Tuesday 23 July 2019

Tips Beli Insurans Perjalanan (Travel Insurance)


Hai semua,

Harini nak citer sikit fasal insurans perjalanan atau dalam nama mat sallehnya, travel insurance. Kita tiba-tiba terdetik nak cerita fasal insurans perjalanan ni memandangkan trend melancong dan bercuti ke luar negara semakin berkembang di negara kita. Ramai gilalah rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang semakin giat melancong dan mengembara ke tanah asing.


Sejujurnya memang cemburu dengan mereka yang mempunyai kesedaran, wang dan masa untuk melancong ke luar negara pada usia yang muda. Kita dulu dah tuaaa baru nak merasa naik kapal terbang dan jejak kaki ke tanah air orang. Tapi apa-apa pun, tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan dan rezeki untuk merasai pengalaman sebegini.

Sebelum ni, oleh kerana sis sering menguruskan perjalanan untuk seisi syarikat, dah tentulah wajib untuk ambil insurans perjalanan ni. Jadi bila melancong sendiri dan bukan bawah syarikat pun, sis dah terbiasa untuk ambil tambahan insurans perjalanan. Sebab dah ada kesedaran betapa pentingnya insurans perjalanan ni.

Beberapa bulan yang lalu, adik sis telah terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu melancong ke Bali. Kereta yang dinaikinya terbalik dan jatuh ke dalam gaung. Mujurlah adik tak apa-apa, cuma luka sedikit saja. Tapi keretanya teruk. Alhamdulillah. Allah s.w.t masih sayangkan adik. Tapi bila tahu adik tak ada insurans perjalanan, terus sis bising sebab pihak agensi pelacongan tu langsung tak bawa dia untuk buat pemeriksaan di hospital. Kalau ada pendarahan dalaman ke apa, tak ke susah?

Hal ni telah membuka mata sis untuk mengkaji lanjut tentang insurans perjalanan yang terdapat di pasaran. Yalah, langit tak selalu cerah. Selama ni main beli je insurans perjalanan, dengan konsep asal ada. Tapi bila adik ditimpa kemalangan, kita terpanggil untuk meneliti liputan sesuatu insurans perjalanan.

Itu belum lagi ditambah dengan kisah-kisah yang dikongsi dalam group Backpacker Buddies Malaysia. Ada pihak hospital yang menolak untuk memberikan rawatan kerana pelancong tersebut tak ada insurans perjalanan. Ada yang terpaksa minta ihsan dan simpati orang ramai untuk derma supaya dapat jelaskan bil hospital atau bawa pulang jenazah dan sebagainya.

Betul kata-kata beberapa netizen yang mengatakan, jangan fikir seronok sahaja melancong, tapi fikir juga betapa payahnya orang yang tersayang untuk bawa pulang sekiranya apa-apa berlaku pada kita. Terutamanya jika jasad dah kaku terbujur.

Oleh itu, bagi mereka di luar sana, janganlah lokek untuk mengeluarkan sedikit duit untuk memastikan diri anda dilindungi insurans sekiranya apa-apa berlaku. Bukan kita nak minta apa-apa berlaku, tapi bukankah lebih baik kalau kita ada buat perlindungan tambahan?

Okeyh, berikut adalah penelitian yang sis dah buat berdasarkan tiga syarikat insurans iaitu AIG, Etiqa dan AXA. Tak kuasa nak kaji lebih-lebih. Pilihan ni dibuat atas saranan dan perkongsian daripada netizen dan hasil kajian sendiri. AXA merupakan syarikat insurans yang biasa sis beli untuk insurans perjalanan manakala AIG dan Etiqa pula dua syarikat insurans yang dikatakan menawarkan insurans perjalanan yang terbaik.

Okey, baiklah, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa semua perbandingan di bawah adalah dibuat berdasarkan insurans perjalanan terbaik yang ditawarkan di laman sesawang AIG, Etiqa dan AXA ya. Bak kata orang, kalau nak buat perbandingan, kenalah apple to apple. Janganlah merepek nak bandingkan tuan puteri dengan nenek kebayan pulakkkkk..

*Perbandingan pakej dibuat berdasarkan liputan insurans ke sesebuah negara pada tarikh yang sama selama 10 hari.

Okeyh, memula sekali kita cakap fasal AXA Affin Insurance dulu memandangkan dah bertahun-tahun kita beli insurans perjalanan dengan AXA Affin.

Untuk AXA, biasanya terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu Smart Traveller VIP dan Smart Traveller Classic.


AXA (Smart Traveller VIP) RM84

Ciri-ciri menarik:

  • Premium insurans yang berpatutan dengan liputan perubatan maksimum RM300,000
  • Boleh terus calonkan penerima manfaat (beneficiary) siap-siap setelah pembelian dilakukan
  • Bayaran bali semua kos perjalanan yang berkaitan berikutan pembatalan perjalanan (travel cancellation) berikutan  penyakit serius/kematian/bencana yang berlaku pada ahli keluarga pemegang insurans 
  • Bayaran balik semua kos perjalanan yang berkaitan berikutan pemendekan tempoh perjalanan (travel cancellation) disebabkan penyakit serius/kematian/bencana yang berlaku pada ahli keluarga pemegang insurans atau rakan seperjalanan (travel companion) si pemegang insurans serta lain-lain faktor yang dibenarkan sehingga 14 hari sebelum tarikh berlepas (tertakluk pada terma dan syarat)
  • Emergency medical repatriation: Ya
  • Repatriation of mortal remains: Ya
  • Baggage Delay: RM 200 bagi setiap 6 jam
  • Flight Delay: RM200 untuk 6 jam pertama dan RM300 bagi setiap 6 jam seterusnya
  • Ada pampasan Child's Education Fund sebanyak RM10,000 sekiranya berlaku kematian.
Kekurangan:

  • Skim perubatan Bayar dan Buat Tuntutan (Pay and Claim) yang mana pemegang polisi perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dengan amaun yang mungkin terlalu membebankan.
  • Telah disenaraikan sukan-sukan ekstrem yang tidak dilindungi insurans dan tidak boleh beli premium tambahan untuk tambahan perlindungan bagi sukan-sukan ekstrem tersebut




AIG Deluxe (RM220)


Ciri-ciri menarik:

  • Liputan bagi perbelanjaan perubatan (medical expenses coverage) yang sangat tinggi: RM1 juta.
  • Menawarkan perkhidmatan ATAP yang mana pihak insurans akan menguruskan tuntutan dan perkhidmatan berkenaan insurans di seluruh dunia dengan hanya perlu menghubungi talian 03-2772 5600 dari mana-mana di seluruh pelusuk dunia
  • Pengeluaran Surat Jaminan (Guarantee Letter) dan kemasukan hospital tanpa tunai (cashless admission)
  • Bayaran balik semua kos perjalanan berikutan pembatalan perjalanan (travel cancellation) dan pemendekan tempoh perjalanan (travel curtailment) disebabkan penyakit serius/kematian/bencana yang berlaku pada ahli keluarga pemegang insurans atau rakan seperjalanan (travel companion) si pemegang insurans serta lain-lain faktor yang dibenarkan sehingga 60 hari sebelum tarikh berlepas (tertakluk pada terma dan syarat)
  • Emergency medical Repatriotion: Ya
  • Reptriation of Mortal Remains: Ya.
  • Definisi keluarga terdekat (immediate family) yang lebih meluas iaitu merangkumi pasangan, anak, ibu bapa dan adik-adik mereka, ibu dan bapa mertua, datuk dan nenek, datuk dan nenek mertua, adik-beradik, adik-beradik ipar, anak-anak buah
  • Travel/Baggage Delay: Selepas 6 jam dan setiap 6 jam berikutnya 
Kekurangan:
  • Kena isi form yang berlainan untuk nominate nominee bagi kes-kes kematian.
  • Tiada spesifikasi yang terperinci tentang sukan dan aktiviti yang dikecualikan dalam liputan insurans
Definisi:

Immediate Family: Members shall refer to the spouse, child, parent and their siblings, parent-in-law, grandparent, grandparent-in-law, grandchild, sibling, sibling-in-law, niece or nephew.

Travel Companion shall mean your sole travelling companion (whom your trip depends on) who has travel bookings to accompany you for the entire trip who is not your immediate family members

Extreme Sports and Activities shall mean any sport or sporting activity that presents a high level of inherent danger (i.e. involves a high level of expertise, exceptional physical exertion, highly specialized gear or stunts) including but not limited to big wave surfing, canoeing down rapids, cliff jumping, horse jumping, ultra marathons and stunt riding. It does not mean usual tourist activities that are accessible to the general public without restriction (other than height or general health or fitness warnings) and which are provided by a recognized local tour operator but always providing that you are acting under the guidance



Etiqa 360 Platinum Plan (RM194.10)


  • Jumlah yang diinsuranskan: Up to RM500,000
  • Medical Expenses Coverage: RM1 Million
  • Flight Delay/Baggage Delay
  • Bayaran balik semua kos perjalanan berikutan pembatalan perjalanan (travel cancellation) dan pemendekan tempoh perjalanan (travel curtailment) disebabkan penyakit serius/kematian/bencana yang berlaku pada ahli keluarga terdekat pemegang insurans serta lain-lain faktor yang dibenarkan 
  • Kebanyakan insurans perjalanan ni hanya akan compensate flight/baggage delay jika ia melebihi 6 jam. Dapatlah 100-300 untuk setiap 6 jam penanggguhan. Ada had or amaun maksimum pulak tu. Katakanlah max 2400, makanya boleh claim up to 48 hours flight delays sajerrr. Tapi kalau Etiqa, kalau flight delay 2 jam je dah melayakkan korang untuk buat tuntutan pampasan
  • Baggage delay:
  • Emergency Medical Repatriation: Ya
  • Repatriation of Mortal Remains: Ya
  • Belon panas dikategorikan sebagai sukan ekstrem dan boleh dilindungi hanya dengan sedikit bayaran premium tambahan
Kekurangan:

  • Definisi keluarga terdekat (immediate family) yang terhad kepada pasangan, ibu bapa, ibu bapa mertua, anak dan adik-beradik yang tinggal di Malaysia sahaja




Definition:

Family means the Covered Person’s Spouse, parent, parent-in-law, grandparent, Child(ren), brother or sister, who are residing in Malaysia

Okey, kalau tengok mesti korang berbintang-bintang mata macam mana nak pilih insurans sebenarnya. So senang kata, pilih insurans ni ikutlah keutamaan korang. Jadi senang sikit nak pilih nanti.

Kalau keutamaan korang travel delay (terutamanya kalau yang selalu naik penerbangan yang selalu tertunda tu), belilah Etiqa 360 insurans sebab tertunda cukup 2 jam je dah boleh buat tuntutan. Biasalah, kekadang sesetengah penerbangan ni pon tak bodoh, dia sengajar tertunda kurang 6 jam supaya korang tak boleh claim, tapi kalau Etiqa 360, 2 jam cukup je dah boleh claim.

Kalau keutamaan korang adalah rawatan tanpa tunai di luar negara, bolehlah pilih AIG Deluxe atau Etiqa Platinum. Kalau setakat pergi negara yang mata wangnya lagi rendah daripada Malaysia, Etiqa dah mencukupi. Tapi kalau pergi negara yang mata wangnya lagi tinggi, ambillah AIG Travel Guard sebab jumlah liputannya yang mencecah RM1juta.

Kalau keutamaan korang adalah pembatalan perjalanan dan keluarga maka pilihlah AIG Travel Guard sebab banyak liputan yang berkaitan

Kalau keutamaan korang adalah premium yang berpatutan bolehlah pilih AXA Affin.

Kalau keutamaan korang adalah dilindungi sewaktu melakukan pelbagai sukan dan aktiviti ekstrem, Etiqa 360 lah insurans yang terbaik.

Sekian coretan dan bebelan sis kali ini.

Penafian: Sis tak jual insurans ya. Sekadar berkongsi hasil telahan dan kesimpulan sis sewaktu mahu membuat pembelian insurans tempoh hari.

OXOXO

Baca Juga

1 comment:

  1. Thank you for sharing sis.. selama ni memang ambil AXA tapi lepas byk org cerita pasal medical expenses kt oversea yg sgt2 mahal, terus rasa takut nak ambil AXA dah, sebab konsep dia yg "pay and claim" tu..btw, dulu masa pergi Bali, flight cancel, once balik Malaysia, claim kt AXA, memang cepat sgt proses dia!

    ReplyDelete