10 Nasihat Kepada Wanita Yang Berusia 30-an - Prettily Rare

Sunday, 12 November 2017

10 Nasihat Kepada Wanita Yang Berusia 30-an

Salam semua,

Harini kita nak kongsi antara artikel-artikel dan bahan bacaan yang selalu kita baca di laman-laman sesawang yang kita rasa amat bermanfaat. Biasanya bahan bacaan yang kita baca kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina dan hairannya, kadang-kadang bacaan berunsur nasihat dan motivasi seperti ini amat kurang didapati dalam Bahasa Malaysia.

Jadi ini adalah olahan semula artikel-artikel tersebut mengikut kesesuaian dan konteks di Malaysia supaya ia lebih relevan dengan para pembaca. Bukan sahaja ia sesuai dijadikan ingatan bagi mereka yang berusia 30-an malah juga sesuai untuk dijadikan panduan oleh mereka yang masih muda supaya lebih bersedia menghadapi umur 30-an.

Power


10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an

1. Banyakkan Menimba Ilmu dan Membaca Buku
Pada usia 30-an, wanita digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan ilmiah kerana ia secara tidak langsung akan membina keyakinan, kebijaksanaan dan pengetahuan seseorang wanita. Sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan sendiri dengan belajar benda baru, belajar bahasa atau kemahiran baru. Ilmu dan pengetahuan jugalah yang akan membuatkan seorang wanita ada tarikan dan aura tersendiri di mana tarikan seperti ini takkan tenggelam dek kerana usia yang semakin lanjut.

2. Punyai Pendapatan Sendiri
Tak kiralah bagaimana latarbelakang anda sekalipun, tak kiralah sama ada anda wanita berkarier ataupun pekerja biasa, pastikan anda mampu berdikari dari segi ekonomi. Kerjaya anda bukan sekadar memberikan anda kemampuan untuk berbelanja malah juga memberikan peluang untuk memperluas rangkaian dan membina sahsiah diri. Jika mampu, pastikan anda juga mempunyai simpanan, tabungan dan juga aset sendiri.

3. Punyai Minat dan Hobi Sendiri
Jangan pernah tinggalkan minat dan hobi sendiri hanya kerana anda telah bekerluaga ataupun sibuk dengan kerjaya. Tak kisahlah sama ada anda minat melancong, melukis ataupun memasak, luangkan sedikit masa untuk mengejar minat dan hobi anda kerana ia merupakan satu cara untuk positif dalam hidup dan mengurangkan tekanan

4. Belajar Cara Solekan Ringkas
Belajarlah solekan ringkas bagi kegunaan harian dan juga majlis-majlis. Solekan ringkas bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berjumpa dengan orang ramai, malah juga dapat menambah seri di muka

5. Belajar Untuk Bergaya Sesuai Usia
Pada usia 30-an kita bukan lagi remaja yang masih mampu untuk bereksperimentasi dengan pelbagai gaya, stail dan fesyen. Pada usia ini, perlu melabur untuk pakaian yang bersesuaian dengan usia dan kematangan kita.

6. Utamakan Keluarga
Jika anda masih bujang, jangan pernah tinggalkan atau abaikan keluarga hanya untuk bersama si dia.  Apabila madu sudah habis nanti, keluarga juga yang setia memberikan sokongan dan bukannya si dia yang hanya tahu menabur janji manis. Jika anda sudah bekeluarga, tumpukan perhatian untuk membina keluarga bahagia. Jika ditakdirkan anda berpisah dengan pasangan, keluarga dan anak-anaklah pendorong kekuatan utama kehidupan.

7. Bersukan dan bersenamlah
Stres dan tekanan kerja dan keluarga sudah semestinya akan mudah membuat tubuh menjadi penat dan lesu. Jika anda rasa begitu, ramai yang memilih untuk berehat dan melupakan senaman. Tetapi sebaliknya senamanlah terapi yang paling sesuai untuk meredakan tekanan dan membuatkan tubuh lebih bertenaga. Senaman juga penting untuk memastikan badan masih tegap, sihat dan tidak tua sebelum usia.

8. Belajar Memasak
Apabila usia sudah meningkat, pastikan anda jangan terlalu kerap makan di luar. Sebaliknya belajarlah masak masakan dan menu yang sihat dan mudah kerana ia lebih bagus untuk kesihatan badan. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan menitikberatkan kesihatan kita? Memasak juga sejenis terapi dan satu kepuasan untuk diri sendiri.

9. Pastikan Diri Sentiasa Ceria
Jika anda dapat kekal ceria sepanjang masa, nescaya ia akan terpancar bukan sahaja pada wajah, malah juga badan. Bersikap positif dapat meningkatkan imunisasi badan dan secara tak langsung menghidar diri daripada pelbagai penyakit

10. Belajar Cara Untuk Merias diri
Pada usia 30-an, keremajaan telah mula dimamah usia. Begitu juga dari segi fizikal. Labur sedikit wang untuk ketrampilan diri dan penjagaan kesihatan serta kecantikan supaya tidak tampil lebih tua daripada usia

Ada apa-apa lagi nasihat yang korang rasa berguna untuk wanita berusia 30-an? Cuba kongsikan di ruangan komen.

Sekian perkongsian dan olahan oleh Prettily Rare
Sumber olahan : http://blog.sina.com.cn


Baca juga:
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik

wanita
Wanita Berusia 30-an Perlu Lebih Matang dan Bijak

13 comments:

  1. Inspiring post to read! I have not reach 30 yet but some points is important for me to learn =)

    ReplyDelete
  2. Good advise to all women. I lack exercise because always busy with household chores and family.

    ReplyDelete
  3. I am 40s still doing all above. Now take live life calmly and be happy.

    ReplyDelete
  4. Rasanya tips nie sesuai untuk lelaki jua sebab ramai yang 'lupa' menjaga diri selepas berkahwin kan

    ReplyDelete
  5. Great article,These are really helpful tips. Exercise is so important, to have a fit and healthy body.

    ReplyDelete
  6. good article.. I sangat setuju.... and we women need to take care of ourselvess and the way we look

    ReplyDelete
  7. i guess this applies to everyone out there! Thanks for sharing this. it is so true!

    ReplyDelete
  8. Definitely agree on all these. Im nearly 25+ and I realize that I really need to improve myself more. SO that my life is much fulfilling.

    ReplyDelete
  9. Btol tu..usia makin bertambah, tanggungjawab pon makin besar..tp xmghalang ntk kekal jaga badan n pnampilan supaya xkelihatan di makan usia. lg2 suami nk kena jaga kan.hehe.

    ReplyDelete
  10. Just shared this to my cousin sister. Useful information! great article!

    ReplyDelete
  11. I really enjoy my 30s and can't wait for my 40s actually.. The Gorgeous Age!!!

    Racheal_Foodilifecious

    ReplyDelete
  12. Kita akan ikut tips ni. Dah dekat 40 dah ni. Huaaaaa. Btw, im enjoy myself at this age.

    ReplyDelete
  13. Awesome tips compiled, not necessarily only for women in their 30s but to everyone. Men and women, too. I will try to do all of these on a daily basis.

    ReplyDelete