Saturday 11 May 2019

Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur Dengan SegiFresh


Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal resepi santapan mudah yang senang terlampau. Ha! Kalau dah sampai macam gitu cara deskripsinya. Memang ternyata mudahlah gamaknya. Kalau nak jimat, lagi senang. boleh shopping je di SegiFresh.

macam-macam ada
Macam-macam ada di sini.

Okeylah, mula-mula sekali kita nak cerita dulu, a. pakah makanan paling versatile yang mudah dipadankan dengan apa-apa je? Lekas jawab dalam tempoh 3 saat. Tet. Tamat tempoh.

Jawapannya sardin! Kenapa sardin? Sebab kalau diikutkan, sardin ni memang digemari ramai dan tak ramai orang yang alergik dengan sardin sampaikan laksa yang dijual pun banyak gantikan ikan tongkol (eh, yeke ikan tongkol?) dengan sardin.

Lagipun kalau korang dah buat inti sardin ni. Boleh simpan je dalam peti sejuk pastu kalau perlu je boleh keluarkan untuk dimakan dengan roti, nasi, mi, mihun, ratah begitu saja, jadikan inti popia, karipap dan sebagainya. Semuanya ikut kreativiti masing-masing sajalah nak dipadankan dengan apa.

Oh ya, yang paling best sekali, inti sardin ni juga boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Menggunakan diri sendiri sebagai contoh, saya ni kuat makan pedas. Anak-anak pula tak makan pedas. Jadi kalau nak buat inti sardin, kenalah buat dua versi iaitu versi pedas dan tidak pedas. Barulah kedua-duanya berselera nak makan. Biasalah mak-mak, mestilah nak jaga selera semua pihak kannnn?

Untuk buat inti sardin versi seisi keluarga ni, bahan-bahan diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan
1 tin sardin jenama Trader's Choice (boleh dapatkan di Pasaraya SegiFresh)
1 labu bawang merah (Didadu)
1 biji limau (ikut suka)

Rencah Tumis
3 ulas bawang putih
5 butir cili padi (ikut tahap kepedasan yang dimahukan)


Versi Tak Pedas
1.Pertama sekali, lenyekkan sardin dengan menggunakan garfu. Letak tepi. (Kalau tak nak inti sardin berkuah, kurangkan kuah sardin mengikut citarasa masing-masing, kalau tak nak letak langsung kuahnya pon boleh)

2. Potong dadu 1 labu bawang merah dan gaulkan ke dalam sardin yang telah dilenyekkan
Ni je rajin nak tangkap gambar. Bawang dadu tu jangan lah besar-besar sangat nehh...

3. Perah limau ke dalam adunan untuk mengurangkan rasa hanyir sardin dan menaikkan rasanya (saya tak buat sebab limau tak ada. Tapi sedap je hasilnya)

4. Asingkan separuh daripada sardin tersebut dan boleh disejukkan ke dalam peti ais untuk versi inti sardin tak pedas bagi golongan kanak-kanak. Yeay!


Versi Pedas
1. Tumbuk (kisar pon boleh, tapi saya lebih suka tumbuk) rencah tumis dan tumiskan menggunakan api sederhana sehingga wangi dan separa garing

2. Masukkan separuh lagi sardin lenyek yang telah diasingkan ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati

3. Tunggu sejuk dan masukkan ke dalam bekas untuk digunakan apabila perlu

Okey,  tinjau kejap apa yang patut dibuat dengan inti sardin tu selain dipadankan dengan nasi dan roti biasa.

Untuk si manja Mia dan Hariz, sis padankannya dengan roti cranberry dan susu yang bersifat manis. Jadi cukuplah protein, buah-buahan kering, susu dan karbohidrat untuk anak-anak. Pastu bancuh minuman kegemaran mereka. Mudah saja kan?

SegiFresh
Sayang Mia. Rajin bangun sahur. Muah!


Untuk mak bapak pulak, biasanya bila dah berusia, tentulah kena kurangkan pengambilan karbohidrat dan makan dengan lebih seimbang. Jadi kita gulung je pakai wrap. Pastu bolehlah buat mango salad mudah untuk gizi pemakanan yang lebih seimbang dan menyelerakan macam yang sis buat ni.

Nampak ceria dan menyelerakan je kan santapan ni? Nak sediakan pun tak sampai 10 minit kalau dah buat inti tu siap-siap.

Segi Fresh
Salad tu pon sedap. Padahal tak ada dressing pun. Pakai bahan segar je.

Walaupun tak suka minum minuman manis dan lebih selesa minum air kosong saja. Tetapi kalau korang nak tahu, gula merupakan brain food. Iaitu bahan bakar untuk otak kita. Jadi pada waktu pagi bolehlah ambil sedikit minuman manis.

Pilihan saya kopi untuk Mia (budak ni suka minum kopi) dan minuman malta coklat untuk saya kerana saya tak suka minum kopi.

PrettilyRare
Tada. Siap makanan inti sardin versi pedas dan tak pedas sesuai untuk seisi keluarga.

Sardin dari SegiFresh
Pakai sardin Trader's Choice je wak. Sedap je rasanya. 


Oh ya, sis juga nak ambil kesempatan untuk membebel sendirian kerana sis baru sedar selain sis, ramai juga yang mempunyai salah faham bahawa hanya jenama terkenal sahaja yang boleh dipercayai sehingga kita tak beri peluang kepada jenama lain walaupun mereka turut menawarkan kualiti makanan yang bermutu.

Sebelum ni sis juga selalu beli sardin, susu tin, tisu dan pelbagai produk lagi dengan jenama yang gah sahaja. Walhal, yang lain jauh lebih murah dan kualitinya juga setanding. Waduh! Waduh!  Antara jenama yang turut boleh dipercayai dan boleh didapatkan di SegiFresh ni ialah Trader's Choice, Sedaap, Berkat dan Crown's Choice.

Jom lihat jap apa hasil tangkapan sis di SegiFresh sebagai stok ramadan kali ini:


SegiFresh
Hasil tangkapan di SegiFresh
Baiklah sekian sahaja posting sis untuk kali ini. Selamat menyambut Ramadan dan semoga ibadah kita semua diterima.

Jangan lupa cuba resepi sis tau! Muah!

Baca juga:

Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak



1 comment:

  1. simple yet so appetizing. dap dap. hi ray singgah follow and terklik ads pulak hehe

    ReplyDelete