Tuesday 21 July 2020

Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah Confirm Jadi


Hai semua,

Salam PKP. Sis yakin sepanjang PKP ni memang ramai yang dah berjaya menaiktaraf kemahiran diri tak kiralah dari segi memasak, membakar, membaking dan sebagainya. Sis juga tidak terkecuali. Malahan, bagi mengisi kehampaan dan kecewaan di sanubari, sis dah senaraikan siap-siap beberapa menu wajib cuba sampai jadi bagi mengisi masa sewaktu PKP.

Seperti yang tertulis pada tajuk posting ini, resepi PKP yang telah dicuba, diuji dan dikaji sehingga jadi kali ini ialah puding karamel. Mungkin bagi sesetengah orang mudah saja nak buat puding karamel, tapi untuk memenuhi citarasa sis dari segi estetika dan rasa bukannya begitu mudah.

Puding karamel
Siapa yang tak suka puding karamel kan? Sumber gambar:Modernhoneydotcom

Untuk mencari resepi yang kena dengan jiwa dan citarasa, sememangnya perlukan eksperimentasi. Ada yang terlalu hanyir, terlalu keras, teksturnya berlubang-lubang sehingga tidak jelita.

Setelah mencuba beberapa resepi yang telah diperolehi dariapda FB, Google dan sebagainya, di sini sis kongsikan resepi puding karamel mudah confirm jadi. Pastu cantik jelita tanpu lelubang pulak tu:

Resepi puding Karamel:
sumber: hanamemories.blogspot.com

Bahan A: Puding
-5 biji telur (Saiz B) atau 4 biji telur (Saiz A)
-Satu tin susu cair (400ml)
-150 ml air biasa
-4 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanila

Bahan B: Karamel
-5 sudu besar gula kasar
-2 sudu besar air

Cara-cara
-Untuk membuat karamel, masukkan gula kasar dan air ke dalam kuali
-Buka api sederhana dan kacau sehingga keperang-perangan.
-Tuang ke dalam loyang untuk disejukkan dan ketepikan
-Untuk puding pula, satukan semua bahan. Kacau perlahan semua bahan sehingga sebati.
-Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi
-Kukus selama 45 minit atau sehingga masak atau
-Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan kukus di dalam oven dengan menggunakan kaedah waterbathd dengan suhu 180 darjah selsius selama 45-50 minit
-Sejukkan dan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan

Tips:

-Dalam kebanyakan resepi, pembuatan karamel adalah dengan memanaskan kuali dan memasukkan gula sehingga cair, baru dimasukkan air. Kaedah ini lebih mudah membuat tangan anda tercedera berikutan air melompat akibat reaksi gula panas (mengikut pengalaman sendiri). Kaedah lebih mudah ialah masukkan gula dan air dahulu, kemudian baru panaskan api. Gula lebih mudah larut dan menjadi karamel tanpa sebarang kecederaan.

-Untuk dapatkan puding yang jelita tanpa lubang, pastikan semua bahan puding dikacau perlahan. Puding yang dipukul menggunakan mixer atau blender biasanya mudah menjadikan puding anda berbuih dan berlubang

-Kalau menggunakan blender ataupun mixer dan adunan berbuih, pastikan anda tapis adunan itu beberapa kali sebelum mengukusnya. Tips ni sis nampak daripada video caramel flan dari luar negara

-Saya lebih gemar mengukus karamel dalam oven kerana suhu dan waktunya lebih mudah dikawal dan lebih stabil berbanding kukus dalam pengukus menggunakan dapur.

-Tutup loyang menggunakan aluminium foil atau cling wrap (kalau kukus atas dapur) sebelum mengukus bagi mengelakkan wap menitis masuk ke dalam loyang dan menjejaskan tekstur dan kejelitaan puding anda

-Waterbath: Masukkan loyang puding di dalam loyang lebih besar yang berisi air.

Tutup loyang
Ha, balut pakai aluminium foil cecantik cenggini sebelum korang nak buat water bath

Dah siap masak
Ni dah siap water bath, cantik je kan permukaannya. Flawless gituuu

Puding dah diterbalikkan
Berdebar sis masa nak terbalikkan. Mujurlah jelita. 

Selamat mencuba!

Baca juga:

Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row Six
Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam






No comments:

Post a Comment