salah dia rupa dia begitu.

Jutawan jawab balik: Dengan usia dia tu, wajahnya memancarkan sesuatu yang tak patut. Itulah hasil daripada apa yang dia usahakan.

Kesimpulannya, ya, betul. Don't judge a book by its cover. Tapi ada sesetengah orang, memang kita rasa tak kena je sebaik saja kita lihat rupa dan wajah dia. And no, bukan kita jeles ke apa. Tapi tu tanda 6th sense kita memberi amaran. Mungkin untuk berhati-hati atau supaya jauhkan diri.

Selain itu, ni juga antara tips-tips kecantikan dari ikon kecantikan kita, Audrey Hepburn yang cantik sepanjang usia.


"Tips Kecantikan Dari Dalam:

  • Untuk bibir yang cantik, ucapkan kata-kata yang baik-baik
  • Untuk mata yang cantik, lihatlah pada kebaikan orang lain
  • Untuk susuk badan yang ramping, berkongsilah makanan dengan orang yang memerlukan.
  • Untuk rambut yang cantik, biarkan  anak kecil menyisir rambutmu dengan jari-jemarinya setiap hari.
  • Untuk kekal anggun, berjalanlah dengan yakin bahawa kamu tak pernah sendiri
Manusia, lebih dari apapun, harus dipulihkan, diperbaharui, dibangunkan, direklamasikan, dan ditebus; Jangan pernah membuang siapapun di dalam hidup ini.

Ingat, jika kamu memerlukan bantun, kamu akan menemukan satu di hujung lenganmu
Sewaktu kamu semakin berusia, kamu akan menyedari bahwa kamu diberikan dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri, dan satu lagi untuk membantu yang lain.

Semoga kita semua cantik luar dan dalam. Amin.

Baca juga:

10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan

No comments:

Post a Comment