Tuesday 24 December 2013

Kegilaan Terbaru: Pati Ibu Putih Janna Lawa

December 24, 2013 19
Kegilaan Terbaru: Pati Ibu Putih Janna Lawa


Hai semua! Kalini saya nak cerita pasal produk kegilaan terbaru - Pati Ibu Putih Janna Lawa.

Biasalah, pompuan! Nak jadi cantik, muda, cerah, putih, gebu tu semuanya wishlist kitorang. Yang kurang cantik nak cantik. Yang dah cantik pun nak cantik lagi. Yang dah terlampau cantik plak mesti nak maintain. Kan???? Eleh... Tak yah tipulah. Lau tak mesti korang tak baca pun entry ni.

Okay2.... Ceritanya begini. Seperti kebiasaan, pada hari2 yang membosankan, saya akan surf fb, internet and everythinglah. Masa tu memang tengah hot produk ibu putih. N then I was like, "What the heck is ibuputih?? Why the fuss about it?" Oh! Rupa-rupanya produk pencerahan kulit yang menjanjikan 10 kali ganda pemutihan daripada produk pencerahan biasa. Katanya, produk ibu putih ni bapak/raja/ketua kepada semua pemutih. Memang hebat habislah! Kalah clorox! Lau tak putih juga tak taulah.

So masa tu, saya cuma search and jumpa Krim Ibu Putih by Nina Skincare. Oleh kerana saya ni quite kuat curiga orangnya, saya pun searchlah kat Portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pasal produk ni.... Tapi tak jumpa dalam search. So, saya pun tak beranilah.

Sebab selama ni saya pun saya memang tak percaya pun dengan produk buatan tempatan. Bukannya sebab tak yakin dengan produk tempatan. Tetapi dah byk kes berlaku, produk tempatan ni hanya produk rebranding/repackaging dari produk lain and mostly berkesan sebab kandungan merkuri/raksanya yang tinggi. Masa pakai memang cantik. Lepas tu..................

N then tetiba, ada satu produk lagi yang mengaku 10 kali ganda pencerahan. Kononnya dia ni bapak kepada bapak pati pemutihan, raja segala raja. Wah! Beraninya dia ngaku camtu! Kali ini produk tu adalah Pati Ibu Putih Janna Lawwa pulak. Hah! Apa lagi? Saya pun search lagi kat portal favorite saya aka
http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm.

                                              

Kalini, alhamdulillah ada. Dah terbukti dapat kelulusan KKM. Tapi, saya tak puas hati lagi. Sebab produk ni ngaku ia dihasilkan di KILANG KOSMETIK BERTARAF GMP yg menitikberatkan soal piawaian, standard & kualiti produk. Ianya bukan dibuat di kilang cap ayam @ di belakang rumah @ pakai ‘bancuh sendiri’. Mendapat KELULUSAN KKM (No. Kelulusan : NOT 130904110K). 

Tau lagi apa produk ni claim? Pati Ibu Putih Janna Lawa ni buukan sahaja ‘krim’ tapi pati bagi ibu putih (Formula Pati 10X lebih berkesan daripada jenama lain). Diformulasikan untuk digunakan di muka & badan. Putih Gebu yang kekal. Bukannya macam sesetengah produk yang bila stop, muka bertambah kusam.

Amboi! Bukan main kau yer? So, saya pun wat research mengenai kilang yang menghasilkan produk Ibu Putih Janna Lawwa ni. Nama kilang tu kilang fadaraj katanya. Oh! Rerupanya kilang tu dah lama pun bertapak. Lepas tu saya search pula pasal pengasasnya iaitu Janna Lawwa aka Janna Suzanna David Wann.
Cantiknya si pengasasnya tu. Putih gebu. Rupa-rupanya dah lama dia dalam bidang kecantikan dan kosmetik di Malaysia ni. Memang respeklah.

Selepas dah wat bermacam-macam research, saya pun gagahkan diri (ecececeh) untuk membeli produk Ibu Putih Janna Lawwa ni. Sumpah ni la kali pertama saya beli produk kosmetik tempatan. Biasanya saya beli kat farmasi sebab terbukti selamat. N lepas balik tu, tanpa was-was saya pakai. Esok paginya, bangun2 tros meluru ke toilet nak tengok muka kesayanganku tu jadi haper..... Kotlah tau2 dah berbintat2...Argggh! Takutnya.

Bila g toilet tengok kt cermin. Alhamdulillah. Masih cantik. (Ahaks!) Then pagi tu nak g kerja saya pakai lagi. Bila pakai je lagi tahan lama foundation dan mekap saya. Tak payah nk touch up sangat. Pastu saya research lagi pasal pati ibu putih. Eh? Boleh pakai kat bibir untuk mencerahkan bibir katanya, so saya pun pakai kat bibir sekali.

Alhamdulilah. Dah hampir sebulan saya pakai, saya dapati liang roma bertambah halus. Jerawat sebelum period tak banyak n halus2 je, n yang paling saya excited, bibir gelap saya dah jadi kemerah-merahan. Alhamdulillah! Thanks Janna Lawwa kerana menghasilkan produk berkualiti. Barulah saya lebih yakin dengan produk tempatan. :)






Monday 16 December 2013

Petua Yang Patut Diamalkan Sewaktu Datang Bulan

December 16, 2013 2
Petua Yang Patut Diamalkan Sewaktu Datang Bulan

Hai semua, nak tanya sikitlah. Masa datang bulan, korang ada pantang larang tak? Apa ek pantang larang korang? Nak dijadikan cerita, nenek saya ni bidan kampung. Banyak sekali pantang larangnya. Tapi sampai kt mak saya (ke tak sampai?), tak ada pulak yang diturunkan kepada saya dan adik beradik. @_@

Bila masuk sekolah menengah (bagi yang tak tau, I was Chinese-educated), kengkawan Cina yang sibuk share rahsia n pantang larang masa diorg datang bulan. Ingat lagi nama my bestfriend waktu tu, Rainbow. Dialah banyak berkongsi pantang-larang kaum Cina yang perlu dipatuhi sewaktu datang bulan. Kekadang, dia siap masakkan air rebusan herba Cina lagi untuk saya minum. Hehehe... Thanks Rainbow. I miss you so much.

Ok...Memula biar saya terangkan dulu kenapa kita kena berpantang larang sewaktu datang bulan. Kita pun tau kan, rahim merupakan aset paling penting seorang wanita. (No...dik. Bukan tut yang jadi aset penting kita). Dengan rahim nilah kita akan mengandungkan zuriat suami kita... Siapa kahwin tak nak anak kan? Kaum Cina percaya jika kita tak menjaga pantang larang sewaktu datang bulan, rahim n sistem peranakan kita akan terjejas. So, timbullah masalah seperti senggugut, haid yang berpanjangan, keputihan, sukar hamil, keguguran n macam-macam lagi.

So, adalah penting bagi kaum wanita untuk mengamalkan pantang larang sewaktu datang bulan. Antara pantang larang yang saya patuhi hingga sekarang (walupun kekadang main tipu gak) adalah:

1.Jangan basuh rambut sewaktu datang bulan, terutamanya 3 hari pertama datang bulan
Kaum Cina percaya kalau kita basuh rambut, rahim akan menjadi sejuk n mengecut, sekaligus menjadikan peredaran darah tak lancar, darah beku dan macam-macam lagi. Mereka percaya angin (sejuk) pada kepala berkait secara langsung dengan rahim. Kalau ikutan kawan saya tu, sepanjang datang bulan tak boleh basah kepala. Kalau terpaksa, keringkan cepat2.

Apa? Karut? Sukatilah. Lau difikirkan balik, masa berpantang selepas melahirkan pun, tak digalakkan biar kepala basah/basahkan rambut pun. Teori yang sama.

2.Elakkan minuman dan makanan yang sejuk dan tajam
Sewaktu period, saya pun akan berpantang minuman berais dan sejuk serta minuman bikarbonat. Makanan sejuk2 dan tajam macam timun, kangkung, teh, epal hijau, nenas dan lain-lain pun saya akan elakkan.
Kiranya datang bulan ni sama macam kita tumpah darah sebab bersalin gaklah.

3.Hangatkan badan
Masa period ni, sama teori macam masa bersalin gak. Kita kena sentiasa hangatkan badan kita. Kenapa? Sebab masa nilah suhu badan kita akan jadi lebih rendah daripada kebiasaan sebab kita kekurangan darah. So, kita kena hangatkan badan dengan minum n makan yang panas-panas. Kalau rajin, malam-malam masa nk tido tu, pakailah stoking. Stoking favorite saya, stoking khas untuk melancarkan peredaran darah.

4.Minum/Makanan yang berkhasiat
Kalau nak pamper diri sendiri, nak makan yang sedap2 n berkhasiat, masa datang bulan cmnilah waktu yang paling sesuai. Kalau kawan-kawan Cina saya tu, diorg akan minum sup reneh, sarang burung, sup herba dan macam2 lagi untuk tambah tenaga n darah yang kita dah kehilangan tu.

5.Jangan berdiet/bersenam
Pada waktu-waktu camni gak kawan saya nasihatkan saya agar tak perlu berdiet n bersenam. Katanya, waktu period ni bukannya waktu yang sesuai untuk menguruskan dan menurunkan berat badan. Sebab badan kita berada pada tahap yang lemah. Alahai, cuti seminggu je pun. Takkan tak sayangkan badan kita.

Sekian perkongsian saya untuk sahabat-sahabat alam maya. Mungkin ada yang rasa kolot, tapi sebab saya berpegang pada benda yang kolot nilah Alhamdulillah saya tak mengalami apa-apa masalah yang saya cerita di atas. Lagipun, kalau demi kebaikan diri sendiri, y not kita amalkan kan? Tak rugi apa pun...:)



Cinta tak mengenal rupa? Obviously NOOOOO!!!

December 16, 2013 1
Cinta tak mengenal rupa? Obviously NOOOOO!!!

Korang percaya tak yang cinta tu tak mengenal rupa? Mesti ada hardcore yang beriya2 cakap mesti ada punya dalam dunia ni orang mcm tu... To me, you are right. But only half. Sebab cinta memang mengenal rupa!! Nilah yang dikatakan dengan diskriminasi rupa.

Apa? Korang tak caya? Korang rasa saya tipu? Tolonglah! Dah nama pun manusia, and since muka tulah yang kita buat berdepan dengan semua orang. Dah tentulah cinta tu mengenal rupa. Lau tak takdelah ayat 'dari mata turun ke hati'. Lau dah sah-sah mata tak approve, bagaimanakah nak turun ke hati plak?

Semua orang baik lelaki baik pompuan pun sama je,
kalau boleh nk yang cantik, sedap mata memandang.


Apa? Korang tetap yakin mesti ada jejaka hensem yang takkan kisahkan rupa n semata-mata nak mengenali hati korang yang baik tu? Dah-dah lah tu... Jangan banyak sangat tengok drama Korea, K-Pop dan seantero dengannya. Kalau korang tak perasan, dlm byk citer2 cmni.... Last2 watak yang konon hodoh tu pun akan jadi cantik. Alangkan itik hodoh dalam citer Ugly Duckling pon last2 jadi angsa yang cantik, apa lagi dengan watak2 dlm drama2 khayalan tu?

Apa? Tak caya gak? Sudahlah. Dunia ni dah sah2 lah tak adil pada orang yang rupanya kurang. Ni buktinya.

Situasi: Orang cantik buat perangai
Respon: Muka je cantik, perangai hampeh!

Situasi: Orang hodoh buat perangai
Respon: Dahlah hodoh, perangai pun hampeh juga....

Kan? Kan? Kan? Tulah hakikatnya kan? Situasi yang selalu kita dengari. N banyak lagilah contohnya.
Lelaki, memang nak yang cantik ajer... Sanggup saman bini yang dah plastik surgery sebab anak tak cantik.
Kalau cinta tak mengenal rupa, takkan jadi kes macam ni.

So, apa motif saya tulis blog post ni? No no no! Bukan nak menghina orang yang takde rupa. Sebab saya percaya tiada orang yang dilahirkan hodoh, cuma orang tu yang tak berkeyakinan untuk berpenampilan menarik. Kenapa saya cakap camtu? Teruskan membaca.

Kisahnya begini, saya dulu membesar dalam sebuah sekolah persendirian Cina elit di mana semua kawan2 saya adalah dari bangsa Cina. Mereka kaya, berduit, putih n cantik. Memandangkan saya bersekolah di tepi pantai, jadi kulit pun gelap. Bayangkan dulu saya pakai skirt pendek dan berstoking. Bila buka stoking, saya nampak masih seolah-olah berstoking. Macamlah kucing hitam berstoking (bertompok) putih tu... Nangis!!
Siap kena ejek n gelak ngan adik lagi. Tapi lepas tu, perkara yang sama pun menimpa adik saya. Hahahahaha! padan muka!

Nak dijadikan cerita, sejak sek rendah, menengah hinggalah universiti, saya memang selebet. Tak pandai bergaya, tak pandai melawa. Memang low self-esteem giler. Mana taknya? Rakan-rakan Cina saya jauh lebih berduit, putih, cantik, gebu dan bergaya.

Perkara ni berlarutan sehinggalah saya masuk ke alam pekerjaan. Masa tu barulah rasa kena ubah diri memandangkan ada orang tegur saya tak seperti wanita yang bekerja dalam bidang karier saya. Dari situ, sedikit demi sedikit saya berubah. Alhamdulillah sekarang saya lebih berkeyakinan daripada dulu.

Setelah berubah, bukan saja saya jadi lebih berkeyakinan dalam pekerjaan, malah saya juga lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri. N yang saya perasan, kalau dulu cuma ada 2-3 jejaka yang berminat pada saya... Sekarang rmai plak yang nak berkenalan. Walhal dulu langsung tak pandang.

Tapi saya nak tegaskan kt sini, kalau nak berubah jadi cantik, nk ubah penampilan.. Niat kena betul. Bukannya untuk menarik perhatian lelaki. Tetapi demi keyakinan diri sendiri. Sampai bila nak di takuk lama, sampai bila nak low self-esteem dan cemburu dengan kecantikan orang semata-mata? Kita pun sebenarnya ada kecantikan sendiri. Tu kena yakin! Yakin yang kurnian Allah semuanya cantik. Cuma terletak pada kita bagaimana nak menggayakannya.

Akhir kata, jangan fikir penampilan tu tak penting, kecantikan tu tak penting. Sebab memang fitrah semua perempuan nak kelihatan cantik. Jom berubah! Agar kita lebih yakin dalam mengharungi hidup seharian.
Buang jauh-jauh ayat 'tapi aku tak cantik' tu dari kamus hidup. Kita semua dilahirkan cantik. :)

P/S: Tergelak bila terkenangkan diri dulu yang liat untuk berubah walhal penat kakakku perah otak nak mencantikkan adiknya yang sorang ni. Mesti dia risau, xde orang nak kawen dengan adik dia ni nanti. Thanks kak. I love you and both of my sisters.

Yeay! Dah dapat bedak pixy!

December 16, 2013 0
Yeay! Dah dapat bedak pixy!

Assalamualaikum everybody!

Haritu saya ada cakap nak cari bedak pixy yang kononnya hebat benar tu kan? You know what? Lepas tulis entry tu, esoknya saya terus cari bedak pixy ngan my colleague yg tersayang... Huhuhu...

Kitorang cari kat Watson masa tu... Cari punya cari, xjumpa... Ek eh.... Menyorok dekat bedak Johnson and Johnson rupanya. Harga bedak pixy tu RM20.00. Harga pixy ni mahal skit dari bedak 2 hala Johnson and Johnson serta bedak2 lain yag satu rak dengannya. Tapi mak tak kisah pun demi melaksanakan pencarian bedak paling idealku. Bedak yang lagi mahal pun pernah dibeli....

Lepas buat bayaran dekat kaunter je, dengan rakusnya, saya terus buka plastik and kotak tu and sapu kat muka and terus cari cermin.. Kt bawah lampu kuning nampak cam cantik je...cam cantik je... Tapi sesiapa pun akan nampak cantik kat bawah lampu kuning. So, cepat2 berlari ke luar sebab nakkan lighting matahari.
Hamboi! Nampak cun u ol.

Yang paling best tu, bila continue shopping ngan my colleague kat The Curve, saya masuk lagi Watson. Kalini belek balik bedak fevret saya dulu-dulu aka bedak Za...Kakak Za terus puji ' memang pakai bedak Za ke dik? Kulit nampak halus and gebu je... (Ahaks! Akak ni kipas I ke haper?)

Ok2... Done merepek. Sejak dari hari itu, saya dah tak letak macam2 bedak kt dalam handbag saya dah. Saya letak bedak pixy je. Sebab memang hasilnya vavavooom.

Dulu Kathy Jem memang penah bgtau yang dia pakai bedak pixy...Tapi masa tu memang mcam blur. Bila dah cuba memang jatuh cinta uol. Kathy cakap kat saya yang banyak gak mak andam yg pakai bedak pixy sebab kualitinya ok dan harganya yang murah walaupun bedak Pixy ni dari Indonesia.... Xkisah la bedak dari mana, janji best.

Begitu sajelah review saya... Sekian. Wassalam

Harga:
RM20.00, Kat Watson ngang Guardian pun ada...Terbaru boleh didapati di Mydin

Komen:
Murah dan cantik. Malas dah nak cari bedak lain.

Rating:
9/10


Monday 28 October 2013

Apa? Bedak pixy best??! Nak cari sekarang juga!!

October 28, 2013 0
Apa? Bedak pixy best??! Nak cari sekarang juga!!

Dari dulu lagi saya memang jeles dengan orang yang pandai mekap ni. Yelah, dari muka biasa-biasa or toya je...Tetiba dengan aplikasi mekap yang bersesuaian terus je boleh jadi va-va-vooooooom gitu! Kerlas ko jah! Nilah antara puncanya sesetengah wanita tak berani nak tanggal mekap depan kekasih, suami dan dot dot dot... Sebab rupaku hanya sekadar ilusi hasil olahan mekap gitu! (Jangan tak percaya, ada kes entah kat China/Jepun/Korea ke mana ntah, ada sang isteri ni sanggup tidur lebih lewat dan bangun lebih awal daripada sang suami semata-mata untuk mengelakkan husbandnya daripada ternampak wajah asli dia. Pfftt!! Tak kuasa mak! Suka bagus, xsuka sudah!)

Hebat kakak ni! Kalau boleh nak belajar mekap dengan dia. Sebelum dan selepas memang fuyoooo! Lain gila!

Okay2... Mulalah tu membebel n melencong bab lain selain daripada topik asal lagi. Sorry yer... Saya memang camtu kekadang. Bila jari-jemari dah menyentuh keyboard, lain pula jadinya. Nak dipendekkan cerita, saya yang dah mula berjinak-jinak dengan mekap ni, masih lagi sedang tercari-cari/sedang dalam pencarian formula yang sesuai dengan diriku gitu. Sebab setiap individu ni berbeza, so tak semua sesuai dengan satu formula or gabungan sesuatu produk tu je.

Setelah beli punya beli punya cari punya research, sampai sekarang masih lagi tak jumpa foundation and bedak yang bersesuaian dengan diriku ini. Kalau boleh nak mekap nampak 'glowing', smooth dan juga flawless. Tapi sampai sekarang tak jumpa formula yang bersesuaian walaupun dah jenuh try and tenyeh pelbagai produk, tips dan nasihat semua orang sama ada mekap artist, make-up junkie sama ada rakyat kebanyakan semata-mata.

Walaupun jenuh try tips Bunga Love Querida untuk mekap glowing, tetap tak berhasil.
Adakah jari-jemariku ni begitu tak berseni? -Credit to Love Bunga Querida


So, sampai sekarang misi dan pencarian ini masih lagi sedang dijalankan. Dan.....Hahahahahahhaaha! Akhirnya, mungkin saya akan menjumpai secebis harapan untuk menyelesaikan misiku itu.

Adakah bedak pixy ni akan menjadi jawapan kepada misteri yang tak terungkai ku ini?

Nantikannya nanti! Bila saya dah beli bedak pixy ni, I will get back to all of u!

Zasssss!!

Inilah bedak pixy yang ku gembar-gemburkan ni!! Nak beli!! Nak! Nak! Nak!
Baca juga:

Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Thursday 26 September 2013

Tak Boleh Tak Ada Exfoliator!!

September 26, 2013 0
Tak Boleh Tak Ada Exfoliator!!

Cak cak!? I am not feeling really well today. So, setelah siap menulis satu blog entry for my company yang tercinta.... Apa salahnya pot pet pot pet kat blog sendiri pula? Huhuhu....

Kali ni nak cerita barang must-have dalam my beauty list (beauty ker?) aka exfoliator. Apa tu exfoliator? Hah! Mesti ramai yang tak tau. Lau last time saya citer pasal skrub mesti korang menguap keboringan, pasti kali ni korang garu-garu plak kulit kepala korang walaupun tak gatal kan? Aha!

Lai, lai lai! Meh kita sembang-sembang pasal exfoliator pula. Untuk makluman, saya wanita bekerjaya yang amatlah sibuk orangnya. N jalan kt KL ni pun kan jaaaaaaaaaaammmmmmmmm je memanjang. So, biasanya bila dah balik rumah je, memang exhausted giler. Sampaikan kekadang pas maghrib je tros tetido walaupun tak sempat nak cuci muka n gosok gigi (buruk perangai betul!) Tapi, nak wat camner kan? Mata dah bagaikan digam-gam. Gamnya kehabisan kuasa bila ayam dah berkokok keesokan paginya jer....  Bila dah pukul 5 lebih sebelum azan Subuh tu, automatik baru bangun sampai menjerit dalam hati (Oh, tidak!! Tak cuci mekap lagi!! Oops I did it again).

Biasa ar korang pun tau kalau diamalkan tabiat buruk tak cuci mekap sblom tido, pastilah pori-pori akan tersumbat dan seterusnya menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, blackhead and white head menyerang.
 
Tapi mujurlah saya ada sang hero penyelamat wajahku ini! Thanks to Ginvera Marvel Gel, masalah kulit berjerawat sebab selalu tak cuci mekap dapat diminimumkan. Exfoliator oleh Ginvera ni berfungsi untuk membuang mekap, daki, habuk, sel kulit mati yang ada pada lapisan luar kulit. Kalau korang fikir exfoliator ni lebih kurang dengan skrub, korang memang silap besar.

Oh my hero, I love you so much

Why????

Pertama sekali, exfoliator Bio-Essence ni sesuai untuk digunakan tiap-tiap hari and takkan menyebabkan kulit sensitif atau kering pon. Kalau skrub, biasanya digalakkan buat seminggu 2 kali ajer.

Kedua, exfoliator ni tak mengandungi partikel-partikel kasar, so kalau kulit berjerawat pon tak apa. Lupa nak beritahu korang, lau muka berjerawat, elakkan pakai skrub. Yelah, kalau partikel-partikel kasar terkena jerawat korang yg tengah merah tu, tak ke sakit? Silap2 dia bengkak lagi besar lagi.

 Ketiga, korang sendiri nampak kulit-kulit mati and mekap tu tanggal dengan kuasa magik exfoliator ni. Senang kata memang hebat and Da-Boom!

Cara:
Pastikan muka korang kering masa pakai benda ni. Begitu juga dengan tapak tangan. Jangan basahkan. Picit sebesar kacang peas dan lumur dan urut pada bahagian muka.Lama-lama korang akan rasa macam ada benda yang terhasil pada tangan korang. Benda tu adalah kulit mati, mekap dan apa-apa yang kulit korang tak perlukan.


Benda biji-biji tulah kulit mati n mcm2 yang tak diperlukan


 Bila agak-agak benda tu dah tak terhasil lagi bila urut kat bahagian muka, korang dah boleh cuci muka dah... Wee! Continue dengan pencuci muka dan rutin seterusnya.

Harga:
RM39.90. Beli kat Guardian anda Watson pon ada.

Komen:
I like! I like! Nilah penyelamat kulit mukaku yang sering dianiaya tabiat burukku yang selalu tertido tanpa cuci muka.

Rating:
Tanpa ragu-ragu. 10/10


Rahsia kulit gebusss walaupun slaaaaalu lupa cuci mekap sebelum tido
Baca juga tentang:

Nikmati facial di rumah dengan Nadia Beauty Cartel
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?





Sunday 15 September 2013

Skrub Kegemaranku!!! Jimat, Murah dan berkesan!!

September 15, 2013 3
Skrub Kegemaranku!!! Jimat, Murah dan berkesan!!

Harini nak cerita pasal skrub pula. Korang pakai tak skrub muka? Well, I do. Dalam seminggu tu mesti ada 2 atau 3 kali pakai skrub. Yelah, pompuan mana yang tak sukakan kecantikan kan? Untuk pastikan kulit muka kita berseri-seri, kita kena pastikan kulit mati yang bertempek atas muka kita tu dibuang dengan menggunakan skrub.

Skrub muka 2 kali seminggu untuk kulit cantik berseri


Skrub ni kan mempunyai partikel yang kasar, so secara tak langsung ia akan menghakis kulit mati yang ada pada permukaan kulit and tada!! Muncullah lapisan kulit baru yang akan membuatkan kulit kita nampak cerah dan berseri.

Nak dijadikan cerita, pada zaman muda-muda dulu (ahahaha...macamlah sekarang dah tua), sukalah beli macam-macam jenis skrub yang ada kat pasaran. Pantang nampak ada produk baru, mesti eden nak try. Kononnya pasti nanti jadi cun-melecun gitu (Please!! Kuat berangan) And then, duit pun habislah banyak.
Sampai satu tahap, dalam toilet tu macam-macam produk ada. Aiyoyoyoyoyo!! Sampailah satu tahap, keadaan kewangan eden dirudung malang (sob...sob... kisah sedih), nak tak nak terpaksalah cari alternatif kepada barang-barang luxury aka barang-barang kecantikan ni. (I don't have money, but I want to maintain pretty. So how?)

Fikir punya fikir punya fikir, why don't i try some natural ingredients as part of my beauty routine? Ttrial and error sahajalah. Lagipun, lebih baik pakai bahan-bahan berasaskan semula jadi daripada beli produk yang mahal-mahal kan? Dah tentulah kandungan kimianya pun kurang. Duit pun jimat. Dan yang paling tak sangka, alternatif yang 100 kali ganda lagi murah daripada produk-produk mahal yang saya selalu pakai ni, lebih berkesan! Sangat berbaloi-baloi. So, ada hikmahnya juga kewangan ku dilanda krisis ekonomi.
Produk semulajadi dan alami lebih bagus untuk persekitaran, kulit dan poket

So, inilah antara skrub-skrub semulajadi dan tak berapa nak semulajadi yang saya dok tonyoh kat muka saya selama ini. Alhamdulillah, kulit maintain berseri-seri malah licin dan lembut lagi!! Jika selalu diamalkan, blackhead, whitehead kurang, kulit pun semakin berseri. Poket pun yes!! Semakin tebal...

Ni jenama baking soda yang saya pakai

1. Baking Soda
Jangan tak percaya, bahan yang biasanya orang buat kek ni, boleh juga buat muka korang cantik dan berseri-seri. I like it! And what I like the most about this scrub is that, it is also suitable for those acne-proned skin. Boleh kurangkan jerawat!!

Cara:
Basahkan muka dengan air kemudian ambil baking soda secukup rasa yang telah dicampur dengan sedikit air dan skrub kan muka anda perlahan-lahan. Hasilnya? Va-va-voom! Kulit muka terus menjadi licin mengalahkan punggung bayi. Fuyoooo!

Harga:
Alahai, baru 70 sen je!! Dengan 70 sen tu, boleh pakai sebulan skrub ni. Jimat tak? Jimat tak? Gila tak jimat?

Komen:
Kalau korang nak campurkan baking soda ni dengan pencuci muka korang and buat skrub pon boleh!

Rating:
10/10. Memang the best!

Selain dijadikan perasa, garam juga boleh dibuat skrub

2. Garam
Apa? Garam? Garam boleh dibuat skrub? Iya! Nape nak terkejut beruk pulak? I kekadang lupa beli baking soda 70 sen tu, sebelum nak basuh muka tu, bergegas ke dapur dulu ambil garam untuk skrubkan muka ni.
Tapi ingat! Janganlah pakai garam kasar tu, mau berdarah kulit muka. Ambil garam halus sahaja.

Cara:
Sama macam cara skrub muka pakai baking soda tu. Yang ni pun I like it! Sebab lepas skrub tu, immediately akan rasa kulit licin macam atau mengalahkan siku bayi. Eheheheheheh....

Harga:
Baru berapa puluh sen juga kot. Ekekeke... I tak beli barang dapur. Biasanya my sis yang beli barang dapur. So, bagi I, it's free. Doesn't cost me anything but yet can beautify my skin. Oh, ya! Lau ada luka kat muka, elakkan guna cara ni. Aiyo.... pedih la muka korang nanti.

Komen:
Sama, nak campur ngan pencuci muka korang pun boleh. Nak campur dengan bahan-bahan alami sepert tomato lenyek bla bla bla pun boleh. (Nanti kongsi dalam entry lain pula)

Rating:
10/10. Hahahahahahha... the best gak. Speechless I.

Rupa skrub gula perang

3. Gula perang.
Apa? Tadi baking soda, pastu garam, ni gula perang pula? Macam nak masak je. Iyer adik-adik. Jangan tak percaya. Bak kata seorang beauty expert ni (dah tak ingatlah nama dia), produk kecantikan yang boleh kita makan, dah tentulah boleh kita sapu kat muka kita juga. Tulah kehebatan bahan-bahan alami ni. Sebaliknya, berani tak korang makan skrub mahal yang korang beli kat kaunter tu? Please! Mestilah takkan? Ntah apa-apa dia letak, entah apa bahan kimia yang ada. Ha! Tu sebablah i promote these natural scrubs kow-kow.

Cara:
Yang ini caranya lain sedikit. Setakat ni tak pernah lagi sapu teruk kat muka dengan air. Ekekeke... Caranya campurkan gula perang dengan olive oil (guna virgin coconut oil pun bagus) dan madu. Gaul kesemuanya dan skrublah muka tu.

Harga:
Ala... matematik faillah. Urm... Lebih kurang dalam belas-belas ringgit kot. Tengoklah olive oil dan madu tu korang beli yang harga berapa punya.

Komen:
Yang ni leceh sikit. So, biasanya I malas nak buat. Bila mood kerajinan datang melampau datang je baru buat.

Rating:
7/10 (Kenapa kurang 3 markah? Sebab malas nak kena buat. Hahahah! Tapi hasilnya 10/10)

Ada macam-macam cara lagi. Tapi nilah Top 3. And skrub-skrub ni juga sesuai untuk digunakan pada seluruh tubuh badan. Kalau agak-agak kulit perut kusam, tonyohlah kat perut. Kalau agak-agak kaki hitam legam sebab selalu pakai selipar, tonyohlah kat kaki.

Sekian tips kecantikan buat hari ini. Nanti ada masa saya buat entry lagi.

P/S: Awat entry ni nampak macam pengenalan dunia masak-masak berbanding entry kecantikan ha?


Tuesday 10 September 2013

Tips Perut Kempis

September 10, 2013 1
Tips Perut Kempis

-Cak! Ekekekekeek.... Biasalah orang baru berjinak2 dengan benda baru... Excitednya lebeeeehhh... Tau-tau jari-jemari tembamku dah melekat lagi kat keyboard untuk post baru di blog baruku...  Hehehehe....Kerja sendiri berlambak tak buat-buat... Ish..ish..ish... Teruk ini orang... (Dalam hati fikir tak apa, baru je tulis 2 blog post untuk company blog... Apa salahnya tulis dua blog post untuk diri sendiri pula?)

Okaylah... topik saya untuk hari yang indah ini adalah masalah perut buncit. Komen saya adalah ramai gadis-gadis sunti sekarang ni ada masalah perut buncit walaupun belum lagi beranak-pinak. Yang dah beranak-pinak tu boleh dimaafkan. Korang yang tak pernah bersalin takkan pernah faham betapa susahnya untuk slimkan badan selepas bersalin. So, kalau nampak ibu-ibu atau isteri-isteri yang perut buncit tu sila jangan laser cakap diorang tak pandai jaga badan yer... Bayangkan perut yang padahal kempis dah slim-melim tu mengembang dan menampung air ketuban, berat badan bayi selama sembilan bulan. Sembilan bulan tau!! Bukannya sekejap.  So, if ada suami-suami yang berlagak sebab orang fikir dia bujang walhal dah berderet anak, I tak heran pon! Bukan korang ngandung pon~~ Tetapi sebaliknya bagi ibu-ibu and isteri-isteri yang pernah bersalin tapi maintain slim mengalahkan anak dara, tahniah!

Okay-okay, banyak pula saya membebel. Tak sabar jadinya korang nak tau tips-tips and rahsia-rahsia untuk menangani perut buncit tu ya? Berikut adalah tips-tips untuk menangani perut buncit ya....

1. Tolong jangan pakai atau amalkan pemakaian low-cut panties/low-cut jeans
Masa saya anak dara dulu, selalu kena ejek sebab pakai panties macam mak-mak orang. Yalah, orang lain semua sibuk dok tayang panties diorang yang cantik-cantik, bunga-bunga and warna-warni dengan memakai low-cut jeans. Tapi sebenarnya low-cut panties or low-cut jeans nilah antara punca perut buncit dan menggelebeh. Kenapa? Sebab posisinya yang rendah  (biasanya di bawah pusat) tak dapat menampung otot anda di sekitar bahagian pinggang dan perut, kesudahannya, graviti pon tarik ler lemak-lemak tu jadi menggelebeh.

Kesimpulan: Biarlah panties tak cantik asalkan ia dapat menampung lemak-lemak or otot-otot sekitar perut anda. Tak payahlah nak eksyen sangat dengan panties bunga-bunga tu. Sebaik-baiknya pakai panties yang high waist smpai ke pinggang and cover pusat anda. Kalau rajin pakai girdle lagi bagus!

Cari panties yang berikan sokongan padu pada perut anda

Pakai girdle jika perlu


2. Amalkan postur badan yang betul
Jangan pandang rendah kehebatan mengamalkan postur badan yang betul ya.... Inilah salah satu punca perut tu tak berapa nak fit. Sebab postur badan tu tak betul, so lemak-lemak dan otot anda pun tak berkumpul di tempat yang sepatutnya. Tu yang buncit.

Kesimpulan: Pastikan badan anda tegak dan jangan membongkok bila duduk dan berdiri.

Amalkan postur duduk yang betul

Postur berdiri yang betul juga memainkan peranan


3.Detoks
Perut buncit juga berkait rapat dengan penghadaman yang kurang sihat. Jadi, bila toksik dan angin berkumpul dalam perut dan tak dapat dikumuh daripada badan kita, secara tak langsung perut kita akan jadi buncit. So, lagi kerap anda membuang najis, makin sihat tubuh badan dan secara tak langsung makin kempislah perut tu.

Kesimpulan. Buat detoks seperti minum minuman detoks. Amalkan minuman detoks seperti green tea, air campuran limau atau lemon. Nak berpuasa pon boleh.


Detoks untuk kekal ramping

4.Senaman untuk kencangkan otot perut
Perut juga menggelebeh disebabkan ketiadaan otot di sekitar perut (mana taknya? lemak je ada, gelebeh ler jadinya) The more muscle you built, the lesser the possibility for fats to build up around your stomach. Wah! Tetiba speaking pula you all~


Kesimpulannya:
Apa lagi? Buatlah sit-up ke stomach crunch ker... Urm, actually untuk kaum wanita, kegel exercise pon berkesan tau. Bukan saja kencangkan otot perut, malah juga pundi kencing dan bla bla bla.... Yang ni saya sendiri pun amalkan (tapi dulu-dulu lah), satu hari 100 kali. Lama2 nak gelak pon rasa tegang je otot kat perut tu. Hasilnya? Perutku kempis dan pinggangku langsing walaupun orangnya bulat....  Heheheh...

Senaman sit-up membantu mengencangkan perut

5. Amalkan minum dan makan yang suam/panas sahaja
Yezza.... Satu lagi punca buncit adalah angin berkumpul anda urat kembang. Kenapa? Ha, tulah! Siapa suruh makan sejuk dan minum ais? Kan dah beri kesan pada tubuh badan. Jangan tak percaya tau... Makanan yang sejuk-sejuk ni memang boleh menyebabkan kita kembang semangkuk.

Kesimpulannya:
Pantanglah ais tu. Especially ibu-ibu yang telah melahirkan. Yang anak-anak dara pun sama. Kalau ikut kawan-kawan saya yang berbangsa Cina, masa tengah period pun jangan minum ais atau makan makanan yang bersifat sejuk.


Oklah. Cukup sampai di sini saja.... Ada lagi tips-tips lain. Tapi 5 tips ni je dah panjang berjela. Lagipun, ada ke orang yang baca? Sigh!! Da~ Selamat berjaya!

P/S Untuk makluman, ini semua tips dari saya sendiri. Alhamdulillah perut maintain kempis and pinggang kekal ramping.

















Monday 9 September 2013

Tada!! Inilah nukilan pertamaku...

September 09, 2013 0
Tada!! Inilah nukilan pertamaku...

Sebenarnya dah lama nak berangan nak tulis blog. Bukan sebab nak famous, nak dikenali ataupun nak mencetuskan kontroversi... Tapi sekadar nak berkongsi persepsi dan pendapat tentang apa-apa saja yang saya rasa nak kongsi....

Sejak universiti lagi, dah ramai kawan-kawan yang tulis blog and ajak tulis blog, ada juga tercetus keinginan nak tulis, tapi urmmmm nantilah... hehehehe.... Pastu dah masuk kerja, laaaaaagilah malas nak tulis menulis blog sebab kerja sendiri pun asyik melibatkan penulisan je.. Penat den asyik nak menulis je.. Haish!

Tunggu punyalah tunggu punyalah tunggu... Tiba-tiba tukar kerja je, sendiri pun diamanahkan untuk tulis blog. Dari situ pandailah sikit2 tentang macam mana nak buat blog. Masa tulah juga terfikir, alang-alang dah tulis blog, biar tulis sampai berblog-blog... ekekekekekek... :p

So, ajaklah one of my colleague untuk tulis blog dan kesudahannya kitorang pun janji nak tulis blog sama-sama. (Yes Aida, I am referring to you my dear)  Memandangkan nak tulis blog ni and my birthday is soooo around the corner, saya pun pilihlah sempena besday saya yang ke 17 (ahahahahahaah...prasan!)  ni sebagai besday blog saya juga.

Happy birthday to me and Maya!!!