Friday 4 June 2021

Cara Batalkan Kad Kredit


Hai semua,

Hari ni nak cerita tentang cara batalkan kad kredit pula. Bagi mereka yang tak tahu bahawan entry ini adalah kesinambungan kisah Bahaya Kad Kredit dan Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit, boleh rujuk yang post saya yang sebelum-sebelum ni dengan menekan pautan tersebut ya?

batalkan kad kredit
How to cancel credit card

Okeyh, sedikit flashback atau lontar ke belakang tentang apa yang berlaku pada saya ialah penyata kad kredit yang kita tak pernah guna tak semena-mena menunjukkan bahawa kita mempunyai tunggakan sebanyak 400++. Makanya kita pun menggelabah kerana tak mahu dicaj tak tentu fasal.

Dalam entry sebelum ni, kita dah ceritakan cara-cara untuk dapatkan pengecualiaan yuran tahunan bagi kes seperti saya ni atau serupa dengannya. Bagi entry ni, kita nak kongsikan pula cara untuk batalkan kad kredit.

Oh ya, sebelum ini saya juga pernah semak banyak perkongsian dalam internet dan mendapati banyak orang salah faham bahawa kalau nak batalkan kad kredit, tak perlu susah-susah untuk buat permohonan. Cukuplah dengan menggunting kad kredit tersebut menjadi dua sahaja. Oh tidak, tanggapan itu sangat salah sekali kerana selagi kad tersebut tak dibatalkan, ia masih boleh disalah guna oleh pihak tertentu. Malah, rekod kad kredit tersebut juga akan kekal dalam laporan CCRIS anda. Yang paling buruk lagi, bagaimana kalau kad kredit tersebut dicaj yuran tahunan dari tahun ke tahun tanpa anda mengetahuinya? Bila nak mohon pinjaman, barulah tahu rekod CCRIS dah tak cantik sebab tunggakan kad kredit. Bahaya wooo...

Sebenarnya, cara nak batalkan kad kredit sama sahaja dengan cara nak dapatkan pengecualian yuran tahunan iaitu dengan menelefon ke pusat khidmat pelanggan bank tersebut. Tak kisahlah korang nak terminate kad kredit RHB ke, nak batalkan kad kredit Bank Islam, Maybank, CIMB, Hong Leong, Bank Rakyat, semuanya caranya sama sahaja. Cara tutup akaun kad kredit CIMB ke mana-mana sama je ya.Cumanya, kalau korang dah pakai kad kredit tu, pastikan semua baki telah dilangsaikan sebelum buat permintaan batalkan kad kredit. Yalah, dah guna, kenalah bayar. Tak bolehlah buat dek je.

credit card cancellation
Sekarang dunia di hujung jari, macam-macam pusat khidmat pelanggan boleh tolong

Secara ringkasnya, angkah-langkah adaah seperti berikut:

1. Langsaikan tunggakan kad kredit anda (jika ada)
2. Buat panggilan ke pusat khidmat pelanggan bank kad kredit tersebut.
3. Buat permohonan dan permintaan supaya kad kredit anda dibatalkan
4. Minta nombor rujukan bagi tujuan susulan mengenal pasti pembatalan kad kredit
5. Semak semula penyata CCRIS untuk pastikan kad kredit anda telah dibatalkan
5. Kalau rajin, boleh juga hantar emel untuk tujuan meninggalkan bukti komunikasi yang lebih sahih
6. Jangan lupa potong kad kredit yang telah dibatalkan pada CIPnya bagi memastikan ia tidak disalah guna.

Kalau rajin nak walk-in ke cawangan untuk isi borang pun boleh. Tapi kalau boleh senang kenapa nak susah pula kan?

Oh ya, oleh kerana sis sedang berbaik hati, sis juga sertakan contoh emel susulan yang korang boleh gunakan untuk tujuan dapatkan pengecualian yuran tahunan atau batalkan kad kredit:

Dear Sir or Madam:

Referring to my request via phone call to UOB Customer service with report number 1-13XXXXXXx on the 
12 May 2019, kindly expedite my request for charges reversal and cancellation for the following credit cards with immediate effect:

UOB One Visa Platinum XXXXXXXXXXXXXXXXXXX
UOB PRVIMILES Visa Platinum XXXXXXXXXXXXXX

Appreciate if you can send me a written confirmation that the charges has been reversed and both of the credit card accounts have been closed.

Thank you for your prompt attention to this matter.

Sincerely,

XXXXX

Selepas dapat panggilan untuk sahkan pembatalan kad kredit, jangan lupa semak balik laporan CCRIS korang untuk pastikan kad kredit tersebut telah benar-benar dibatalkan.

Yang penting sekali, pastikan kad kredit tersebut digunting dan cipnya dirosakkan tau. Langkah ini wajib dilakukan setelah kad dibatalkan bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.

cancel the card
Dah terbatal baru potong tauuu....

Okey, selamat mencuba! Semoga entri saya kali ini dapat membantu.

OXOXO


Baca juga:

Bahaya Kad Kredit
Cara Dapatkan Pengecualian Yuran Tahunan Kad Kredit
Tips Pelbagaikan Sumber Pendapatan
Aplikasi Pantau Kesihatan Kewangan
Rahsia Semakin Berusia Semakin Cantik
10 Nasihat Kepada Wanita Berusia 30-an
Pentingnya Bahasa Cina Sebagai Bahasa Ketiga






5 comments:

  1. I am totally agreed with this article and i just want say that this article is very nice and very informative article. 192.168.l.254 is mostly used by modern routers such as Linksys switches, 2Wire routers, TP-Link routers Alcatel ADSL Modems, Thompson ADSL routers, Westell ADSL Modems, 3Com routers, ADSL billions of router, SRW2023 and many more.

    ReplyDelete
  2. Kalau tujuan kita nk cancel kad kredit ats sbb scammed, & nk re-apply kad baru, boleh x hutang kad lama di transfer ke kad baru instead of clear kan dulu hutang tu awal²(waktu sebelum cancel)?

    ReplyDelete
  3. thanks..baru call batalkan kad yg dah hbs bayar n mybnk reversal smula charge tahunan dgn syarat kita x pkai dah...n dia kate nak tau tndakan mybnk dah buat leh semak kat online m2u..appears not authorise kt acnt kad tu

    ReplyDelete