July 2015 - Prettily Rare

Tuesday, 28 July 2015

Bahana Tersilap Pakai Produk Part 1 (Review Krim Temulawak)

July 28, 2015 0
Bahana Tersilap Pakai Produk Part 1 (Review Krim Temulawak)
Assalmualaikum semua,

Harini saya nak cerita tentang pengalaman tersilap pakai produk. Tulah, padan muka saper suruh suka sangat mencuba. Pantang orang cakap best, terus nak cuba... T_T Yang peliknya, sekarang je ni beberapa tahun kebelakangan ni je camni. Sebelum ni memang setia. Sekali dah melekat memang malas nak tukar-tukar produk penjagaan kulit. Sob sob...

Kisahnya, lebih kurang sebulan yang lalu.... Tengah jalan2 shopping kat kedai runcit bawah opis (Kelas ko! Kat kedai runcit pon boleh kata jalan2 shopping), nampaklah satu produk ni...  Temulawak namanya. Kita tak pernah dengar. Tapi officemate kata dia dulu pakai this product and it works really well on her skin. Leh cerahkan kulit and pudarkan parut bagai. Kita dari dulu sek Cina.... So memang xknal sangat produk2 tempatan ni..... Xtau pun apa tu... Tapi disebabkan harga murah... Kita pon beli. RM 4 je uolllll... Satu bekas tu... So sebab murah I pon gatal beli... Heheheheh...

Sebelum pakai sempat lagi upload kat instagram:



Tapi malangnya, kita ni bukannya penyabar orangnya kalau bab try2 produk. So bila upload persoalan kat kengkawan, kita tak menyempat tunggu diorang punya feedback, dah try dulu dah malam tu... Muahahahaha... Sper suruh?? Haish.... Dah my colleague tu kulitnya memang bukan main cantik lagi. N dia pon dah pakai sejak sek men. So, kita pon yakin dan redah je lah... Mana tau....


Bila pakai memula memang ok. Tapi xdelah cerah ke bagai. Pastu makin lama makin berminyak lak kulit kita wak. Xkisahlah... Ingatkan kita punya hormon berubah ke... nak period ke... amender ke... Tapi last2 kat bahagian dagu kita plak tumbuh biji2... Sob sob... Menggerutu jadinya kulit ku yang halus mulus tu (Cewah)

Bila dah pakai lebih kurang 3 minggu camtu... Kita rasa, dah patut stop. Tapi sebab xnak bazir terus continue.. Tapi kulit tak pulih2. jadi makin teruk. N then menggerutu. N pastu biji2 tu jadi bernanah plak... Sob sob sob... Lagilah kita sedih. So, xnak tunggu dah. Terus stop.

Begitulah kisahnya kita tersilap pakai produk. Kulit dah x flawless uol... Nangis!!!

Terpaksalah kita buat pemulihan kulit secara alami.... Nak tau camner??

Tunggu next blog post k? Kita akan ceritakan camner kita pulihkan kulit kita n Alhamdulillah sekarang dah bertambah elok..... Berkat kesabaran kita buat self-healing process....

Korang kalau terjebak produk yang tak sesuai or salah pakai produk pun boleh cuba cara kita pulihkan kulit secara alami ni... Tapi next post lah... Kita nak bercermin belek2 kulit sat.... Sob sob...

Baca juga tentang:
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Thursday, 23 July 2015

Review: Set Berpantang Afiat (Afiat Hijau)

July 23, 2015 56
Review: Set Berpantang Afiat (Afiat Hijau)
Assalamualaikum semua,

Maaf ya, kebelakangan ini banyak pula post yang mak2 dari saya. Heheheh... Yelah, just nak sharing pengalaman dan pendapat sendiri. Kotlah ada yang memerlukan.... Niat, nak bantu orang jeee....

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman sewaktu berpantang dulu-dulu.... Kakak ada dua orang anak. Comey. Alhamdulillah. Sepasang.  Diorang ni dilahirkan rapat-rapat. Mia lahir 2011. Seminggu lepas besday Mia yang pertama, adiknya Hariz pula dilahirkan. 

Kisahnya, masa tau pregnantkan Mia ni.... Terus google macam2. Pasal parenting, pasal baby, pasal penyusuan dan dah tentulah termasuk pasal berpantang kan....... Masa tu selain daripada google mengoggle, saya tak lupa juga scan sana dan sini ibu-ibu yang pernah mengandung di opis. Semua saya interview dulu masa berpantang diorang ni makan set berpantang haper... Ada amalkan ke tak, Elok ke tak, mahal ke tak....

Setelah kajian demi kajian,... Kita perasan ada kakak ni kat opis, anak dah 4. Tapi selim-melim. Ramping je badan. Jeles. Kalau nak dibandingkan ngan yang lain, memang body dia paling cun dan paling mantap. So, apa lagi? Troslah kita interview dia. Rupa-rupanya dia makan Set Berpantang Afiat. Murah je. Tak sampai RM100 pun. Dia pun bagi nasihat kat saya yang berbunyi, " Daripada ko beli set berpantang yang mahal-mahal tapi tak makan. Baiklah ko beli yang murah-murah tapi make sure ko abiskan je semua." Nasihat ni memang menusuk kalbu. Sebab kita masa tu pun bukannya ada duit pon...... N kebetulan, daripada pemerhatian ni, kakak ni paling win dalam pemulihan selepas berpantangnya. 4 orang anak ko! Body mantap! Mampu tak? Tanpa teragak-agak, saya pun belilah Set Berpantang Afiat ni. Rasanya baru RM85 camtulah. Oh, kakak tu juga pesan. Afiat hijau tau. Ko jngan amik Afiat putih tuuuuu....

Inilah antara kandungannya


Dalam tu ada lebih kurang 10 barang antaranya minyak afiat, gel mandian serai wangi, Ubat basuh (feminine care), bedak hangat afiat, pil jamu afiat, akar kayu periuk afiat, barut afiat, balm afiat, makjun bawang putih dan tali pembentan. Semua ni cuma RM85 sahaja tau!! Sangat berbaloi.


1. Minyak Afiat :
Minyak Afiat ni sebenarnya salah satu fevret saya. Sebab sangat berfungsi untuk self healing purposes. Saya guna untuk berurut, sapu kt kaki ngan tangan dan ubun-ubun. Bau dia pun bau serai. Kalau saya tak silap, keluarga pengasas Afiat ni memang terkenal dengan minyaknya. So yang ni memang saya bagi 5 bintang. Sebab smpai sekarang saya still gunakan minyak afiat ni untuk mengurut diri sendiri (self-theraphy) in case kalau lenguh-lenguh badan, sakit tumit, sakit kaki ataupun pening. Kalau anak-anak jatuh or luka/ gatal kena sengat pon saya boleh sapu minyak afiat ni kat diorang. Alhamdulillah cepat baik and cepat elok.




2. Gel mandian serai wangi :
Yang ni pun memang win!! Best sangat sebab bagi saya boleh diibaratkan sebagai aromaterapi penenang jiwa. Masa pas baru bersalin je, tros saya mandi pakai ni. Heaven! Dari rasa lemah-lemah dan murung, terus rasa naik semangat, rasa segar je. Tak sampai habis berpantang 44 ari dah abis. Sebab suka sangat guna. Fungsinya katanya untuk menghilangkan bau badan. Tapi bagi saya memang bagus untuk penenang jiwa.



3 Feminine Care :
Yang ni pon saya suka. Sebab yelah, pas bersalin mesti rasa bawah tu tak selesa je. Tapi bila basuh dengan ni macam best je. Lembut je, xde pon buat kita rasa kering or tak selesa. Even berjahit bawah tu pun elok pakai.


4.Bedak hangat Afiat :
Yang ni saya malas nak pakai. Hehehehe... sebab nak kena bancuh. Saya gunakan macam param pilis jelah. Tu pun kalau rajin. (Maaf) Tapi sebenarnya memang bagus pakai untuk menghangatkan badan. Cuma saya masa tu berpantang kt umah kampung, atap zink. Panas yang amat. Berpeluh2 eden. Tak lalu nak hangatkan badan lagi.


5. Pil jamu Afiat :
Yang ni saya telan je sampai abis. Patutnya kena makan start berpantang. Tapi oleh kerana baby dua2 kuning, so pas baik kuning baru saya makan. Tapi saya makan sampai ubat habislah.


6. Akar kayu periuk Afiat :
Yang ni rasanya memang satu kemestian untuk ibu-ibu berpantang. Leceh skit sebab kne reneh. Tapi saya rajin minum yang ni. Ikut macam arahannya, reneh minum reneh minum. Sampailah air yang direneh abis warna. Biasanya ni orang buat penutup pantang kalau tak silap saya. Fungsi untuk kuatkan badan ibu-ibu yang baru bersalin. Saya okey je bab ubat-ubat ni. Nak2 kalau untuk kesihatan badan kita. Oh, yang ni pas dah abis pantang or smpai bila-bila pun nak minum pun bagus. Memang sangat-sangat digalakkan.


7. Barut Afiat :
Satu lagi my fevret. Rasanya saya perlu berterima kasih dapat kempiskan perut sebab benda nilah. Dalam dia ada bijik2. Rasanya biji lada hitam kot. Saya akan ikat ketat2 kat perut, pastu pakai bengkung plak. Bengkung tradisional tu. Kalau malas pakai bengkung, saya akan pakai barut ni, pastu pakai girdle kat luar. Memang selesa. Fungsinya untuk buang angin kat dalam perut. Kalau rujuk post saya yang sebelum ni, aka tips elak perut buncit, mesti korang tau angin adalah salah satu punca perut buncit. So, yang ni memang bagus untuk kempiskan perut buncit yang disebabkan oleh angin. Yelah, mak2 macam kita ni kan urat2 dah kembang, memang senang masuk angin. Tu yang badan pun mudah dipam2 kembong je mcm belon.


8. Balm Afiat :
Kalau tak silap ni untuk pusat baby. Tapi saya pakai ubat doktor je. Tak guna sangat.
Kekadang sapu kat dada baby... Kalau tak silap ingatlah. Tapi pakai sikit je...


9 Makjun bawang putih :
Ni pun saya telan je sampai abis. Yang ni untuk makan lepas tempoh 44 ari. Oleh kerana saya dah bayar dan saya benci pembaziran. Saya telan je sampai abis. Sayang wooo duit. Bukan senang nak cari.


10. Tali pembentan Afiat :
Katanya dipakai di pergelangan tangan untuk elak bentan. Tapi saya tak caya sangat yang ni. So tak pakai langsung. Tapi sebagai tips elak bentan, make sure jangan emo2 masa berpantang. N pastikan ibu jari kaki tu jangan tersadung or tersepak. Oh, lagi satu, jangan terkena hujan or makan benda-benda sejuk.


Dua kali saya berpatang, dua-dua kali juga saya gunakan Set Berpantang Afiat. Pas balik berpantang semua puji nampak sihat and lagi kurus dari masa anak dara. Alhamdulillah. Rezeki.

Yang penting untuk RM85 saya dapat semua ni, sangat-sangat berbaloi dan menepati bajet saya yang sangat-sangat ciput.

Tak kiralah korang pakai set bersalin apa sekalipun, yang penting, pastikan korang makan ikut aturan dan habiskan. Jangan membazir. Kalau tak habiskan, pastu tak capai efek yang diingini, haruslah fikir-fikirkannya kembali.

Sekian sahaja product review saya kali ini.



Terima kasih semua kerana sudi membaca. And terima kasih juga pada Kak Sal sebab rekemenkan product yang superb ni pada saya.

Wednesday, 15 July 2015

Review: Pil Perancang Yasmin

July 15, 2015 56
Review: Pil Perancang Yasmin
Salam,

Harini saya nak share pil perancang yang paling best sekali dalam dunia. Nak dijadikan kisah, saya dikurniakan cahaya mata tanpa dirancang-rancang dalam jarak masa yang dekat. Anak pertama 2011, pas kahwin terus lekat. Anak kedua, habis pantang terus lekat. Lahir tahun 2012.

Oleh kerana anak pertama caesar, pastu pregnant balik. Jadi kakak sangat fobia sebab kalau bersalin caesar ni, doktor nasihatkan supaya jarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2 tahun. Tapi? Tapi? Dah rezeki saya lekat juga anak nombor dua lepas pantang.

Alhamdulillah anak kedua boleh bersalin normal walaupun doktor sangat-sangat tak galakkan. Tapi Allah s.w.t permudahkan. Bagi saya, kedua-dua pengalama bersalin adalah amat mengerikan. Mana taknya? Masa caesar tak makan bius. Masa normal plak, 12 jam tunggu nak buka 10 cm. Pengsan dan ngeri kita wak!


Mana Satu Pilihan Hati
Pil perancang oh pil perancang


Oleh kerana dah serik. N dah dapat anak sepasang (hehhe... Syukur alhamdulillah). Lepas bersalin my Baby Hariz, terus kita giat mencari kaedah merancang kehamilan dengan berkesannya. Saya buat research yang amat mendalam, antaranya termasuklah berikut:


1. Norriday/Marvelon/Nordette/ Bla bla bla....

Kebaikan: Pil perancang yang sangat mampu milik. Biasa lebih kurang belas-belas ringgit je. Malah ada yang free sebab pas bersalin memang boleh dapatan secara percuma dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Keburukan: Kena makan setiap hari. Xleh miss. Menggemukkan, haid tak teratur

2. Suntikan Depo

Kebaikan; Cucuk sebulan sekali je uol. Murah je. Rasanya dalam RM10-30 je kalau tak silap. Sesetengah klinik kerajaan pun offer freeeee je uol.

birth control
Suntikan depo salah satu kaedah cegah hamil


Keburukan: Saya takut suntik. Kegemukan. Haid tak teratur ataupun tak datang langsung.

3. Implanon

Kebaikan: Hamboi! Lagi hebat! Boleh tahan 3 tahun uol! Tak payah pk2 nak telan itu ini ataupun tak yah g suntik setiap bulan

Keburukan: Katanya nak masuk senang. Nak keluar tu kene toreh and jahit balik eh!! Lagipun efek dia next time lambat nak ngandung selagi kesan ubat tak abis lagi dalam badan. Mungkin menyebabkan period tak datang-datang. Tak mo i! Rasa pelik sebab wanita normal tapi tak period. Tak suka kita.



4. IUCD

Kebaikan: Tak main hormon-hormon macam kaedah perancang yang lain. Cuma letak something je kat bahagian tutttt. Pastu leh tahan 2-3 tahun juga rasanya. Tak yah pk nak telan ubat or appointment cucuk2. Keluar pon xyah lah kne toreh kannnnnn.... Pastu dah keluarkan leh pregnant balik dengan cepat sebab tak de masuk hormon dalam badan.

Keburukan: Lau tak silap, keciknya macam pencungkil gigi je. Kakak ni kuat berimaginasi. Terpikir kalau benda tu ilang dalam tuutt cmner? Ok! Ngeri. Tak mo.

IUCD



5. Kondom.

Alah... Ni nk citer pun boring. Korang pon tau.


So, setelah survey punya survey punya survey. Kakak pilih pil Yasmin!! Yeay!!

Kenapa? Sebab banyak feedback baik daripada doktor dan para pengguna. Keburukannya macam pil perancang lain. Kne telan tiap2 ari. Leteh!

Kebaikannya pula?
1. Mencantikkan kulit
2. Haid teratur
3. Tidak menggemukkan dan berupaya mengawal berat badan (Ni kita paling suka)
4. Berkesan merancang kehamilan.

Downside lagi satu, harga agak mahal berbanding pil perancang yang lain. Kita beli dalam RM48-RM60. Tapi memang puas ati sebab jerawat nak tumbuh kat muka kita pon segan uol. Pastu kulit cantik manjang and berat badan pon ok jeeee. Tak menggemukkan pon. Kakak bagi 5 bintang.


Nak tau apa rupanya? Ha.. Ni lah rupanya:



Available kat farmasi-farmasi macam Giant/Caring/Watson dan sekufu dengannya. Tapi kena beli kat kaunter farmasi lah. Takkanlah diorg nk letak sepah-sepah lak.


Sekian perkongsian saya hari ini. Semoga berguna!


P/S: Perkongsian dari sudut peribadi saya, mungkin berlainan dengan individu-individu yang berbeza

Baca juga tentang:

Trauma Bersalin Caesarean di HUKM Specialist
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik