Tuesday 24 October 2017

La Biosthetique PCC Treatment Jamin Rambut Kuat dan Sihat


Hai semua,

Beberapa hari ni, rajin pula kita kupas isu-isu kecantikan. Kalau haritu kita berbicara fasal kulit, harini nak cerita fasal rambut pula. Almaklumlah, kedua-dua kulit dan rambut ni aset penting wanita.  Tak kisahlah wanita bertudung atau tak, mesti akan prihatin juga fasal isu kesihatan dan kecantikan rambut dan kulit kepala, betul tak? 

By La Biosthetique
Memperkenalkan PCC Treatment, pasni main tarik-tarik rambut pun konfem tak putus rambut korang tu

Sebelum kita nak bebel lebih panjang lebar, nak tanya dulu, sihat tak rambut korang semua? And sihat tak kulit kepala korang semua? Apakah cara-cara nak dapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat? Apa pula masalah rambut dan kulit kepala yang sering korang alami?

Kalau kita, kita Alhamdulillah takde masalah kelemumur atau kulit kepala terlalu berminyak. Cumanya rambut kita kebelakangan ni agak rapuh dan kadang-kadang bercabang pula pada hujung rambut. Sebelum ni, kita tak pernah dibelenggu masalah rambut bercabang. Back to 10 years ago, siap tanya lagi housemate, rambut bercabang tu macam mana? Kiranya nampak sangat rambut kita jadi camtu atas faktor usia kan? Kuang kuang kuang....

Okay, kalau korang ada masalah-masalah kelemumur ke rambut rapuh, bercabang dan sebagainya, memang patut korang teruskan membaca entry kita ni. Kita pun excited sebenarnya nak kongsikan tentang penemuan baru kita ni. Terima kasih kepada Cain dari Nekderx Academy kerana menjemput kita ke pelancaran Protection Cheveux Complexe (PCC) oleh La Biosthetique. Sememangnya membuka mata sekali sekaligus menggoda hati untuk mencubanya.

Meh kita citer sikit fasal La Biotsthetiques. Sejujurnya, kita langsung tak pernah dengar brand ni langsung sebelum ni. (Malu, tutup muka) Yerlah, mana taknya? Kita biasanya beli shampoo kat drugstore macam Watson dan Guardian sajew... Beli pun jenama-jenama biasa. Takdenya beli shampoo atau conditioner yang jenis produk salun pon. Biasanya produk salun ni kualitinya lebih bagus berbanding produk-produk untuk kegunaan rumah. Cumanya, harga pun mestilah lebih juga... Hehehehehe...

Okay, menurut Pengurus Pendidikan La Biosthetique Australia dan New Zealand iaitu Alexander Fuchs, La Biosthetique merupakan jenama yang telah diasaskan pada tahun 1947 di Paris, Perancis. Dengan erti kata lain, dah 70 tahun dah jenama ni berada dalam pasaran di mana produk ni memang terkenal dengan memberikan penyelesaian kepada masalah-masalah rambut dengan menggunakan bahan-bahan alami.

Produk pertama keluaran La Biosthetique adalah 'Babybios' yang terhasil daripada Chamomile dan Lavendar di mana ia mampu menyelesaikan masalah kerak kepala yang sering dialami oleh bayi. Masa tu, kira pada tahun 1950-an dulu, kira memang hebatlah produk ni sebab dapat selesaikan maslaah ni. Lagilah bila produk ni digunakan untuk merawat masalah bayi dan ianya berkesan, lagilah terbukti kehebatan makmal La Biosthetique ni kan. Mana taknya? Semua orang tahu, bayi kan jauh lebih sensitif daripada orang dewasa, jadi kalau produk alami oleh La Biosthetique ni bagus untuk bayi, dah tentu-tentulah ia juga bagus untuk orang dewasa.

Selain produk rambut, La Biosthetique juga ada mengeluarkan rangkaian produk kulit, kosmetik dan juga produk pendandan rambut. Yang lebih menarik lagi, makmal La Biosthetique senantiasa menggunakan bahan paling asas dan alami, yang dipetik terus dari sumbernya untuk menghasilkan produk yang terbaik dengan kualiti yang terjamin. Katanya, walaupun produk La Biosthetique berasal dari Perancis, namun satu-satunya kilang dan makmalnya adalah terletak di pinggir Black Forest, Pforzheim, Germany.  Fuyoooo!!

So, macam kita katakan tadi, tajuk utama entry kali ni adalah penemuan 'breakthrough' oleh La Biosthetique di mana mereka telah menjumpai satu formulasi khas untuk mengatasi rambut rapuh dan mudah putus yang digelar Protection Cheveux Complexe (PCC). 

PCC ni mampu menguatkan sulfur bond yang semakin rapuh berikutan aktiviti melurus, mengkerintingkan dan mewarnakan rambut dan mengisi ruang-ruang rapuh tersebut dengan keratin.



PCC Treatment Labiosthetique
Perbezaan antara rambut yang mudah rapuh dan sihat.
                                        
Hasilnya?

·        Terbukti dapat mengurangkan rambut putus
·        Rambut lebih kuat dan tahan lasak
·        Perlindugnan dan pembaharuan molekular rambut dari struktur dalaman
·        20% lebih lembut daripada sebelumnya
·        Rambut lebih cantik dan sihat secara alami.

Protection Cheveux Complexe Series
Rangkaian Protection Cheveux Complexe yang diidami mereka yang bermasalah rambut rapuh

Ha, ni teori je. Mat Salleh kata, To See Is To Believe, orang cina kata pula, sekeping gambar dapat jelaskan beribu kata. La Biosthetique pon tahu tentang semua ni, sebab tu lepas diorang jelaskan panjang lebar, terus buat demonstrasi untuk tunjukkan perbezaan before and after bagi rawatan PCC ni. Jom kita jenguk... Zasss!

Alexander Fuchs
Pengurus Pendidikan La Biosthetique Australia dan New Zealand iaitu Alexander Fuchs. Comel you!

La Biosthetique
Alexandar Fuchs menilai kesihatan rambut Youtuber Malaysia, Felixia Zoe.

Felixa Zoe
Sebelum Treatment

Felixia Zoe
Rambut didandan selepas rawatan

PCC Treatment
Before and after picture... Beza gitu kan!

Hair Treatment
Get Healthy Hair by Using La Biosthetique

Sejujurnya memang teruja dan terkesima bila tengok rambut Felixia bertukar dari kasar dan kekuningan jadi macam baru diwarnakan menjadi perang. Nampak betullah rambut dia nampak lebih flowy, ringan dan lembut. Perghhhh!! Terus tergoda kita nak cuba buat treatment ni. Nanti kalau kita dah buat dan rasai rawatan PCC ni, kita update kat korang semua, betul ke hebat benau La Biosthetique ni. Tapi setakat ni memang terpesona dengan perbezaan amazing yang dialami oleh Felixia.

Terima kasih sekali lagi kepada La Biosthetique serta team Nekderx Academy atas perkongsian yang sangat menakjubkan ini.

Sesiapa yang berminat nak mencuba rawatan rambut ni, bolehlah singgah di Nekderx Academy . Confirm rambut you all devavoooom lepas ni. Meletup gitu!

Da~~

La Biosthetique
Group photo Nekderx Academy X La Biosthetique Team

30 comments:

  1. boleh la intro kat tuan nasir 😹😹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa kongsikan dengan Tuan Nasir

      Delete
  2. apa yang penting kena tahu masalah utama rambut kita dulu kan. saya dulu ada masalah kelumumur teruk. tp sekarang Alhamdulillah dah ok. Nampak rawatan ni pon menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... La Biosthetique ni ada penyelesaian untuk pelbagai jenis masalah rambut. Memang jenama yang bagus dan prihatin

      Delete
  3. Bagus ada rawatan macam ni. boleh dapat rambut yang lebih sihat dan cantik

    ReplyDelete
  4. Rawatan yang menarik..Kadang2 kita ni tatau apa masalah rambut kita..kena tahu masalah baru senang nak rawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Kena jumpa dan minta nasihat yang pakar

      Delete
  5. Teruja jugak tgk rambut after treatment tu .. bestnyaa

    ReplyDelete
  6. Kaum wanita yang berambut panjang ni wajib jaga rambut . Sekali sekala buat rawatan best jugak kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang rambut panjang lagi kena jaga... sob sob sob

      Delete
  7. akak ni jenis rambut gugur..sesuai agaknya ek..

    ReplyDelete
  8. Rasanya sesuai ni utk rambut gugur cam kak mia ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..kena terjah ni kak... Memang puas hati

      Delete
  9. Replies
    1. Marilah beramai-ramai buat appointment untuk PCC treatment ini.

      Delete
  10. Kita pun selalu guna drugstore punya shampoo je, lepas ni kena try yang banyak benefits sikit hehe

    ReplyDelete
  11. Bagus ni..susah nk cari shampoo yg sesuai

    ReplyDelete
  12. jelesnya tengok rambut depaaaa... huhu

    ReplyDelete
  13. Rambut I pun asyik jadi springy noodles je. So restless. This treatment look good for my hair.

    ReplyDelete
  14. Haven't heard of La Biosthetique before. Wow, almost as old as my parents already. I wonder if it is easy to purchase their products. Would love to try at home.

    ReplyDelete
  15. Saya pun ada masalah kulit kepala yg teruk, rasanya sya kena pergi tmpt nie tapi nun jauh kat sana...area Sabah xda ka??😅

    ReplyDelete
  16. Wah! Macam sangat baik! Harga mahal tak?

    ReplyDelete
  17. Macam hebat. before and after really see the big different.

    Click click,
    thestepheny-yesnobabe

    ReplyDelete
  18. Wa~~~ Guarantee pulak! Thanks for sharing. Should try it out one day.

    ReplyDelete
  19. Memang stress bila ada masalah keguguran rambut

    ReplyDelete
  20. I need tender loving care for my hair too... will check this out

    ReplyDelete
  21. I got a super long hair and I think this suit me the most now!!... lolz

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete