Friday 25 January 2019

Koleksi Lip Tint Wajib Cuba dan Wajib Beli


Hai semua,

Harini sis nak cerita sedikit fasal lip tint. Sebelum mula, just nak tanya, korang ni team lipstick ke team lipt tint? Huhuhu.... Sis sendiri memang tip lip tint. Sebelum kewujudan lip tint, memang tak ada pilihan lain. Tapi inovasi membuatkan kita semua dimanjakan dengan pelbagai pilihan. Selain lipstick, ada juga lip balm, lip gloss, lip matte dan tak terkecuali, lip tint.

Yang mana satu pilihan hati?


Kenapa tak suka liptstick?

Sebenarnya sebelum kewujudan lip tint lagi, memang sis jenis yang tak pakai dan tak beli lipstick. Sebabnya?

1.Sis rasa liptstick tu berat kat bibir.
2. Tak suka ada rasa and bau semacam kat bibir.
3. Bila minum air je, mesti ada lipstick stain atau bekas gincu pada gelas atau cawan
4. Gerun tengok kesan kandungan plumbum (lead) dalam gincu pada bibir

Ha, jangan tak tau. Yang paling menggerunkan tu fasal kandungan plumbum tulah. Kakak kita dulu tu ratu mekap hokey! Masa zaman uni dulu, kakak kita ada sebakul lipstick. Masa tu memang banyak koleksi lipstick dia. Macam-macam warna ada. Kita pun selalu buat main. Muahahahha! Almaklumlah budak-budak.

Tapi dalam pada tu, kakak kita pernah beberapa kali complaint katanya bibir dia jadi hitam dan berbiji-biji sebab salah pakai gincu. Padahal kakak kita ni memang tak belilah lipstick tiruan ke per.
Paling koman pun beli kat kedai farmasi macam Watson Guardian.

Yang hairannya, jenama lipstick yang membuatkan bibir dia jadi camtu, terkenal juga lah. Revlon u!!
Bila dah tua ni, banyak juga orang sekeliling yang complain benda yang sama fasal lipstick jenama tuuuu....

Kenapa pilih lip tint?

Aha! So, kenapa sis pilih lip tint pulekkkk? Sebab nak acah2 Korean look? Idok. No no no. Sis suka pakai lip tint berikutan beberapa sebaba:

1. Murah tapi boleh pakai lama. Muahahahah. Cost efficient gitu.
2. Long lasting. Tahan lama di bibir. Tak macam lipstick yang kalau dah tinggal sisa, memang sisa benar.
3. So far tak pernah lagi bibir jadi sensitif pakai lipt tint.
4. Efek warnanya yang wowww! Warnanya lebih gemilang dan terbilang. Paling suka warna oren. Wee! Kalau pakai lipstick warna oren pun still tak sevibrant lip tint tauuuu!
5. Boleh dicampur untuk hasilkan bermacam-macam warna lain. Mix and match gitu. Yer...tau lipstick pun boleh. Tapi lipstick tekstur terlalu tebal. So bila campur jadi cam.... Faham-faham jelah.

Kelemahan lip tint

Mana ada benda yang sempurna. Ye dok? Begitu juga dengan lip tint. Kelemahan dan kekkurangan terbesar lip tint ialah biasanya dia tak cukup lembap dan boleh membuatkan bibir kering. Makanya, kenalah pair up dengan pelembap bibir. Pilihan sis? Sudah tentunya lip ice keluaran mentholathum. Dah sapu lip tint. Sapu another coat of lip ice. Barulah bibir sentiasa lembap dan nampak segar gituuuu.

Ha, dah cukup panjang berjala sis citer fasal lip tint. Sis nak perkenalkan pulak siri dan koleksi lip tint yang sis pakai atau pernah pakai. Tada!

1. Saemmul Real Tint (Kod 02)

Yang ni merupakan lip tint favorite sis buat masa ni. First kenal Saemmul Real Tint ni masa pergi ke Korea atas urusan kerja. Nampak kat Saemmul punya retail outlet. Sekali pakai terus jatuh cinta dan beli. Balik Malaysia pakai sampai habis pastu nangis sebab kat Malaysia takde retail outlet Saemmul. Mujurlah boleh beli online. Weee!

Saemmul Real Tint memang cantik dan long lasting. Sis suka


2. Cathy Doll 2 in 1 Vit C Tint & Gloss (Orange)

Lip tint Cathy Doll 2 in 1 ni didatangkan dengan lip gloss sekali. Pertama kali jatuh cinta masa kat Guardian. Masa tu sedih sebab Saemmul dah nak habis. So cuba-cubala cari lip tint yang mungkin dapat menggantikan kedudukan Saemmul Real Tint. Alhamdulillah ditemukan jodoh dengan Cathy Doll 2 in 1 Vit C Tint & Gloss. Memang best sebab lip tint dia diperkaya dengan Vitamin C. So bibir kurang lembap. Memang best. Yang tak bestnya, dia kecik and sikit sangat. Yang lagi tak best, lip tint ni already discontinued. So ni kira memoirs of Cathy Doll 2 in 1 Vit C Tint & Gloss gitu. Cathy Doll dalam kenangan. Walaupun dah discontinued, anda tetap antara yang terbaik!!

Why? Why you are discontinued? 

3. Man Zi Miao Wine Lip Tint (Kod OR01)

Aha! Man Zi Miao Wine Lip Tint ni antara lip tint yang murah tetapi warnanya cantik dan juga agak lembap berbanding lip tint yang lain. Kebanyakan lip tint memang sangat mengeringkan bibir, tapi Man Zi Miao Wine Lip Tint ni lebih lembap daripada kebanyakan lip tint. Malah warnanya juga tahan lama hokey. Yang ni, kita jumpa kat gerai pasar je. RM5 je wak... Cuba sebab lip tint semua dah nak abis, dah order online tapi tak sampai lagi. Bila cuba lip tint ni macam hokey je, ternyata bila pakai pun best.

Nama Wine Lip Tint diberi kerana pembungkusannya berbentuk boto wain.

4. Tony Moly Perfect Lips (Shocking Lip Red Shocking)

Kalau nakkan tint yang lebih longer lasting, boleh cuba Tony Moly perfect Lips. Teksturnya sangat pekat. Hanya perlu pakai sedikit saja untuk cover semua bibir. Keburukannya lip tint ni terlalu likat dan biasanya perlu diratakan semula dengan brush atau jari atau apa2 jelah. Kita biasa guna jari. Pastu mulalah jari merah-merah. Tapi dari segi long lasting tu tak boleh dinafikan. Yang ni kenal sebab cilok kawan punya lip tint bila nak selfie. Efeknya chans (cantik sangat) tau! Tapi harga pun mampu membuatkan anda juling. Boleh didapati dalam talian ataupun di Retail Outlet Tony Moly di Pavillion.


5. Peripera Water Tint (Orange)

Ni antara tint yang paling awal kita cuba dan pernah suka satu ketika dulu. Walaupun Water Tint ni base water, tapi serius pakai lip tint ni bibir senang kering. Memang kena sapu lip balm or lip ice lelebeh. Dulu packaging lain
, sekarang ada packaging baru rasanya. Ni memang banyak kat Watson. Kelemahan dia selain mengeringkan bibir, ia juga mudah tumpah sebab air kan. Then bila pakai satu tempoh, dia akan jadi semakin cair. Apa-apa pun, warnanya tetap menarik dan tahan lama.

Sebagai ratu lip tint (hahaha, self-claimed) sis dah pernah cuba dan beli banyak lagi lip tint yang ada di pasaran. Namun, ini sajalah kesimpulan yang sis dapat buat setakat ini.  Banyak juga lip tint yang terkenal tapi jenama jelah yang gah, efeknya tak berjaya memikat hati dan mencapai KPI sis.

Semoga mencuba!

Baca juga:

Losyen Clindamycin Ubati Jerawat Degil Bernanah
Cellina 5 Days Flawless Skin Challenge
Hada Labo Whitening Series Untuk Kulit Cantik

1 comment:

  1. menarik. x penah cuba lip tint. slalu pakai matte. ni nampak
    more natural kan tak keras macam matte.

    ReplyDelete