Wednesday 18 January 2017

Review: Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

January 18, 2017 2
Review: Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

Salam,

Nampak sangat kebelakangan ni kita excited sangat nak update blog kan? Dah kenapa? Ahahahha...
Kalini nak berkongsi dengan korang semua satu destinasi percutian yang dekat dan strategik bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang. Ala, tak yah nak rahsia sangat kan? Tengok tajuk blog je dah tahu kita nak cakap pasal Amverton Cove Golf & Island Resort.



Why Amverton Cove? Kisahnya macam ni...Maulidur Rasul tahun lepas kan cuti panjang, so kita pun terasalah nak pergi jalan-jalan. Tapi masalahnya kalau hujung tahun, cuti sekolah dan ditambah pula dengan cuti umum yang panjang-panjang ni, mesti 1. jalan sesak, jem sana sini. 2. semua hotel ngan resort fully booked. Arghhhh! Buhsan. Kita pula jenis yang tak boleh nak preplan cuti awal-awal sangat sebab jadual tak menentu. Jenis hujung minggu nak bercuti, awal minggu baru terhegeh-hegeh nak cari tempat bercuti. Pfft... hampeh!

So bila hujung tahun, cuti sekolah, cuti umum panjang dan last minute camni, haruslah kita yang pemalas nak redah jam ni cari tempat percutian yang dekat-dekat saja. Kalau boleh, walaupun jem sejam dua dah sampai. Ahahhahaa... dasar pemalas! Yelah, bukannya mudah nak angkut munky2 kita yang nakal2 tu meredah jam. Skejap nak terberak, nak terkencing, skejap lapo nak muntahlah.. Lepas tu bergaduh bertumbuk menangis menjerit terlolong-lolong. Ish, stress tau!

So, sasaran kita  percutian kita adalah tempat seperti berikut:

1. Family friendly, banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa
2. Santai tak ramai orang
3. Cantik tu wajib
4. Harga berpatutan
5. Ada bath tub untuk mak-mak berendam bila munky2 dah tido
6. Dekat-dekat je takyah pening redah jam
7. Menyeronokkan
8. Ada pool...

Ha! Google punya google, kita ternampaklah Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey ni. Ala, stakat Pulau Carey yang kat Klang tu, berapa jauh sangat jelah dengan rumah kita kat Shah Alam tu kan?

Pastu yang menarik kita, hamboi! Bilik dia pun nampak menarik. Harga pun macam berpatutan je since masa tu ada promosi free macam-macam:



Tapi bila kita congak2 balik, sebenarnya lagi berunutng kalau amik bilik saja, pastu yang lain add on. Sebab tak semua yang dalam pakej tu kita sempat nak main. Mana taknya? Kat Kid's Fun Zone ngan swimming pool je dah tak puas main. Bebudak kan... bukannya reti pon nak merasa semua.

Jenis-jenis bilik yang ditawarkan:
1. Deluxe Family
2. Deluxe Room
3. Premier Suite
4. Courtyard Villa (with jacuzzi)
5. Amverton Villa (wih jacuzzi)
6. Lakefront Chalet

Oh ya. Kalau korang family besar, tempat ni pun sangat-sangat disarankan sebab korang boleh terus amik Amverton Villa (1136 kaki persegi) dan dua tingkat. So maknanya boleh duduk 2 family terus. Or sumbat jelah ramai-ramai. Kalau amik villa dapatlah private pool ngan jacuzzi. Memang superb!!

Yang paling kita suka kat resort ni adalah sebab tak ramai orang. Tak pack! So kitorang anak-beranak jelah yang conquer pool ngan slides tu. Slides tu memang best. Main berjam-jam pun takpe.

Lagi satu dia ada boat ride untuk p Animal Island. Memang sesuailah bawa budak-budak aka munky2 ku.

Last and not least, Kid's Fun Zone, letaklah berjam2 sekali pun bebudak tu, mesti masih rasa tak nak balik. Senang hati kita tengok diorang main puas-puas.

Ni antara facilities yang disediakan:

-Swimming pool
-Karaoke
-Pool table
-Gymnasium
-Kid's Fun Zone
-Kid's Game Room
-Pro Shop

Antara aktiviti pilihan yang boleh korang pertimbangkan:


Penatlah menaip, jom kita layan gambo-gambo dulu:

Lakefront Villa


Kalau santai kat pool, bolehlah nampak pemandangan padang golf yang indah ni

Gym bagi yang nak bersenam

Ada karaoke, tapi kalau g ngan anak-anak takde masa nak layan karaoke

Nilah kesukaan munky2, berjam-jam dok sini takmo keluar

Long shot of Kid's Fun Zone

Pool Table

Restoran

Spa

Ni Suite



Toilet best sebab ada bath tub, bolehlah badak berendam

Pool memang cantik


Ha, nilah slides kegemaran beta. Asyik conquer je since tak ramai orang

                       
Kesimpulannya percutian pendek kitorang anak-beranak kat Amverton Cove Golf & Island Resort ni memang superb sebab anak-anak memang terhibur giler. Sampai sekarang asyik dok sebut-sebut ajak kita pergi check-in lagi resort ni. Nak, ko ingat mak ko ni cop duit?

Cuma consnya, tengah hari ngan malam nak cari makan sedap tu agak sukarlah. Mungkin tak sukar kot bagi orang yang familiar dengan area situ. Kitorang Google restoran sedap kat situ end up makanannya memang menghampakan. Tu jelah yang menyedihkan bab percutian kitorang kali ni. Nasib baik esoknya tu buffet dia okay la juga.

Sekian laporan percutian kita di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey.

Hujung minggu atau cuti umum nak bercuti tapi tak mahu pergi jauh-jauh?
Anda juga mungkin berminat dengan:

Percutian di Dashbox Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang

Tuesday 17 January 2017

Review: The Banjaran Hotsprings

January 17, 2017 1
Review: The Banjaran Hotsprings

Salam,

Kalini kita nak review The Banjaran Hotsprings yang terletak di Ipoh. The Banjaran Hotsprings ni salah satu luxury resort yang ada kat Malaysia bawah Sunway Group. Tapi tak berapa famous. Why? Sebab target audience dia mungkin lebih kecil sebab dia sasarkan golongan high end, honeymooners, dan tak family friendly since kanak-kanak tak dibenarkan masuk.



Tapi kalau sekali sekala nak reward diri, ada duit lebih macam Tuan Ihsan, nakkan ketenangan, nak honeymoon berdua dengan yang tersayang tanpa gangguan, nak relax-relax saja, tempat ni memang sangat-sangat sesuai. 

Satu keunikan The Banjaran Hotsprings ni yang tak ditawarkan oleh resort-resort luxury lain, bagi kita ialah dia punya suasana. Suasana dia hutan, pastu ada hotsprings, pastu ada gunung-gunung batu kapur. Memang kat Perak jelah kan banyak gunung batu kapur ni. Biasa luxurious resort kat Malaysia ni kebanyakan selling point mesti pantai, laut,pantai, laut. Tapi The Banjaran Hotsprings pula, sangat unik sekali sebab dia tawarkan hutan, air panas (hotsprings), gunung batu kapur, gua dan juga air terjun.

. Keh keh keh.... Kakak suka! Asyik pergi tepi pantai je gelap u! Tapi kat sini makin beautiful lah kita sebab asyik berendam hotsprings sampai cair lemak-lemak semua. Lagi satu kawasan dia pun sejuk je sebab dikelilingi gunung serta dan flora fauna. Memang tenanglah.

Bilik yang ditawarkan oleh The Banjaran Hotsprings ada dua jenis iaitu Water Villa (1677 kaki persegi) dan Garden Villa (2808 kaki persegi) Kita dah pernah tengok kedua-duanya. Garden Villa jauh lebih besar dan luar daripada Water Villa dan ada gardennya sendiri. Tapi harga pun mestilah lagi mahal.

Yang paling gempak dan sesuailah dengan harga riban-riban yang uol bayar, setiap villa ada swimming pool dengan geothermal hotsprings serta jacuzzi sendiri. So, kalau malas takyah keluar bilik pun boleh.

Tapi kalau korang rasa tak keluar bilik pun tak rugi, korang memang silap besar. Sebab salah satu kelebihan yang The Banjaran offer adalah pelbagai kemudahan dan aktiviti yang memang menarik.

Antara kemudahan yang The Banjaran Hotsprings tawarkan termasuk:
-Geothermal Hot Dipping Pools
-Thermal Steam cave
-Ice Bath
-Meditation Cave
-Therapeutic Reflexology Pool
-Garra Rufa Doctor Fish Pool
-Crystal Cave
-Fitness Cenre


Manakala antara aktiviti yang The Banjaran Hotsprings tawarkan pula adalah berbeza mengikut hari antaranya:

-Jungle Walk
-Heritage Walk
-Yoga Class
-Visit to Pomelo Farm
-Taichi Class

Yang bestnya, pengunjung yang menginap di sini juga diberikan akses percuma untuk ke Sunway Lost World of Tambun yang cuma terletak di belakang resort ni je. Lagipun walking distance sahaja. Kalau boring-boring dok hotel tetiba rasa nak adventure pula, pergi jelah melencong jap pergi Lost World of Tambun tu

Oh ya, bagi yang nak propose or honeymooners lak, korang bolehlah pergi makan kat Jeff Cellar aka sebuah gua unik kat The Banjaran ni ala-ala candlelight dinner. Pengalaman barulah. Asyik dinner tepi pantai je.

Okay, cukuplah membebel. Jom kita jenguk gambar pulak:













Ahahaha... terbalik. Korang leh pilih nak air Geothermal, Hot water ataupun Cold water

Selfie sat

Ipoh kan popular dengan limau pomelo ni, welcome gift pon bagi pomelo


Free semuanya

Siap ada insect repellent tu. Kakak suka



Mandian dia best!! Harum

Di dalam almari. Ada safe.

Tak tahu apa motif ambil gambar ni


Ada ruang tamu kat luar. Memang luas

Ni gambar luar villa. Kalau rajin, minta villa view gunung kapur. Memang superb


Hotspring yang sentiasa berasap

Swimming pool. Bila ada air panas, apa kelas layan pool kan?

Ni pintu masuk ke Jeff Cellar. Cellar tu tempat simpan wine


Koleksi peribadi owner The Banjaran

Riban-riban wooo ni. Leh tengok saja.

Crystal dalam crystal room. 

Lighting dalam crystal room. Sesuai untuk bermeditasi

Malam-malam sejuk-sejuk pergi celup kaki kat air panas

Reflexology pool dan garra ruffa doctor fish pool



Air terjun

Meditation cave




Pros:
Aman damai
Tiada kanak-kanak bawah 12 tahun dibenarkan
Sesuai untuk honeymoon
Tempat sesuai untuk relax dan nature escape
Ambience memang superb
Tak ramai orang sebab ehem-ehem... faham-fahamlah kan
Banyak facilities percuma

Cons:
Hanya ada satu restoran makanan terlalu sihat, tak banyak choice. 
Tak menepati tekak and cita rasa kita
Not family friendly since tak boleh bawa kanak-kanak
Last sekali, not pocket friendly... kih kih kih