Showing posts with label Travel & Stay. Show all posts
Showing posts with label Travel & Stay. Show all posts

Thursday, 11 November 2021

Review: The Westin Langkawi Resort & Spa (Langkawi Bahagian 2)

November 11, 2021 8
Review: The Westin Langkawi Resort & Spa (Langkawi Bahagian 2)

Hai semua,

Ini posting sambungan pengalaman bercuti ke Langkawi. Kalau bahagian satu cerita fasal perancangan bercuti ke Langkawi, kalini nak cerita pengalaman menetap di The Westin Langkawi Resort & Spa pula.

Westin Langkawi
Gambar pinjam dari laman rasmi The Westin Langkawi Resort & Spa


Antara faktor utama saya dan rakan-rakan memilih The Westin Langkawi Resort & Spa adalah kerana lokasinya yang dekat dengan Langkawi Yatch Club, mempunyai persisiran pantai persendirian dan juga ada bufet sarapan. Hehehehe....

Kalau dah namanya resort, sudah tentulah The Westin Langkawi ni sangat luas. Selain bilik hotel, ia juga menawarkan vila-vila di persisiran pantai. Vilanya memang menarik tapi ia agak jauh daripada dining hall. Selain itu, ia juga menawarkan spa, tiga jenis kolam renang, pantai persendirian, sauna, gym dan sebagainya.

Haish... indah betul kalau dapat duduk Villa
Ni ha... LICC, depan banyak tempat letak kereta


Landskap di The Westin Langkawi Resort & Spa ini juga nampak menenangkan dan tempat letak keretanya juga agak banyak. Tapi rasanya kalau waktu kemuncak, mungkin susah juga nak cari tempat letak kereta berdekatan. Mungkin kena letak kereta di kawasan Langkawi International Convention Centre. Makanya kena menapak lah sikit.

Gambar dari booking.com jeks... jelita

Ni antara kolam renang yang ada

Persisiran pantai persendirian

Masa kami daftar masuk ke hotel tu, sis dan rakan-rakan sampai lambat. Dah malam dah masa tu.

Lobi sis
Ni kafe dekat-dekat lobi

Ada banyak sofa sementara tunggu daftar masuk

Apa-apa mestilah kita nak daftar masuk dulu. Kat kaunter menyambut tetamu tu, beriya staf tu tanya nak upgrade bilik tak. Katanya bilik yang kitorang tempah ni takde tab mandi. Cuma ada pancuran sahaja.

Ish, kalau upgrade kena tambah duit mestilah takmo kan? Staf tu pujuk lagi, kalau upgrade boleh dapat pemandangan yang cantik. Ah gitu!

Mujurlah kitorang iman tak senipis kulit bawang dan berjaya menolak godaan dia. Last-last dia sendiri naik taraf bilik kitorang memandangkan ini penginapan pertama kami di sini. Weeee......

Bahagian tempat menyambut tetamu

Welcoming drinks

Apa-apa minum dulu. Haus woo... Rasanya ni air kulit manis kot. Tak berapa sedap. Nampak je jelita. Huhuhu... Tapi dah orang bagi, kita habiskan sajalah.

Ajoms masuk bilik pulak. Katil dia ni Queen. So actually satu bilik ni boleh je himpit 4 orang. Cuma bila nak pakai jamban tu lambat lah pulak nak bergilir-gilir.

dari katil nampaklah pintu ke balkoni

Katil ni katil Queen.... Boleh dok 2 orang satu katil

Dari katil nampak bathtub kalau blind tu tak ditarik

Tab mandi. Dari cermin tu juga boleh nampak orang kat katil

Laci tu ada satu tak boleh bukak. Dummy je

Saja bagi  sudut sikit berbeza pulak

Jamban ni penting... Ada paip. Sis suka

Ada seterika dan papan seterika serta bath robe

Ada juga peti besi untuk simpan barangan berharga

Meja buat kerja.

Cerek dan cawan serta teh untuk kerja-kerja membancuh

Peti ais mini, kosong je

Pemandangan balkoni pada waktu malam. Tak nampak haper

Pada waktu siang, pemandangan lebih indah.

Bagi sis warna dan deko bilik dia agak pudar dan membosankan. Kalau pakai warna-warna yang lebih terang mesti rasa suasana tu nampak lebih menceriakan. Keseluruhannya, nampak bilasa jelah bilik dia tapi cukup selesa.

Satu yang sis rasa kurang puas hati ialah kipas kat bilik ni je. Ada habuk. Nampak ketara pulak tu. Kalau dah berhabuk dan ketara biasanya makan minggu jugalah dia tak lap. Harap pihak Westin lebih cakna fasal kebersihan kipas di bilik mereka.

Nampak tak habuk? Apa tak nampak? Jap cari gambar lagi dekat.

Jelas dah? 

Yang sedihnya, lepas room service pun tak jelita lagi bilah kipas ni. Mungkin orang yang bersihkan terlepas pandang. Aduh, aduh.

Oh, satu lagi, masa nak mandi tuala pulak takde. Lama jugalah tunggu orang yang sediakan tuala datang walaupun dah buat panggilan untuk maklumkan takde tuala.

Selain dua insiden ni, rasanya yang lain agak lancar dan pekerjanya juga agak ramah.

Saya pun bukan orang yang pandai keji saja ya, saya juga tidak lokek pujian. Satu benda yang saya rasa terharu kat pekerja Westin, beriya dia maklumkan dan kejar kami selepas daftar keluar untuk maklumkan ada barang tertinggal.

Rupa-rupanya EarPods Cik Fatin. Ish ish ish...tak sayang barang betul.

Satu lagi servis yang kitorang suka ialah pihak resort okay saja kalau lepas dah daftar keluar, kita nak tumpang dulu beg dan berjalan-jalan di sekitar hotel sebelum bertolak pulang.

Sesungguhnya tempoh 3 hari 2 malam tak sempat pun nak eksplorasi keseluruhan resort dan Langkawi.
Secara keseluruhannya, pengalaman di The Westin Langkawi Resort & Spa ini adalah memuaskan.

Saya sedar teknik bergambar dan tahap kerajinan nak bergambar kat Langkawi tu tak seberapa. Tapi tetap nak kongsikan juga gambar-gambar yang saya tangkap. Muahahahhaa....








Tuesday, 9 November 2021

Pengalaman Bercuti ke Langkawi - Bahagian Persiapan (Part 1)

November 09, 2021 2
Pengalaman Bercuti ke Langkawi - Bahagian Persiapan (Part 1)

Hai semua,

Lama rasanya tak cerita fasal melancong, percutian atau tempat pelancongan dek kerana badai COVID-19 yang melanda ni.

Kalini nak bercerita pengalaman bercuti di Langkawi seminggu sudah. Walaupun dah seminggu, tapi kesan selaran matahari masih terasa ya! Sampaikan ada yang tegur sebab kod kulit dah gelap sebanyak 4 tona. Ish!

Ni gambo pinjam Westin Hotel dari Booking.com. kasi imagine dulu ketenenangan bercuti

Oleh kerana lepas COVID-19 ni ramai yang blur-blur ayam, dah tak ingat cemana nak buat perancangan bercuti ataupun sebelum ni memang tak pernah buat perancang bercuti, maka mari sis ajar langkah demi langkah.

1. Penerbangan

Okay, motif dan agenda ke Langkawi seminggu lepas adalah untuk meraikan hari jadi kawan. Kisahnya berlaku sewaktu sis tengah makan malam sempena hari jadi sendiri, so Tasha ni beritahulah tiket ke Langkawi tengah murah. Rasanya pergi balik dalam RM30 camtu je. Kitorang pun buatlah kerja giler tempah tiket beramai-ramai masa tu.

Tapi korang pun tahulah kan AirAsia, tetiba je sesukati dia je harga nak tukar-tukar. So kisahnya sorang jelah dapat harga RM30 tu, tapi dia redeem BigPoints je. Sis plak dapat harga RM49.24. Sapu jelah. Yang lain semua dapat harga lagi tinggi, tapi tak sampai RM100 lah kiranya. Okay, dah setel penerbangan, kita haruslah kena fikirkan tentang penginapan plak.

Oh ya, bagi mereka yang berniat untuk membeli-belah di Langkawi, disarankan ambil bagasi tambahan apabila pulang nanti. Setakat 7kg hand-carry sudah tentunya tak mencukupi.

2. Penginapan

Untuk penginapan, kitorang kalau boleh nak tinggal kat hotel yang ada pantai persendirian (private beach). Biasa orang akan suggest duduk kat Pantai Chenang. Tapi kitorang nak lah yang ada privacy sikit, takyah bersesak-sesak masa tengah bersidai di tepi pantai.

Masa tu AJK untuk pemilihan hotel tu, sis lah. Hahaha... makanya sis pon buat ringkasan seperti di bawah yang mana bolehlah pembaca semua jadikan rujukan:


Kalau ikutkan nak letak St. Regis ke Ritz Carlton ke, Four Season ke, tapi oleh kerana sis sedar tahap kedalaman poket sis, makanya ni jelah yang kira mampu bayar lagi. Walaupun lepas tu kena makan maggi.

Memula dah tempah kat Berjaya Hotel, tapi atas faktor tertentu, tempahan diubah kepada The Westin Langkawi Resort & Spa. Seperti rajah di atas, satu je tak tepat, iaitu tiada airport transfer ya yang ditawarkan oleh hotel-hotel ini disebabkan pandemik. 

Oh ya, kalau korang suka yang dekat dengan Pantai Chenang, sis rekemen Hotel Adya dan Nadias Hotel. Dua ni katanya memang sesuai sangat harga, lokasi dan kemudahannya.

3. Pengangkutan di Destinasi Percutian

Awalnya kitorang fikir mesti Grab melambak je kan kat Langkawi tu, tapi akhirnya kitorang putuskan untuk sewa kereta je senang. Tak perlu takut tak dapat Grab kalau pergi memana sampai ke tengah malam sekalipun.

Mujurlah kawan kita ada sepupu yang memang agen pelancongan kat Langkawi. Haruslah terbaik dan recommended nak mati. Dia ada tawarkan pakej mengikut bajet, citarasa, keperluan dan kemarhaenan uol. Jadi tak perlu risau jika ia tidak menepati langsung citarasa anda.

Apa? Nak nombor? Boleh je sis-sis sekalian. Roger saja Cik Zura di talian +60 18-464 0065. Kalau pemalu, boleh Whatsapp saja. Servis tip top tak tipu walaupun ni kali pertama sis berurusan dengan Cik Zura yang cantik manis ini.

Oleh kerana sis nak pengangkutan mesra poket je, makanya sis yang sedar diri ni pun ambil Axia jelah. Janji boleh jalan nok... RM140 untuk 48 jam, deposit RM50.

Siap hantar terus ke Airport dan nak balik, dia collect balik kat Airport. Mudah urusan. Minyak pun ada separuh tangki. Kitorang yang jenjalan sana sini selama 3 hari 2 malam tu pon, pernah isi sekali minyak RM40 je. Tu pon banyak lebih.

4. Aturcara dan Aktiviti Yang Nak Dilakukan

Ha, bahagian ni kitorang serahkan kepada geng lagi seorang, iaitu Cik Fatin yang budiman. Kriteria pembikinan aturcara dan aktiviti ni merupakan tugasan yang penting sebab ia menentukan kod berpakaian (dress code) serta berapa helai pakaian dan pakaian apa yang korang kena bawak.

Ni antara contoh aktviti yang boleh dijadikan rujukan:

Langkawi Getaway ✈️
Day 1 - 27/10

2pm: Assemble at KLIA2
5.20pm: Take off KUL - LGK
6.25pm: Arrive in LGK (pick up kereta sewa)
7pm: Hotel check in
8.00pm: Dinner at Chenang beach, fire show, etc

Day 2 - 28/10
8am: Breakfast at hotel
10am: Watersports activities at Cenang Beach (banana boat, paragliding, etc)
1pm: Lunch
2pm: Balik hotel mandi + rest
4pm: Sunset Cruise + dinner (dresscode: beach dress)
8pm: Supper

Day 3 - 29/10
8am: Breakfast at hotel
12pm: Check out
1pm: Lunch at Cili Kampung
2pm: Shopping at Kuah Town
3pm: Cable car ride, SkyTrail, SkyDome, 3R Art (all in one place ie; Oriental Village)
5.30pm: Check in airport (return kereta sewa)
9.00pm: Take off LGK - KUL
10.15pm: Arrive at KLIA2


5. Tempahan Aktiviti Yang Berkaitan

Macam kitorang ke Langkawi kali ni, secara khususnya nak naik sunset cruise. Jadi haruslah ia ditempah dengan sepantas kilat bagi mengelakkan kehampaan. Jangan dah sampai baru hegeh-hegeh nak cari pakej. Biasanya memang tak dapat atau tak dapat yang menepati kriteria.

Pakej sunset cruise ni pon sis ambil dengan Along tadi. Seperti diingatkan semula, apa-apa pakej bolehlah hubungi Cik Zura di talian +60 18-464 0065.

Kiranya dia ni ibarat UTC lah..pusat sehenti pelbagai jenis servis yang diperlukan. Menurut Zyra, antara aktiviti popular yang selalu orang ambil termasuklah Island Hopping, Mangrove Tour, Kayak dan Private Chauffeur (Khidmat Pemandu Persendirian- untuk yang malas nak memandu).




6. Destinasi Membeli-belah

Biasa orang datang ke Langkawi juga takkan melepaskan peluang untuk memborong coklat untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Makanya, manakah tempat yang patut dituju untuk tujuan ini?

Antara tempat yang biasa dikunjungi termasuklah Kedai Coklat Haji Ismail, Jetty Point Duty Free, Billion Duty Free Supermarket, RAMS Home Decor dan Coco Valley.

Mengikut pengalaman saya tempoh hari, ada keperluan untuk pergi ke beberapa tempat berbeza kerana ada sesetengah stok yang tiada di sesetengah tempat. Jadinya, kenalah coklat shop hopping juga.

7. Kedai Makan

Ada beberapa kedai makan yang kami sasarkan untuk pergi, tapi rupa-rupanya sejak pandemik ni banyak pula yang tutup. Apa-apa pun, bolehlah hubungi mereka terlebih dahulu sebelum terjah bagi mengelakkan kekecewaan.

Oh ya, kalau suka makan di tempat tumpuan pelancong, pastikan tanya-tanya dulu harga bagi mengelakkan harga dicaj melampau seperti kes siakap RM1000 baru-baru ni.


8. Duit Belanja

Pastikan juga bawa duit belanja yang mencukupi ya! Pastikan duit belanja diperuntukkan mengikut belanjawan sebab kadangkala, bila takde belanjawan ni, kita senang berbelanja lebih. Balik nanti kena makan Maggi pulak.

Sekian perkongsian kali ini. Harap membantu!

Friday, 6 November 2020

Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh

November 06, 2020 4
Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh

Hai semua,

Harini sis nak lontar belakang kembali kisah percutian sis ke Ipoh pada Ogos lalu iaitu pada 19 hingga 22 Ogos 2020. Patutnya sis ada penerbangan dan percutian ke Kuching pada waktu tu. Tapi oleh kerana kes Covid-19 sedang mencanak pada waktu tu, makanya sis pun terpaksalah jadualkan semula penerbangan sis ke satu tarikh yang lain. Tapi cuti dah pon dimohon, emosi pon dah terganggu dan sis sangat-sangat memerlukan percutian untuk melepaskan tekanan. Makanya, tercetuslah idea untuk bercuti dekat-dekat saja, iaitu ke Ipoh.

Kenapa pilih Ipoh? Ini merupakan percutian dan perjalanan pertama yang sis akan memandu sendirian ke destinasi (nak naik kapal terbang atau pengangkutan awam, risiko Covid-19 lagi tinggi weh). Makanya, sebagai permulaan, sis tak naklah bercita-cita besar sangat. Cari lokasi yang menyeronokkan, tapi takmo kat KL tapi nak tak berapa jauh.

Oleh kerana satu ketika dulu pernah ke Ipoh tapi tak sempat jenjalan di sekitar tempat kerana pergi satu ofis, maka sis pun mengambil keputusan untuk membuat road trip ke Ipoh.

Untuk percutian kali ini, sis telah memilih sebuah butik hotel untuk didiami sepanjang percutian. Pilihan sis secara rawak (pilihan dibuat mengikut naluri, lokasi, harga dan nilai CP) ialah M Boutque Hotel Station 18, Ipoh. Korang tengoklah sendiri kat bawah ni, mau tak terpikat?! Eh!

M Boutique Hotel
Sumber gambar: M Boutique hotel dot com

Bercakap mengenai M Boutique Hotel ni, korang jangan ingat ada satu je M Boutique Hotel kat Perak ni tau. Sis pun hanya tahu ada banyak M Boutique Hotel lepas ternampak siaran FB kawan. Pastu tegur. Rupa-rupanya M Boutique Hotel yang berlainan. Lepas tu sis pulak buat siaran kat Instagram Story, sorang lagi kawan tegur, dia ingat dia pergi hotel yang sama, tapi rerupanya hotel lain. Ekekekkee... Lucu betul!

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni kalau korang nak tahu, ia terletak berdekatan stesen keretapi kat Ipoh. Sebab tulah ia dinamakan M Boutique Hotel Station 18. Kat bawah dia ada sebuah restoran Jepun yang dinamakan Mizakaya Station 18 (seperti dalam gambar).

Okay, mari kita lihat gambar-gambar di sekitar M Boutique Hotel Station 18 ni dari lensa kamera sis sendiri pulak

Yang ni interior luaran dan dalaman ruang guna sama hotel:

M Boutique hotel from parking
Gambar diambil waktu Maghrib. Sampai lambat sebab balik kerja baru mai.

M Boutique Hotel Station 18
Sebelum pintu masuk


M Boutique Hotel Station 18
Ruang dari pintu masuk


M Boutique Hotel Station 18
Kaunter pendaftaran

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Ruang lobi


M Boutique Hotel
Lorong sebelum masuk ke bilik

Mari kita tinjau dalam bilik pulak. Memula sis tempah bilik twin. Kira dua single bed lah. Tapi sehari sebelum penginapan bermula, M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni buat panggilan mengatakan bilik katil single dua dah takde. Dia tukar dengan queen bed satu. 

Mujurlah sis pergi dengan adik yang sis bertepuk tampar dari kecik. So, tak jadi masalah pon tidur sekatil. Baguslah ada effort untuk sekurang-kurangnya maklumkan kepada tetamu terlebih dahulu.

Sis puji usaha mereka ni. Panggilan pon dibuat dengan penuh mesra. Takdelah sakit telinga dan sakit hati. Gitu. 5 bintang bagi perkhidmatan pelanggan dia.


M Boutique Hotel Station 18
Katil di dalam bilik



M Boutique Hotel Station 18
Ruang meja dan peti ais dia simple je. Siap ada peti besi tu. Sis likey!

M Boutique Hotel Station 18
Kasih close up sikit. Teh dan kopi serta cerek pon turut disediakan

M Boutique Hotel Station 18 Ipoh
Ada bangku panjang leh la wat pakai kasut. Televisyen juga disediakan

Bagi sebuah hotel butik, memang puas hatilah bilik dia. Agak luas, lepas tu semua ada. TV, cerek, peti ais, peti besi, kopi, Apa lagi korang mahukan? Dengan harga dia yang sangat berpatutan. Rekaan dalaman dia pun cukup cantik dan kemudahan juga selesa.

Okey, dah habis puji. Jom tinjau bilik air di pulak:


M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Sejuk je mata tengok bilik air dia yang bersih dan kemas ni. Mak suka!

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Lengkap dengan tuala mandi, tuala kecil, syampu dan sabun

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Pancuran pulak. Nampak clean saja

Apa yang sis suka fasal hotel ni ialah lokasinya yang dekat dengan AEON Mall. Jalan kaki je dah sampai. Kalau malas nak bawak kereta, bolehlah menapak ke AEON Mall dan cari makan di dalamnya. Kalau lagi malas lagi, makan saja restoran Jepun kat bawah tu. Boleh tahan sedapnya. Sis dah coba.

Lagi satu tempat letak kereta juga percuma dan mudah juga dicari memandangkan ia terletak di kawasan lot kedai. Kalau tak silap, tak bayar parking. Nanti pihak hotel akan letakkan kupon letak kereta bagi mengelak kereta disaman.

Satu lagi yang sis suka fasal M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni ialah ia ada menyediakan bilik dobi aka laundry room yang boleh digunakan secara percuma. Dalam bilik dobi tu adalah seterika, mesin basuh, pengering baju (dryer) dan juga sabun serta kerusi dan majalah untuk korang lepak-lepak. Ni satu kelebihan yang jarang didapati di hotel-hotel kat Malaysia. Kalau sis melancong ke luar negara dulu, selalu je menetap hotel dengan bilik dobi yang boleh digunakan percuma ni. Al-maklumlah sis jenis yang tak suka bawa baju kotor balik rumah. Sebelum balik, basuh semua baju. Sampai rumah boleh susun baju bersih terus.

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Bilik dobi/laundry room sumber gambar: TripAdvisor


Cuma bagi mereka yang suka makanan hotel atau sarapan pagi di hotel, memang butik hotel ni tak adalah. Tu jelah kot kelemahannya. Yang lain semua cemerlang je bagi sis.

Secara keseluruhannya pengalaman di M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni memang menyeronokkan. 

Kalau ada masa nanti sis sambung pengalaman dan perjalanan di Ipoh pula ya?

Da~~~

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
15 - 23 Jalan Pengkalan Barat 35, 
Taman Pengkalan Jaya, Station 18,
31650 Ipoh, Perak
Tel: 05-321 1666

Baca juga:

Review: Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands

Thursday, 30 April 2020

Cara dan Pengalaman Batalkan Tempahan Airbnb

April 30, 2020 1
Cara dan Pengalaman Batalkan Tempahan Airbnb

Hai semua,

Harini nak cerita fasal tentang cara dan pengalaman saya batalkan tempahan Airbnb dan dapatkan semula 100% bayaran walaupun kurang daripada tempoh pembatalan tempahan tanpa penalti.

Airbnb, salah satu penginapan pilihan sis sewaktu melancong
Kisahnya, saya telahpun membuat perancangan untuk melancong ke Melbourne, Australia pada 20-26 Mac 2020. Semua persiapan seperti tiket kapal terbang, penginapan di Airbnb serta pakej pelancongan harian di KLOOK dan KKDAY telahpun dibuat rapi sejak September 2019 lagi.

Hari demi hari, saya dan rakan semakin cemas apabila virus Covid-19 telah mula tercetus pada 31 Disember 2019 dan mula merebak dengan pantas ke seluruh dunia. Lebih membimbangkan, semakin dekat tarikh pelancongan kami, semakin tinggi jugalah statistik Covid-19 di Malaysia dan juga Australia.

Apa yang saya dan rakan saya khuatirkan, ialah kerajaan Australia akan mula menyekat kemasukan pelancong dari luar ataupun kerajaan Malaysia pula yang akan menyekat penerbangan dari Malaysia ke negara-negara terjejas seperti yang telah dilakukan oleh beberapa negara seperti China dan Korea. Memang boleh dikatakan sepanjang perkembangan dan peningkatan Covid-19 ni, kami berdua sangat berdebar dan tertekan kerana khuatir terdapat apa-apa perubahan dan duit titik peluh serta usaha perancangan kami akan terbazir begitu sahaja.

Pada tanggal 4 Mac 2020, saya telah dimasukkan ke wad atas faktor kesihatan setelah batuk berpanjangan melebihi 2 bulan. Lama jugalah ditahan di wad. Pada 16 Mac barulah saya dibenarkan untuk bekerja semula.  Jarak antara tarikh kami melancong hanya tinggal 4 hari. Namun saya berasa besar kemungkinan kami takkan dapat melancong. Pertamanya kerana faktor kesihatan saya, yang kedua pula, atas faktor pengumuman Covid-19 sebagai pandemik di seluruh dunia oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

Atas dasar ini, saya telah meminta pandangan daripada doktor yang merawat saya dan beliau telah menasihati saya untuk tidak melancong. Malah beliau juga bersetuju untuk mengeluarkan satu surat doktor untuk mengesahkan bahawa saya tidak sihat untuk melancong bagi tujuan pembatalan tempahan tiket penerbangan, penginapan dan pakej-pakej pelancongan.

Rupa-rupanya dalam polisi penerbangan dan tempahan penginapan, terdapat klausa yang membenarkan pembatalan tempahan dengan  jika seseorang telah disahkan oleh doktor bahawa beliau tidak sihat untuk meneruskan perjalanan dengan pemulangan wang 100%.

Untuk tidak mengambil risiko membahayakan keselamatan diri, saya telahpun membuat permohonan pembatalan tempahan di Airbnb di bawah polisi 'Extenuating Circumstances'

Diambil dari laman web Airbnb

Untuk maklumat tentang senarai extenuating cricumstances ini, boleh rujuk laman ini:
https://www.airbnb.com/help/article/1320/what-if-i-need-to-cancel-because-of-an-emergency-or-unavoidable-circumstance


Antara keadaan kecemasan atau tidak dapat dielakkan yang tersenarai dalam polisi ini adalah seperti berikut:

Diambil dari laman web Airbnb
Ini bermakna jika terdapat kematian ahli keluarga, ataupun anda sendiri telah jatuh sakit atau tercedera, anda boleh memohon pulangan wang 100% tanpa sebarang penalti. Yang penting, anda cuma perlu dapatkan bukti dan surat sokongan yang diminta.

Prosesnya pula? Hanya perlu pergi ke tempahan Airbnb anda dan tekan batalkan tempahan (cancel reservation). Selepas itu, anda akan diberikan pecahan tentang jumlah pemulangan wang yang anda layak. Jika pembatalan awal, iaitu biasanya 14 hari sebelum tarikh penginapan, akan dapat pemulangan wang 100% tanpa sebarang surat-menyurat. Namun dalam kes saya, pembatalan hanya seminggu sebelum tarikh penginapan, jadi terdapat jumlah yang tidak dipulangkan.


Jadi dalam hal saya, saya perlu membuat permohonan pemulangan wang tanpa penalti dengan menghantar mesej kepada hos saya.

Mesej kepada hos untuk menyatakn sebab kita membuat pembatalan

Pada masa yang sama, hubungi juga Airbnb Support tentang tuntutan baki wang kita.

Jangan lupa hantra mesej pada Airbnb Support.


Alhamdulillah dalam masa seminggu, pihak Airbnb telah memberikan maklumbalas dan meminta surat pengesahan daripada doktor.



Selepas sesalinan surat pengesahan dihantar, dengan pantas Airbnb Support menerima bukti sokongan saya dan meluluskan tuntutan baki duit tempahan saya. Antara banyak-banyak tuntutan pengembalian wang, Airbnblah yang paling pantas dan efisien sekali.

Weee... dapat balik duit. Boleh shopping.

Senang kata, memang pengalaman membuat pembatalan tempahan dengan Airbnb ni sangat mudah dan pantas. Pemulangan sebahagian wang pertama dibuat sehari selepas saya batalkan tempahan (batalkan 13 Mac, dapat balik duit 14 Mac). Pemulangan baki yang selebihnya pula, bukti dihantar pada 21 Mac dan pemulangan wang dilakukan oleh Airbnb pda 24 Mac 2020. Memang terbaiklah!

Baiklah, sekian perkongsian kali ini. Harap membantu korang yang mungkin memerlukan. Da~~