Monday, 25 December 2017

MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor

December 25, 2017 25
MBI Prihatin Keperluan Sekolah 55,000 Anak Selangor


Setiap kali tibanya hujung tahun, ada golongan yang gembira tapi ada juga golongan yang berduka. Mana taknya? Kalau yang lain sibuk dengan cuti hujung tahun dengan membelanjakan bonus akhir tahun, tapi ada juga yang berduka apabila perlu mencongak dan berjimat-cermat perbelanjaan demi persiapan dan keperluan sekolah pada tahun hadapannya.

Mujurlah masih ada yang prihatin dengan bebanan golongan tersebut dan tak kurang juga yang mengambil inisiatif bagi meringankan tanggung keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Sebagai contohnya, sesetengah syarikat memberikan bantuan persekolahan khas bagi memastikan ibu bapa dapat membeli dan menyediakan persekolahan anak-anak. Namun tak semua syarikat melakukannya dan yang paling menyedihkan lagi, ada ibu bapa yang terpaksa mengikat perut dan berhutang demi kepentingan dan keperluan anak-anak bersekolah

Saya sendiri pun apabila anak menginjak umur 6 tahun dan bakal memasuki sekolah rendah tahun depan, barulah tahu mahal juga baju sekolah budak-budak. Kalau setakat RM50 tu memang tak dapat apa. Sepersalinan (baju kemeja putih, pinafore, stoking dan kasut) pun paling murah RM100.


Mia sekolah
Terkejut mak bila tahu baju sekolah anak mahal, almaklumlah, baru ada anak masuk sekolah rendah

Mungkin ada yang menempelak, alahai, berapa sangatlah keperluan anak-anak bersekolah tu sampai ibu bapa tak mampu nak tanggung? Tapi hakikatnya, ramai yang telah diberhentikan kerja beberapa tahun ini, harga barangan melonjak, kos sara hidup yang semakin tinggi serta faktor ketidakstabilan ekonomi membuatkan keadaan menjadi sukar. Katakanlah seorang anak dengan 3 persalinan dah 300. Itu baru seorang. Bagaimana pula dengan mereka yang beranak ramai? Itu pun tak termasuk beg sekolah, buku sekolah, alat tulis sekolah, yuran PIBG, makan dan minum, tuisyen dan sebagainya lagi.

Menyedari hakikat ini, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) sebagai entiti yang prihatin telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan berbentuk pakaian seragam sekolah dan peralatan tulis kepada 55,000 keluarga berpendapat rendah termasuklah keluarga dari ibu dan bapa tunggal menerusi Program Kasih Ilmu Anak Selangor.

Hope for the Future
Program Hope For the Future di Sunway Lagoon

Tadika Cahaya Takwa
Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Tadika Cahaya Takwa
Sungai Buaya, Rawang
Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Sungai Buaya, Rawang

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga di samping dapat menceriakan anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan atau kembali ke sekolah. Mana taknya? Kalau kita dulu pun gembira dapat baju sekolah baru untuk pergi ke sekolah. Malah pada waktu sekolah dulu pun, kita selalu perasan ada rakan-rakan sekolah yang memakai baju sekolah yang telah lusuh dan semakin mengecil kemungkinan faktor daripada kekangan ekonomi ibu bapa untuk membeli baju baru untuk mereka.

Kadangkala faktor sebegini dipandang enteng bagi sesetengah pihak kerana memikirkan ia sekadar benda kecil. Tapi sebenarnya terbukti daripada sudut psikologi di mana kanak-kanak yang berasa rendah diri berikutan terpaksa memakai baju sekolah yang telah dikitar semula atau telah lusuh atau tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk bersekolah, lebih cenderung untuk menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam pelajaran serta tidak dapat bergaul dengan baik dengan rakan-rakan mereka. Tak kurang juga yang dibuli dan diejek oleh rakan-rakan hanya kerana keluarga mereka tidak berkemampuan atau kurang berkemampuan.

Apa yang menariknya, inisiatif MBI bagi pakaian seragam sekolah ini adalah dengan kerjasama pereka fesyen tempatan iaitu Fairuz Ramdan dengan clothing line untuk kanak-kanaknya iaitu FR Junior. Dengan ini, inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan malah juga dapat mempromosi produk tempatan dan jenama pereka fesyen tempatan.

Fairuz Ramdan
Fairuz Ramdan antara pereka feysen tempatan dan jenama fesyen yang berjaya

Mercedes Benz stylo
Pemenang Mercedes-Benz Stylo Fashion Grandprix 2015 Malaysia

Male clothing line
Fairuz Ramdan terkenal dengan pakaian Ready-to-wear dan tailor made untuk lelaki
Jom lihat apa yang ada dalam dalam beg FR Junior X  MBI tu:
MBI x FR Junior
Logo FR Junior yang comel sekali

MBI X FR
Baju sekolah dan alat tulis

Semoga lebih ramai yang prihatin tentang keperluan keluarga yang berpendapatan rendah. Kepada anak-anak pula, selamat bersekolah dan semoga berjaya dalam pelajaran.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti dan inisiatif tanggungjawab korporat terkini MBI, bolehlah ikuti MBI di Instagram rasmi mereka iaitu CSRMBISELANGOR.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat rekaan fesyen oleh Fairuz Ramdan pula, boleh ikutinya di:

Instagram FR Junior: FR Junior
Instagram itsfr: ITSFR


Sunday, 17 December 2017

Jom Rewang 2018 Sedia Platform Setempat Untuk Bakal Pengantin

December 17, 2017 31
Jom Rewang 2018 Sedia Platform Setempat Untuk Bakal Pengantin

Hai semua,
2018

Ada tak sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 atau tahun-tahun kemudiannya? Kalau ada, wajib teruskan pembacaan blog ini. Terutamanya kepada mereka yang ingin berkahwin dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan daripada sekarang. Kalau sampai sekarang masih belum melakukan apa-apa persiapan lagi, wajib singgah ke Jom Rewang yang akan diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26-28 Januari 2018.

Sebenarnya ramai yang ambil mudah persiapan perkahwinan, ramai yang rasa, "Ala, banyaklah kedai pengantin, mak andam, katering yang ada kat Malaysia ni. No hal punyalah!" Kalau korang rasa camni, sebagai seorang yang dah pernah uruskan persiapan perkahwinan dan juga seorang yang bekerja dalam bidang pengurusan majlis (event management), korang kena ubah minda korang ni sekarang juga!!

Mengimbas kembali 7 tahun yang lalu, boleh dikatakan semua urusan perkahwinan, saya yang settlekan sendiri. Walaupun dah plan 6-12 bulan sebelum perkahwinan ni, banyak je dugaan yang berlaku. Salah satunya, baju nikah yang dah ditempah setengah tahun sebelum tarikh kahwin, tak sempat nak siap katanya. Pffttt..... Khemah pulak ada yang tak sama warna. Tema merah, tapi ada pula khemah merah jambu yang terselit. Memang penuh pancaroba betul! Tu yang dah buat persiapan awal, kalau buat persiapan minit-minit akhir, mesti lagi banyak yang kelam-kabut. Masa tu, pengantin pun dah tak naik seri dah sebab tertekan. Tentu korang tak nak jadi macam tu kan?

Masa kahwin
Satu ketika dahulu
Bagi kita, persiapan perkahwinan sebaik-baiknya dilakukan sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sebelum tarikh pernikahan atau perkahwinan. Kalau korang buat last minute, memang besar kemungkinan banyak mak andam, juruvideo, jurukamera, pelamin, baju pengantin yang menarik semuanya dah ditempah dahulu. End up, korang terpaksalah settle with second best ataupun ambil jelah apa yang ada. Bila jadi camni, kemungkinan besar majlis pernikahan atau perkahwinan yang sepatutnya memberikan memori indah, terus jadi pengalaman ngeri. Bukannya tak biasa baca kan dalam Facebook dan akhbar? Macam-macam perkara jadi. Solekan cair lah, makanan kenduri basilah, katering tak sampai, gambar tak menjadi dan macam-macam lagi.

Okay, jom semak apakah senarai yang sebaik-baiknya dipersiapsediakan 6 bulan hingga 12 bulan sebelum kahwin?

1. Tentukan dan muktamadkan perbelanjaan perkahwinan yang diperuntukkan untuk majlis

2. Tentukan konsep majlis perkahwinan
    a. Di rumah? Hotel? Dewan? Atau masjid?
    b. Perlukan kanopi atau tidak?
    c. Katering atau gotong-royong?

3. Tentukan belanjawan untuk setiap kategori perkahwinan
    a. Hantaran / Cincin /Mas Kahwin
    b. Pelamin (Rumah/ Dewan/Hotel)
    c. Hiasan bilik pengantin (jika di rumah)
    d. jurusolek/mak andam /hairdresser
    e. busana pernikahan /busana persandingan
    f. Katering/rewang/gotong-royong/dewan/hotel
    g. kad jemputan
    h. goodies untuk tetamu
    i. Henna/inai
    j. Juruvideo/jurukamera
    k. juruacara
    l. Sistem audio/video
   m. Tok kadi/Jurunikah
   n. Bunga kahwin/bunga telur/bunga rampai
   o. Banner pengantin

4. Semak perkhidmatan yang dipercayai dan tempah seawal mungkin dengan deposit.
Ingat ya, kalau nak tempah perlulah disertai deposit. Kalau setakat janji air liur je, memang taklah diambil kira tempahannya.Pastikan resitnya disimpan baik-baik. Kotlah ada yang nak berdolak-dalih. Payah nanti. Jadi, simpan semua bukti perbelanjaan dan deposit yang telah dikeluarkan.

Jadi, bagi mereka yang perancangannya nak berkahwin dalam pertengahan hinggalah hujung tahun 2018, sebenarnya masa dah suntuk. Wajib berkunjung ke Jom Rewang 2018 untuk cepat-cepat sambar apa-apa promosi yang terbaik dan berpatutan.

Kenapa perlu ke Jom Rewang 2018? 

Sebab Jom Rewang 2018 bagaikan satu pusat setempat untuk semua jenis perkhidmatan yang kita telah senaraikan tadi. Antaranya henna, khidmat andaman, butik pakaian  andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya. Makanya, tak payahlah korang pergi semak dari satu butik pengantin ke satu butik pengantin. Kalau datang Jom Rewang 2018, semua perkhidmatan gempak dah pun dikumpulkan di satu tempat sahaja. Kuranglah penat, senang nak buat perbandingan dan tak perlu bazir minyak dan masa untuk pergi ke tempat berbeza yang mungkin semua jauh-jauh lokasinya.

Yang lebih menariknya, Jom Rewang 2018 ni menghimpunkan lebih 300 syarikat perkahwinan di seluruh Malaysia menerusi penggunaan montaj. Kalau korang nak kahwin kat JB or Perlis sekalipun, korang still boleh dapatkan maklumat dan perkhidmatan perkahwinan di kampung halaman korang di Jom Rewang 2018. Tak perlu susah-susah ulang-alik KL/Selangor ke kampung halaman semata-mata nak uruskan urusan perkahwinan.

Last but not least, parkir di bangunan kompleks membeli-belah di Plaza Alam Sentral ni pun banyak dan murah.  Ingat kahwin, ingatlah Jom Rewang 2018 ya?

Plaza Alam Sentral
Marilah datang beramai-ramai

Kepada Vendor yang Berminat

Oh ya, kepada vendor yang berminat, anda juga dialu-alukan untuk membuka booth untuk menarik bakal pelanggan anda. Setiap perniagaan layak bagi pembukaan satu tapak.

Berminat untuk mengetahui lebih lajut tentang syarat-syarat penyertaan? Sila hubungi:

Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Instagram: Jom Rewang
E-mel: puspawangieventmanagement@gmail.com

Baca juga:

Dewan Perdana Zafran Lokasi Sesuai Majlis
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

Saturday, 16 December 2017

Tips Pilih Kerja : Pertimbangkan 13 Faktor Ini Kalau Nak Tukar Kerja

December 16, 2017 18
Tips Pilih Kerja : Pertimbangkan 13 Faktor Ini Kalau Nak Tukar Kerja

Hai semua,
pilih kerja
Susahnya nak cari kerja sesuai
Harini nak share tips pilih kerja since ramai yang minta pandangan kita tentang hal ni. Almaklumlah kita dah 10 tahun bekerja dan mempunyai 4 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia. So, ramai juga yang minta pandangan walaupun hakikatnya,  kita juga insan biasa. Cewah!!

Okay, biasa orang yang minta tips memilih kerja ni sama ada mereka yang baru menamatkan pelajaran dan ingin menimba pengalaman kerja ataupun mereka yang dah ada pekerjaan, tapi mereka telah ditawarkan pekerjaan baru. Tak kurang juga mereka yang dilema apabila ditawarkan lebih daripada 1 pekerjaan. Jadi, apakah yang perlu dipertimbangkan dalam buat pilihan ni ya? Jom tinjau!

1. Gaji
Ni standard. Biasa kalau dah kerja, dah ada pengalaman tertentu, make sure tawaran gaji daripada majikan baru tu sekurang-kurangnya 15% higher. Kalau dia tawarkan 20-30% memang terbaikkkkk! Bagi yang baru graduate, kalau ditawarkan gaji lebih tinggi daripada RM2,500, memang dah kira bagus. Tapi sekarang fresh graduate pun ada yang ditawarkan gaji sehingga RM3,500, tapi ikut company juga. Besar companynya, besarlah gajinya. Jangan tak percaya, ramai degree graduate yang masih lagi ditawarkan gaji kurang daripada RM2,000. Contohnya RM1,800. Tapi kalau dah tu je dapat, better grab and timba pengalaman sebelum demand gaji yang lebih tinggi

2. KWSP dan Socso (EPF dan Socso)
Mesti korang rasa, eh, bukan memang semua company wajib carum KWSP dan Socso ke? Ya, memang betul. Tapi dari pengalaman kita, ramai juga majikan yang gagal dalam menunaikan caruman wajib ni. Kasihan pekerja dan kakitangan mereka. Selain itu, korang juga boleh semak berapa caruman majikan yang ditawarkan oleh syarikat terbabit. Kadar caruman KWSP majikan statutori bagi mereka yang bergaji kurang daripada RM20,000 adalah 12%. Tapi ada juga majikan yang mencarum lebih daripada 12%. Lagi tinggi kadar caruman majikan, maka lagi untunglah pekerja.

3. Bonus
Ni kena semak juga dengan majikan. Adakah syarikat tersebut menawarkan bonus kepada pekerja mereka? Tak semua syarikat ada pemberian bonus. Biasanya bonus syarikat biasa adalah dalam 1-3 bulan gaji. Manakala company yang besar boleh mencecah sampai 6 bulan. Malah ada juga company yang memberikan bonus sebanyak 12-18 bulan kepada pekerja-pekerja mereka. Kalau dapat yang banyak-banyak tu memang rezeki. Ada juga syarikat yang memberikan bonus 2 kali setahun.

faktor kerja idaman
Contoh manfaat pekerja yang menarik

4. Perlindungan perubatan
Salah satu manfaat menjadi pekerja adalah di mana pekerja juga dilindungi dengan insurans perubatan. Jadi kalau sakit, bolehlah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital secara percuma kerana semuanya ditanggung oleh pihak syarikat. Yang ni setiap syarikat berlainan. Kena tengok dari dua perkara.

a. Adakah ia melindungi pekerja sahaja atau pekerja dan juga tanggungannya.
Ha, kalau korang single, okaylah kalau company cuma tanggung pekerja sahaja. Tapi kalau dah kahwin, lagi-lagi kalau dah beranak-pinak, mestilah kena pertimbangkan juga perlindungan perubatan suami/isteri dan anak-anak. Yerlah, bukannya murah kos perubatan. Memanglah hospital kerajaan ada, tapi mungkin kena tunggu lama atau kurang selesa kerana ramai pesakit.

b. Sebanyak mana perlindungan perubatan tersebut ditanggung?
Adakah korang diberikan kad perubatan (medical card) seperti AIA,  PMCare, Prudential etc? Atau adakah ia berdasarkan pay and claim kepada syarikat? Adakah ia cover pesakit luar atau dalam (in and out patient?) atau adakah cuma cover salah satu sahaja? Berapa banyak yang ditanggung? Berapa had tahunan? Semua ni kena ambil kira juga ya.

c. Adakah maternity juga ditanggung
Yang ni optional lah. Tertakluk kepada mereka yang telah berkeluarga sahaja. Jimat woo kalau company ada cover maternity. Nak beranak bukannya murah. Betul tak?

Pertimbangkan fakor perlindungan perubatan
Perlindungan perubatan penting bagi menjamin kesejahteraan kakitangan

5. Elaun Minyak/Mileage/Makanan/Outstation
Yang ni kena semak balik nature of work korang. Adakah kerja korang ni melibatkan kerja-kerja dan urusan di luar ataupun cuma duduk je dalam ofis, cukup masa then boleh balik? Kalau banyak kerja luar dan outstation, pastikan syarikat menanggung semua perbelanjaan ini ya? Kalau semua kena pakai duit sendiri, gaji tinggi pun jadi ciput juga.

6. Latihan
Ha, ni pun penting juga walaupun ramai yang tak titikberatkan. Bak kata Richard Branson "Train people well enough so they can leave, treat them well enough so they don't want to" Makanya, carilah syarikat yang bermotokan seperti ini di mana mereka akan melatih pekerja sebaik mungkin sampai pekerja boleh cari makan di mana-mana sahaja  tapi layanlah pekerja tersebut sebaik-baik mungkin sampai diorang tak nak tinggalkan syarikat tersebut. Kalau dapat company camni, kerja sampai bila-bila pun insyallah seronok je walaupun gaji tak tinggi mana.

7. Kemajuan Kerjaya (Career Advancement)
Satu lagi faktor yang kita pentingkan adalah sama ada syarikat tersebut pentingkan kemajuan kerjaya kakitangan mereka atau tidak. Ni pun penting supaya pekerja ada kepuasan dalam kerjaya kerana kerja dan usaha mereka diiktiraf. Yelah kan, takkanlah kerja bertahun-tahun still nak jadi kerani atau eksekutif je. Mestilah kita harap kita dinaikkan pangkat. Kalau dah lama sangat kerja tapi takde kemajuan kerjaya, lebih baik move on kerana ia tak baik untuk portfolio kita. Rata-rata orang akan berpendapat kita tak boleh perform ataupun terlalu selesa dengan kerja sedia ada.

Kemajuan kerjaya
Cari kerja yang mewarkan kemajuan kerjaya

8.Waktu bekerja
Zaman dah berubah, persekitaran pekerjaan pun dah berbeza. Kalau ikut konvensional, memang banyak syarikat yang masih mempunyai waktu bekerja yang tetapi iaitu 9-6, 8-5, 8.30-5.30 dan sebagainya. Namun, ada juga syarikat yang menawarkan flexibility dari segi waktu bekerja. Ada yang asalkan clock in cukup jam, then dah boleh balik. Ada yang boleh bekerja dari rumah (work from home), ada yang memang kerja dari rumah, tak perlu masuk ofis, so basically macam takde waktu bekerja tetap. Ini pun faktor pertimbangan yang menarik. Sebab kalau takde fixed hours, bolehlah settlekan urusan peribadi sebelum masuk ofis dan tak perlu bazirkan cuti. Ye dok?

9. Lokasi bekerja
Ha, ni mesti korang tahu. Takyah cerita banyak. Ada yang suka kerja KL sebab banyak pengangkutan awam, ada yang suka dekat dengan shopping mall, ada juga yang suka dekat dengan rumah sebab tak perlu rushing. Ni matter of personal preference. Tapi, dah sah-sahlah kena dipertimbangkan juga.

10. Budaya syarikat (Corporate Culture)
Ramai yang pandang enteng faktor ni, walhal antara yang paling penting untuk dipertimbangkan. Ada sesetengah company yang terlalu rigid sampaikan waktu bekerja, kena kerja je. Cakap tak boleh, kencing tak boleh 5 minit dah sebagainya. Tapi ada juga syarikat yang sangat fun dan santai. Gelak tampar ketawa golek-golek semuanya bolehlah. Janji siap kerja ehhh! Tak siap, siaplah korang. Maybe korang akan kata, selagi tak kerja mana nak tahu? Eh, boleh. Rajin-rajinlah risik. Tanyalah sesiapa yang berkenaan. Nak seribu daya kan???

banyak faktor yang perlu dipertimbangkan
Bukan senang nak cari kerja yang sesuai

11. Kemudahan
Bagi kita kemudahan juga satu fakor yang boleh dipertimbangkan, tapi kurang penting. Melainkan korang memang cari company yang tawarkan kemudahan tertentu. Antara kemudahan tambahan yang sesetengah company tawarkan adalah nurseri, gym, perpustakaan (strategic resource centre) dan kafe. Macam yang kita katakn tadi, lain orang, lain kesukaannya.

12. Cuti Tahunan
Ha, ni pun penting juga. Nak-nak kepada mereka yang kerja merantau. Yerlah, kalau cuti sikit, nanti raya nak balik kampung susahlah pulak. Pendek sangat tak seronoklah kan. Biasanya cuti yang standard adalah sebanyak 14 hari untuk executive dan 12 hari untuk non executive. Tapi ada je yang dapat banyak, contohnya, 18 hingga 21 hari untuk eksekutif. Best woooo!
Peruntukan bercuti pun penting, kena pertimbangkan juga

13. Lain-lain
Faktor lain-lain ni pulak bagi kita, kalau ada alhamdulillah, kalau takde pun tak mengapa. Contohnya, dental dan optical, annual dinner, company trip dan sebagainya.

Mungkin ada banyak lagi faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan, tapi bagi kita secara dasarnya ini adalah perkara yang asas yang perlu diambil kira. Semoga panduan ni berguna untuk korang semua.

Da~~~

Baca juga:
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

Sunday, 10 December 2017

Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam

December 10, 2017 16
Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam

Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah AlamHai semua,

Kalini kita nak cerita fasal makan pulak. Sejak-sejak buat food review ni, rasanya badan kita dah makin bulat dah. Mana taknya? Semua makanan sedap-sedap belaka.

Okay, siapa kat sini suka makan makanan laut aka seafood? Angkat jari! Siapa pulak yang suka makan ketam? Angkat jari kiri pulak? Kalau ada, wajib teruskan bacaan blog ni. Kalau tak, sila pergi baca post kita yang lain eh :p.  Kita ni penggemar tegar seafood. Lagi-lagi ketam. Yumss... Lagi mahal lagi sukalah. Eh, gitu!

Tapi biasa orang kata nak pergi makan seafood murah-murah, kenala pergi ke area Klang, Kuala Selangor. Jauh juga nak drive. Kos nak pergi jauh-jauh tu baik makan dekat-dekat ni jelah. Unless makan berjemaah ramai-ramai. Kita ni nama je tinggal kat Shah Alam, tapi selama ni ada Crabby Crab Seksyen 7 yang tak jauh dari rumah pun tak tahu. Pfftt....



Papan tanda
Leh lah bergambar kat sini. haha.. .Motif?

Crabby Crab ni dengar nama pun dah tahu, porfolio dia adalah ketam! Diulangi sekali lagi, ketam!! My favorite. Tapi yang kita terkezutnya adalah, harga kat Crabby Crab ni kira agak berpatutan. Untuk review kali ini, saya, Zai dah Za telah dihidangkan 4 menu istimewa di Crabby Crab. Apakah menu-menu tersebut? Jom tengok! Zass~~~

1. Mega Softshell Crab With Salted Egg Sauce (RM15)

Yang ni menu my personal favorite. Burger ketam bercengkerang lembut dengan sos telur masin. Yummy! Bagi mereka yang suka makan ketam tapi pemalas nak kopek kulit, nilah pilihan yang paling sesuai. Softshell crab kan.... boleh telan je terus. Tak payah susah-susah buang kulit. And kentang dia pun serius sedap. Rangup-rangup je. Biasa kita tak suka makan kentang, sebab menggemukkan and tak sedap. Hahahahah! Tapi yang ni, licin kita sapu.


Crabby Crab
Mega Softshell Crab 

2. Crabby Soup (RM14.90)

Okay, kami bertiga sebulat suara Crabby Soup ni paling menawan hati. Memang ketam sungguh rasanya. Serius kalau order Crabby Soup then makan dengan nasi putih je pun memang layan. Tak payah hidangan lain pun takpe. Menurut owner, Crabby Soup ni dimasak dengan menggunakan air rebusan ketam. Sebab itulah rasa ketamnya sangat pekat dan menusuk kalbu. Memang terasa keketaman sup tersebut. Sampai speechless kitorang bertiga makan sup ni.  Menurut owner lagi, minyak cili turut ditambah untuk mengenakkan lagi masakan ini.

Crabby Crab
Crabby Soup

3. Chilli Crab (Harga ikut jenis ketam)

Aha, ni dish yang famous amos sangat ni. Chilli Crab. Menu ini juga adalah antara menu kegemaran kita. Memang tasty yummy and delicous. Cumanya kita rasa sos dia agak manis. Kalau dibuat pedas sedikit memang lagi chilli and lagi yummy.

Crabby Crab
Chilli Crab
4. Fisherman's Platter (Saiz M- RM159.90)

Ha, yang ni tentu korang selalu nampak kan? Fisherman's Platter bersaiz M ni sesuai untuk hidangan 5-6 orang. Kalau order ni memang layan dan berbaloi. Untuk sosnya pula, Crabby Crab menawarkan 5 jenis sos pilihan iaitu Kam Heong, Chili Crab, Butter, Gasolina dan juga Garlic Butter. Kitorang dihidangkan dengan sos gasolina. Memang sedap! Sampai berebutlah 5 orang makan. (Lima orang sebab tambah 2 orang juruvideo Afiq and adik dia). Jagungnya fresh, udangnya besar and ketam pun banyak isi. Masa makan tu, semua khusyuk je makan, diam, senyap and sunyi sepi je sebab terlalu asyik makan. Kah kah kah!

Fisherman's Platter
Untuk minuman pula, restoran ni juga ada menghidangkan pelbagai jenis minuman yang menarik.  Menurut Afiq, shake di sini memang wajib dicuba. Tapi kita kalau pergi makan-makan ni memang tak suka minum yang berat-berat dan bersusu. Nanti takleh makan banyak. Keh keh keh.. Kita kalau nak makan banyak, lebih suka minum minuman yang masam, refreshing. Fruity gitu untuk potong muak.

Ni antara minuman yang kami order:

Crabby Crab
Honey Lemon (Hot) RM 4.50

Crabby Crab
Banana Shake (RM8)

Crabby Crab
Mocktail Mojito (RM5)
Kita suka honey lemon sebab madu yang digunakan sangat pekat dan likat. Entahlah madu apa yang digunakan. Tapi rasanya memang yums! Mocktail Mojito pula begitu refreshing sekali. Kurang masam tapi memang refreshing sungguh, maybe sebab dia lebihkan daun pudina.

Kesimpulannya, semua puas hati dengan makanan di sini. Muka bahagia je bila balik malam tu. Muahahahahahha! Kalau korang berminat nak cuba, silalah datang. Kita nanti nak ajak kawan repat balik softshell crab burger dia. Sebab harga sangat berpatutan. Weeee!!


Food review Crabby Crab
The three of us. 


Sekian laporan ikhlas
Maya
Prettily Rare

Baca juga:



Friday, 8 December 2017

Terapi Signature Warm Oil Rangkaian Amante Segarkan Badan Lesu

December 08, 2017 13
Terapi Signature Warm Oil Rangkaian Amante Segarkan Badan Lesu

Hai semua,

Harini kita nak share pengalaman kita mendapatkan rawatan Signature Warm Oil Theraphy di Amante Nail Spa and Body Care. Kalau diikutkan, tawaran untuk mendapatkan rawatan ni memang sangat kena dantepat pada masanya sebab dah berbulan-bulan badan kita rasa lesu dek dikejar deadline, uruskan anak-anak, tekanan tempat kerja, kewangan, kurang rehat dan macam-macam lagilah.

Spa
Bestkan sekali-sekala manjakan diri
Biasalah, bila dah letih-letih camni, badan, minda dan mata kita akan auto shut down tidur awal tiap-tiap malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Ni memang mekanisma asas badan untuk melindungi fizikal kita. Tapi yang peliknya, bila bangun keesokan paginya, asyik rasa tak bersemangat je. Badan pulak rasa macam patah-patah dilenyek bulldozer. Sakit je manjang. Makin tidur makin penatlah kata orang.

So, bila dapat jemputan ni, kita macam orang mengantuk disorong bantal je rasa. Bahagianya tak terkata. Kebetulan tarikh tu memang ngam dengan cuti kita. Inilah yang dikatakan takdir! Kih kih kih....

Untuk Signature Warm Oil Theraphy selama sejam ni. Kita telah memilih untuk ke Amante Nail Spa and Body Care cawangan PJ Jaya One sebab kebetulan kita ada urusan di tempat berdekatan.

Nail Spa and Body Care
Ni actually gambar segar selepas mendapatkan rawatan


Jaya One
Cantik and luas juga cawangan ni

Mula-mula sampai ke outlet ni, kita tergoda dengan pelbagai pewarna kuku yang disusun dengan rapi di dalam almari. Aha... kita kan memang #mudahtergoda dan #mudahterpengaruh dengan berwarna-warni. Pastu baru teringat, sini bukan saja ada perkhidmatan berurut, tapi juga ada perkhidmatan penjagaan kuku. Sampai-sampai je, kita disapa mesra oleh receptionistnya kemudian dibawa ke bilik untuk berurut.
Reception
Bahagian Reception

Product Counter
Pelbagai produk oleh Amante

Bilik mengurut tu ringkas je tapi teratur, alunan muzik yang dimainkan pulacukup mendamaikan. Terus rasa lebih relaks. Mula-mula sekali tukang urut tu lap dulu badan kita dengan air suam kemudian urutan di mulakan dari kaki, badan, tangan dan akhir sekali tengkuk bahu dan kepala. Kalau korang selalu berurut, memang standard diorang akan mulakan urutan daripada kaki sebab kaki merupakan anggota badan yang paling jauh daripada jantung. Jadi kenalah urut kaki dulu supaya aliran darah lebih lancar. Bagi kaum perempuan terutamanya yang dah bersalin, mesti korang perasan, kaki selalu sejuk-sejuk kan? Ha... Urutlah bahagian kaki tu bagi darah mengalir sikit.

Apa yang uniknya Signature Warm Oil Theraply di Amante ni, tukang urut akan menggunakan sejenis batu sungai yang leper untuk mengurut. Warm oil atau minyak suam yang digunakan ini pulak, suhunya yang suam, bukannya minyaknya yang buat kita rasa panas. So, baguslah untuk keluarkan angin. Lepas tu yang bestnya, tukang urut akan berikan tumpuan yang lebih kepada bahagian-bahagian yang bermasalah. Masa mengurut maybe akan rasa sakit terutamanya pada tempat yang bermasalah, tapi serius lepas habis je berurut, terus badan rasa ringan dan sedap.

Lepas habis berurut pula, air halia akan diberikan kepada pelanggan bagi memudahkan lagi angin-angin dalam badan untuk keluar. Memang rasa relaks je, bagaikan semua masalah hilang dalam sekelip mata gitu.
Amante
With my masses,  Zigzag.  Thanks Zizah

Kita actually memang suka pegi berurut sebab banyak manfaat berurut ni. Berurut ni bukan sahaja untuk orang yang baru bersalin je yer... Kalau ikutkan, orang lama-lama dulu memang pentingkan urutan untuk legakan keletihan badan, untuk lancarkan peredaran darah, untuk buang angin dan toksik, betulkan urat dan macam-macam lagilah. Mana kita tau? Eh, kita tahulah. Mak tok kita dulu tukang urut. Even kalau kitorang kecik-kecik sakit perut or demam and tak sihat dulu pun, Mak tok kita akan urut kita.

Cumanya orang sekarang tak macam orang dulu-dulu. Satu, tak ramai yang ada kepakaran mengurut. Keduanya, ramai yang tak percayakan kepentingan urut untuk kesejahteraan badan atau pandang remeh amalah berurut. Ketiganya, biasalah, nak berurut ni bukannya murah weh! Nak cari tukang urut yang kena ngan kita pun bukannya senang. Even kita pun selalu bertukar-tukar tukang urut or tempat urut sebab belum jumpa yang betul-betul serasi.

Tapi lepas dah cuba Signature Warm Oil Theraphy di mana ia ditawarkan di 7 cawangan rangkaian Amante Nail Spa and Body Care ni, kita rasa kita dah tahu dah mana kita nak pergi lepas ni kalau badan rasa sakit, lesu dan stress.
Amante Wellness
Cawangan-cawangan Amante

Apa? Mahal? Tahu, kita faham. Sebab itulah kita nak beritahu korang semua yang sekarang ni Amante ada promosi RM1.20 untuk  Rawatan Signature Warm Oil Theraphy selama sejam ni. Yep, korang tak salah tengok. Memang RM1.20 je. Bukan RM120. Macam mana nak dapatkannya? Stay tuned dekat FB Amante Wellness pada 12/12 dan jadilah 300 orang pertama yang sign up untuk promosi gempak ni!! Senang je kan? Kita sendiri pun dah mark kat calendar untuk grab promosi hebat ni. Huhuhu!
12.12 for RM1.20
Amante 12/12 Promotion

Sekian review Signature Warm Oil Theraphy di Amante Nail Spa and Body Care, Jaya One.
Prettily Rare

Rawatan PCC La Biosthetique Kuatkan Rambut
Rawatan Kolagen Beaute Library
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?




Thursday, 30 November 2017

Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan Buat Penerima

November 30, 2017 24
Senarai 7 Hadiah Yang Paling Mengecewakan Buat Penerima

Hai semua,

Harini kita mood tak baik. So nak citer antara perkara yang boleh buat orang mood tak baik juga. Aci tak? Memandangkan dah nak Krismas ni, ramai yang buat aktiviti gift-exchange, lagilah sesuaiii sangat topik ni.   Ala, takyah kecam sangat cakap orang dah bagi hadiah pun dah cukup baik dah. Apalah tak bersyukur. Ni kekadang soal dan isu sejauh mana keikhlasan orang tu juga.

Mengecewakan
Hadiah memang disukai, tetapi sebab berharap lah kita akan rasa kecewa.

Contohnya kat company kita setiap tahun ada gift exhange activity. Apa perasaan korang kalau korang sendiri punyalah perah otak nak bagi hadiah terbaik mengikut terma and syarat yang diberikan, tetapi tiba-tiba dapat hadiah sampah? Malah tak ikut pun spesifikasi bajet yang ditetapkan? Perghhh... Berapi tau.  Tapi malangnya, kitalah antara orang yang tak bernasib baik tu. Asyik dapat hadiah yang mengecewakan je sokmo. Ke memang kita ni jenis yang susah sangat nak ambik hati? Rasanya tak kot. Hmmm... Jom tinjau!

Zassss!!


7. Makanan
Adoi... ni kakak benci tol. Unless makanan tu memang mahal nak mampos and kita tak mampu nak beli then leh simpan bertahun-tahun, tolonglah jangan bagi kita makanan k sebagai hadiah. Kalau nak belanja, belanjalah kita makanan. Tapi tolonglah jangan dibuat hadiah.  Bagi kita kalau hadiah tu, tolonglah beri something yang significant sikit. Boleh simpan and ada sentimental value. Ni tak, bagi kita coklat cadbury. Dah makan lupa dah, tak ingat. Tu kalau bagi coklat cadbury. Eloklah juga. Sedap nak makan. Ni bagi kita makanan tah apa-apa, sampaikan kita bagi Hariz yang pelahap tu pun dia gigit sikit je dah takmo makan dah. Letak kat atas meja pun takde semut nak hurung. Pfftt....



6. Buku
Ha ni lagi satu. Tolonglah jangan bagi buku sebab di zaman era teknologi ni. Tak semua orang baca buku kot. Adoi....  Kalau baca buku pun, tak semestinya suka buku yang korang hadiahkan tu. Adeh..adeh.. Kesudahannya, entahlah nak sumbat ke mana. Bazir saje..

5.  Mug/Cawan/Gelas
Adoi... Tolonglah... Pergi event dapat mug, kahwin dapat mug, zaman sekolah dulu pun mug/cawan/gelas tak abis-abis. Kat rumah pun banyak dah cawan/mug/gelas yang tak pakai-pakai lagi. Kalau bagi satu set okaylah juga. Tapi kalau satu je beli Darlie/Colgate or sabun pun kekadang diorang bagi wak!!! Tolonglah jangan bagi kita benda-benda ni eh... Dah tak tau nak simpan mana.


4.Barang Perhiasan
Hmmm... hmm.... Sejujurnya, barang perhiasan yang tujuannya hiasan semata-mata dan tiada kegunaan praktikal adalah antara barang yang disenaraikan sebagai hadiah yang paling kita tak gemar. Sebabnya? Rumah kita sekangkang kera je wakkkk... Tak tahu nak letak kat mana. And maybe tak kena pun ngan taste kita.

3. Binatang Peliharaan
Ha, ni lagi satu. Tak semua orang sukakan binatang peliharaan. And kalau suka pun, so what? Cemana kalau dia takleh commit nak jaga binatang tu? Tak ke jadi kes pengabaian, penganiayaan dan penderaan binatang dah? Dosa weh. Takleh wat memain benda ni. Ada statistik yang mengatakan kadar atau bilangan haiwan yang diabaikan adalah daripada binatang peliharaan yang dijadikan hadiah. Dah beli, penerima tak tau nak bela, tak pandai nak jaga or takde bajet nak bela, then dia buang camtu jek. Kesian binatang tu tau. So, please stop animal abuse eh. Walaupun hatta seekor ikan sekalipun. Sebab nak bela binatang ni, kena orang yang betul-betul ada belas, sayang dan juga duit masa tenaga. Kalau kita, anak pun dah tak terbela, nak bela pets. Memang tidaklah!

2. Hadiah Recycle
Ha, yang ni memang sesuai kena kecam. Geram tau! Selain mug/cawan/gelas bla bla bla. Kita paling menci orang yang bagi hadiah recycle. Kalau recycle tapi orang tak tahu takpe jugak. Ni skali tengok je dah tahu, tah mak jemah mana bagi dia hadiah, dia tak suka, dia simpan kat setor bertahun-tahun. Then bila ada je kena bagi hadiah, terus dia korek hadiah recycle tu then bagi kat orang lain. Eh pleaselah! Takde keikhlasan langsung. Bengang tau! Kalau bagi yang berharga cam emas ke blender ke apa ke takpe lagi. Ni dia pun takmo, terus campak kat orang sebab tak nak keluar duit sendiri. Mencilah pattern kemut camni. Pffttt.....


1.Barang Terpakai
Okay, yang ni lagi setan dari hadiah recycle. Biasanya hadiah recyle ni, orang tak pernah pakai lagi. Dia tengok, dia buka, dia tak suka, then dia simpan buat pekasam. Tapi yang barang terpakai ni memang lagi up sikitlah ketakikhlasan dia daripada orang yang bagi hadiah recycle. Hadiah barang terpakai ni biasanya dia sambar je apa yang dia dah pakai tapi takmo pakai lagi sebab dah beli baru ke, dah tak nak pakai ke, then dia balut je bagi kat orang. Eeii... Nak citer pun menyiraplah!! Jangan tak percaya. Kita pernah terima hadiah berupa modem dan telefon yang terpakai dan rosak. Paling best, ada habuk lagi kat modem tu and fon tu. Lol... at least laplah dulu weh habuk tu... Ni memang bikin hangin.

Sekian senarai daripada Prettily Rare.

Korang lak? Apa hadiah paling mengecewakan yang pernah korang terima? Ceciter ceciter.


Thursday, 23 November 2017

Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

November 23, 2017 13
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga

Hai semua,

Harini nak cerita fasal Bahasa Cina atau dengan lebih tepatnya Bahasa Mandarin. Lazim diketahui kat Malaysia ni tiga bahasa utama adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Ketiga-tiga bahasa ni merupakan bahasa utama yang paling kerap digunakan di Malaysia.

Simple Chinese Terms
Anatara ayat-ayat mudah Bahasa Cina

Walaupun penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja dah mencukupi bagi rakyat Malaysia, tetapi tentu ramai yang timbul rasa minat untuk mempelajari Bahasa Cina kerana tidak mahu rasa terpinggir, mahukan peluang pekerjaan yang lebih luas dan untuk lebih berdaya saing.

Sejujurnya, salah satu isu yang sering menjadi permasalahan adalah apabila peluang untuk memohon pekerjaan banyak dihadkan berikutan trend majikan yang meletakkan syarat Berbahasa Cina di dalam iklan permohonan jawatan. Tak kurang juga isu rasa terpinggir apabila kebanyakan pekerja di syarikat adalah daripada kaum Cina dan mereka sering berkomunikasi dalam Bahasa Cina sesama mereka. Lumrah manusia, kalau tidak faham, kita lebih mudah bersangka buruk dan berfikiran negatif walhal, tak semestinya mereka mengutuk atau menyoalkan sesuatu tentang kita.  Inilah yang dikatakan sebagai jurang komunikasi.

Tak perlu cakap jauh, mengambil diri sendiri sebagai contoh pun, dah boleh nampak di mana fitrah dan lumrah manusia memang sering khuatirkan benda yang mereka tidak fahami. Oleh kerana hanya saya dan dua orang adik lagi sahaja yang fasih bertutur dalam Bahasa Mandarin, setiap kali kami datang bertandang ke rumah kakak sahaja, tentu kakak akan tetapkan kami agar tidak berbahasa Cina sesama sendiri. Mungkin dia rasa terasing dan juga dia takut kitorang mengumpat. Walhal, tidak pun. Memang dah terbiasa bersembang sesama sendiri dalam Bahasa Cina. Malah, Bahasa Cina sudah seakan-akan menjadi bahasa kedua dan hampir kepada mother tongue sendiri berbanding Bahasa Inggeris.

Usefulness
Bancian menunjukkan lebih daripada separuh pelajar mengatakan BC berguna untuk meruka

Most widely used language
Antara Bahasa yang paling lazim diguankan
Saya sendiri sangat berterima kasih kepada arwah ayah kerana menghantar kami ke sekolah Cina sejak sekolah rendah sehinggalah tamat tingkatan 6. Saya masih ingat lagi kata-kata arwah pada waktu itu, dia mungkin tidak mempunyai harta yang banyak, tapi apa yang dia boleh berikan pada kami adalah penguasaan satu lagi bahasa sebagai kegunaan kami nanti. Katanya, pada masa akan datang, Negara Cina akan menjadi salah satu kuasa besar dunia. Pada waktu itu, berpusu-pusu orang akan berebut untuk mempelajari Bahasa Cina. Tapi kami tak perlu kerana ayah dah persiapkan kami terlebih dahulu. Sampai sekarang saya terharu, terkenang dan kagum dengan kebijaksanaan arwah ayah saya.

Mana taknya? Apabila kita perhatikan sekarang, berikut adalah antara perkembangan yang berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia:

1. Ekonomi Negara Cina telah berkembang dengan pantas sekali 10 tahun kebelakangan ini.
2. Mata wang Cina telah diterima dengan lebih meluas di seluruh dunia malah cawangan bank-bank Cina pun telah banyak dibuka di serata dunia.
3. Kerajaan Malaysia pula telah meminta kerjasama dari Jack Ma, Pengasas Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital di Malaysia di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi lokasinya yang strategik dan keupayaan rakyat Malaysia untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.4. Proton telah diambil alih oleh Geely
5. Kemasukan lebih ramai pelabur dari Negara Cina, malah Universiti Xiamen, sebuah universiti dari Negara Cina juga telah dibuka di Nilai, Negeri Sembilan
6. Jenama-jenama Negara Cina telah mula diiktiraf dan diyakini di seluruh dunia, contohnya jenama telefon bimbit dari Negara Cina seperti Xiaomi, Oppo dan Vivo sudah mampu menandingi saingan dari Korea seperti Samsung
7. Implementasi OBOR (One Belt One Road - Satu Jalur Satu Laluan) iaitu satu usaha memajukan laluan sutera baharu untuk membantu negara Cina menangani masalah lebihan kapasiti dan juga modal bagi pemba­ngunan serantau dalam me­nambah baik perdagangan dan juga hubu­ngan dengan negara anggota ASEAN, Asia Barat dan Eropah.

China
Jangan tak tahu fasal One Belt One Road ni Kredit: The Star

Malah, berdasarkan pengalaman saya sendiri sewaktu melancong ke negara-negara Asia sendiri menyaksikan betapa pentingnya dan betapa bergunanya Bahasa Cina itu berbanding Bahasa Inggeris. Antaranya:

1. Pengalaman di Thailand untuk membeli kad Telco. Penerangan flyer diberikan dalam Bahasa Thai dan Bahasa Cina. Tiada penerangan Bahasa Inggeris.
2. Di Jepun, papan tanda dan nama tempat ditulis di dalam kanji di mana ia berasal dari perkataan Han Zi ataupun tulisan Cina. Jadi saya tidak mempunyai kesukaran untuk mengenal tempat dan boleh faham secara kasar apa yang ingin disampaikan. Pemandu pelancong atau penterjemah yang disediakan bagi pelancong pula terbahagi kepada dua bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris di mana kumpulan Bahasa Inggeris memang cepat penuh tempahannya.
3. Di Korea, kebanyakan destinasi pelancongan, warga Negara Cina ditempatkan untuk melayani pelancong. Malah saya sendiri faham Hangul kerana pernah mempelajari asas Bahasa Korea dan mampu membaca dan memahami papan tanda yang mudah kerana kebanyakan Bahasa Korea dipinjam daripada Bahasa Cina.
4. Negara Cina dan Taiwan - Kebanyakan penduduk terutamanya di kawasan pedalaman hanya tahu Berbahasa Cina dan tidak pandai berbahasa Inggeris.

Hal-hal ini  semua telah menguatkan lagi keazaman dan keputusan saya untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah Cina walaupun sedar betapa sukarnya untuk memperuntukkan masa untuk memantau pelajaran mereka.

Saya sebenarnya juga terharu dengan inisiatif sesetengah ibubapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk ke Kelas Mandarin Untuk Si Cilik di yang ditawarkan oleh SifuMandarin , di Pusat Tuisyen Perintis Didik Seksyen 7, Shah Alam of walaupun anak-anak mereka bersekolah di sekolah rendah kebangsaan. Mulanya, saya agak skeptikal dengan kemampuan mereka untuk belajar dan menguasai Bahasa Mandarin. Tetapi, apabila saya sendiri yang mengajar dan menyaksikan betapa cepatnya mereka menguasai pelajaran. Saya rasa sungguh kagum.

Kelas Mandarin Shah Alam
Rujuk laman sesawang rasmi SifuMandairn untuk keterangan lanjut
Itu kelas untuk kanak-kanak, apabila saya menjadi guru sambilan bagi Kelas Dewasa Bahasa Cina
SifuMandarin pula, saya juga kagum dengan kegigihan para pelajar yang ingin mempelajari Bahasa Cina untuk memudahkan mereka dari segi tugasan kerja. Malah, ada di antara mereka yang mengambil inisiatif mempelajari Bahasa Mandarin kerana mereka pihak pengurusan mereka telah diambil alih oleh syarikat dari Negara Cina dan kontraktor mereka kebanyakan adalah dari Negara Cina.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui tentang Kelas Bahasa Cina yang ditawarkan boleh rujuk laman sesawang SifuMandarin bagi maklumat lanjut. Tenaga pengajarnya adalah Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) di mana beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin).

Baca juga:

13 Tips dan Panduan Pilih/Tukar Kerja
8 Sebab Anda Tak Dipanggil Untuk Temuduga
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an

Wednesday, 22 November 2017

Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

November 22, 2017 8
Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Assalamualaikm semua,

Credit photo from Newborn Photography Australia

Seperti yang dijanjikan. Kalini kita nak cerita pengalaman bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga dikenali sebagai PPUM atau UMMC (University Malaya Medical Centre).

Alkisahnya, genap dua bulan kita bersalin secara ceasarean dan selesai berpantang. Kita telah diuji dengan rezeki kurniaan Allah s.w.t. Orang kata ibu-ibu yang menyusu penuh ni biasanya susah nak lekat dan kadangkala lambat datang haidnya. So bila kita tak datang haid lepas habis berpantang, kita tak terfikir pun akan mengandung lagi. Tapi tulah orang kata, rezeki biasanya datang tak dijangka-jangka. Kita telah disahkah pregnant masa Mia berusia 2 bulan.

Baju Melayu
Dah 5 tahun dah Hariz tahun ni, semoga jadi anak yang soleh.


Sejujurnya, memandangkan Mia dilahirkan secara caesarean, berita kehamilan tu bagaikan satu berita yang agak menakutkan. Mana taknya? Caesaren dulu dahlah dilapah hidup-hidup sebab bius tak berfungsi pada kita. Ni belum habis trauma lagi, dah mengandung semula. Macam-macam dah timbul dalam fikiran kita. Ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan biasanya dinasihatkan untuk berehat selama 2 tahun sebelum mengandung semula. Kita pula? Lepas 2 bulan caesar dah pregnant. Aiyoyoyoyo!

Tu belum tekanan dari segi kerja, kewangan dan keluarga lagi. Pertamanya, Mia kecil lagi, tapi dah kena berbahagi kasih dengan si kecil. Dari segi kerja, kita baru sahaja cuti bersalin 2 bulan. Tup-tup pregnant lagi. Biasalah, tentu macam-macam pandangan orang. Tak menyabarlah. Tak reti merancanglah. Dari segi kewangan, bersalin Mia je dah 5k dihabiskan. Tu baru bab bersalin. Belum lagi yuran asuhan bulan-bulan, pakai, minum dan macam-macam lagi. Masa tu memang terlalu stress kita rasa. Lagi-lagi bila pregnant je, susu badan tak mencukupi disebabkan faktor hormon dan Mia pulak tak nak minum mana-mana susu formula. Semua brand dah try bagi, tapi semua dia tak nak minum. Memang keras kepalalah. Sampai skarang terbawa-bawa keras kepala dia tu. Sanggup berlapar daripada minum susu formula.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan Hariz ni, macam biasa, kita takde alahan, takde komplikasi. Tapi disebabkan kita nak mengurangkan risiko untuk bersalin secara pembedahan buat kali kedua, terpaksalah kita kawal pemakanan dan monitor kenaikan berat diri sendiri dan juga kenaikan berat baby. Biasalah, kalau mak berat, senang ada komplikasi. Kalau baby pulak berat dan besar, mestilah susah nak teran nanti. Lagilah kita anak pertama bersalin caesar. Takde lagi pengalaman teran-meneran ni. Umpamanya bersalin anak pertama kata orang, sebab takde laluan lagi. Tapi lazimnya orang kata baby kalau besar, susah sikit nak teran... Kalau susah, maka tinggilah risiko untuk bersalin caesar atau pembedahan buat kali kedua.

Satu lagi orang kata, kalau dah dua kali caesarean, memang alamatnya, lepas-lepas tu memang dah tak boleh bersalin normal dah. Jadi bagi mengelakkan perkara itu berlaku kita, tu yang kita lakukan semua usaha yang mampu untuk pastikan kali ni kita boleh bersalin normal. Bila hanya sekali je caesarean, bilangan anak boleh ramai lagi. Kalau tak, mesti terhad pada 3 orang je. Tak nak, tak nak. Better leave the options open. Mungkin skarang tak nak anak, tapi siapa tahu, akan datang, teringin lagi nak timang baby. So taknaklah awal-awal lagi dah limitkan bilangan kelahiran kan....

So oleh kerana pernah caesar dan mengandung rapat, setiap kali pemeriksaan je, doktor akan tanya dengan luka pembedahan kita. Ada rasa sakit tak? Ada rasa mencucuk tak? Sebabnya diorang khuatir bila baby membesar, berat baby akan membuatkan luka pembedahan tak mampu menampung  tekanan berat baby. Nasihat doktor, kalau bila-bila sakit, berkemungkinan kita akan perlu dibedah lagi bagi menyelamatkan nyawa kita dan juga baby.

Alhamdulillah....sampai ke 39 minggu, tempat pembedahan tak rasa sakit, takde sebarang komplikasi semua... Pengalaman mengandung kali ni, doktor dah terang-terang bagi amaran yang kita tak bleh diinduce atau tak boleh percepatkan kelahiran kerana takut akan berikan stress pada bekas luka pembedahan. Sudahnya, sampai minggu yang ke 39 kita kena ulang-alik check ngan doktor.

Sampailah pemeriksaan pada minggu ke-39 tu, kita dah rasa sengal-sengal badan, sakit dari pinggang sampai ke punggung. Sebelum ni masa pregnant Mia, tak pernahlah rasa camtu. Bila jumpa doktor rupa-rupanya dah mula contraction. Loh... camtu ke rasa contraction? Tak pernah tau pon. Al-maklumlah masa Mia dulu tu tak pernah pun rasa sakit camni. Then bila doktor seluk, alamak! Dah 4cm katanya, dah in labour process... Terus muka kita jadi biru-biru sebab trauma... Keadaan yang berlaku ni macam sama je ngan Mia dulu. Dejavu. bila seluk dah 4cm....Jangan cakap kalini pun kena caesar sudeh!! Seram I.

Jadinya masa pemeriksaan tu lagi kita dah kena tahan masuk wad. Kita nak balik, doktor tak bagi. Dia kata awak dah in labour process, mana boleh jalan sana sini? Nanti terberanak cemana? Lol...
Jadi kita pun minta adik datang bawa barang-barang bersalin, and minta kebenaran dari doktor untuk pergi makan dulu. Al-maklumlah, masa tu bulan puasa. Kita pun rajin je puasa. Tak makan pun. Bila doktor nak tahan, haruslah kita p makan kenyang-kenyang dulu. Kalau tak, tak daya nak teran nanti cemana?

Maka dengan muka tak malunya, masa tengah-tengah bulan puasa tu kita p je kat foodcourt PPUM untuk makan. Tak pedulilah orang nak kata apa, yang penting kita nak bersalin dengan aman nanti.
Takkanlah nak meneran dengan takde tenaga plak?

Lepas siap makan, kita terus dibawa masuk ke bilik bersalin. Tukar pakaian, makan ubat berak semua. Pastu doktor check, eh still 4 cm, takde peningkatan pun. Tapi dia kata kita takleh induce, so memang kena bagi laluan buka sendiri. Then dia decide untuk pecahkan air ketuban untuk pastikan laluan dibuka dengan lebih cepat.

Adoi...dejavu lagi. Dua-dua kali bersalin, dua-dua doktor yang pecahkan air ketuban. Takde pun scene tengah jalan-jalan tetiba air ketuban pecah dalam kat televisyen tu. Masa doktor nak pecahkan air ketuban tu, doktor amik jarum yang panjang ya amat, pastu dapatlah rasa doktor tangkap baby tu, ngelak-ngelak Hariz dalam perut, tak nak kena tangkap ngan doktor. Tapi last-last kena tangkap gak, then dia cucuklah air ketuban tu. Rasalah air mengalir cam terkencing... Hishh....

Sebelum tu doktor ada tanya, nak ambik epidural tak? Memandangkan kita dah tahu epidural tu tak lut langsung kat badan kita, kita terus-terang je cakap tak nak... Bazir duit i jekk...

Kita masuk labour room dalam kol 12. Dah maghrib, semua orang dah buka pun tak bersalin lagi. Bila nurse check, baru 5cm.. Apakah??? Pastu yang kelakarnya, misi tengok kita dok relaks je lagi. Then dia tengok graph.... "Oh, patutlah diam je relaks je," tegur misi. "Tengok graph awak ni takdelah tinggi mana, kalau orang lain dah menjerit-jerit dah" Perghhh! Tak tinggi dia kata? Kita dah rasa sakit cam nak sepak semua orang jek tau.

Sampai kol 10 malam, baru buka dalam 6-7cm. Doktor dah banyak kali warning, kalau baby tak bersalin lagi, dia nak caesar je. Tapi kita buat bodoh je. Malas nak layan. Sebabnya, setiap 2 jam dia warning camtu. Dahlah kita tengah sakit. Contraction ni memang geram sebenarnya, sebab dia takdelah sakit yang amat. Tapi kesakitan tu mengganggu dan kerap. Baru nak lelap, datang lagi sakit dia. Giler mengganggu lah, sebab tak boleh nak rehat langsung.

Susah nak citer cemana sakitnya contraction ni. Tapi memang trauma lah kalau nak kena lalui lagi sekali. Sampaikan sepanjang contraction yang berjam-jam tu, kita terfikir juga, kalau aku caesar je, lagi senang. Tak payah nak tahan sakit lama-lama. Kalau caesar je, mesti dah lama siap.

Dalam kol 11 lebih malam, kita dah rasa nak terberak dah. Orang kata kalau dah rasa camtu, maknanya dah bersedia nak push dah. Bila kita cakap kat nurse tu, boleh plak dia kata, lambatlah lagi lah wak... lama lagi... tak buka lagi ni.... jangan teran tau...nanti koyak.

Durghh...cemana nak tak teran? Nak paksa diri sendiri tak teran, lagi seksa rasanya daripada menahan contraction. Dalam kol 12, doktor masuk, dia kata eh, dah 10cm.. Dalam hati kita, entah-entah kol 11 tadi lagi dah 10cm kot... Korang je tak check....

Maka doktor pun suruhlah push... Lol... bagi kita nak teran tu tak sakit pun. Contraction lagi sakit kot. Tapi dua tiga kali teran jugalah. Kalau ikutkan baby kecik, takyah gunting pun boleh je teran. Tapi masa kita push kali ketiga tu, doktor pelatih tu tak reti nak sabar, dia pergi gunting sikit, dan automatik, terkeluarlah Hariz yang kurus kering sebab maknya saja kawal pemakanan tak bagi dia gemuk.

Lepas dah bersalin je. Hariz tu nangis macam syahdu gila. Anak orang lain bila lahir semuanya teriak macam kena sepak. Mia pun teriak macam kena penampo. Hariz je nanges tah syahdu apanya, perlahan jek. Sampai doktor pun tegur, alahai...syahdunya nangis.

Yang geramnya, masa jahit tu, tengah kita dok sedut-sedut laughing gas yang sangat-sangat memberikan kebahagiaan kepada kita tu, bleh lak misi tu ambik balik topeng gas tu. Katanya, takyah sedut lagi dik, nah baby, tengok muka anak nanti hilanglah rasa sakitnya.

Perghhhh!! Memang rasa nak ngamuk lah dengan misi tu. Pejadah tengok muka anak je ilang sakit? Siapa tah ajar. Rasanya masa tu kena jahit idup-idup lagi rasa sakit daripada contraction kot. Sampai berapa kali kita sepak doktor. Cuma doktor tu baik je, tepis-tepis kaki kita sambil cakap, eish, jangan, nanti tak cantik. Pffft..

Keseluruhannya, pengalaman bersalin di PPUM ni agak positif, cumanya apa yang kita tak suka, banyak lak doktor pelatih yang datang raba sana sini... tanya tu tanya ni. Tapi kalau korang tak nak, boleh je beritahu korang tak nak. Sebab tu adalah hak pesakit. Layanan pun boleh tahan untuk price ciput yang dibayar tu. Cumanya, memang geram betullah ngan nurse yang amik laughing gas kita masa tengah kena jahit tu. Grrrr....

Sekian pengalaman kita bersalin di PPUM. Kalau ada masa, kita share plak perbandingan bersalin secara normal dan pembedahan. Yerlah, kita dah lalui dua-duanya. Mestilah kita tahu apa pros and cons normal delivery versus caesarean delivery.

Da~~~

Newborn
Hariz 5 years ago
2 bulan
Hariz, 2 months

Disclaimer: Ini pengalaman saya. Pengalaman anda mungkin berbeza. Kalau anda nasib baik, Alhamdulillah. Tapi inilah yang berlaku pada saya. Semua orang nasib lain-lain. Harap takde yang emo nak kondem. Sekian, terima kasih.


Baca juga:

Pengalaman Bersalin Secara Normal di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM)
Pengalaman Bersalin Caesar di PPUKM/HUKM/UKM Specialist
Pengalaman Ditahan 2 Kali di Wad KPJ Selangor
Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel
Review: Wad Hospital Pakar KPJ Shah Alam
Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik