Wednesday 24 July 2019

Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South


Hai semua,

Harini nak cerita fasal makan-makan pulak. Haritu berkesempatan untuk makan-makan di Botanica+Co, Bangsar South. Sejujurnya, saya tak pernah pun makan kat sini sebelum ni. Tercari-cari jugalah sebab bila kawan kata makan kat Botanica+Co, dia siap pesan, Botanica+Co yang di Bangsar South tau, bukan yang di Alila Bangsar.
Exterior Bahagian Depan. Sumber: FB, Botanica+Co

Memandangkan saya memang tak asing dengan kawasan Bangsar South, saya okay je dengan cadangan untuk makan-makan di situ. Bila lagi nak cuba tempat makanan baru, betul tak? Lagipun, saya ni memang pattern yang suka mencuba.

Makanya, lepas kerja terus bergegas ke Botanica+Co, Bangsar South ni, Parking je dekat parkir bawah tanah. Pastu naik lif, jalan sikit dah sampai. Kawan sempat pesan lagi. Dekat Bangsar South ni pun ada dua belah Botanica+Co. Dia suruh pergi dengan yang belah pokok-pokok. Waduh! Banyak betul pesanan rakan untuk ke restoran ni.

Suasana memang menenangkan. Sumber: FB Botanica+Co
Mula-mula keliru juga, betul ke tempat ni, tapi bila tengok tempatnya yang bagaikan diliputi hutan belantara (ni metafora, jangan lurus bendul), rasanya tak salahlah. Memang cantik tempatnya. Banyak tumbuh-tumbuhan hijau dengan interior kacanya tapi redup. Rasa sejuk je mata. Patutlah digelar Botanica, botanikal sungguh tempatnya.

Diceduk dari lama FB Botanica+Co sebab malas nak amik gambar. Ingat makan je.
Sesiapa nak datang sini, pastikan korang buat tempahan terlebih dulu. Mana taknya, sampai je kaunter, orang tu tanya, ada buat tempahan tak. Pastu kita kata ada, pastu orang tu tak jumpa pulak nama. Cis! Maka berdirilah lama kitorang kat kaunter tu. Pelayan tu siap cakap, kalau tak ada nama dalam senarai tempahan tu, kenalah tunggu kol 8 nanti. Eh!! Kakak nak makan pukul 7. Jangan berani suruh kakak tunggu pukul 8.

Lepas tu, mujurlah kawan perasan ada nama kitorang terselit. Ish, apalah mamat ni, buta huruf ka? Boleh pulak tak perasan nama kitorang yang glemer tu. Maka dengan bergumbiranya kitorang masuk dalam. Masuk-masuk tengok, kawan lagi sorang dah pon duduk kat kawasan pokok besar tu. Lerhhh... Kenapa tak habaq?

Maka, proses pilih-memilih makanan pun bermula. Sebenarnya susah nak pilih makanan kalau menu jenis ada tulisan dan sedikit penerangan apa makanan tu je. Aish. Kalau ada gambar kan senang nak pilih. Kalau setakat ada tulisan je, terpaksalah berimaginasi sendiri tentang rupa makanan tu. Tsk tsk...

Tada! Inilah kombinasi makanan-makanan kitorang yang lapar bagaikan piranha. Tu pun sebahagian je. Dengan pencuci mulutnya lagi. Nanti belakang sikit saya kongsikan. Sebelum tu, cuba teka dulu apa yang saya pesan?

Meriah ke tidok? Meriah ke tidok?

Sudut berbeza pula
Oleh kerana saya memang terkenal dengan sifat kanibalisme iaitu suka makan daging, saya telah memilih Hidangan Seasonal Specials iaitu Black Angus Striploin with 2 Sides. Tak lupa juga Mushroom Medley Soup sebagai pembuka selera. Sebagai kawan yang sama-sama karnivor, Rina pun pilih daging, dia ambil Grain-Fed T-Bone Steak With 2 Sides

Mushroom Medley Soup: With Sourdough Toast (RM18)

Grain Fed T-Bone Steak With Potato and Salad (RM137)

Joy pilih Chicken Katsu Don ditambah pula dengan Curry Fries dan Pizza untuk dikongsi bersama.

Chicken Katsu Don: Deep fried chicken, house made tontkatsu sauce & truffle mayo (RM25)

Curry Fries: Crispy USA shoestring fries tossed with Japanese Curry powder (RM18)

Lupa plak pizza apa

Shah pulak tekak Melayu, so dia pun pilih Hainanese Chicken Rice. Besar juga hidangan nasi ayam ni. Kalau nasi ayam steam ni biasanya kita minat Madam Kwan's punya. Tapi Shah kata nasi ayam hainanese sini lagi sedap berbanding Madam Kwan's. Terus terliur. Tapi seganlah nak kecek banyak-banyak makanan orang.

Hainanese Chicken Rice: Tender-poached chicken with steamed jasmine rice, served with house-made chili sauce, ginger and dark soy (RM37)
Linda pun tekak Melayu haritu, dia pilih Crispy Big Chicken Nasi Lemak. Pada masa yang sama, Linda juga buat pesanan Superfood Salad yang ditambah dengan udang. Hidangan Crispy Big Chicken ni memang besarlah. Makan dua orang pun tak ada masalah.

Crispy Big Chicken Nasi Lemak: Home style nasi lemak, served with extra-large crispy fried chicken (RM39)

Superfood Salad: Quinoa, blueberry, roasted almond, sunflower seed, goji berry, pumpkin, spinach, baby romaine lettuce, orange rosemarry dressing + grilled prawns (RM28)

Sok Pen jaga badan, jadi dia pilih yang ringan-ringan je, Seared Salmon Fillet menjadi pilihannya.

Pan Seared Salmon Fillet: Served with buttered mushrooms, new baby potatoes & basil pesto sauce (RM52)

Secara umumnya, makanan kat Restoran Botanica+Co ni memang sedap bagi tekak saya. Cuma pizza tu je kurang kena dengan taste bud kita. Mungkin disebabkan pilihan intinya kurang dengan tekak kita.

Paling kita suka ialah sup cendawan dan kentang kari tu. Memang rasa nak mengunyah tanpa henti je kalau pekena kentang kari tu. Yums! Nasi lemak dan nasi ayam pun mendapat pujian daripada pihak-pihak yang memesannya. Memetik kata-kata Shah, kalau dia nak makan nasi ayam mahal, tempat ni pasti akan jadi pilihan.

Lepas dah puas berhuha bersama-sama, makanan pun dah abis. Terus rasa nak makan pemanis mulut pulak walaupun kitorang memang dah cukup manis. Pilihan kitorang? Broken Cheesecake dan Valrhona Chocolate Pudding.

Broken Cheesecake: Served with summer berries & crumble (RM20)


Valrhona Chocolate Pudding: Served with vanilla ice-cream & fresh cream

Broken Cheesecake tu boleh tahan sedapnya. Tapi Valrhona Chocolate Pudding tu pulak memang superb sedapnya. Memang saya sangat-sangat syorkan. Biasanya saya memang tak suka makanan berperisa coklat kecuali coklat sendiri. Tapi kek puding coklat dengan aiskrim ni memang sedap. Alangkan orang yang tak berapa kek coklat macam saya pun kata sedap, makanya korang boleh bayangkanlah betapa sedapnya Valrhona Chocolate Pudding ni kan?

Kesimpulannya, saya bagi 8 bintang untuk makanan dan suasana (insta-worthy tau) di restoran ni. Markah kena tolak sebab susah nak komunikasi dengan stafnya. Mula-mula kat kaunter masuk. Lepas-lepas tu masa ambil menu dan sebagainya. Entahlah, macam tak fasih Bahasa Inggeris agaknya. Ambil menu pun lambat.


Botanica+Co, Bangsar South
The Vertical
59200 Kuala Lumpur, Malaysia


Baca juga:

3 comments:

  1. Ya allahhhhhhh....steak tu buat iolls lapar dan terus teringat- ingat la...dah la tengah perut x sedap ngan masalah gerd..dapnya kalau dapat makan....

    ReplyDelete
  2. Makanan di Botanica memang sedap lagi2 Curry Fries dan Ceaser Salad dia. Kalo dessert, kami selalu order Churros with ice cream tu. Tapi chocolate pudding tu nmpk sedap betul. Next time nak try yang itu pulak.

    ReplyDelete
  3. This committee help to many people. You can use their services in your work. You can read research papers about all details of their work. Discover the most popular people ranked on Celebrity birthdays.

    ReplyDelete