Pengalaman Bersalin Cesarean di HUKM / UKM Specialist - Prettily Rare

Sunday, 15 October 2017

Pengalaman Bersalin Cesarean di HUKM / UKM Specialist

Salam,
Source: Elizabeth Frederick
Walaupun ramai yang rasa kita patut kita kongsikan pengalaman ngeri kita bersalin dulu, pintu hati kita tak pernah terbuka untuk tulis. Sebab bagi kita terlalu pahit untuk diceritakan semula. Pelbagai rasa bermain dalam minda. Walaupun dah 6 tahun perkara tersebut berlalu. Kecewa, bengang, tak puas hati,geram, marah. Semua ada. Tapi bila pandang Mia yang kini telahpun berusia 6 tahun. Kita rasa bersyukur sebab walaupun sangat-sangat sakit and parut dan kesan Caesarean tu kena tanggung sampai bila-bila, Alhamdulillah Mia tu bijak, sihat dan pandai orangnya. Moga-moga jadi anak yang solehah.

Kenapa awak kurus sekarang?

Kita pregnant Mia masa umur 26 tahun. Sebulan lepas nikah, terus pregnant. Sepanjang kehamilan semuanya Alhamdulillah okay. Tiada apa-apa masalah. Cuma kuat makan nasi lemak je. Hahaha... Mual-mual ataupun alahan mengandung semuanya takde. Sihat. Lepas tu walaupun ada masalah bleeding di awal kehamilan dan kandungan gula pada aras borderline, semuanya doktor yakinkan okay. Dan doktor jamin kalau tiada apa-apa, memang boleh bersalin secara normal.

Disebabkan mengandung anak pertama, kita ambil nasihat kawan-kawan untuk daftar buku pink dengan klinik kesihatan dan pada masa yang sama, kita plan untuk bersalin kat UKM Specialist. Kenapa pilih untuk bersalin kat situ? Sebab anak pertama kita tak tahu apa risiko kehamilan kita. So, kita pun pilih hospital swasta yang ada link dengan hospital government/semi government sebab kita tahu kalau ada apa-apa risiko, pesakit tetap akan ditolak ke hospital government juga sebab kemdahan hospital government adalah yang paling complete dan menyeluruh dan pakar-pakarnya pun terbilang gitu!

Pilih Untuk Bersalin di UKM Specialist

Satu benda yang kita tak suka dari awal ialah fakta di mana labour room UKM Specialist dan HUKM adalah digunakan secara kongsi. Cuma wad je lain. Tapi kita akur je sebab labour room di situ sahaja husband dibenarkan masuk walaupun bersalin secara Caesarean. Ni kita tahu daripada kawan baik kita sendiri, Ina. Sebab Ina dah pun bersalin setahun sebelum kita dan Alhamdulillah suaminya dapat teman dia bersalin seara Caesarean. Kebanyakan hospital lain, bersalin normal je diorang bagi masuk. Kalau Caesar... terus husband or family kena halau keluar.

Tapi masa tu kita hanya fikir worst-case-scenario. Biasalah, sebagai langkah berjaga-jaga, memang apa-apa pun kita kena fikir worst-case-scenario. Tulah namanya crisis management. Sebab kalau kita expect semuanya mudah dan tiba-tiba berlaku sesuatu yang buruk, mesti kita taken by surprise. Tapi sebab kita dari dulu dah belajar prepare for the worst, so kita pun fikir 360 darjah untuk memastikan diri sendiri bersedia untuk sebarang kemungkinan yang buruk. Sambil-sambil tu, kita doalah kan pada Allah, moga-moga tiada apa yang buruk berlaku.

Dah Ada Bukaan

Lebih kurang pada minggu ke 38 kita pun jumpa doktor kita macam biasa untuk weekly checkup. Masa tu kita sihat walafiat lagi. Sampai orang pun heran kenapalah mak buyung ni elok je jalan, kebal semacam.

Check-up punya check-up, doktor terkejut sebab kita punya bukaan dah pun 2-3cm. Uish... doktor peliklah sebab kita tak rasa sakit pun. Katanya biasanya waktu ni mak buyung dah patut rasa contraction. Tapi serius kita tak rasa apa-apa pun. Nak suruh keliling mall berkali-kali pun bolehlah, no hal. Doktor pun advise balik dulu untuk bersiap-siap and then kalau dah turun tanda, datang balik hospital cari dia....

Tapi hairannya seminggu dah berlalu, kita masih sihat walafiat, takde tanda langsung. Siap pergi kerja lagi macam orang biasa. Then sampai hari kena pergi check-up lah...kita datang balik jumpa doktor. Doktor terkejut lagi. Eh, ingatkan awak dah bersalin. Kata dia. Doktor masih pelik sebab kita takde tanda-tanda dan takde contraction. Tapi bila seluk sama je 3cm. Tapi takde tanda-tanda contraction. So doktor advise untuk stay semalam untuk observe. Kita pun stay lah. Sampai esoknya, still 3cm. Hmm.... Jadi doktor pun advise untuk induce. Sebab air ketuban dah mula berkurangan.


Induce Permulaan Tragedi

So memandangkan doktor ada hal tengah hari tu dan expect kita makan masa lebih kurang 4-5 jam untuk buka sepenuhnya, dia pun induce dan kata by the time dia balik, kita dah ready untuk bersalin. Sempatlah dia sambut baby untuk kita. Wee! Tapi apakan daya, tu cuma perancangan manusia, tapi Allah susunkan agenda lain untuk kita ngan Mia.

Tak sampai setengah jam lepas kita induce tu, kita dah start rasa sakit. Tapi tu bukan masalah. Masalahnya, nurse pun expect kita akan ambil masa berjam-jam lagi baru laluan buka sampai 10cm, so, diorang pun malas nak duduk kat bilik labour kita dan pergi menyibuk kat labour room orang lain.

Tak sampai 10 minit nurse tu lari, kita rasa cuak bila melihatkan monitor yang menandakan jantung Mia dah berhenti. Kita pun suruhlah bapak Mia ni panggil nurse. Tapi memang geramlah sebab dia boleh plak blur kat situ.

Yang paling geram sekali, sempat pulak kita dengar nurse dok kat bilik labour lain bising-bising kat ibu bersalin tu, "Hei, teranlah. Tak sayang anak  ke?" Haish.. luluh lak hati. Anak kita punya degupan jantung dah 0, tapi nurse yang jaga kita plak sibuk marah-marah kat orang lain yang nak bersalin.

Degupan Jantung Baby Terhenti

Lepas tu kita dengar pula bapak Mia ni gaduh ngan Nurse kat situ. Antara perbualan diorang. lebih atau kurang beginilah. Bapak Mia kata kita dah sakit. Pastu Nurse pula boleh plak cakap, eh, bersalinl memanglah sakit. Hadoi! Masa tu memang rasa nak hantuk kepala dua-dua je kat situ. Bukan kita sakitlah. Anak kita dah takde degupan jantung. Pastu diorang tah gaduh apa kat sana, sampai kita dengar ni manusialah. Ingat anak lembu ke? Entah apa digaduhnya lama-lama, yang pasti bila Nurse tu masuk je labour room kita, terus muka dia biru-biru cuak sebab tengok degupan jantung baby dah line tegak je...No heartbeat detected. Apa lagi? Sibuk lah dia tekan-tekan perut kita macam wat pertolongan cemas kat orang yang dah takde degupan jantung tu. Cuma bezanya dia wat kat perut kita je.

Dalam 5-10 minit lepas tu, doktor yang bertugas shift masa tu terus meluru kat arah kita then buat teruskan kerja-kerja pulihkan heartbeat baby. Tapi bila baby punya heartbeat pulih je, doktor isytihar plak kita kena emergency caesarean atas dua sebab 1. Jantung baby dah terhenti lebih dari 10 minit 2. Dikhuatiri baby terbelit tali pusat.

Masa tu, apa lagi? Benganglah kita, berkeras tak nak emergency caesarean. Kita nak bersalin normal gak. Tapi si bapak Mia tu sebok pergi sign kebenaran Caesar. Eh, kita hidup lagi, sedar lagi, sibuk lak dia yang sign kebenaran Caesar tu. Kalau korang ingat sampai sini je emotion roller coaster kita, korang silap besar.

Emergency Caesarean

Kita telah ditolak ke dewan bedah dan pakar bius pun dipanggil untuk bius. Kita ingat lagi masa tu diorang kata akan suntik epidural kat tulang belakang kita. Bila doktor pakar bius sampai, terus je prosidur bius dilakukan. Ramai orang kata cucuk epidural ni sakit. Tapi seriously, kita tak rasa sakit langsung. Malangnya, bius tu tak berkesan pun pada kita. Memandangkan bius tu bius separuh badan, doktor jelaskan yang diorang akan mula buat pembedahan bila kaki rasa kebas.

Bius Tak Berfungsi

Tapi masalahnya, bius tu memang langsung tak jalan kat kita. Sejujurnya epidural tu cuma berfungsi bakar duit kita dan buatkan kaki kita kebas sahaja. Yang lebih teruk, deria di bahagian upper body jadi lebih sensitif. Jarum yang dicucukkan pada tangan terasa macam kena robek.  Bila doktor mula hiris perut kita, kita memang rasa sakit yang amat sambil meraung-raung dan tangan kita terkapai-kapai. Tapi doktor pakar bius plak bleh ingatkan kita cuma tak boleh terima hakikat yang kita kena emergency caesar. Adoi! Memang frustrated giler lah masa tu. Terngiang-ngiang lagi kata doktor, 'She's so young'... Aku bukan young! Aku sakit! Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Kita rasa bagaimana perut kita dihiris, tangan doktor dimasukkan ke dalam abdomen, bagaimana doktor cari baby dalam perut dan yang paling sakit sekali, waktu doktor tarik baby keluar dari perut.  Allah, bagaikan nyawa yang ditarik dari jasad. Memang inilah agaknya apa yang mat Salleh katakan sebagai near-death experience. Atau apa yang orang kita cakap mati hidup balik.

Tapi ajaibnya kuasa Allah, lepas kesakitan yang amat sangat seperti nyawa ditarik dari jasad tu, tiba-tiba semua kesakitan hilang. Hilang macam tu jek. Pastu terdengar Mia nanges macam nak beritahu satu dunia yang ada orang kacau dia. Adoi, punyalah nyaring.

Masa tu, kita dah tak rasa dah apa doktor buat kat kita. Fikiran kita kosong.

Punca Bengang

Waktu tulis entry ni, kita masih lagi terasa perasaan bercampur baur waktu tu. Bengang, sakit, kecewa dan macam-macam lagi. Kenapa? Sebab kecuaian hospital, tak fasal-fasal kena bayar almost 5k untuk pembedahan caesarean. Lagi kita bengang bila doktor kata Mia sebenarnya tak terbelit pun tali pusat. Sampai sekaranglah memang rasa nak menyumpah je nurse yang sebok dok marah perempuan nak bersalin sampai abaikan tanggungjawab dia untuk monitor kita. Lepas tu sempat lak gaduh and bertekak dulu sebelum nak masuk balik labour room kita.

Tu tak masuk lagi kesakitan dan kepayahan yang kita terpaksa tanggung sepanjang berpantang sampailah luka Caesarean tu pulih sepenuhnya. Betapa sakitnya bila terbersin. Betapa seksanya setiap kali batuk. Betapa payahnya nak jalan ke sana sini, nak keringkan luka lepas mandi, nak sapu ubat kat luka. Then ubat periuk and ubat bersalin semuanya tak boleh makan bagai.

Bagi kita tragedi ni sebenarnya memang boleh sangat-sangat dielakkan. Especially kalau nurse-nurse ni tak take for granted. Tak semua orang kesnya sama. Jangan main assume semua orang akan buka lambat dan sebagainya.  Sebab korang main assume, padahnya kitorang yang terima.

Serik Bersalin di HUKM/UKM Specialist

Lebih kurang sebulan lepas Mia lahir. Kita ditakdirkan mengandung lagi. Kalini, memang seriklah kita nak bersalin lagi kat HUKM/UKM Specialist memandangkan diorang kongsi labour room dan staf.

Nanti kita cerita pula pengalaman bersalin Hariz.

HUKM baby
Mia berusia 2 hari. Kena tahan kat UKM Specialist sebab jaundis

Mia Qaisara
Masa kecik-kecik dulu gebu je..

Disclaimer: Ini pengalaman saya. Pengalaman anda mungkin berbeza. Kalau anda nasib baik, Alhamdulillah. Tapi inilah yang berlaku pada saya. Semua orang nasib lain-lain. Harap takde yang emo nak kondem. Sekian, terima kasih.


Baca juga:

Pil Perancang Yasmin Tak Menggemukkan?
Pil Hormon Cina Besarkan Payu Dara?
Set Berpantang Affiat Kempiskan Perut
Rahsia Kulit Sihat dan Berseri
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik


5 comments:

  1. betul tu, pengalaman setipa ibu yang melahirkan anak memang berbeza beza... thanks sharing this, at least ada parents boleh guna untuk rujukan. so nextime membantu untuk menghadapi crisis seperi ni ... so far, alhamdulillah buat mrs pip, kedua dua kelahiran dipermudahkan dalam labour room. hope mia n hariz membesar dgn sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks wak... Alhamdulillah rezeki awak dipermudahkan dalam urusan ni

      Delete
  2. Adoi scary pulak bila dah baca pengalaman awak ni. Tengah survey juga kat mana nak bersalin ni.

    ReplyDelete
  3. ok... that was some experience.. I never went through caesarian so I do not know the feeling..

    ReplyDelete