Friday 20 September 2019

Review: Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak

September 20, 2019 3
Review: Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak

Hai sesayang sekalian,

Harini nak cerita fasal Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak tak jauh dari Tol Sungkai, Perak. Dengar kata Nasi Bamboo Sungai Klah ni memang terkenal di kalangan mat-mat motor. Malah, ia juga menjadi salah satu port persinggahan wajib bagi mereka yang pulang ke kampung atau kembali ke bandar dari Utara (utara ehhh...  ke Pantai Timur? Kah kah kah! Sis buta geografi. Maaf)



Kitorang tahu tempat ni pon sebab salah seorang kawan sangat-sangat sarankan singgah ke sini untuk makan tengah hari lepas turun dari Cameron Highlands. Makanya, sebagai pencinta tegar makanan, haruslah kami datang mengesahkan ura-ura tentang keenakan Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungai, Perak yang sering digembar-gemburkan ni.

Nampak tak motor-motor itu?
Sejujurnya, turun dari Cameron Highlands menerusi jalan yang bersimpang-siur tu membuatkan kita tak dapat menikmati keindahan flora dan fauna dengan baik. Bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini, kita terus turn off bateri dan tidur. Bangun-bangun je, tau-tau dah sampai dah Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai, Perak ni.

Sejujurnya, bagi first-timer, sis agak keliru dengan aliran proses di sini sebab ada beberapa stesen yang berbeza dan semuanya panjang barisannya. Bila diamati lagi, setiap stesen menghidangkan juadah yang berbeza iaitu Nasi, Lauk-pauk dan juga Bakar.

Makanya, kami pun berpecah tiga untuk mengambil nasi bamboo, lauk-pauk dan daging-daging bakar yang dihidangkan, membuat pesanan air serta mengecop tempat. (Cop tempat tu penting. Kang makan kat lantai pulak kang.

Tadaa...

Ramai woo orang. Ni pon dah pukul 3, tapi masih ramai orang

Bahagian mengambil nasi

Lauk-pauk

Antara lauk yang ada

Fuyoo! siap ada tahap kepedasan tu

Yang ni memang sedap.
Ayam bakar
Nak senang, kena ambil dulang. Barulah boleh capai macam-macam makanan. Ngehehehe... Sis jamin, lepas tengok hidangan yang ditawarkan, tentu korang pun gagal mengawal nafsu dan menjadi rambang mata.
Ha, ambil dulang pastu letak semua lauk camni kan senang

Lepas dah siap sesi ambil-mengambil, barulah korang boleh terus ke kaunter dengan dulang yang dipenuhi pelbagai makanan tu untuk sesi bayar-membayar pulak. Setelah selesai menjelaskan bayaran, silalah ke tempat duduk yang telah dicop tadi untuk sesi makan-memakan.

Inilah makanan pilihan kami

Seperti namanya, nasi bamboo ni adalah nasi yang dimasak dalam buluh. Mula-mula berangan konon satu bamboo tu boleh kongsi 4 orang. Jangan berangan! Satu bamboo tu untuk hidangan seorang saja ya. Wee! Mari kita lihat gaya nasi tersebut.

Inilah rupa nasi bamboo itu

Cak-cak

Inilah di dalamnya.

Nasib saya agak malang pada hari tersebut sebab dapat nasi yang keras tak berapa masak. Nasi jelantah kata orang. Yer, saya tak silap taip, walaupun orang biasa kata jelatah, tetapi DBP kata jelantah. Tapi kawan-kawan yang lain bertuah sebab kata mereka, nasi lembut saja. Bagi saya, tak ada apa-apa rasa unik dan menarik pun pada nasi bamboo ni. Sama je macam nasi biasa. Dah tu, apa yang best kat Nasi Bamboo Sungai Klah ni? Ha! Kalau korang nak tahu, tarikan sebenarnya ialah pada lauk-pauk yang dihidangkannya.

Jujur saya katakan semua lauk-pauk yang kami pilih adalah 100% menepati citarasa. Cukup masin, tawar, manis, rempah dan lemaknya. Memang kena dengan tekak. Jadi kesimpulan yang boleh saya buat ialah, nasinya biasa-biasa, lauknya yang umph. Tapi disebabkan nasinya unik, terpaksalah dinamakan sebagai Restoran Nasi Bamboo Sungai Klah. Takkanlah nak namakan Restoran Lauk-Pauk sedap pulokkk!
Menggiurkan sungguh

Ikan tilapia ni serius sedap nak mati

Kenalah ambil sayur-sayuran supaya tak sembelit
Oleh kerana kami semua memang kelaparan, walaupun ada yang risau kitorang yang tamak haloba ambil lauk-pauk banyak-banyak ni akan menyebabkan pembaziran makanan, jelas sekali perkara tersebut tidak berlaku ya. Yalah, lauk-pauknya memang sedap. Kenyang pun boleh layan lagi.

Berdasarkan pengalaman pertama kitorang ke Nasi Bamboo Sungaik Klah ni, memang benarlah omong-omong yang mengatakan tempat ni sodap. Maka kami dapatlah sahihkan dan fahami kenapa Nasi Bamboo Sungai Klah menjadi port wajib singgah kepada orang ramai setiap kali lalu di laluan ini.

Kalau korang ada lalu tol Sungkai, jangan lupa singgah ke sini untuk menjamu selera.

Nasi Bamboo Sungai Klah,
Jalan Sungkai- Slim River 35600, Sungkai Perak
Exit Tol Sungkai, Lampu Isyarat Belok Kanan, jalan  baper minit je dah sampai.

Waktu Operasi:
Isnin - Khamis, Sabtu, Ahad (Jumaat Tutup)
10.30 pagi hingga 6 petang





Thursday 19 September 2019

Review: KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands

September 19, 2019 3
Review: KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands

Hai semua,

Harini nak tulis fasal review KHM Strawberries & Farm, Cameron Highlands pula. Susulan review Highlands Steamboat Grill & Cheese tempoh hari, kita nak cerita kat mana pula kita jalan-jalan cari pemanis mulut di Cameron Highlands.
Menarikss kannn... ni gambar di sini
Selain teh, strawberi juga satu lagi tarikan di Cameron Highlands. Oleh kerana Cameron Highlands memang terkenal dengan tanamannya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan sedap dek kerana lokasinya yang terletak di tanah tinggi, maka tentulah banyak juga makanan-makanan yang diperbuat daripada hasil tanamannya.

Antara pemanis mulut yang wajib dinikmati di Cameron Highlands ialah tak lain dan tak bukan, sejenis makanan British yang bergelar skon aka scone. Skon ni memang biasanya dimakan dengan jem, mentega ataupun krim. Memang nikmat dunia kalau korang dapat menjamah skon dengan jem strawberi ala home made sambil menghirup secawan teh yang mana semuanya dihasilkan di Cameron Highlands. Dengan cuaca yang nyaman serta pemandangan indah, semuanya jadi sempurna gitu. Lagilah kalau ditemani orang yang tersayang. Perfecto bak kata Mexican.

Makanya selepas breakfast dan setelah penat membeli-belah di pasar pagi, kami pon telah singgah ke KHM Strawberris & Farm ni. Sebenarnya, banyak je restoran atau kafe yang menawarkan pemanis mulut bernama skon ni. Namun sesetengahnya disaring kerana dah pernah mencuba di tempat tu. Lagipun, setelah disemak dan dibandingkan ulasan di kafe atau restoran yang lain, saya dapati jem strawberi yang mereka gunakan lebih kepada bentuk jeli atau jem yang cair. Tiada pun ketulan strawberi. Makanya dilabelkan kurang uhmmm bagi orang yang cerewet dalam memilih makan seperti saya ni.

Dari luar, beginilah rupanya.

Sesampainya di KHM Strawberries & Farm, memang tak dinafikan ramai orang yang berkunjung ke sini. Oleh kerana tempat ni jenis layan diri yang mana pengunjung perlu membuat pesanan dan bayaran di kaunter sambil menunggu giliran untuk mengambil makanan yang dipesan, maka barisannya agak panjang.

Pintu utama
Ramai wo beratur

Setelah menelaah, kami telah memilih beberapa jenis pemanis mulut untuk dijamah dan dikongsi bersama selain skon, antaranya pavlova strawberi serta strawberry and chocolate dip.

Ni sorang makan memang tak abis. Bolehlah kongsi berdua.

Pavlova dia memang menggoda


Dip coklat dia sedap. Tak semua dip coklat sedap tauu...

Kalau korang jangkakan ada pemandangan ala-ala lembah teh di sini, korang akan hampa. Malah kalau korang tersilap pilih tempat, mungkin korang juga akan kepanasan dipancar matahari di sini kerana ia berkonsep terbuka atau open air.

Ramai juga yang datang sekeluarga di sini

Pendek kata, makanan di sini sememangnya sedap dan betullah penilaian saya bahawa jem strawberi di sini memang lazat. Sebelum balik pun saya sempat lagi membeli jem strawberi untuk dimakan di rumah. Bila sampai rumah pula, tak sampai seminggu dah licin jem strawberi tu dimakan anak. Menyesal pula tak beli lebih.

Bab harga pula, saya rasa harganya sangat berpatutan. Dengan hanya RM15, korang boleh dapat set skon iaitu 4 ketul skon, jem strawberi, krim dan seteko teh berperisa (boleh pilih). Kalau makan skon kat Lembah Klang, jangan haraplah korang boleh dapat harga macam tu. Skon sebijik pun dah berapa ringgit. Tu pun takde krim, mentega dan jem. Kena beli asing pula tu.


Oh ya, ada nurseri strawberi mini di sini. Rasanya kalau nak masuk kena bayar kot. Entah, tak pasti. Tapi tak boleh petik strawberinya kalau tak sikap. Ada racun serangga katanya.

Okay, sekian saja ulasan saya di sini. Babai!

KHM Strawberries & Farm
No 9, Kampung Taman Sedia,
Tanah Rata, 39000, Pahang

Tuesday 17 September 2019

Review: Highland Steamboat Grill & Cheese, Cameron Highlands

September 17, 2019 8
Review: Highland Steamboat Grill & Cheese, Cameron Highlands

Hai semua,

Harini nak sambung cerita fasal Cameron Highlands. Lepas cerita fasal hotel haritu, harini sis nak cerita fasal makan pula. Perasan tak? Kalau ada kat tempat sejuk je, mesti perut tu senang je lapar. Kalau makan pula, mestilah nak cari makanan yang panas-panas untuk hangatkan badan. Ye tak?
Photo credit: Highland Steamboat Grill & Cheese Facebook

Bila tahu ada kerja kat Cameron Highlands tempoh hari, kita dan makan buddy kita telah membuat carian di Google untuk senarai pendekkan makanan-makanan yang perlu dicuba. Salah satunya ialah stimbot. Oleh kerana banyak yang sarankan Highland Steamboat Grill & Cheese, maka menjadi kewajipanlah bagi kami untuk merasainya sendiri keenakan Highland Steamboat Grill & Cheese ni. Adakah kami berpuas hati? Teruskan bacaan.

Okay, nak dijadikan cerita, sehabis je kerja dan selepas solat Maghrib, perut kitorang pun mulaah berkeroncong minta diisi. Maka laju-laju kami waze ke Highland Steamboat Grill & Cheese. Nampaknya je parkir, terus laju-laju kitorang letakkan kereta dan serbu ke restoran. Memang ramai orang. Tapi mujurlah ada tempat kosong.

Ingatkan dah nak mula makan, tapi menurut pelayan di Highland Steamboat Grill & Cheese, ni cawangan saja, ada lagi sebuah Highland Steamboat Grill & Cheese yang terletak tak jauh dari tempat itu. Katanya, line bufet di sana lebih banyak pilihan, malah tempatnya juga lebih luas dan selesa. Katanya lagi, tempat tu cuma lebih kurang 5 minit saja dari lokasi pertama.

Makanya, tanpa berfikir panjang, kitorang yang sememangnya kuat makan ni, terus masuk balik dalam kereta, dan bergegas ke lokasi yang kedua.

Sesampainya lokasi kedua tu, baru kami perasan yang lokasi kedua ni lebih tersorok dan ia terletak di dalam sebuah nurseri. Dah ada beberapa buah kereta yang diletakkan di kawasan tepi nurseri dan mujurlah nurseri tersebut terang, jadi senang nak kenal pasti bahagian masuknya.
Bahagian depan pintu masuk

Nurseri yang dihias cantik

Ruang yang selesa dengan dekorasi menarik

Berdasarkan perbandingan dengan lokasi sebelum tu, kami dapati memang benar Highland Steamboat Grill & Cheese di sini mempunyai hidangan bufet yang lebih meriah berbanding yang pertama. Malah, harganya juga berpatutan dan jauh lebih murah daripada restoran stimbot yang terdapat di Lembah Klang.

Dengan hanya RM35 sekepala  korang boleh menikmati hidangan dan pilihan makanan bufet seperti pelbagai jenis perapan ayam, daging lembu dan daging kambing, ketam, udang, kepah, lala dan pelbagai jenis makanan laut, wafel, stik telur ala Thailand, buah strawberi dengan dip gula-gula marshmallow dan coklat,bertih jagung, minuman float bersaiz besar, pelbagai jenis minuman aiskrim ala McD, nasi goreng, mihun goreng, pelbagai jenis sayur-sayuran dan cendawan, bebola beku dan macam-macam lagi, Kalau korang penggemar keju pula, hanya perlu tambah RM10 untuk keju mozarella buatan sendiri.

Antara bufet line yang ada

Ada banyak jenis pilihan minuman

Aiskrim pon hader

Pelbagai jenis bebola

Ada juga kupang kepah dan lala

Ada juga sayur-sayuran dan cendawan

Pelbagai jenis sos dan perencah

Mihun dan nasi goreng

Buah-buahan dan dip

Nyam-nyam

Kitorang pilih kuah tomyam

Walaupun ada beberapa restoran stimbot yang terdapat di Cameron Highlands, kitorang telah memilih restoran ni disebabkan restoran ni je yang ada keju. Ngehehehehe... Lagipon, semakan mendapati, lebih banyak komen dan ulasan positif di restoran ini jika dibandingkan dengan beberapa restoran yang lain.

Nampak makanan je happy
Kawasannya juga lebih luas dan memandangkan ia terletak di dalam nurseri strawberi, jadi bolehlah melawat nurseri dan sambil-sambil tu bergambar. Secara keseluruhannya, memang benar tempat ini lebih selesa. Malah tandas yang disediakan juga bersih dan selesa.

Ada juga barangan berasaskan strawberi yang dijual di sini

Deko-deko yang Instagram-worthy

Tandas pon cantik

Hisaan yang menarik

Nurseri strawberi

Boleh bergambar di sini

Nak beli strawberi pon boleh

Memang best

Welcome

Lokasi pertama:
Highland Steamboat Cheese & Grill
Robinson Falls, Jalan Persiaran Dayang Endah,
Tanah Rata, 39000, Tanah Rata, pahang

Lokasi kedua:
Rainbow Garden Centre and Strawberry Farm (berhadapan mardi tanah rataTanah Rata, pahang)

FB: Highland Steamboat Cheese & Grill
Call/Reservation: 011-11005529