Tuesday 20 March 2018

Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak Dugro


Hai semua,

Harini saya nak share resepi kegemaran saya yang dipelajari sewaktu Sesi Mama-mama Penyayang Dugro. Seperti tajuk ini, resepi tersebut ialah resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak.

Quiche Ayamdan Cendawan Enak
Resepi Quiche ini menggunakan susu dugro

Nak dijadikan cerita, saya telah berkesempatan menyertai kelas memasak anjuran Dugro dalam Sesi Mama-mama Penyayang Dugro di Bangsar pada 18 Mac 2018. Menerusi sesi ini, Mama-mama penyayang telah mempelajari dua resepi mudah hasil perkongsian Cef Lin di mana semuanya bukan sahaja senang disediakan, malah juga berkhasiat dan enak dan pastinya sesuai bagi anak-anak yang banyak songeh sekalipun. Gitu!!

Dugro
Khusyuk semua mendengar
Biasalah, hal anak susah nak makan ni, boleh dikatakan isu mak-mak seantero dunia. Isu kering idea tak tahu nak masak apa pun, isu yang sering dialami oleh mak-mak di seluruh dunia juga. Yalah, bukan mudah nak tarik minat budak-budak nak makan sebenarnya. Nak-nak kalau budak tu jenis memilih makan macam anak sulung kita si Mia Qaisara tu. Kalau adik dia Hariz, tolak batu kayu je. Macam maknya nilah. Ha, senang kerja.  Bagi kayu asalkan letak jem pun dia telah punyalah.

Dugro sebagai pihak yang sangat prihatin tentang keperluan anak-anak dan mak-mak dengan itu telah pun menyenaraikan 6 resepi-resepi istimewa yang diteliti oleh pakar-pakar nutrisi bagi memastikan si kecil mempunyai pemakanan yang seimbang. Antara resepi- resepi yang dikongsikan adalah Kebab Ikan Comel, Bubur Ikan Riang Ria, Nasi Goreng Meriah, Burger Ayam Sayangku, Quiche Ayam dan Cendawan Enak dan Pasta Si Manja.

Dugro
Kebab Ayam Comel

Dugro

Dugro


Tapi kali ini kita nak kongsikan resepi kegemaran kita iaitu Quiche Ayam dan Cendawan Enak. Sebenarnya, kita jatuh cinta kat Quiche sejak makan waktu kenduri 8 tahun yang lalu. Tah siapa yang masak tah, tapi tulah pertama kali kita mencuba makanan yang bernama Quiche ni. Memang sedap. Banyak kali jugalah konon nak cuba buat sendiri, tapi kah kah kah... Ilek. Dalam mimpi je buat.

Tak sangka pula dalam Sesi Mama-Mama Penyayang ni akhirnya kita telah berpeluang untuk memasak dan merasa sendiri Quiche Ayam dan Cendawan Enak hasil air tangan sendiri. Memang berjuta-juta lemon lah kita telan. Sodap! Tak sangka seringkas ini sahaja cara untuk menghasilkannya.

Quiche Ayam dan Cendawan Enak

Bahan-bahan:
Kepingan ayam (ham) secukupnya, dipotong kecil (boleh tukar jadi isi ayam dan sebagainya)
1/2 sudu bawang besar, didadu
2 sudu besar lobak merah, didadu.
2 biji cendawan butang, dihiris nipis
2 biji telur, dipukul
100 ml susu Dugro
1/2 cawan parutan keju Cheddar atau Parmesan
1 sudu besar minyak
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Paf pastri secukupny
Acuan pai aluminium secukupnya

Cara Penyediaan
1. Panaskan ketuhar pada 170 darjah selsius. Alas acuan pai dengan paf pastri
2. Panaskan minyak. Tumis hirisan ayam sehingga masak
3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan cendawan. Angkat.
4. Sudukan sayuran ke dalam paf pastri
5. Campurkan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Tuang sehingga menutupi sauran.
6. Taburkan keju di atasnya.
7. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.

Tada!! Inilah hasilnya. Memang sedap. Kaya dengan protin sebab menggunakan susu, telur dan keju. Baguslah untuk tulang anak.

Bagus juga untuk mak-mak yang nak diet atau mengamalkan diet Atkins. Caranya? Tak payah pakai paf pastri. Tuang je dalam acuan. Kemudian masa nak makan, guna je sudu. Mudah kan?

Semoga resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak ini berguna untuk anda semua. Sumpah senang je cara nak buatnya. Kita ada bawak balik untuk bebudak dua orang tu. Diorang pun suka.

Cubalah!

Sekian perkongsian ikhlas
Prettily Rare

Baca juga:




1 comment:

  1. nampak sedap ni maya. nak buatlah untuk bebudak esok ;)

    ReplyDelete