Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel - Prettily Rare

Monday, 29 January 2018

Pengalaman Telinga Anak Tersumbat Pensel

Assalam semua,

Harini nak cerita sikit fasal pengalaman yang sangat baru berlaku. Pengalaman telinga anak bongsuku, Hariz Rizki tersumbat pensel. Secara spesifiknya, karbon pensel warna. Hijau pulak tu. Heshhh!!

Patah
Aha...hujung pensel tu lah yang masuk dalam telinga Hariz ya, tuan-tuan dan puan-puan.

Selama 6 tahun bergelar mak, tak pernah sangka satu hari nanti kena deal dengan perkara macam ni. Apalah budak-budak ni nakal sangat main pensel tersumbat telinga kan? Kita pun hairan wak... Kita dulu pun tak main sumbat-sumbat barang kat telinga. Kalau paling teruk pun tarik rambut sampai putus jek.

Kisahnya begini, hari Ahad biasanya memang hari untuk kita uruskan kerja-kerja rumah, baju, anak dan macam-macam lagi sebelum kena kerja keesokan harinya. So biasanya dari segi anak-anak, kita akan potong kuku dan korekkan telinga diorang malam Ahad, sebelum tidur. Yerlah, kan sunat potong kuku Hari Isnin, Khamis dan Jumaat gitu...

Biasanya kita jenis main korek je telinga anak-anak. Dah setiap kali tu memang puas hati lah tengok telinga dia yang kotor tu jadi bersih.Tapi kalini entah kenapa kita terdetik nak teropong tengok telinga Hariz tu. Dan bila kita teropong, kita terkejut bila tengok ada benda warna hijau tersumbat dalam telinga Hariz. Dua tiga kali jugalah kita tengok untuk pastikan kita tak tersilap tengok. Eh, betullah. Ada benda hijau menutupi keseluruhan telinga Hariz. Pelik ni....

So mulalah sesi interview dan soal siasat seorang mak kepada anaknya. Tanya apa dia buat kat telinganya, sakit ke tak dan macam-macam lagi. Hariz biasalah...Bulatkan mata dia buat muka tak bersalah, then cakap ,"Mia masukkan colour pencil dalam telinga Hariz. Warna Hijau." Aik? Mak tak cakap pun ko tau yer warna apa nak? Apa lagi? Terus I jeling tajam kat Mia. Malam tu juga pergi jumpa doktor kat klinik panel. Doktor klinik tu tak berani buat apa-apa. Dia bagi referral letter, rujuk hospital.

Memula nak pergi SALAM, tapi doktor suruh pergi hospital yang lebih besar. Terfikir juga nak pergi Hospital Shah Alam, tapi memandangkan fobia dengan pengalaman adik dan kawan yang tunggu berjam-jam tapi tak diambil tindakan, terus kensel niat. Pergi Klinik dan Surgeri pula, bila call dia kata boleh buat. Tapi lepas sampai, doktor check tak boleh buat apa-apa juga, disarankan rujuk Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Doktor sarankan pergi Kecemasan SJMC. Waktu tu dah pagi buta, esok nak kerja nak hantar Mia lagilah. So kita macam was-was ada ke doktor ENT pagi-pagi buta ni?
Tapi doktor yakinkan pergi juga sebab katanya biasanya ada doktor pakar ENT on-call.

Emergency Room
Dua kali wo datang sini dalam masa seminggu gara-gara karbon pensil tu

Makanya, kita pun usunglah Hariz pergi kecemasan. Mia dah mengantuk sangat. Sebelum pergi kecemasan, sempat hantar dia balik tidur dulu. Kesian pula kalau nak angkut dia sekali.  Sampai Emergency Room aka Bilik Kecemasan Subang Jaya Medical Centre (SJMC), ada standard procedure lah yang kena lalui. Lepas tu, masuk bilik doktor, doktor minta kita rujuk pakar ENT dan bagi kita appointment esok pagi. Dia kata keadaan telinga Hariz tu ada kemungkinan boleh menyebabkan infection tapi nothing to be worried.

Memandangkan doktor kata tak urgent, kita pun cadangnya nak bawa Hariz pergi Pakar ENT pada hari Sabtu. Lagipun kita baru tukar kerja, tak ada dan tak dapat minta cuti. Dah check siap-siap mana pakar yang paling dekat. Menghampakan sungguh bila tahu kat Shah Alam ni tak ada Klinik Pakar ENT okay? Yang paling dekat pun dekat Subang Jaya. Alternatif lain, Klang dan Puchong. Haish....
ENT
Nilah Doktor Puravi nya, gambar ihsan Google

Memandangkan appointment yang boleh slot in hanyalah pukul 2, dan kebetulan kita ada hal pukul 2 tu, kita pun mintalah kawan untuk hantar Hariz ke Subang Ear, Nose and Throat Specialist, Subang Jaya. Dalam pukul 3 lebih, kawan telefon, doktor dah hampir berjaya keluarkan tapi bila dah hampir je, Hariz jerit-jerit tak nak berikan kerjasama. Makanya kita pun bergegaslah pergi ke klinik pakar tu untuk teman Hariz. Adik kita pun ikut sekaki sebab Hariz ni lagi takut dengan mak cik dia berbanding maknya.

Sampai klinik, Hariz still tak mahu beri kerjasama. Setiap kali dah hampir dengan bendasing dalam telinga Hariz aka karbon pensel tu je, Hariz gerak dan tak mahu duduk diam. Lepas 4-5 kali cubaan. Doktor menyerah kalah. Dia kata Hariz jenis tak boleh duduk diam dan disarankan masuk wad untuk buat prosedur keluarkan bendasing (foreign object) dalam telinga Hariz. Doktor kata kalau nak masuk wad, tak perlu buat hari yang sama pun tak apa sebab tak urgent. Tapi kita fikir-fikir balik, malas nak hal ni berpanjangan, dan kita pun setuju untuk dimasukkan ke wad. Makanya, Dr Puraviappan Periyannan, selaku doktor pakar ENT pun laju-laju menghubungi SJMC untuk book bilik pembedahan (operating theatre). Kita pula, dengan sehelai sepinggang tak bawak apa-apa dari rumah, pasrah je lah pergi Wad Kecemasan SJMC.

Untuk tujuan pembedahan, Hariz kena puasa sekurang-kurangnya 6 jam. Jadi oleh kerana Hariz last makan pada pukul 1 petang. Paling awal pun pukul 7 malam baru boleh lakukan prosedur keluarkan karbon pensel tu. Tapi operating theatre hanya kosong pada pukul 9 malam. Kita laju-laju je kata okay kerana tak mahu igauan berpanjangan. Then doktor suruh laju-laju pergi Bilik Kecemasan SJMC untuk dimasukkan ke wad dan seterusnya dibedah.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 7.30 berjayalah masuk wad. Then dalam pukul 8 misi dah suruh masuk ke bilik pembedahan.
warded
Prosedur biasa, check tekanan darah bagai

coz he's going to be admitted
Dia tak tahu lagi nasib dia masa ni.

ditolak ke wad pesakit
Menuju ke wad pesakit

Dalam 8.45 doktor bius datang explain kaedah bius Hariz. Katanya Hariz takkan disuntik dengan jarum, sebaliknya akan gunakan sejenis gas yang akan membuatkan dia tidur. Magic gas katanya. Terus terfikir, adakah gas ini gas yang sama masa kita bersalin dulu? Dia pun cakap, efek gas tu berlainan mengikut individu. Ada yang akan tertawa, ada yang akan menangis, tapi yang penting, penjaga atau mak bapak kena bertenang, barulah anak pun akan bertenang.

SJMC
Memasuki Dewan Pembedahan

Operating Theatre, SJMC
Hariz sementara menunggu giliran

Tepat pukul 9, Hariz dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan untuk prosedur keluarkan karbon yang tersumbat dalam telinga dia. Kita pula tunggu luar sambil mengisi perut yang lapar. Dalam masa 10 minit macam tu, Doktor Puravi dah keluar kata semuanya okay, foreign object dah berjaya dikeluarkan. Dia juga explain karbon pensil tu dah kena kat gegendang Hariz, tu yang dia menjerit masa nak keluarkan kat klinik. Katanya lagi, mujurlah prosedur tak dilakukan di klinik kerana risiko gegendang telinga Hariz akan luka atau cedera memang sangat tinggi. Dengar je doktor cakap camtu, terus rasa bersalah sebab ingatkan Hariz ngada-ngada jerit sakit. Sob sob sob, sori sayang.
in the ear
Bendasing aka foreign body yang dikeluarkan dari telinga Hariz

Dalam masa 5 minit camtu, dah boleh masuk tengok Hariz. Hariz mamai-mamai lagi. Kita pun tanya doktor adakah Hariz dah boleh makan sebab kesian si gemok tu lapar sangat dah  8 jam tak makan. Misi and doktor kata minum air and dah boleh makan sikit-sikit. Kalau Hariz muntah, kena maklumkan pada diorang.

So, balik je bilik, kita terus ajak Hariz makan kat FamilyMart, SJMC. Bahagia je mamat tu. Malam tu kita bermalam kat wad dengan senyum di muka sebab satu masalah dah selesai.
Family Mart
Memula Hariz makan aiskrim

Family Mart, SJMC
Lepast tu Hariz melantak Oden pulak

Family Mart
Last sekali, Hariz minum minuman yogurst

SJMC
Lepas tu balik dah wad, rehat pulak

Esoknya, doktor datang lagi untuk tengok Hariz. Bila check keadaan Hariz semua normal, dia kata Hariz dah boleh discharge. Tak ada rawatan susulan dan tak ada ubat. Doktor tekankan sekali lagi mujur prosedur dilakukan dengan segera dan dilakukan di hospital kerana dah kena kat gegendang.

Bagi yang berhajat nak jumpa doktor ENT, kita memang sarankan sangat Dr Puravi sebab sangat profesional. Walaupun berkali-kali cuba untuk keluarkan karbon pensel tu daripada telinga Hariz tapi tak berjaya, dia tetap sabar dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan konsultasi yang terbaik.

Maklumat Dr Puravi adalah seperti berikut:

Dr Puraviappan Periyannan
Board-certified ENT specialist and Head and Neck Surgeon
Subang JayaSubang Ear, Nose & Throat Specialist Clinic (691321-P)
29B, Second Floor, Jalan SS15/5A, Subang jaya, 47500 Subang Jaya, Selangor
No Tel: 03-5621 1909
Working Days: Monday to Saturday
Working Hours: 9.30 - 6pm (Mon-Fri)
                           9.30 - 3pm (Sat)
*Please call and make appointment before coming.


Da~~~


4 comments:

  1. Pernah jd pada diri sendiri tp masa kecik (xingat psl umur 2 taun lebih) just mak & kak long yang story ada salotip dlm telinga.. Puas doktor kat spital Bentong kuarkan dari telinga.. 😔😔😔

    ReplyDelete
  2. lor harizzz...kaedahnya mia ek pnya angkara..sepupu akak pun sama masuk colour pensel carbon dln hidung..maknta pelik why hingus anak warna blue...cek pun cek carbon colour pensel dlm lobang hidung amik ko

    ReplyDelete
  3. Isk bahaya ni , kena alert bebetul la , anak pun tgh nakal skrg ni .. nasib baik dah okay semua

    ReplyDelete