Tuesday 30 September 2014

Percutian ke Chengdu: Tempat-tempat menarik di Chengdu (Part 2)

September 30, 2014 5
Percutian ke Chengdu: Tempat-tempat menarik di Chengdu (Part 2)

Hai semua,

Pemandangan nan indah

Cantik tak tempat ni? Kalau korang nak tahu, tempat ni adalah JiuZhai Valley yang terletak di Chengdu. Tujuan utama kita nak pergi ke Chengdu adalah untuk jejakkan kaki kat sini, tapi malangnya tak kesampaian disebabkan kekangan masa dan juga kekangan kewangan.
Wa!!! Kalaulah banyak duit!! Harus nak pergi semua tempat. Pfftt!! Takpe, lain kali insyallah ada rezeki. Amin. Doakan saya ya?

Tapi selain tempat ni, banyak lagi tempat menarik di Chengdul tu, antaranya:


1) Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding (Xiong Mao Ji Di 熊猫基地)

Kalau nak tau, Chengdu ni kampung halaman kepada Panda. Entah2 panda yang ada kat Malaysia ni pun dari China. Muahahaha.... Entahlah. Saya pun tak tau. Tapi yang pasti. Sinilah tempat pembiakan dan penternakan panda. Selain panda, kat sini juga ada red panda. Berbeza dengan panda, red panda ni lebih macam musang. Panda ni lebih kepada beruang.


2) Jinli Street (Jinli Jie 锦里街)

Kepada yang suka sangat2 untuk berjalan-jalan and bersiar-siar sambil melihat kebudayaan tempatan.
Bolehlah berkunjung ke Jinli Street. Kat sini ada mcam2 makanan tempatan, kraftangan, persembahan dan pertunjukan, baju-baju, perhiasan dan pelbagai lagi. Kalau nak beli buah tangan untuk dihadiahkan kepada kaum keluarga dan sahabat taulan memang sesuai sekali.

Jika dirujuk gambar di sebelah. Peta lorong Jinli ni sangatlah besar dan panjang.
Pemandangannya juga superb dan menawan. Kalau korang jenis yang gemar bergambar, memang best ke sini sebab macam-macam gambar boleh ambil.
Barang-barang kat sini juga amat berpatutan. Xdelah mahal.





3) Kuanzhai Alley (Kuanzhai Xiang Zi 宽窄巷子)

Kuanzhai Alley atau Kuanzhai Xiang Zi ni pun macam Jinli Street. Selain barang-barang n pelbagai benda yang anda boleh lihat di Jinli Street, di sini anda juga boleh menonton opera Cina yang dijuga dikenali sebagai Chuan Ju 川剧. Chengdu ni terletak di SzeChuan. Kat sini memang terkenal dengan Opera Chuan. Selain itu, Sze Chuan juga dikenali dengan masakannya yang pedas-pedas gitu!





4) Tianfu Square (Tianfu Guang Chang 天府广场)

Tianfu Square ni centre bandar Chengdu. Dari sini kita boleh pergi ke banyak butik-butik mewah macam Gucci, Chanel dan macam-macam lagi. Kat bawah tu pula ialah tren Chengdu dan shopping mall. Kat atas adalah dataran di mana orang banyak melepak atau bersiar-siar. Di sini ada penjaja yang jual pelbagai permainan macam kat dataran di Malaysia and juga ada servis amik gambar.
Tapi saya gi sini cuma sebab saya nak ke destinasi yang seterusnya,
iaitu masjid di Chengdu.



5) Huang Cheng Mosque (Huang Cheng Qing Zheng Shi 皇城清真寺)

Saya terharu bila sampai masjid di Chengdu ni sebab ia terletak di tengah-tengah bandar. Kat China, ada beberapa kaum minoriti yang menganut agama Islam. Jadi umat Islam tidak diketepikan di China. Malah, orang-orang di sini pun sangat menghormati kebebesan beragama. Even orang Islam kat sini pun pakai tudung, solat dan diberi akses kepada makanan halal. Kalau nak cari makanan halal, kena datang kat sini. Adalah beberapa restoran dan kedai makanan halal kat sini.


6) Huang Long Xi Ancient Town (Huang Long Xi Gu Cheng 黄龙溪古城)

Ini juga merupakan tempat fevret saya. Tempat ini juga dikenali sebagai Hollywood Cina. Banyak
juga penggambaran yang telah diadakan kat sini. Kalau nak tahu, tempat ini dulu-dulunya memang merupakan sebuah kota lama di Chengdu. Memang besar tempatnya, Kat sini kita boleh lihat bagaimana rupa bank, pelabuhan, kedai ikan, kedai besi, tempat tinggal dalam kota lama ni. Semuanya diorang masih kekalkan lagi. Besar sangat tempat ni, Senang kata nak gi jalan mana-mana kat China ni, tolonglah simpan kudrat sebanyak mungkin. Kalau tak memang tak larat nak round. Almaklumlah China ni besau!!! Oh, lagi satu saya suka kat sini, korang bolehlah feeling2 orang Cina lama-lama sebab boleh pakai macam-macam kostum untuk bergambar. Murah giler! Satu baju cuma RM5 atau RMB 10 (10 yuan) ajer!! Jangan lepaskan peluang feeling2 bergambar kat sini tau.



7) Jiu Zhai Valley (Jiu Zhai Gou 九寨沟)

Okeh, dalam banyak-banyak tempat kat Chengdu ni, Jiu Zhai Gou nilah tempat yang paling saya teringin nak pergi. Sebab kat sini memang superb pemandangannya. Ia merupakan taman negara di China. Nak gi sini dari Chengdu ada 3 pilihan. Sama ada naik bas atau drive, yang mana memakan masa 10-12 jam ataupun naik flight yang hanya 45 minit tapi ongkosnya pergi balik RM1,000 atau RMB 2,000 (2,000 yuan). Nangis!!! Masa takde, duit pon takde. Tapi tempat ni antara tempat yang tercantik untuk dilawati di dunia. Ada tasik 7 warna dan pemandangan yang tak terkata-kata cantiknya. Waktu paling cantik untuk dilawati adalah musim luruh. Kebetulan saya pergi pun baru-baru ni je n adalah pada musim luruh. Malangnya, belanjawan tak mengizinkan. Tapi kalau korang nak gi Chengdu, pastikan selitkan agenda ke Jiu Zhai Gou sekali tau! Gambar terpaksa cilok sebab tak de rezeki nak ke sana. Cantik tak? Cantik tak? Bernai korang kata tak cantik???

Sebenarnya macam-macam lagi tempat menarik untuk dilawati di Chengdu. Tapi semuanya bergantung pada bajet korang. Tapi saya memang sukakan tempat ni. Cantik dan bersih sangat. Orang pun tak sombong, sudi membantu.

Klah. T saya sambung part 3 bagi tips-tips ke Chengdu pula ya? Kalau berminat nak lihat gambar-gambar percutian saya bolehlah follow saya di instagram. Search je dreamfantasia. Tak pun klik je butang instagram kat belah kanan atas di blog ini.

Da~~`


Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka



Percutian ke Chengdu: Sediakan visa anda sebelum berlepas (Part 1)

September 30, 2014 0
Percutian ke Chengdu: Sediakan visa anda sebelum berlepas (Part 1)

Salam semua,


Kali ini saya nak cerita sedikit sebanyak tentang percutian saya ke Chengdu, China.
Untuk ke Chengdu atau mana-mana tempat di China, kita perlu mempunyai passport dan visa.

Camner nak wat visa? Senang je, kalau pergi ngan travel agency, travel agency akan uruskan. Nak pergi sendiri pun boleh minta travel agency uruskan. Janji bayar je. Tapi kalau nak buat sendiri, berikut adalah apa yang anda perlukan:
1. Passport
2. Flight Itinerary
3. Visa photo (white background)
    Jangan berangan nak pakai gambar background biru, t kena reject. Padan muka
4. Accommodation details (hotel booking etc tapi ni biasanya optional)


Kalau upah agency biasanya kena RM140 dan ke atas. Tapi kalau wat sendiri, RM75 je.
Borang boleh download di sini http://www.visaforchina.org/

Kalau wat sendiri, download je siap2 form, isi siap2 n then boleh hantar ke sini:

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,


Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm).

Senang je.... Lagipun servis kat sini sangat-sangatlah efisien. Cepat giler!!! Saya bagi 5 bintang. Mudah je!!

Peta ke Hampshire Office
Inilah tempatnya, ingat tau, nak buat kena gi tingkat 5, Nak collect kena g tingkat 6.