Monday, 4 February 2019

Review: CELLINA 5 Days Flawless Skin Challenge Masks


Hai semua,

Just nak tanya, siapa kat sini yang memang jenis peminat masks atau pupur muka? Ada tak? Ada sesetengah orang memang jadikan pakai mask sebagai rutin kecantikan mereka. Sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Harini kita nak share fasal mask jenama Taiwan iaitu CELLINA atau 雪芙蘭. Jenama ni agak femes kat Taiwan. Kalau mask CELLINA ni yang jual kat Malaysia dia dah repackge. Ni packaging asal dari Taiwan.





Just for sharing, pernah kita nampak kat forum kecantikan Taiwan, sorang retis ni memang wajib pakai mask tiap-tiap minggu. Ada yang taksub sangat dengan kecantikan sampaikan selang setiap hari mesti pakai mask. Malah ada juga yang pakai mask setiap hari. Waduh! Boleh bankrupt jadinya ni.

Seperti biasa, sebagai perempuan yang nak cantik tapi pemalas, mask ni sis takdelah sampai jadikan rutin wajib bulanan mahupun mingguan. Bukan atas faktor kepemalasan je, tapi faktor tak ada masa. Mana taknya, sis memang sibuk memanjang. Pastu, sis mempunyai dua masalah untuk pakai mask sebab:

i. Sis konpius, lepas pakai mask ni, nak kena pakai produk penjagaan kulit macam biasa ke tak? Especially kalau pakai mask yang jenis banyak essence dan tak payah wash off tu. Muka macam dah penuh dengan esen, macam pelik je kena pakai lagi toner, krim muka bagai.

ii. Pakai mask perlukan waktu 20 minit yang santai. Sebaik-baiknya baring dan relaks. Tapi biasanya lepas dah penat seharian bekerja dan mengurus keluarga, sis mesti akan pengsan terus waktu pakai-pakai mask ni. Last-last bangun esok paginya, dah kering dah esen dan kelembapan mask tu disedut kulit kita (ke diresap oleh sarung bantal?)

Oleh itu, sis memang malas skit nak pakai mask kecuali beberapa sebab.

Makanya harini nak cerita sebab kenapa walaupun sis susah nak pakai mask, tetapi sis tetap nak review CELLINA 5 Days Flawless Skin Challenge Masks which is facial mask kegemaranku setakat ini.

Memula sekali, korang kena tahu CELLINA 5 Days Flawless Skin Challenge Masks ni ada 3 jenis untuk 3 keperluan yang berbeza iaitu:


1. CELLINA 5 Days Hydrating Whitening Mask 5s


2. CELLINA 5 Days Anti Acne & Soothing Mask 5s

3. CELLINA 5 Days Hydrating & Pore Minimizing Mask 5s


Tapi dalam 3 jenis 5 Days Flawless Skin Challenge Masks ni kita pernah cuba 2 saja iaitu Hydrating & Pore Minimizing (Biru) dan Anti Acne & Soothing Mask (Hijau).

Cerita terjebak dalam CELLINA masks ni sejak lebih kurang 5 tahun (kalau tak silap) yang lalu bila tengok mask ni menjanjikan kulit yang cantik dan tiada cela dalam masa 5 hari saja. Pastu harga murah. RM20 je masa tu. 5 Mask untuk RM20? Kiranya RM4 satu jelah kan? Fuiyooo! Apa lagi? Tentulah tergoda.

Waktu 5 tahun yang lalu pakai, kita tak ada masalah kulit sangat. So tentulah cuba 5 Days Hydrating & Pore Minimizing Mask dengan harapan pori-pori kulit dapat dikecilkan. 

Bila dah buka mask tu baru perasan, oh,walaupun namanya 5 Days Flawless Skin Challenge, mask yang ada dalam tu cuma 4 keping saja. Pakai 2 hari kemudian rehat sehari, pastu sambung lagi 2 hari. So, totalnya 5 harilah. Gitu....

Jadi waktu tu memang berpuas hatilah dengan kesannya sebab memang kulit nampak gebu dan cantik je lepas pakai. Then rasa kulit sangat lembap. Mana taknya? 4 hari weh kulit dimanjakan dengan pelbagai esen-esen khas untuk mencantikkan kulit!!

Okey, tu kisah beberapa tahun lepas. Fast forward ke tahun ni dan baru-baru ni, kalau korang perasan dalam blog post sebelum-sebelum ni, kita banyak mengadu fasal masalah kulit yang menghantui kita. Uwa!! Disyaki sebab stress, kulit kita mula bermasalah dan berjerawat yang mana jerawat yang muncul tu semuanya jenis yang bernanah. Benci tau! Dah la bernanah, besar dan sakit lak tu. Grrr... Habis menurun confidence level sis.

Jadi tatkala kemurungan dan tengah jalan-jalan Watson tu, sis nampak balik CELLINA 5 Days Flawless Skin Challenge Masks ni, eh, ada untuk acne lah! Weee! Terus beli balik rumah untuk usaha cantikkan balik kulit.

Okey, jom tinjau apakah kandungan mask yang terdapat dalam CELLINA 5 Days Anti Acne & Soothing Mask 5s tu





Sejujurnya, CELLINA 5 Days Anti Acne & Soothing Mask 5s ni memang sangat membantu mengecutkan dan mengawal jerawat dala masa 5 hari.

Lepas 5 hari penggunaan tu, nampaklah jerawat nanah tu makin kecut dan kulit pun semakin lembap. Kalau korang tak tahu, jerawat juga boleh berlaku apabila kulit kita hilang keseimbanngan antara kandungan minyak dan kulit. Sebab tulah kelembapan kulit tu penting. Bila kulit tak cukup lembap, mulalah kulit merembeskan lebih banyak minyak dan akibatnya, muka lagi senang berjerawat.

Oh ya, mask CELLINA ni juga didatangkan dalam loose pack. Cumanya loose pack di Malaysia tak semenarik macam loose pack kat Taiwan sana tu...


No comments:

Post a Comment