Monday, 16 May 2022

AEON Perkenal Lima Pilihan Onigiri Hasil Kolaborasi Omar Hana

May 16, 2022 0
AEON Perkenal Lima Pilihan Onigiri Hasil Kolaborasi Omar Hana

Hai semua,

Harini nak cerita fasal majlis pelancaran onigiri perisa baharu bagi kanak-kanak oleh AEON hasil kolaborasinya dengan animasi Islamik iaitu Omar Hana. Memandangkan majlis tersebut diadakan di AEON Mall, Shah Alam yang sekangkang kera je dari rumah, haruslah sis meluangkan masa untuk menjadi antara insan terawal yang mengetahui lebih lanjut tentang pelancaran produk makanan baharu ni.


Untuk yang tertanya-tanya apakah itu onigiri, onigiri ni nasi yang diisi dengan lauk, dikepal dan dibalut dengan kepingan rumpai dan ia merupakan juadah atau makanan orang Jepun. Oleh kerana saiz dan bentuknya yang kecil dan ia mudah dibawa ke sana sini, sebab tulah ia menjadi pilihan AEON untuk lancarkan lima onigiri berperisa istimewa sebagai salah satu pilihan bekal makanan untuk kanak-kanak ke sekolah atau ke mana-mana sahaja. Lagipun, makanan ini juga cukup berkhasiat dan mengenyangkan.






Antara perisa yang dilancarkan untuk pasaran kanak kanak dan turut diwakili oleh watak di dalam animasi Omar & Hana. Kacang Merah (Red Bean) diwakili oleh Omar, Kacang dan Coklat (Choco Peanut) diwakili oleh Hana, Kentang dengan mayonis (Potato Mayo) diwakili oleh Sara, Tuna dengan mayonis (Tuna Mayo) diwakili oleh Yuki dan Ketam dengan mayonis (Kani Mayo) diwakili oleh Indra.

Selain memperkenalkan produk onigiri ini, pihak AEON dengan kerjasama animasi Omar Hana juga turut mengajar para hadirin yang ada cara untuk membuka bungkusan dan makan onigiri menerusi tayangan perdana video dan lagu onigiri Omar Hana yang cukup menghiburkan.

Jujur dikatakan, walaupun onigiri bukanlah makanan yang asing bagi saya, tapi saya sendiri sampai sekarang masih lagi keliru cara untuk membuka bungkusan untuk makan onigiri. Jadi video sedemikian memang membantu para hadirin dan juga penonton lain tentang cara membuka bungkusan onigiri.

Sebagai seorang ibu, saya juga tertarik dengan idea untuk menjadikan onigiri sebagai bekal makanan anak-anak untuk ke sekolah, menyertai aktiviti dan sebagainya. Namun saya sendiri lebih menggemari perisa yang dipadatkan dengan protin seperti perisa tuna mayonis dan ketam dan mayonis bagi memastikan pemakanan yang seimbang anak-anak. Lagipun onigiri yang ditawarkan oleh AEON ini sudah semestinya halal dan toyiban kerana telah disahkan sedemikian oleh pihak JAKIM.

Dua perisa terbaharu ini merupakan pilihan saya


Makanya bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk di luar sana, kini anda semua dah tahu, selain roti, onigiri juga salah satu makanan yang boleh dipertimbangkan sebagai bekal anak-anak lebih-lebih lagi apabila anda semua sedang kesibukan.

Sibuk? Tak perlu teragak-agak. Pergi saja ke AEON berdekatan untuk dapatkan onigiri dengan lima perisa ini untuk sepanjang 5 hari persekolahan. Anak-anak pun takkan jemu dan bosan kalau bertukar-tukar perisa setiap hari.

Oh ya, selain lima perisa baharu ini, ada juga perisa-perisa lain yang menarik yang ditawarkan di AEON Delicatessen, nak tahu? Bolehlah jenguk di AEON terdekat



Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi onigiri AEON x Omar Hana:

Facebook: AEON Retail Malaysia
Instagram: AEON Retail Malaysia
Twitter: AEON Retail Malaysia
LinkedIn: AEON Group Malaysia
Laman web: www.aeongroupmalaysia.com



Thursday, 13 January 2022

Pengalaman Duit Lesap Dari Akaun Maybank

January 13, 2022 8
Pengalaman Duit Lesap Dari Akaun Maybank

Hai semua,

Harini nak cerita tentang pengalaman duit lesap dalam akaun Maybank. Kejadian ni baru je berlaku dua hari lepas iaitu pada pukul 7.10 malam, 11/1/2022. Ah, dasar pengalaman tahun baharu 2022 yang tak menyeronokkan. Dah lah duit tu untuk persiapan persekolahan Mia dan Hariz. Ada plak perompak yang merompak duit sis... Grrrrr!!

Kusangkakan duit dalam Maybank selamat, rupanya tidak

Okie, kisahnya begini. Pada 11/1/2022, sis khusyuk membuat kerja sehinggalah pada jam lebih kurang 7.30 malam, dah Mahgrib, barulah sis nak balik. Bila nak balik, mestilah kita tengok fon dulu. Eh, bukan main banyak SMS lagi yang masuk. Zaman sekarang, semua orang pakai Whatsapp kot. Siapa je yang nak SMS? Melainkan tunggu nombor TAC bank dengan pak cik MKN yang gemar berpesan-pesan.

Ni sekali 3 mesej sis dapat, kok aneh? Okay, mesej pertama pada 7.10 malam, dia cakap terima kasih sebab berbelanja RM3 kat SteamGames.com. Hamboi... Sis tengah sibuk buat kerja. Sejak bila pulak sis main game? Mesej kedua pulak cakap terima kasih berbelanja USD154 dengan kad Maybank di ALEVTINAKOTOVA. REZDY .CNL. Dalam hati sis, pejadah!!! Dengar pon tak pernah. Buat apa plak sis nak berbelanja USD USD ni kat kau?! Dua mesej ni kira diterima secara serentak. Kira yang transaksi pertama tu dia test kad tu valid ke tak, bila dah valid, terus dia caj banyak sekali gus. Sialan kau!

Pastu paling hanat sekali, pukul 7.13, bila dah berjaya caj USD154, dia terus nak caj lagi banyak. Dasar perompak tamak. tapi kalini tak dapat sebab mungkin amaun yang dia masukkan dah melebihi had transaksi yang sis tetapkan. So SMS yang sis dapat kalini ialah Had Pembelian Debit tidak mencukupi. Sila masukkan bla bla bla dan nombor KP/Passport untuk menambah had pembelian.

Biasa sampai camni, perompak dah tau, mestilah pemunya akaun dah trigger dan alert yang ada orang sedang cuba mencuri duit dia. Sis plak baru tau lepas 20 minit. Apa lagi? Memula sekali, kita bukalah laman web Maybank2u untuk tengok betul tak duit hilang.

Sekali buka, halahai. Memang betul. USD154 atau bersamaan dengan RM662.33 hengget dah lesap dalam akaun. Yang RM3 testing tu, sekejap je dia dah refund balik. Langkah pertama terus sis telefon Hotline Maybank 1-300-88-6688 ler... Tapi hampeh... berkali-kali call, semua pegawai perkhdmatan sibuk, sedang sibuk dan masih sibuk je jawapan dia.

Jadi sis pun buka semula Maybank2u apps, set semua had perbelanjaan dalam talian dan debit menjadi kosong. Sekurang-kurangnya, takdelah si perompak boleh caj duit kita sesuka hati lagi. Tapi semua akaun yang kita pautkan pon takleh pakai. Contohnya Shoppee, Grab, Foodpanda. Sebab had dah jadi 0. Lepas tu teruskan membuat panggilan ke hotline. Tapi tulah.... cemas tau. Tetap sibuk je manjang.

Tapi takpe, kita terus hantar e-mel untuk membuat aduan kepada Maybank pula. Kena buat cecepat. Bank-bank ke sesiapa saja, kalau nak buat aduan, kena pantas. Kang ada je dia auta kenapa kita tak bertindak pantas. Choy! Makanya sis pun hantarlah e-mel ke Maybank Group Call Center yang beralamat mgcc@maybank.com.my untuk memberitahu tentang caj tak fasal-fasal yang dikenali sebagai transaksi tanpa kebenaran (unauthorised transaction) kepada pihak Maybank. Semak tau kepala sis fikir fasal duit hilang. Dahlah ada kelas kol 8.30 malam tu. Tapi takpe, jangan biarkan kelas kita terjejas sebab hal ini. Kelas tetap diteruskan.

Pukul 8.30 dah sampai kelas, sis tak puas hati dengan kelembapan Maybank ni. Terpaksalah guna serangan dan senjata terakhir iaitu spam je kat Social Media. Biasanya ni lah paling cepat. Ha kan... memang komen je terus dia reply kat komen, suruh mesej secara peribadi. Kita pon mesejlah secara peribadi. Pastu yang hampehnya, lama gak dia tak jawab, pastu dia jawab sistem sedang dinaik taraf, esok pagi pukul 9 buat susulan semula eh! Dasar! Tapi sekurang-kurangnya, lagi pantas lah daripada nak tembus panggilan ataupun nak tunggu dia jawab e-mel.



12 Januari 2022, tepat je pukul 9 pagi, terus sis cak cak kat messenger FB Maybank tu. Ala-ala morning call kat kekasih gitu. Hai wak, cemana aduan saya semalam? Lepas 17 minit, barulah dia bagi pertanyaan yang berupa tindakan yang mahu menyelesaikan masalah. Malam semalamnya dia main tepuk amai-amai je bagi meredakan kemarahan. Terus dia tanya butiran peribadi etc dan lepas tu dia habaq dia call satg na....

Dalam pukul 10.25, pegawai perkhidmatan Maybank pun menghubungi sis bagaikan kekasih yang menepati janji. Dia tanya ada ke pautkan maklumat akaun kat mana-mana dalam talian? Sebab transaksi sis merupakan pre-authorised transaction iaitu transaksi yang telah diberikan kebenaran terlebih dahulu. Makanya, mesti ada bagi 12 nombor kad dan kod CVC. Sis pun jawab, mana ada bagi kat sesiapa, tapi pada zaman era teknologi serba canggih ni, memang lah kita akan pautkan akaun kat e-commerce kannnn... Contohnya Shoppe, Grab, Foodpanda, Lazada, Touch N Go dan sebagainya. 

Pastu pegawai tu pun habaq, untuk tujuan keselamatan, dia dah nyahaktifkan kad bank tu. Sila datang ke cawangan bank untuk dapatkan kad gantian. Dia juga minta isikan borang pertikaian (dispute form) yang boleh didapati secara mengGooglenya dan hantarkan borang yang telah siap diisi ke disputemgmt@maybank.com.my dengan kadar segera. Lagi nak cepat, lagi cepat lah kena isi. Masalahnya dia juga cakap, proses penyiasatan makan masa 45-60 hari. Adeh!! Lama nauuuu. Mak nak duit mak balik je nok! Lepas dah bagi semua nasihat ni, dia pun babailah kat sis.

Pagi tu gigih sis siapkan form dan hantar terus ke Maybank. Lepas tu, waktu tengah hari, gigihlah ke bank untuk buat kad gantian. Tapi kena halau plak, sebab dia kata penggantian kad, dari pukul 4-6 saja ya, memana branch. Waduh! Awat pegawai social media tu tak habaq? Dahlah sis dah banyar RM1 duit parking kat MBSA. Tak fasal-fasal kena datang balik.

Petang tu, lepas Asar je sis gigih menempek kat pintu branch. Lepas buat pengesahan kad pengenalan dan ibu jari, pantas je dah dapat kad baru. Yang penting, tak fasal-fasal sis disuruh download aplikasi MAE Maybank yang bercirikan e-wallet yer.. Waduh, dahlah sis benci apps apps bagai ni. Tak sukalah sangat teknologi kononnya canggih yang melibatkan duit. Dahlah duit baru ilang... Uwa...


Pagi ni aka 13/1/2022, berbekalkan aplikasi MAE terbaharu sis, sis skodenglah balance dan statement bank sis.. .Eh sekali dia dah refund pre-authorised transaction RM662.33 tu. Yang mencinya, dia caj Sale Debit plak RM655.53 kat kad sis. Hei! Geram.

Makanya sis pun gigihlah telefon lagi kat Hotline Maybank.  Tak puas hati juga sebab dari haritu call, takde orang pun nak cakap dengan sis. Nasib sis harini agak baik. Pegawai perkhidmatan pelanggan tu cakap, oh sis... jangan risau. Tu kesinambungan transaksi haritu. Bukan transaksi baru. Sis dah buat aduan pon kan. Nanti kita siasat. Cis!

Okey... sekianlah perkongsian duit hilang dan lesap dalam akaun Maybank yang baru pertama kalinya terjadi kepada sis. Biasanya duit hilang sebab ada toyol je. Ni first time kena caj transaksi tanpa kebenaran. 

Marilah kita tunggu 45-60 hari untuk lihat, dapat balik tak duit sis daripada perompak yang cuba menelan duit titik peluh sis. Nanti kita hapdate balik eh! Semoga membantu bagi mereka yang duit lesap juga. Tapi sis lagi suka kalau duit korang sentiasa terpelihara dan terselamat je daripada anasir-anasir jahat.

Sekian... Da~~~