Monday 12 July 2021

Idea Dekorasi Untuk Menceriakan Balkoni Anda

July 12, 2021 0
Idea Dekorasi Untuk Menceriakan Balkoni Anda

Hai semua,

Rentetan perkongsian tentang pengalaman ubah rupa balkoni DIY sendiri haritu, harini nak cerita fasal beberapa idea dekorasi untuk balkoni anda.

Gabungan satu atau dua atau beberapa daripada idea ini sahaja sudah cukup untuk menghias dan mencantikkan lagi balkoni anda.

Cosy Balcony
Sumber Loveproperty dot com

1. Bersihkan dan Cat Semula Untuk Segarkan Ruang Balkoni

Untuk balkoni yang dah lama terbengkalai macam balkoni sis, perkara pertama yang wajib haruslah bersihkan dan cat semula untuk segarkan ruang balkoni. Lepas korang kemas, buang habuk dan cat semula dinding yang dah berkulat, grill yang dah berkarat, percayalah, ruang tersebut terus nampak terang dan macam-macam idea dekorasi akan datang mencurah-curah.

Oh ya, siapa kata balkoni mesti nak kena warna putih? Boleh je warna memacam asalkan kena dengan suasana yang korang nak wujudkan. 

Gambar-gambar berikut dari loveproperty dot com.

Gothic and dramatic balcony
Suka ala-ala gothic dan dramatic? Boleh pilih balkoni begini

Sunset balcony
Warna sunset yang menarik

White balcony
Putih warna yang malar segar dan tidak ketinggalan zaman

2. Letakkan Decking Untuk Ubah Rupa Lantai Balkoni

Ha, bagi sesiapa yang mempunyai tile balkoni dengan warna-warna pudar dan kelam, memang sangat sesuai untuk pasang decking untuk menyemarakkan suasana balkoni anda.

Decking pula terdiri daripada decking kayu pelbagai warna dan juga decking rumput. Untuk balkoni rumah sis tempoh hari, sis telahpun memilih kombinasi decking rumput dan decking kayu supaya ia tidak nampak bosan.

Sis memilih decking dan bukannya karpet rumput sebab suka mix and match. Lepas tu, tile kat rumah ni memang saiz 30x30, jadi senanglah sebab saiz decking pon sama 30x30. Kira jelah ada berapa tile, beli berapa decking. Yang lain letak je batu. Nanti kat bawah kita citer fasal karpet rumput dengan batu plak yer.

Floor Decing
Floor decking kayu ataupun rumput

Decking Hitam
Decking hitam juga nampak anggun

Decking Kayu
Penuhkan dengan satu jenis decking saja pon okey

3. Pasang Karpet Rumput Untuk Ciptta Suasana

Bagi mereka yang tak berminat sangat dengan decking kayu, boleh juga pertimbangkan karpet rumput. Kalau nak senang, boleh je contact seller yang boleh custom made. So diorang akan potong karpert rumput tu mengikut ukuran yang diberi.

Kalau malas nak tunggu, boleh je beli dari Mr. DIY ataupun bahagian gardening di AEON Jusco. Pasaraya Giant dengan Tesco pun mungkin ada juga. Ha, bentang je. Jangan lupa ukur dulu, barulah tak yah ulang-alik banyak kali kalau tak cukup.

Oh ya, karpet rumput ni pon ada banyak gred dan jenis dia tau. Ada jenis yang kasar, yang lembut, yang PVC dan memacam lagilah. Kalau nak tahan lama, nak nampak jelita, haruslah kena keluar belanja lebih sikit. Kat Mr. DIY tu pun, dah banyak jenis dan gred karpet rumput yang ditawarkan.

Katanya ada dari jenis rumput Mutiara, Rumput Jepun, Filipin dan sebagainya.

Baik uol tanya seller bebaik, mana satu yang sedap dipijak dan tak bertakung air serta cepat kering terutamanya kalau balkoni korang jenis yang tempias tu.

Grass Carpet
Terus naik suasana dan terang mata

Artificial Glass Carpet
Balkoni tampak mendamaikan dengan warna hijau rumput

4. Batu-batu Kecil Isi/Hiasi Ruang Balkoni

Kalau jenis yang pakai decking macam sis, mestilah ada tempat yang tak muat nak pasang satu decking. Maka penyelesaian paling mudah adalah untuk mengisi ruang tersebut dengan batu-batu sungai.

Batu sungai pon pelbagai warna. Boleh je nak guna warna-warna yang korang rasa sesuai bagi mewujudkan suasana yang dimahukan.

Nak beli batu-batu sungai ni kat mana? Alah, takyah risau. Sekali lagi, Mr DIY banyak! Macam-macam warna, macam-macam saiz. Apa? PKPD? Kalau gitu cari jelah kat Shopee sis. Shopee memungkinkan segala-galanya.

Pebbles for Balcony
Pelbagai saiz ada, nak yang mana?

Grey Pebbles
Batu sungai berwarna kelabu juga jelita

5. Pasang Lampu Solar Untuk Keceriaan dan Suasana Damai Waktu Malam

Balkoni tidak sepatutnya jadi tempat escape pada waktu siang sahaja, kalau pandai hias, ia juga boleh menjadi ruangan yang sangat menenangkan walaupun pada waktu malam.

Ya, memang banyak balkoni yang tidak mempunyai plug point. Lagipun, kalau pasang lampu elektrik, dikhuatiri meningkat pula bil elektrik nanti. 

Makanya, lampu solar sememangnya jawapan bagi permasalahan ini terutamanya kalau balkoni korang sentiasa disinari cahaya matahari. Memang cukuplah tenaga solar untuk menceriakan balkoni anda sepanjang malam nanti.

Yang ni payah sikit nak cari kat kedai, better buka Lazada atau Shopee jelah senang.

Balcony at night
Ceriakan Suasana Balkoni Pada Waktu Malam

Lantern Solar Lamp
Lampu solar jenis lantern, letak boleh gantung pon boleh

Solar Lamp
Ada yang sukakan mentol berwarna-warni begini?

Water Drop
Lampu solar berbentuk titisan air

6. Pokok dan Tumbuh-tumbuhan Pelengkap Balkoni

Dah siap dekorasi asas dan penaik suasana seperti decking, karpet rumput, cat yang cantik serta lampu solar, sudah masanya kita serikan pula dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sebagai pelengkap balkoni.

Kalau malas, memang lah boleh letakkan pokok palsu sahaja, tetapi kenapa tidak pilih pokok dan tumbuh-tumbuhan asli supaya ia juga boleh memberikan udara segar dan membekalkan oksigen.

Jika anda sukakan bau-bauan yang segar dan wangi, mungkin juga boleh pilih untuk menanam herba dan pokok bunga yang mendamaikan.

Oh ya, anda jenis yang praktikal? Tanamlah herba yang sering digunakan di dapur. Dapat jimatkan duit lagi. 

Kalau jenis tak suka balkoni yang sarat, cukuplah satu hingga tiga pokok pasu besar. Itu saja sudah cukup untuk menyegarkan udara anda.

Pokok ni plak, boleh pilih untuk disusun begitu sahaja di balkoni, atau disusun pada rak yang ditemptakan di balkoni, digantung pada tembok atau rail balcony, diletakkan ataupun digantung dari atas. Ikut citarasa andalah.

Balkoni damai
Gambar dari House Beautiful Dot Com
Hanging rack
Rak begini pon boleh dipertimbangkan


Wooden Hanging Rack
Rak Gantung Kayu

Plant Rack
Cantik juga yang begini kan?

7. Kerusi Atau Meja Untuk Bersantai

Akhir sekali, kalau cukup ruang balkoni anda, maka bolehlah pertimbangkan untuk letakkan kerus atau meja untuk anda bersantai dan menikmati pemandangan waktu pagi mahupun luar.

Bolehlah menghirup udara segar sambil minum secawan kopi atau teh, makan kek ataupun membaca majalah di luar.

Tapi semuanya bergantung kepada keutamaan anda.

Hanging Chair
Gambar dari homedit dot com

Chair and Table for Balcony
Kerusi dan Meja begini pun sesuai untuk bersantai sambil minum teh

Hanging Table
Kalau nak pakai kerusi panjang, boleh pertimbangkan meja lipat begini

Nordic Style
Suka gaya Nordic, boleh letak yang begini

Baiklah, sekian perkongsian idea dekorasi untuk menceriakan balkoni anda buat kali ini.

Kalau nak tengok ubah rupa balkoni saya beberapa bulan lepas, boleh klik SINI.

Semoga semua idea-idea ni dapat memberi ilham bagi anda mewujudkan suasana balkoni yang menceriakan serta mendamaikan tatkala PKPD yang sangat menyesakkan ini.

Sekian...

Da~~~