Friday 29 March 2019

Taska Atau Pengasuh?

March 29, 2019 1
Taska Atau Pengasuh?

Hai semua,

Harini nak sembang fasal topik-topik keibubapaan sedikit. Biasanya kita jarang cerita topik keibubapaan atau topik parenting ni. Almaklumlah, banyak lagi ilmu yang perlu digali untuk melengkapkan diri sebagai seorang mak mithali. Apa-apa pun, mungkin pandangan kita kali ini dapat membantu mereka yang bakal bergelar atau baru saja bergelar ibu atau bapa.

PrettilyRare
Pening kepala, nak pilih taska atau pengasuh?

Memang tak disangkal, memang lagi mudah dan ideal jika ibu dapat tinggal di rumah untuk menjaga anak namun kadangkala keadaan menghimpit kedua-dua ibu bapa untuk bekerja bagi memberikan persekitaran tumbesaran yang terbaik untuk anak-anak. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai sistem sokongan yang kuat seperti mereka yang lain. Sistem sokongan yang saya maksudkan di sini ialah ibu bapa (atuk atau nenek anak) yang boleh menjaga anak-anak, adik-beradik atau sahabat-handai).

Jadi, apakah kelebihan dan kelemahan menghantar anak untuk dijaga di taska atau kepada pengasuh?

1. Latihan dan Pendaftaran
Berbeza dengan pengasuh, operator taska perlulah berdaftar dengan JKM dan kakitangan mereka dikehendaki untuk menjalani latihan yang ditetapkan. Maka, sepatutnya taska mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengasuh kanak-kanak berbanding pengasuh terutamanya dari segi penyediaan makanan berkhasiat, aktiviti kanak-kanak, psikologi kanak-kanak dan cara menangani mereka. Pengasuh pula biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman mendidik dan membesarkan anak-anak sendiri atau saudara-mara dan sebagainya.

2. Jadual Bayi dan Kanak-kanak
Biasanya taska mempunyai jadual tertentu yang ditetapkan bagi anak-anak asuhan mereka. Kanak-kanak dan bayi mempunyai masa tetap untuk mandi, makan, beriadah, belajar, bermain dan juga berehat. Manakala jika anda hantar anak-anak pengasuh pula, jadual kanak-kanak ini mungkin tidak tetap dan lebih fleksibel.
PrettilyRare
Aktiviti beriadah dan bermain penting untuk perkembangan otak anak-anak

3. Rakan-rakan Bermain
Biasanya pengasuh hanya menerima bilangan bayi dan kanak-kanak yang terhad berikutan sekatan undang-undang, mereka perlu mendaftarkan premis mereka jika menerima lebih daripada 4 orang bayi dan kanak-kanak pada satu-satu masa. Jadi anak-anak anda lebih kurang rakan-rakan bermain di rumah pengasuh berbanding di taska.

4. Risiko Jangkitan  Penyakit
Memandangkan taska menerima lebih ramai orang kanak-kanak dan bayi, maka risiko bayi dan anak-anak anda mendapat jangkitan daripada kanak-kanak atau bayi lain adalah lebih tinggi daripada biasa.
Jika terdapat penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut pula, biasanya taska akan diarah untuk tutup supaya pesakit dikuarantin. Ini antara risiko yang lebih lumrah berlaku di taska berbanding pengasuh.

5.Caj Asuhan dan Upah Lebih Masa
Kebiasaannya caj taska adalah lebih tinggi berbanding caj pengasuh memandangkan taska mempunyai kos yang lebih tinggi iaitu kos berdaftar, kos latihan, kos kakitangan, sewa dan sebagainya. Caj asuhan taska juga tidak termasuk upah lebih masa. Upah lebih masa taska adalah dikira mengikut jam dan kerja lebih masa adalah terhad kepada beberapa jam sahaja di kebanyakan taska.

6.Persekitaran
Taska kebiasaannya mempunyai persekitaran yang berkemudahan ringkas seperti tempat permainan, ruang tidur, ruang bermain dan sebagainya. Manakala pengasuh biasanya mengasuh di rumah mereka sendiri. Sama ada anda atau anak-anak lebih sukakan atau selesa dengan persekitaran taska yang persis sekolah atau persekitaran rumah pengasuh adalah berbeza mengikut individu.

PrettilyRare
Ada sesetengah taska atau pusat asuhan yang menarik persekitarannya

7. Fleksibiliti Masa
Biasanya taska mempunyai waktu operasi yang tetap. Jadi biasanya fleksibiliti masa di taska kurang berbanding di rumah pengasuh. Namun, ada juga pengasuh yang menegaskan anak-anak perlu diambil tepat pada masa yang dijanjikan. Oleh itu kebanyakan mereka yang bekerja syif lebih cenderung memilih pengasuh berbanding taska.

8. Cuti
Sama ada pengasuh mahupun taska, ada sahaja yang bercuti panjang pada waktu perayaan dan menyebabkan ibu bapa terpaksa turut perlu mengambil cuti panjang. Jadi ini adalah salah satu faktor yang harus dipertimbangkan dan diselidik lebih awal terutamanya bagi mereka yang sukar untuk memohon cuti.

9. Faktor Keselamatan
Taska yang berdaftar biasanya perlu memastikan premis mereka menepati piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan Bomba. Malah mereka juga sepatutnya melaksanakan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat untuk memastikan anak-anak selamat. Faktor keselamatan pengasuh pula lebih tertakluk kepada inisiatif individu

10. Pembelajaran dan Perkembangan Anak-anak
Tertakluk kepada apa yang dipraktikkan taska atau pengasuh, di mana anda hantar anak anda juga memberik kesan terhadap tahap pembelajaran dan perkembangan anak-anak. Ada anak-anak yang lebih cepat buang air sendiri tanpa memerlukan lampin berikutan latihan yang diberikan pengasuh/taska. Ada kanak-kanak lebih cepat pandai baca doa kerana telah dilatih di rumah asuhan mereka. Pokok pangkal, ia bergantung kepada individu yang mengasuh anak kita dan sejauh mana anak kita diberikan perhatian.

PrettilyRare
Kanak-kanak yang diberikan lebih banyak perhatian cenderung belajar lebih banyak
11. Makan dan Minum
Ini satu hal yang mungkin anda mahu pertimbangkan. Ada sesetengah taska yang tidak membekalkan makanan kepada bayi atau kanak-kanak pada umur tertentu. Ada juga yang menetapkan snek perlu dibawa sendiri dan sebagainya. Jika anda hantar ke pengasuh pula, tanyakan kepada pengasuh tentang menu makan dan minum anak-anak. Anak-anak perlu mendapatkan khasiat makanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka.

PrettilyRare
Makanan yang seimbang penting untuk anak-anak

Kesimpulannya, secara keseluruhannya, taska mungkin lebih memberikan kebaikan yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dari faktor keselamatan, persekitaran dan sebagainya terutamanya jika anak-anak anda masih kecil. Namun, ada faktor-faktor ehsan pengasuh yang lebih dapat membantu anda dalam menguruskan anak-anak. Pokok pangkalnya adalah individu yang mengasuh itu sendiri.

Seelok-eloknya, jangan lokek untuk berbelanja lebih untuk menghantar mereka ke taska sewaktu mereka masih bayi sehinggalah mereka sudah pandai bertutur. Apabila mereka sudah pandai bertutur, mudahlah kita untuk memantau gerak-geri mahupun aktiviti harian anak-anak kerana mereka sudah pandai meengadu.

Carilah yang ikhlas dan tak berkira. Tak kiralah sama ada anda memilih untuk menghantar anak-anak anda ke taska ataupun rumah pengasuh, selidiklah latar belakang mereka. Buat sedikit kajian dan carian daripada ibu bapa yang pernah menghantar sebelum ini.

Setelah membuat pilihan, pastikan anda juga berbuat baik dan pandai mengambil hati pengasuh atau kakitangan yang bekerja di taska tersebut. Jangan berkira sangat dengan mereka sehingga tidak boleh lebih kurang dengan mereka. Percayalah, jika berbuat baik dengan orang, tentu orang takkan membalas kebaikan kia dengan tuba.

Akhir sekali, banyak-banyakkanlah berdoa agar anak-anak kita sentiasa dilindungiNya. Jika sudah menjadi ketentuan, sebaik mana pun perancangan kita pun tetap akan menjadi suratan takdir juga.

P/S:

Berdasarkan pengalaman saya, saya lebih selesa dengan pengasuh atas faktor saya seorang ibu tunggal dan sukar untuk memohon cuti. Contohnya pada musim jerebu ini, sekolah terpaksa ditutup. Dalam kes ini, ramai ibu bapa kepada anak-anak yang bersekolah mempunyai masalah kerana tidak tahu di mana anak-anak mereka perlu diletakkan. Mujurlah saya mengambil pengasuh, jadinya anak-anak dapatlah ditempatkan di rumah pengasuh apabila kelas dihentikan.

Tuesday 26 March 2019

Bufet Ramadan Selera Indonesia di Nook, Aloft KL Sentral

March 26, 2019 0
Bufet Ramadan Selera Indonesia di Nook, Aloft KL Sentral

Hai semua,

Lagi kurang 2 bulan kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Kalau bulan Ramadan ni, antara perkara yang menarik ialah bufet-bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel dan juga restoran. Memang meriahlah sebab masing-masing akan fikirkan menu-menu yang dapat menarik pelanggan untuk berbuka puasa di tempat mereka.

Biasanya bufet ramadan di mana-mana restoran mahupun hotel banyak menawarkan selera kampung dan juadah hari raya untuk bufet Ramadan mereka. Namun kali ini kita nak memperkenalkan Bufet Ramadan Selera Indonesia di Nook, Aloft Kuala Lumpur.

Nook Ramadan Buffet

Bagi mereka yang tak familiar dengan hidangan Indonesia, antara hidangan Indonesia yang menjadi santapan Bufet Ramadan Selera Indonesia di Nook, Aloft ni ialah Gado Gado, Urap Sayur, Rojek Uleh Indonesia, Pacel Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan Kerupuk, Bakso, Cabe Ijo, Tempeh Goreng, Berempah dan Ikan Bumbu Berempah.

Aloft KL Sentral
Lauk sotong pon ada

Aloft KL Sentral



Nook Ramadan Buffet
Antara menu yang bercirikan ikan

Ramadan Buffet Nook
Terliur pulak tengok


Nook Ramadan Bufet
Khas untuk peminat telur

Nook Ramadan Buffet
Tempe wajib cuba

Aloft KL Sentral
Enakk!

Selain masakan Indonesia, terdapat juga masakan fusion Cina tauuu... Sedap!

Aloft KL Sentral
Ni butter chicken without the butter

Nook Ramadan Buffet
Cer teka ni apa? hint: sejenis masakan telur

Nook Ramadan Bufet
Sayur dan cendawan

Ramadan Bufet Nook
Menggiurkan

Hidangan wajib cuba yang dihidangkan di Nook Aloft KL Sentral ni pula ialah Daging Sapi Gongso. Rasanya memang enak dan menakjubkan kerana rempah-rempahnya yang meresap sehingga ke lapisan yang paling dalam. Walaupun baru pertama kali mencubanya, saya memang cukup suka rasanya yang lazat.

Nook Ramadan Buffet
Daging Sapi Gangso Must Try!!

Selain makanan Indonesia, Nook, Aloft juga turut menghidangkan menu-menu wajib seperti bubur lambuk, sate, murtabak. Makanan kegemaran tempatan seperti nasi ayam, patin masak tempoyak, laksa sarawak juga antara juadah yang patut anda cuba.

Nook Ramadan Buffet
Ni patin masak tempoyak

Nook Ramadan Buffet
Hidangan Mi, Mihu dan kuey teow

Selain juadah-juadah berat ini, tidak dilupakan juga pemanis mulut dan aneka manisan yang menjadi pelengkap kepada makanan-makanan tersebut.

Nook Ramadan Buffet
Aneka Kuih Melayu

Nook Ramadan Buffet
Krim Karamel pujaan hati

Nook
Berries Brown Trifle ni sedap

Nook Ramadan Buffet
Bertih jagung pun ada

Terletak di tengah Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral. Tentunya ia menjadi salah satu hotel yang begitu mudah diakses. Sebagai hub pengangkutan yang menawarkan perkhidmatan bas, LRT, KTM, Monorel dan juga MRT ni, Nook bukan sahaja sesuai untuk dijadikan destinasi berbuka puasa bersama keluarga, tetapi juga bagi majlis berbuka puasa korporat mahupun syarikat dan organisasi-organisasi.

Bagi mereka yang tertanya-tanya atau tercari-cari bufet Ramadan yang lain daripada yang lain, Bufet Ramadan di Nook, Aloft ini memang sesuai. Harganya? RM138 net bagi dewasa dan ia akan dibuka dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadan ini.

Baucar early bird untuk Nook Selera Indonesia akan dijual mulai 1 april – 3 Mei 2019. Baucar berharga RM105 nett setiap baucer untuk pembelian 1 – 35 baucer dan RM95 nett baucer untuk pembelian 36 baucar ke atas.

Berminat untuk berbuka di Nook Selera Indonesia?  Sila hubungi 03-32723 1188 untuk tempahan.

Selera Indonesi Nook Aloft KL Sentral
Tempoh:  7 Mei hingga 3 Jun 2019
Instagram: aloftkls

Friday 8 March 2019

Takde Cuti Bulan Mac? Mujur Ada Matta Fair dan Matta Fair Promo 2019

March 08, 2019 3
Takde Cuti Bulan Mac? Mujur Ada Matta Fair dan Matta Fair Promo 2019

Hai korang,

Bulan tiga menjelma lagi. Bagi kita, bulan 3 atau bulan Mac ni memang bulan sangap. Kenapa? Sebab hampeh langsung takde cuti umum melainkan cuti sekolah. Sebagai Presiden Mak-mak Orang,
nak bercuti bulan Mac masa waktu sekolah pun tak menyelerakan. Mana taknya? Mau nak kena bersesak-sesak dengan tah berapa ratus ribu rakyat Malaysia yang bercuti sewaktu musim cuti sekolah. Makanya, memang tak kuasalah kita nak mohon cuti masa cuti sekolah sebab dah tentu tak boleh nak ke mana-mana.

Mujurlah walaupun bulan Mac ni bulan sangap takde cuti, tapi, bulan Mac ni tetap ada sesuatu yang boleh mengubat hati. Apakah ia? Tak lain tak bukan ialah diskaun, diskaun dan diskaun lagi sempena Matta Fair dan Traveloka Salebration. Weee!! Jadinya, tak mengapalah tak boleh cuti bulan Mac sekalipun. Janji, dengan adanya Matta Fair Promo dengan Matta Fair 2019, sis boleh rancang dan tempah percutian sis pada suatu waktu yang lebih selesa untuk bercuti, dan semestinya, bukan waktu cuti sekolah. Keh keh keh! Bagi chance lah untuk yang lain sesak-sesak dulu time cuti sekolah. Biar sis kerja dulu bulan Mac ni. Nanti korang plak p kerja eh, sis nak cuti.

Nak cuti! Nak cuti! Kalau boleh nak pergi travel je keje.

Bercakap fasal Matta Fair dan Matta Fair Promo ni, ternyata ia satu aktiviti yang bagus untuk mereka yang baru-baru berjinak-jinak nak travel ataupun mereka yang sedang merancang untuk bercuti atau mereka yang mahu menyertai mana-mana pakej pelancongan.

Meh kita tinjau sikit apakah sedikit sebanyak manfaat bila korang ushar-ushar Matta Fair dan Matta Fair Promo:

1. Kalau ada budget tapi tak tahu nak pergi mana, bolehlah tinjau pakej dan destinasi menarik yang ditawarkan sempena Matta Fair. Biasanya ad diskaun tambahan yang menjanjikan lebih dan lebih penjimatan. Mesra poket gitu. Kalau pandai cari dan pandai tawar, entah-entah boleh pergi lebih banyak tempat lagi.

2. Kalau dah ada destinasi, bolehlah korang ushar-ushar kot-kot ada pakej menarik yang ditawarkan agensi. Ini sangat berguna untuk 2 perkara. Yang pertamanya, untuk korang buat belanjawan dan bajet berapa yang korang perlukan untuk trip tersebut. Kedua pulak, boleh korang cilok/ciplak/tiru atau rujuk kepada itinerari yang agensi tawarkan. Tak payahlah pening-pening korang google sana sini untuk dapatkan maklumat. Boleh ciplak je itinerari dan skip mana yang tak mau dan tailor made itinerari mengikut citarasa dan bajet masing-masing. Itulah gunanya pergi Matta Fair wakkkk... Jangan tak tau. Ha, sekarang dah tau kan?

3. Bagi yang dah plan separuh jalan, contohnya dah ada tiket penerbangan tapi takde ground arrangement, atau ada ground arrangement tapi takde hotel, ada hotel tapi belum beli flight ticket dan sebagainya, bolehlah beli apa-apa yang tertunggak kat Matta Fair atau sempena Matta Fair Promo ni. Beli secara loose pun boleh wakkk... Sebab kekadang bila beli loose pun lagi murah daripada pakej. Especially bagi mereka yang tak suka melancong secara berkumpulan.

4. Freebies dan kupon. Aha! Ni satu lagi sebab kenapa orang pergi ke Matta Fair. Banyak freebies, kupon diskaun dan sebagainya. Mau tak seronok?

Apa??? Tau semua ni tapi malas. Tapi walaupun malas, tetap nak diskaun? Heish! Korang ni memang tak dapat diselamatkan. Takpe, ramai agensi dah tau dah ramai manusia fiil macam ni. Jadi, selain daripada promosi dan diskaun fizikal yang korang perlu dapatkan di booth sewaktu Matta Fair, mereka juga telah mengadakan promosi besar-besaran secara dalam talian. Makanya, duduk sajalah depan komputer janji sepanjang Matta Fair Promo ni, rajin-rajinlah membuka komputer untuk meninjau sebarang tangkapan yang korang mahukan.
Biasalah, ramai yang malas nak bercrowded sebenarnya walaupun tau banyak diskaun di Matta Fair

Apa?? Banyak sangat website nak kena check? Penat? Leceh? Okaylah, terpaksalah sis payung lebih. Bagi mereka yang nak diskaun tapi tak leceh, tak keluar p Matta Fair, malas nak compare harga, kakak ada satu lagi berita baik. Sempena Matta Fair ni, Traveloka juga telah mengambil kesempatan untuk melakukan Traveloka Salebration mereka dari 10 Mac sampailah 17 Mac.

Sesiapa nak diskaun lebih-lebih dan menarik dan tempah semuanya setempat sahaja, kakak galakkan korang pergi la tinjau-tinjau Traveloka Salebration. Pastikan korang jadi antara orang yang terawal untuk check it out sebelum semua tawaran yang menarik dipinang orang lain. 

Hai Saleabration! Hai Hakuna Matta Ta Deals
Walaupun dah tau sekarang ni Traveloka Salebration masih lagi tengah countdown atau kira detik, kita hari-hari check tiket dan hotel kat Traveloka untuk rebut harga terendah untuk pelancongan idaman 2019 sis.
Ala, tengah kira detik lagi. Tasabar dah ni.
Kalau tahun lepas kita sibuk ushar percutian ke SEEngapore dengan Traveloka ni, tahun ni, kita berazam untuk pergi lebih jauh dengan Traveloka Salebration. Kalau nak senang, pastikan korang muat turun aplikasi Traveloka terus kat henpon terutamanya bagi mereka yang hanya ada limited internet access kat opis. Contohnya, sayalah! Hehehee...

Menerusi aplikasi Traveloka ni, korang boleh dapat akses lebih mudah dengan pelbagai tawaran menarik di Traveloka. Macam yang kita cakap tadi, one stop application. Kira ala-ala UTC atau Pusat Khidmat Sehenti tulah. Kat situ, nak book flight, book hotel, check diskaun, compare prices, semuanya boleh.

Yang best sekali, Traveloka mengamalkan polisi honest pricing. Tak adalah caj tersembunyi, tanda harga yang mengelirukan dan sebagainya. Geram juga kadang-kadang bila dah excited book tiket or hotel, published rate lain, bila nak bayar je, eh, macam-macam caj tambahan pulak yang muncul. Terus lari bajet. Tentulah tak seronok kan?

Okaylah, setakat fikir fasal Matta Fair, Matta Fair Promo dan Traveloka Salebration ngan upcoming holiday je dah cukup menceriakan bulan Mac yang tanpa cuti umum ni.

Nak pergi Cappadocia jugak!  Credit photo:Crossroadtravels.cm
Tahun ni kita harap dapatlah pergi ke Turki. Doa-doakan eh? Tengah kumpul duit ni. Yang penting, harap-harap bulan Mac sempena Matta Fair Promo ni dapatlah book at least penginapan ataupun flight dulu ke sana.

Da~~

Baca juga:


Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Percutian Pendek di The Pearl, Kuala Lumpur
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Pengalaman Bercuti di Hanoi
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka