Tuesday 21 July 2020

Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah Confirm Jadi

July 21, 2020 0
Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah Confirm Jadi

Hai semua,

Salam PKP. Sis yakin sepanjang PKP ni memang ramai yang dah berjaya menaiktaraf kemahiran diri tak kiralah dari segi memasak, membakar, membaking dan sebagainya. Sis juga tidak terkecuali. Malahan, bagi mengisi kehampaan dan kecewaan di sanubari, sis dah senaraikan siap-siap beberapa menu wajib cuba sampai jadi bagi mengisi masa sewaktu PKP.

Seperti yang tertulis pada tajuk posting ini, resepi PKP yang telah dicuba, diuji dan dikaji sehingga jadi kali ini ialah puding karamel. Mungkin bagi sesetengah orang mudah saja nak buat puding karamel, tapi untuk memenuhi citarasa sis dari segi estetika dan rasa bukannya begitu mudah.

Puding karamel
Siapa yang tak suka puding karamel kan? Sumber gambar:Modernhoneydotcom

Untuk mencari resepi yang kena dengan jiwa dan citarasa, sememangnya perlukan eksperimentasi. Ada yang terlalu hanyir, terlalu keras, teksturnya berlubang-lubang sehingga tidak jelita.

Setelah mencuba beberapa resepi yang telah diperolehi dariapda FB, Google dan sebagainya, di sini sis kongsikan resepi puding karamel mudah confirm jadi. Pastu cantik jelita tanpu lelubang pulak tu:

Resepi puding Karamel:
sumber: hanamemories.blogspot.com

Bahan A: Puding
-5 biji telur (Saiz B) atau 4 biji telur (Saiz A)
-Satu tin susu cair (400ml)
-150 ml air biasa
-4 sudu besar gula
-1 sudu kecil esen vanila

Bahan B: Karamel
-5 sudu besar gula kasar
-2 sudu besar air

Cara-cara
-Untuk membuat karamel, masukkan gula kasar dan air ke dalam kuali
-Buka api sederhana dan kacau sehingga keperang-perangan.
-Tuang ke dalam loyang untuk disejukkan dan ketepikan
-Untuk puding pula, satukan semua bahan. Kacau perlahan semua bahan sehingga sebati.
-Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi
-Kukus selama 45 minit atau sehingga masak atau
-Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan kukus di dalam oven dengan menggunakan kaedah waterbathd dengan suhu 180 darjah selsius selama 45-50 minit
-Sejukkan dan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan

Tips:

-Dalam kebanyakan resepi, pembuatan karamel adalah dengan memanaskan kuali dan memasukkan gula sehingga cair, baru dimasukkan air. Kaedah ini lebih mudah membuat tangan anda tercedera berikutan air melompat akibat reaksi gula panas (mengikut pengalaman sendiri). Kaedah lebih mudah ialah masukkan gula dan air dahulu, kemudian baru panaskan api. Gula lebih mudah larut dan menjadi karamel tanpa sebarang kecederaan.

-Untuk dapatkan puding yang jelita tanpa lubang, pastikan semua bahan puding dikacau perlahan. Puding yang dipukul menggunakan mixer atau blender biasanya mudah menjadikan puding anda berbuih dan berlubang

-Kalau menggunakan blender ataupun mixer dan adunan berbuih, pastikan anda tapis adunan itu beberapa kali sebelum mengukusnya. Tips ni sis nampak daripada video caramel flan dari luar negara

-Saya lebih gemar mengukus karamel dalam oven kerana suhu dan waktunya lebih mudah dikawal dan lebih stabil berbanding kukus dalam pengukus menggunakan dapur.

-Tutup loyang menggunakan aluminium foil atau cling wrap (kalau kukus atas dapur) sebelum mengukus bagi mengelakkan wap menitis masuk ke dalam loyang dan menjejaskan tekstur dan kejelitaan puding anda

-Waterbath: Masukkan loyang puding di dalam loyang lebih besar yang berisi air.

Tutup loyang
Ha, balut pakai aluminium foil cecantik cenggini sebelum korang nak buat water bath

Dah siap masak
Ni dah siap water bath, cantik je kan permukaannya. Flawless gituuu

Puding dah diterbalikkan
Berdebar sis masa nak terbalikkan. Mujurlah jelita. 

Selamat mencuba!

Baca juga:

Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row Six
Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam






Sunday 12 July 2020

Top 7 Fast Foods Are worth to Order in Malaysia

July 12, 2020 0
Top 7 Fast Foods Are worth to Order in Malaysia

Hai semua,

Apabila sebut tentang makanan segera, perkara pertama yang kita bayangkan adalah KFC, McD, PizzaHut, Domino dan beberapa lagi outlet yang sentiasa ada di dalam minda rakyat Malaysia. Mereka yang gemar membuat tempahan makanan di atas talian disebabkan mereka terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menyediakan makanan buat insan yang tersayang.

Jadi, makanan segera ini akan menjadi pilihan pertama kerana cepat, mudah dan mempunyai harga yang berpatutan selain daripada kepelbagaian menu yang ada. Maka dengan itu, menu makanan segera amatlah digemari oleh mereka yang berkerjaya.

fast food


Antara makanan segera yang sangat berbaloi untuk tempahan makanan adalah seperti : 

1) Nasi Lemak McDonald's



Pasti ramai Rakyat Malaysia yang mengemari makanan popular Malaysia iaitu nasi lemak. Jadi, McDonald's telah mengeluarkan satu produk makanan yang berasaskan citarasa Asia iaitu Nasi Lemak.

Nasi Lemak McDonald's ini berbeza dengan Nasi Lemak yang lain kerana Nasi Lemak ini disertakan dengan 2 ketul ayam McDonald's yang crispy dan spicy. Selain itu, Nasi Lemah ini juga ada telur goreng dan sambal yang sedap. Nasi Lemak McDonald's ini sesuai untuk kanak-kanak serta mereka yang tidak makan makanan pedas. Nasi Lemak McDonald's ini berseason bukan menu yang sentiasa ada seperti ayam spicy, nugget dan lain-lain. 

2) Cendol-Flavoured Ice Cream



Dari kecil sampai dewasa, sememangnya air cendol merupakan salah satu minuman sejuk yang popular di Malaysia. Cendol-flavoured ice cream merupakan salah satu ice cream yang wajib mereka cuba sekiranya masih available di McDonald's kerana ice cream ini berseason. Cendol ice cream ini sangat-sangatlah sesuai di makan ketika cuaca yang panas, wow pasti rasa cendolnya melekat di tekak. 

3) Oreo Mc Flurry



Ice cream Oreo Mc Flurry merupakan salah satu menu ice cream yang tetap di Mc Donald's ini. Semua pasti mengenali ice cream Oreo Mc Flurry ini sebab ianya bukan ice cream berseason tetapi ianya di kira menu utama ice cream di McDonald's. Ice cream vanilla yang disaluti oreo. Apabila ice cream oreo Mc Flurry ini masuk ke dalam mulut, kemanisan dan kesedapan ice cream sangat di rasai. Semua Ice cream sangat sesuai di ambil ketika cuaca panas dan ketika anda berasa stress.

Benarkah ice cream Vanilla membantu merawat sakit tekak atau masalah tonsil?

Ice cream vanilla tidak merawat penyakit tonsil mahupun sakit tekak tetap ice cream hanya membantu melegakan kesakitan sahaja. 

4) Manggo Mc flurry



Wow, ice cream lagi!!!

Ya, McDonald's sangat popular dengan penghasilan ice cream yang sangat sedap. Pasti anda tidak akan menyesal sekiranya membeli ice cream di McDonald's ini. Tetapi Mango Mc flurry ini berbeza dengan ice cream mango yang lain.

Mengapa ianya berbeza??? Curahan mango diatas ice cream vanilla sangat terangkat rasanya. Semua ini disebabkan oleh citarasa asia yang menyukai kemanisan buah mangga. Jadi, keaslian perisa mangga buat ice cream ini sangatlah terasa.

Bagi mereka yang menyukai buah mangga, pilihan Mango Mc Flurry ini tidak akan pernah rasa menyesal. Tetapi perlu di ingatkan, ice cream Mango Mc Flurry ini merupakan salah satu ice cream berseason. Jadi, apa lagi jangan lepaskan peluang selagi ice cream ini masih available di McDonald's.
 
5) Pai Pulut Hitam



Pulut hitam merupakan salah satu menu tradisi Malaysia. Tetapi kini, menu pulut hitam ini telah di upgrade oleh McDonald's menjadi salah satu menu seperti Wastern Asia.

Bagaimana ia menjadi seperti Wastern Asia? Mudah sahaja, Mc Donald's telah mengeluarkan menu baru iaitu pai pulut hitam. Bagi mereka yang mengemari bubur pulut hitam ini, anda sangat sesuai untuk merasai pai pulut hitam ini.

Rasa pai yang panas serta di tambah dengan rasa pulut hitam yang lemak menyebabkan rasa pai pulut hitam ini sangat menyengat ketika makan sebagai dessert di petang mahupun malam hari.

Tetapi pai pulut hitam ini adalah salah satu menu yang bermusim jadi jangan pernah lepaskan peluang untuk merasai kelazatan pai pulut hitam ini. 

6) Kari Lava (KFC)





Bila sebut sahaja pasal kari, ianya sinonim dengan rakyat Malaysia. Kini, KFC telah menyediakan satu menu berasaskan kari yang sangat pekat dan menyelerakan. Semua ini disebabkan oleh campuran ayam, nasi dan limpahan kari di atas nasi yang menyebabkan aroma kari itu melekat sehingga sukar untuk di tafsirkan bagi pengemar kari.

Kari Lava rice ini merupakan set jimat bagi mereka yang ingin berjimat ketika merasai kelazatan makanan segera. Jadi, jangan pernah lepaskan peluang untuk merasai kelazatan kari lava rice, ianya hanya ada di KFC seluruh Malaysia. 

7) Kentang Putar (mashed potato) KFC



Kentang putar boleh dikatakan salah satu signature bagi KFC kerana kebanyakkan pelanggan pasti akan menambah mashed potato di dalam menu sekiranya tiada mashed potato di dalam menunya.

Mashed potato ini berbeza disebabkan kepekatan dan rasa kuahnya yang berbeza daripada mashed potato yang lain. Bagi mereka yang meminati mashed potato daripada KFC pasti tidak dapat melupakan limpahan kuah (black pepper sos) yang pekat dan cukup rasanya.

Mashed potato ini sangat sedap dan lazat apabila dimakan ketika masih panas. Ini disebabkan kelembutan mashed potato itu blend dengan rasa kuah black papper sosnya yang sangat pekat. Mashed potato ini sangat sesuai bagi kanak-kanak baru sahaja hendak mencuba makanan yang lembut..

Jangan juga dilupa yang setiap satu jenis makanan di dalam list di atas merupakan salah satu jenis makanan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada menu yang telah di mix menjadi lebih upgrade, dan ada yang menu berseason (mengikut promosi). Kebiasaannya, menu bermusim ini menjadi kegilaan ramai kerana perlu menunggu lama untuk mendapatkan menu itu lagi. Jadi agak-agaknya, berbaloi tak mencuba menu dari restoran makanan segera yang mempunyai harga yang berbaloi-baloi ini. 



Makin best, semua restoran makanan segera yang disebutkan ini boleh dinikmati makanannya dengan cara duduk di rumah saja. Fast food delivery Malaysia yang sangat berbaloi dari pihak Foodpanda bukan saja dapat memudahkan urusan mendapatkan tempahan makanan malah dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Walau bagaimanapun, meski semua makanan ini sedap dan berbaloi-baloi harganya, kita perlu sentiasa bersederhana dalam setiap pengambilan. Stay happy, stay healthy.

OXOXO