Tuesday 5 May 2020

Resepi Roti Kranberi Krim Keju Mini (Mini Cranberry Cream Cheese Bread)


Hai semua,

Harini nak bercerita tentang salah satu menu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya iaitu Roti Kranberi Krim Keju Mini (Mini Cranberry Cream Cheese Bread). Sepanjang PKP ni, adalah beberapa menu yang sis teringin nak cuba sampai jadi. Kalau ikut kategorinya, ada biskut, kek, roti, dan makanan Cina. Untuk kategori roti, sis telah memilih Roti Kranberi Krim Keju Mini sebagai pilihan memandangkan sis memang suka makan krim keju dan kranberi.


Kredit foto: LadyVivi77

Nampak menggoda tak?

Resepi ini adalah hasil perkongsian ahli Kumpulan di FB dan sis telah terjemahkannya semula dalam Bahasa Melayu. Untuk video dan resepi asal, boleh klik pautan INI

Bahan-bahan A: Adunan Roti
Tepung Roti 200gram
Tepung Kek 30 gram
Tepung Susu 10 gram
Gula Kastor 25-30 gram
Garam 1-2 gram
Yis 3 gram
Telur sebiji
Mentega Tanpa Garam  20 gram

Bahan-bahan B : ButterMilk
Susu 90 gram
Perahan lemon 1 sudu teh 

Bahan-bahan C: Inti
Krim Keju 30 gram
Serbuk gula 5-10 gram
Jus lemon satu senduk kecil (tak tambah pun tak apa)
Kranberi kering 30 gram

Cara-cara

1.Untuk memastikan roti lembut, kita akan sediakan Bahagian B dulu iaitu Buttermilk. Mudah saja caranya iaitu campurkan susu dengan perahan lemon dan kacau. Ia akan jadi berketul. Letak tepi.

Kebanyakan gambar kredit LadyVivi77 sebab dah buat separuh baru ingat nak ambil gambar

2.  Masukkan semua bahan A kecuali mentega ke dalam mesin pengadun dan adunkannya sehingga menjadi doh. Setelah menjadi doh, barulah masukkan mentega (pada suhu bilik) ke dalam adunan secara sedikit demi sedikit.

Adukkan semua bahan kecuali mentega sehingga menjadi doh
Dah jadi doh barulah masukkan mentega
3. Pastikan adunan diadun sehingga boleh ditarik nipis seperti sarung tangan plastik sebelum ia boleh ditutup dan dibiarkan mengembang sehingga 2 kali ganda daripada saiz asal.

4. Setelah doh mengembang, barulah boleh keluarkan untuk digelek. Gelek sehingga menjadi bentuk empat segi panjang (jangan terlalu nipis) dan balutkan menggunakan kertas minyak untuk disimpan dalam peti ais selama 20 minit.

Gelek sampai jadi bentuk empat segi panjang
5. Sementara kita menunggu doh tu mengembang lagi, bolehlah kita sediakan bahan-bahan C iaitu krim kejunya. Campur semua bahan dan adunkan sehingga jadi krim lembut. Pastikan gulanya tidak berketul.

Bahan-bahan C
Campur je semua bahan

Sampailah jadi krim yang lembut dan tidak berketul
6. Okay, lepas 20 minit berlalu, bolehlah keluarkan doh daripada peti ais. Pastu dah boleh sapukan krim keju pada bahagian tengah doh. Elakkan untuk sapu di kawasan tepi kerana dikhuatiri akan melimpah apabila dilipat nanti. Pastu tabur kranberi pada doh tu

Sapu jangan tak sapu. Takyah tebal-tebal
Tabur kranberi
7. Doh tu kemudian dilipat dua dan digelek sekali lagi.

Lipat sebelah
Lipat lagi sebelah
Gelek lagi kasi leper, kasi nipis
8. Lepas tu lipat tiga pulak, pastu gelek lagi. Pastikan korang gelak sampai nipis. Jangan terlalu tebal tau.

Lipat tiga jadi bentuk empat segi tepat
Nampak tak cemana dia lipat tiga?
Gelek sampai jadi nipis ini macam
9. Lepas dah gelek sampai nipis, bolehlah mula potong doh tu. Memula potong memanjang, pastu potong bentuk 4 segi kecil pulak.

Potong panjang-panjang camni dulu

Potong empat segi kecil pulak

10. Susun potongan kecil roti tu dalam loyang (lapik dengan kertas baking) dan biarkan ia mengembang sehingga 2 kali ganda daripada saiz asal. Pastu barulah boleh sapu kuning telur pada bahagian atas roti.

Dah kembang dah.
Sapu kuning telur atas doh biar jelita

11. Panaskan ketuhar atau oven kat rumah dengan suhu 180 darjah selsius (dalam 10 minit) pastu bolehlah masukkan roti untuk dibakar selama 10 - 15 minit (mengikut oven masing-masing)

bakar jangan tak bakar
12. Lepas dah bakar. Bolehlah keluarkan dan sejukkan. Kemudian bolehlah simpan untuk dimakan sebagai sarapan ataupun dijadikan kudap-kudapan.

Siap!
Okeyh, lepas dah kongsikan bahan-bahan dan kaedah pembuatannya, sis nak kongsikan gambar yang sis sendiri tangkap waktu menghasilkan roti ni pulak.







Walaupun roti sis tak sejelita dalam gambar, tapi rasa gembira jugalah sebab berjaya menghasilkan roti ni. Memang yummy. Korang harus cuba.

Da~~~

Baca juga:

No comments:

Post a Comment