May 2019 - Prettily Rare

Saturday, 18 May 2019

Tony Roma's Perkenal Hidangan Festive Delight Untuk Dikongsi Bersama

May 18, 2019 1
Tony Roma's Perkenal Hidangan Festive Delight Untuk Dikongsi Bersama
Salam Ramadan semua,

Sudah lebih kurang 2 minggu kita berpuasa. Semoga Ramadan kali ini mendatangkan penghayatan yang lebih mendalam serta membawa berkat dalam kehidupan kita.

Biasalah, kalau dah puasa tu, mestilah ada berbukanya. Menu berbuka semestinya satu lagi topik Ramadan yang sering diperbincangkan dan dikongsikan bukan sahaja sebagai topik perbualan, tetapi juga topi perkongsian dalam media sosial. Tak kiralah apa sekalipun rezeki kita untuk berbuka puasa pada hari ini dan hari-hari akan datang, panjantkanlah rasa syukur kerana kita masih diberikan rezeki olehNya.

Memang benar buka puasa cukuplah sekadar bersederhana. Namun kadangkala kita juga mempunyai keinginan untuk berbuka sesuatu yang diidamkan atau sesuatu yang lain daripada kebiasaannya. Lebih seronok kalau dapat berbuka beramai-ramai dengan keluarga yang dicintai atau rakan-rakan dan sahabat handai. Apa salahnya sekali-sekala kita makan dan menikmati juadah yang enak bersama-sama yang tersayang, betul tak?



Bagi penggemar daging seperti saya, saya sangat-sangat syorkan menu Festive Delights daripada Tony' Romas iaitu restoran daging dan stik kegemaran saya. Antara menu istimewa sempena bulan puasa dan bulan Perayaan dari 1 Mei hingga 30 Jun ini, terdapat pelbagai hidangan istimewa tulang rusuk kambing, ayam panggang BBQ dan beef riblet yang semestinya menyelerakan.

Menu Festive Delight ini terdiri daripada set hidangan individu seperti Sensational Serai BBQ ¼
Chicken, Tempting Tomyum BBQ ¼ Chicken dan TR Original BBQ ¼ Chicken yang mana ia sesuai sama ada untuk makan di restoran mahupun dibawa pulang. Kesemua hidangan satu perempat bahagian ayam dengan perisa berbeza ini didatangkan dengan jagung, sayur salad dan kentang lenyek atau nasi yang boleh anda pilih.

Sensational Serai BBQ ¼ Chicken

Tempting Tomyum BBQ ¼ Chicken

Bagi mereka yang terdiri daripada 3-4 orang, maka bolehlah buat pesanan untuk menikmati hidangan Selera Iftar yang mana anda sekeluarga atau anda dengan rakan-rakan dapat menikmati tulang rusuk kambing yang dimasak dengan sos asam madu, setengah ekor ayam barbeku, riblet daging lembu dengan sos asli Tony Roma's, salad campuran, jagung, roti baguette, pilihan empat mangkuk kentang lenyek atau nasi serta empat mangkuk sup.
Selera Iftar. Nampak tak sos asam madu tu? Pergh... Menggoda

Kalau korang datang dengan rombongan yang lebih meriah, jangan risau, Tony Roma's juga ada menyediakan Meriah Meal, tulang rusuk kambing yang dimasak dengan sos asam madu, setengah ekor ayam barbeku, riblet daging lembu dengan sos asli Tony Roma's, salad campuran dengan udang Kicin', jagung, roti baguette, pilihan enam mangkuk kentang lenyek atau nasi serta enam mangkuk sup.
Meriah Meal yang memang meriah

|Bagi peminat daging kambing, bolehlah cuba tiga hidangan sampingan bercirikan kambing. Antaranya flatbread kambing iaitu roti leper rangup yang dihidangkan dengan kambing pangang serta keju Harvati, keju biru, cendawan liar, lada merah, kucai dan sos horseradish di atasnya, burger kambing dan juga pasta kambing.
Flatbread kambing yang menggugat iman

Setiap hidangan ini juga dihidangkan dengan minuman edisi terhad seperti Banana Slurpee, Blackcurrant Jelly Bandung, Mango Blackcurant Jelly dan Very Strawberry Jelly. Semuanya dengan jeli khas untuk dikunyah sewaktu menghirupnya.

Oh ya, sebagai penutup hidangan, jangan lupa untuk mencuba manisan jeli Tony Roma's iaitu Whippy Blackcurrant dan Whippy Berry ya?

Tergoda? Ha, bolehlah mula pilih tarikh dan ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk berbuka sama sepanjang bulan Ramadan ni. Kalau dah bosan makan makanan raya pada bulan Syawal nanti, jangan lupa, Festive Delight sentiasa menanti anda di Tony Roma's!


Sekian sajalah entri kali ni, makruh pula karang puasa saya kalau tenung dan cakap lama-lama fasal hidangan Festive Delight Tony Roma's.

Da~~~

Saturday, 11 May 2019

Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur Dengan SegiFresh

May 11, 2019 1
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur Dengan SegiFresh
Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal resepi santapan mudah yang senang terlampau. Ha! Kalau dah sampai macam gitu cara deskripsinya. Memang ternyata mudahlah gamaknya. Kalau nak jimat, lagi senang. boleh shopping je di SegiFresh.

macam-macam ada
Macam-macam ada di sini.

Okeylah, mula-mula sekali kita nak cerita dulu, a. pakah makanan paling versatile yang mudah dipadankan dengan apa-apa je? Lekas jawab dalam tempoh 3 saat. Tet. Tamat tempoh.

Jawapannya sardin! Kenapa sardin? Sebab kalau diikutkan, sardin ni memang digemari ramai dan tak ramai orang yang alergik dengan sardin sampaikan laksa yang dijual pun banyak gantikan ikan tongkol (eh, yeke ikan tongkol?) dengan sardin.

Lagipun kalau korang dah buat inti sardin ni. Boleh simpan je dalam peti sejuk pastu kalau perlu je boleh keluarkan untuk dimakan dengan roti, nasi, mi, mihun, ratah begitu saja, jadikan inti popia, karipap dan sebagainya. Semuanya ikut kreativiti masing-masing sajalah nak dipadankan dengan apa.

Oh ya, yang paling best sekali, inti sardin ni juga boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Menggunakan diri sendiri sebagai contoh, saya ni kuat makan pedas. Anak-anak pula tak makan pedas. Jadi kalau nak buat inti sardin, kenalah buat dua versi iaitu versi pedas dan tidak pedas. Barulah kedua-duanya berselera nak makan. Biasalah mak-mak, mestilah nak jaga selera semua pihak kannnn?

Untuk buat inti sardin versi seisi keluarga ni, bahan-bahan diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan
1 tin sardin jenama Trader's Choice (boleh dapatkan di Pasaraya SegiFresh)
1 labu bawang merah (Didadu)
1 biji limau (ikut suka)

Rencah Tumis
3 ulas bawang putih
5 butir cili padi (ikut tahap kepedasan yang dimahukan)


Versi Tak Pedas
1.Pertama sekali, lenyekkan sardin dengan menggunakan garfu. Letak tepi. (Kalau tak nak inti sardin berkuah, kurangkan kuah sardin mengikut citarasa masing-masing, kalau tak nak letak langsung kuahnya pon boleh)

2. Potong dadu 1 labu bawang merah dan gaulkan ke dalam sardin yang telah dilenyekkan
Ni je rajin nak tangkap gambar. Bawang dadu tu jangan lah besar-besar sangat nehh...

3. Perah limau ke dalam adunan untuk mengurangkan rasa hanyir sardin dan menaikkan rasanya (saya tak buat sebab limau tak ada. Tapi sedap je hasilnya)

4. Asingkan separuh daripada sardin tersebut dan boleh disejukkan ke dalam peti ais untuk versi inti sardin tak pedas bagi golongan kanak-kanak. Yeay!


Versi Pedas
1. Tumbuk (kisar pon boleh, tapi saya lebih suka tumbuk) rencah tumis dan tumiskan menggunakan api sederhana sehingga wangi dan separa garing

2. Masukkan separuh lagi sardin lenyek yang telah diasingkan ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati

3. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam bekas untuk digunakan apabila perlu

Okey,  tinjau kejap apa yang patut dibuat dengan inti sardin tu selain dipadankan dengan nasi dan roti biasa.

Untuk si manja Mia dan Hariz, sis padankannya dengan roti cranberry dan susu yang bersifat manis. Jadi cukuplah protein, buah-buahan kering, susu dan karbohidrat untuk anak-anak. Pastu bancuh minuman kegemaran mereka. Mudah saja kan?

SegiFresh
Sayang Mia. Rajin bangun sahur. Muah!


Untuk mak bapak pulak, biasanya bila dah berusia, tentulah kena kurangkan pengambilan karbohidrat dan makan dengan lebih seimbang. Jadi kita gulung je pakai wrap. Pastu bolehlah buat mango salad mudah untuk gizi pemakanan yang lebih seimbang dan menyelerakan macam yang sis buat ni.

Nampak ceria dan menyelerakan je kan santapan ni? Nak sediakan pun tak sampai 10 minit kalau dah buat inti tu siap-siap.

Segi Fresh
Salad tu pon sedap. Padahal tak ada dressing pun. Pakai bahan segar je.

Walaupun tak suka minum minuman manis dan lebih selesa minum air kosong saja. Tetapi kalau korang nak tahu, gula merupakan brain food. Iaitu bahan bakar untuk otak kita. Jadi pada waktu pagi bolehlah ambil sedikit minuman manis.

Pilihan saya kopi untuk Mia (budak ni suka minum kopi) dan minuman malta coklat untuk saya kerana saya tak suka minum kopi.

PrettilyRare
Tada. Siap makanan inti sardin versi pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga.

Sardin dari SegiFresh
Pakai sardin Trader's Choice je wak. Sedap je rasanya. 


Oh ya, sis juga nak ambil kesempatan untuk membebel sendirian kerana sis baru sedar selain sis, ramai juga yang mempunyai salah faham bahawa hanya jenama terkenal sahaja yang boleh dipercayai sehingga kita tak beri peluang kepada jenama lain walaupun mereka turut menawarkan kualiti makanan yang bermutu.

Sebelum ni sis juga selalu beli sardin, susu tin, tisu dan pelbagai produk lagi dengan jenama yang gah sahaja. Walhal, yang lain jauh lebih murah dan kualitinya juga setanding. Waduh! Waduh!  Antara jenama yang turut boleh dipercayai dan boleh didapatkan di SegiFresh ni ialah Trader's Choice, Sedaap, Berkat dan Crown's Choice.

Jom lihat jap apa hasil tangkapan sis di SegiFresh sebagai stok ramadan kali ini:


SegiFresh
Hasil tangkapan di SegiFresh
Baiklah sekian sahaja posting sis untuk kali ini. Selamat menyambut Ramadan dan semoga ibadah kita semua diterima.

Jangan lupa cuba resepi sis tau! Muah!

Thursday, 2 May 2019

Review: Wad Hospital Pakar KPJ Selangor (Seksyen 20, Shah Alam)

May 02, 2019 18
Review: Wad Hospital Pakar KPJ Selangor (Seksyen 20, Shah Alam)
Hai semua,

Kesinambungan kepada kisah saya yang telah ditahan di wad selama 8 hari di Hospital Pakar KPJ Shah Alam, Selangor, di sini saya nak kongsikan ulasan saya mengenai perkhidmatan perubatan sepanjang tempoh penginapan saya di sana.
Seksyen 20 Shah Alam
Gambar Google je. Kredit Astro Awani

Korang semua pernah ditahan di wad tak? Kalau mereka yang jenis keluar masuk hospital, mesti banyak kisah dan pengalaman pahit manis di wad kan? Saya pernah ditahan di wad beberapa kali. Antara wad yang pernah dihuni saya ialah wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Pakar UKM (UKM Specialist), Hospital Assunta, Petaling Jaya, Ara Damansara Medical Centre dan terbaru, Hospital Pakar KPJ Shah Alam.

Selain itu, anak-anak saya pula pernah menerima rawatan wad di Pantai Medical Centre, Pantai Dalam dan Subang Jaya Medical Centre. Alhamdulillah, kebanyakannya dibiaya oleh majikan mahupun syarikat insurans yang mana saya telah langgan perkhidmatannya.

Secara jujurnya, kalau boleh buat pilihan, saya lebih sukakan Hospital Pakar Shah Alam (SALAM Specialist) ataupun Avisena atas faktor peribadi. Namun saya tidak mempunyai pilihan kerana Hospital Pakar KPJ Shah Alam merupakan satu-satunya hospital panel yang dilantik dalam kes saya ni.

Kali terakhir saya pergi ke sini kerana Mia perlu dimasukkan ke wad kerana Influenza B namun keadaan tidak memihak apabila semua wad di SALAM, KPJ, Avisena dan SJMC penuh dan akhirnya kami terpaksa ditempatkan di Ara Damansara Medical Centre.

Apabila ditahan di wad sebanyak 2 kali ni, barulah saya tahu sebenarnya kemasukan wad di KPJ Shah Alam terbahagi kepada dua jenis. Satunya apabila berjumpa doktor/pakar dan ditahan manakala satu lagi saluran pula apabila kita ditahan wad setelah merujuk kes kepada bahagian kecemasan.

Wad pakar di tingkat 3 manakala wad kecemasan di tingkat 2. Kedua-dua wad tersebut mempunyai suasana dan rekabentuk yang berbeza. Seingat saya, wad di tingkat 3 lebih riuh rendah manakala wad di tingkat 2 pula senyap sepi. Tapi mungkin juga kerana lebih banyak kes yang serius di wad tingkat 2 berbanding wad tingkat 3. Wallahualam.

1. Pek Permulaan
Apa-apa pun, sesiapa sahaja yang dimasukkan ke wad atau ditahan di wad di KPJ Shah Alam, mereka akan menerima starter pack atau digelar pek permulaan (ala-ala menginap di hotel) yang berupa cawan jenis mug dan penutupnya serta pek keperluan asas peribadi aka toiletries yang terdiri daripada berus gigi, ubat gigi, mandian, syampu dan tuala muka. Kerlas u! Dalam banyak-banyak hospital, nilah hospital pertama yang disediakan semua ini. Ke hospital lain pun ada? Cuma saya je tak tahu?
Free Gift
Mula-mula masuk ingatkan ada orang tertinggal. Rupa-rupanya nilah pek permulaannya
Free Gift
Isi kandungan dalam beg hitam
KPJ Selangor
Ada juga tuala muka. Lupa nak bagitau
Free Gift KPJ Selangor
Hi, inilah mug KPJ Selangor

Secara keseluruhannya, ada pelbagai jenis wad yang ditawarkan di KPJ Shah Alam. Yang ni saya puji sebab ini menandakan KPJ Shah Alam lebih prihatin kepada permintaan atau keperluan pesakit yang mungkin mempunyai bajet yang terhad namun ingin mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Jom tengok jenis-jenis wad yang ada di sini:

KPJ Selangor

KPJ Selangor

Type of Ward KPJ Selangor

Type of Bed KPJ Selangor


Menurut carta yang disediakan di atas, KPJ Shah Alam masih lagi mengekalkan bilik 4 katil yang mana praktis ini sudah lama dimansuhkan oleh kebanyakan hospital swasta. Biasanya kebanyakan hospital swasta hanya menawarkan double bed atau single bed sahaja tetapi dengan pilihan yang berbeza-beza.


2. Kemudahan dan bilik wad

Sewaktu saya baru ditahan di wad, saya ditempatkan di bilik 4 katil dan perlu berkongsi bilik dengan tiga orang lagi pesakit. Namun ia tetap cukup selesa kerana setiap katil disediakan langsir, rak, kabinet, meja, tv dan sofa pelawat masing-masing. Memandangkan ini pengalaman pertama kali saya ditahan di sini, saya tidak tahu apakah perbezaannya dengan wad-wad lain.

Untuk makluman, penaiktarafan katil mengikut peruntukan katil anda adalah mengikut giliran (queue) dan permintaan, jadi mereka hanya akan menaik taraf bilik sekiranya ada kekosongan bilik double bed atau single bed.

Okay selepas beberapa hari menginap di bilik four bedded. Saya telah ditukarkan ke bilik single pula. Tak pastilah bilik single jenis apa.  Kemudiannya, beberapa hari kemudian pula, saya dimasukkan semula ke wad ke bilik double sharing.

Daripada pemerhatian saya, kemudahan bilik single dan double sharing tak banyak jauhnya. Tetapi banyak perbezaan dari segi bilik single dan double sharing dengan four bedded antaranya:

Wad 4 Katil KPJ Selangor
ni ambil dari laman sesawang KPJ je. Segan nak amik gambar kat bilik ramai pesakit
Wad Kecemasan KPJ Selangor
Ni masa masuk kali kedua menerusi kaunter kecemasan
Katil Single Room KPJ Selangor
Ni masa masa first time, dah nak balik baru dapat katil single

i. Katil auto dan manual
Jujur saya katakan, selama beberapa kali dimasukkan ke wad, tak pernah pula saya belek katilnya betul-betul. Namun pengalaman kali ini barulah saya sedar, katil untuk four bedded hanya boleh diubah kedudukan secara manual manakala untuk single dan double sharing, katilnya boleh disesuaikan secara auto dengan hanya menekan butang di sisi. Oh, patutlah katil 4 bedded RM75 sahaja semalam.

Katil Manual Wad KPJ Selangor
Ni katil masa kat 4 bedded
Katil Automatik Wad KPJ Selangor
Ini pula katil auto di bilik double sharing atau single 

ii. TV dan Saluran TV
Rupa-rupanya saluran television katil 4 bedded juga terhad kepada beberapa saluran asas sahaja manakala bagi single bedded dan double sharing, saluran yang ditawarkan adalah lebih pelbagai antaranya saluran Tamil, Cina dan juga filem. Oh, TV four bedded tu dia punya posisi tak berapa memberangsangkan. Kira tak syok lah nak tonton tv. Then tak boleh bukalah suara kuat-kuat. Dah kongsi, kenalah fikirkan orang lain juga. Ye dok?

TV Wad KPJ Selangor

iii. Robok dan laci
Oh ya, kalau bilik single room tu ada disediakan penyangkut baju (hanger). Kat bilik four bedded dan double sharing, tak nampak pula penyangkut tu.

iv. Peti Besi Keselamatan
Setiap robok anda disediakan peti besi keselamatan supaya pesakit dapat menyimpan barang-barang berharga dengan selamat. Yerlah, tak semua pesakit ada orang temankan. Kotnya nak buat pemeriksaan atau ujian apa-apa, siapa pula nak jaga barang kan? Itulah gunanya peti besi

v. Tandas
Untuk four bedded atau double sharing, nisbah tandas adalah satu tandas untuk 2 orang pesakit. Kalau single, bolehlah conquer satu bilik air tu. Korang yang punya. Maka bolehlah susun segala keperluan dalam tandas yang diconquer seorang diri tu.

vi. Air panas dan air minum
Jangan risau. Air panas dan air masak disediakan oleh pihak hospital. Kalau habis, serulah misi-misi yang sangat membantu. Nescaya mereka akan tolong isikan.

Sakit-sakit macam mana pun, hidup mestilah diteruskan, makan pun haruslah ditelan. Ye dok? Seterusnya mari kita buat ulasan mengenai Makanan dan Minuman di KPJ Shah Alam.


3. Makanan dan Minuman (F&B)

Untuk makluman, makanan yang disediakan di KPJ Shah Alam adalah sebanyak 3 kali hidangan dan satu kali snek. Tiga kali hidangan tu biasalah. Sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Sarapan pagi dalam pukul 8-9, tengah hari dalam pukul 12-1 dan makan malam dalam pukul 5-6. Snek pula dihidangkan pada pukul 3 petang.

Untuk hidangan utama, pesakit akan diberikan pilihan menu untuk keesokan harinya. Untuk hari kemasukan pula, mereka akan berikan apa-apa saja hidangan yang berkenaan. Bagi snek pula, biasanya pesakit akan diberikan air bancuh (milo/coklat/susu) berserta kuih muih/kek atau biskut.

Yang menariknya, untuk hidangan tengah hari dan malam, jika anda memilih nasi, anda diberikan pilihan untuk makan sama ada beras putih atau beras perang. Yang ni saya suka.

Boleh dikatakan saya dah cuba hampir semua menu Isnin- Ahad yang ada dan secara amnya makanan di KPJ Shah Alam boleh dikatakan agak sedap bagi menu hospital. Tapi kalau nak saya jujur, saya pernah makan hidangan hospital yang jauh lebih sedap iaitu di Assunta. Di sana kalau tak silap, makanan dihidangkan lebih kerap daripada di KPJ Shah Alam. Yang pastinya, setiap hari saya ternanti-nanti waktu makan sewaktu di Assunta.

Nasi Lemak Wad KPJ Selangor
Day 2 Sarapan dapatlah nasi lemak
Menu Wad KPJ Selangor Shah Alam
Nasi tomato ayam merah ni boleh tahan. Tapi kuah sikit sangat

Menu Wad KPJ Selangor
Ni ikan masak kicap kot

Makanan Wad KPJ Selangor
Ni ginger Dory

Makanan Wad KPJ Selangor
Menu bubur dan susu

Insta Story Menu
Cabaran memilih menu

Insta Story
Lagi-lagi cabaran memilih menu


Oh seperkara lagi. Jangan ingat semua pesakit akan dihidangkan dengan mangkuk seperti di atas ya? Masa kita mula-mula warded tu diagnosisnya bronkitis. Dapatlah pinggan mangkuk kaca yang bagaikan di restoran tu.

Lepas kita masuk kali kedua sebab Influenza A iaitu sejenis flu yang mudah berjangkit, semua makanan dipek dalam bungkusan pakai buang saja yer. Yerlah, siapa suruh ko dapat penyakit berjangkit kan!! Rasakan. Makanan semua dalam bekas plastik je. Malah orang yang hidangkan makanan pun tak masuk dalam bilik anda yer.... Collect pun tidak. Misi je kekadang bawak masuk. Itulah manusia, kalau ada penyakit berjangkit. Kenalah kuarantin.

Makan di KPJ Selangor
Tray anda pun berlapik yer. Siapa suruh jadi pembawa virus?

KPJ Selangor Makan
Ni je sempat ambil. Kali kedua masuk wad, sakitnya lain macam. Tak kuasa nak amik gambar bebanyak

4. Kadar Letak Kereta
Seperkara lagi yang saya suka di KPJ Shah Alam ini adalah kadar letak keretanya yang sangat berpatutan yang mana pesakit boleh menikmati kadar rata RM6 sehari dengan akses keluar masuk sebanyak 3 kali dalam tempoh 24 jam. Kadar ini dan kelonggaran ini nyata sekali sangat prihatin dengan keperluan pesakit dan keluarga pesakit di sini.

Kadar Letak Kereta
Masa follow up aritu sempatlah snap. Nah, kadar letak kereta


5. Tempat Letak Kereta
Sepanjang saya dirawat di Hospital Pakar KPJ Shah Alam, saya dapati setelah bangunan baru dibina, tempat letak kereta di sini juga telah menjadi lebih luas. Kadarnya juga agak berpatutan. Lagipun, pengunjung juga diberik pilihan sama ada mahu letak kereta di tempat berbumbung atau terbuka. Jika di tempat terbuka, ada juga shuttle yang membawa anda untuk ke lobi utama. Sekiranya anda tidak mahu meletakkan kereta di kawasan hospital, anda juga boleh meletakkan di kawasan kedai di seberang hospital.

KPJ Selangor
Ha, yang ni yang berbumbung. Tah ada berapa tingkat. Ada jambatan menuju ke hospital. Takyah berpanasan

KPJ Selangor
Tempat letak kereta tanpa bumbung. Sis tangkap dari tempat letak kereta berbumbung je. Sis takut panas

6. Kemudahan Kedai/Restoran di Hospital
Sejujurnya, kemudahan kedai dan restoran di KPJ Shah Alam tidaklah begitu menarik jika dibandingkan dengan SJMC ataupun Pantai Medical Centre. Mujurlah deretan kedai di seberang agak banyak. Tetapi itu pun tidaklah menarik dan meriah jika dibandingkan dengan SJMC dan Pantai Medical Centre. Saya masih belum pernah mencuba makan di kafe di hospital. Jadi saya tak dapat mengulas lanjut tentang makanan di sana mahupun harganya.

Bangunan Lama
Kafe di bangunan lama

Bangunan Lama KPJ Selangor
Kedai cenderahati. Cenderahati ke cenderamata ke buah tangan? Lantaklah
Bangunan Baru
Kat bangunan baru pun ada kedai-kedai juga. Malas sis nak round-round. Snap ala kadar je
Secara kesimpulannya, hospital KPJ ni semakin ada peningkatanlah jika dibandingkan dengan dulu. Nampaklah ada usaha untuk menaik taraf hospital dan perkhidmatan untuk menjadi lebih baik. Tapi kalau diikutkan, tetap tak boleh lawan Ramsay Sime Darby.

Sekian ulasan saya untuk hospital kali ini.


OXOXO