Showing posts with label Reviews & Recommendations. Show all posts
Showing posts with label Reviews & Recommendations. Show all posts

Thursday, 13 January 2022

Pengalaman Duit Lesap Dari Akaun Maybank

January 13, 2022 70
Pengalaman Duit Lesap Dari Akaun Maybank

Hai semua,

Harini nak cerita tentang pengalaman duit lesap dalam akaun Maybank. Kejadian ni baru je berlaku dua hari lepas iaitu pada pukul 7.10 malam, 11/1/2022. Ah, dasar pengalaman tahun baharu 2022 yang tak menyeronokkan. Dah lah duit tu untuk persiapan persekolahan Mia dan Hariz. Ada plak perompak yang merompak duit sis... Grrrrr!!

Kusangkakan duit dalam Maybank selamat, rupanya tidak

Okie, kisahnya begini. Pada 11/1/2022, sis khusyuk membuat kerja sehinggalah pada jam lebih kurang 7.30 malam, dah Mahgrib, barulah sis nak balik. Bila nak balik, mestilah kita tengok fon dulu. Eh, bukan main banyak SMS lagi yang masuk. Zaman sekarang, semua orang pakai Whatsapp kot. Siapa je yang nak SMS? Melainkan tunggu nombor TAC bank dengan pak cik MKN yang gemar berpesan-pesan.

Ni sekali 3 mesej sis dapat, kok aneh? Okay, mesej pertama pada 7.10 malam, dia cakap terima kasih sebab berbelanja RM3 kat SteamGames.com. Hamboi... Sis tengah sibuk buat kerja. Sejak bila pulak sis main game? Mesej kedua pulak cakap terima kasih berbelanja USD154 dengan kad Maybank di ALEVTINAKOTOVA. REZDY .CNL. Dalam hati sis, pejadah!!! Dengar pon tak pernah. Buat apa plak sis nak berbelanja USD USD ni kat kau?! Dua mesej ni kira diterima secara serentak. Kira yang transaksi pertama tu dia test kad tu valid ke tak, bila dah valid, terus dia caj banyak sekali gus. Sialan kau!

Pastu paling hanat sekali, pukul 7.13, bila dah berjaya caj USD154, dia terus nak caj lagi banyak. Dasar perompak tamak. tapi kalini tak dapat sebab mungkin amaun yang dia masukkan dah melebihi had transaksi yang sis tetapkan. So SMS yang sis dapat kalini ialah Had Pembelian Debit tidak mencukupi. Sila masukkan bla bla bla dan nombor KP/Passport untuk menambah had pembelian.

Biasa sampai camni, perompak dah tau, mestilah pemunya akaun dah trigger dan alert yang ada orang sedang cuba mencuri duit dia. Sis plak baru tau lepas 20 minit. Apa lagi? Memula sekali, kita bukalah laman web Maybank2u untuk tengok betul tak duit hilang.

Sekali buka, halahai. Memang betul. USD154 atau bersamaan dengan RM662.33 hengget dah lesap dalam akaun. Yang RM3 testing tu, sekejap je dia dah refund balik. Langkah pertama terus sis telefon Hotline Maybank 1-300-88-6688 ler... Tapi hampeh... berkali-kali call, semua pegawai perkhdmatan sibuk, sedang sibuk dan masih sibuk je jawapan dia.

Jadi sis pun buka semula Maybank2u apps, set semua had perbelanjaan dalam talian dan debit menjadi kosong. Sekurang-kurangnya, takdelah si perompak boleh caj duit kita sesuka hati lagi. Tapi semua akaun yang kita pautkan pon takleh pakai. Contohnya Shoppee, Grab, Foodpanda. Sebab had dah jadi 0. Lepas tu teruskan membuat panggilan ke hotline. Tapi tulah.... cemas tau. Tetap sibuk je manjang.

Tapi takpe, kita terus hantar e-mel untuk membuat aduan kepada Maybank pula. Kena buat cecepat. Bank-bank ke sesiapa saja, kalau nak buat aduan, kena pantas. Kang ada je dia auta kenapa kita tak bertindak pantas. Choy! Makanya sis pun hantarlah e-mel ke Maybank Group Call Center yang beralamat mgcc@maybank.com.my untuk memberitahu tentang caj tak fasal-fasal yang dikenali sebagai transaksi tanpa kebenaran (unauthorised transaction) kepada pihak Maybank. Semak tau kepala sis fikir fasal duit hilang. Dahlah ada kelas kol 8.30 malam tu. Tapi takpe, jangan biarkan kelas kita terjejas sebab hal ini. Kelas tetap diteruskan.

Pukul 8.30 dah sampai kelas, sis tak puas hati dengan kelembapan Maybank ni. Terpaksalah guna serangan dan senjata terakhir iaitu spam je kat Social Media. Biasanya ni lah paling cepat. Ha kan... memang komen je terus dia reply kat komen, suruh mesej secara peribadi. Kita pon mesejlah secara peribadi. Pastu yang hampehnya, lama gak dia tak jawab, pastu dia jawab sistem sedang dinaik taraf, esok pagi pukul 9 buat susulan semula eh! Dasar! Tapi sekurang-kurangnya, lagi pantas lah daripada nak tembus panggilan ataupun nak tunggu dia jawab e-mel.



12 Januari 2022, tepat je pukul 9 pagi, terus sis cak cak kat messenger FB Maybank tu. Ala-ala morning call kat kekasih gitu. Hai wak, cemana aduan saya semalam? Lepas 17 minit, barulah dia bagi pertanyaan yang berupa tindakan yang mahu menyelesaikan masalah. Malam semalamnya dia main tepuk amai-amai je bagi meredakan kemarahan. Terus dia tanya butiran peribadi etc dan lepas tu dia habaq dia call satg na....

Dalam pukul 10.25, pegawai perkhidmatan Maybank pun menghubungi sis bagaikan kekasih yang menepati janji. Dia tanya ada ke pautkan maklumat akaun kat mana-mana dalam talian? Sebab transaksi sis merupakan pre-authorised transaction iaitu transaksi yang telah diberikan kebenaran terlebih dahulu. Makanya, mesti ada bagi 12 nombor kad dan kod CVC. Sis pun jawab, mana ada bagi kat sesiapa, tapi pada zaman era teknologi serba canggih ni, memang lah kita akan pautkan akaun kat e-commerce kannnn... Contohnya Shoppe, Grab, Foodpanda, Lazada, Touch N Go dan sebagainya. 

Pastu pegawai tu pun habaq, untuk tujuan keselamatan, dia dah nyahaktifkan kad bank tu. Sila datang ke cawangan bank untuk dapatkan kad gantian. Dia juga minta isikan borang pertikaian (dispute form) yang boleh didapati secara mengGooglenya dan hantarkan borang yang telah siap diisi ke disputemgmt@maybank.com.my dengan kadar segera. Lagi nak cepat, lagi cepat lah kena isi. Masalahnya dia juga cakap, proses penyiasatan makan masa 45-60 hari. Adeh!! Lama nauuuu. Mak nak duit mak balik je nok! Lepas dah bagi semua nasihat ni, dia pun babailah kat sis.

Pagi tu gigih sis siapkan form dan hantar terus ke Maybank. Lepas tu, waktu tengah hari, gigihlah ke bank untuk buat kad gantian. Tapi kena halau plak, sebab dia kata penggantian kad, dari pukul 4-6 saja ya, memana branch. Waduh! Awat pegawai social media tu tak habaq? Dahlah sis dah banyar RM1 duit parking kat MBSA. Tak fasal-fasal kena datang balik.

Petang tu, lepas Asar je sis gigih menempek kat pintu branch. Lepas buat pengesahan kad pengenalan dan ibu jari, pantas je dah dapat kad baru. Yang penting, tak fasal-fasal sis disuruh download aplikasi MAE Maybank yang bercirikan e-wallet yer.. Waduh, dahlah sis benci apps apps bagai ni. Tak sukalah sangat teknologi kononnya canggih yang melibatkan duit. Dahlah duit baru ilang... Uwa...


Pagi ni aka 13/1/2022, berbekalkan aplikasi MAE terbaharu sis, sis skodenglah balance dan statement bank sis.. .Eh sekali dia dah refund pre-authorised transaction RM662.33 tu. Yang mencinya, dia caj Sale Debit plak RM655.53 kat kad sis. Hei! Geram.

Makanya sis pun gigihlah telefon lagi kat Hotline Maybank.  Tak puas hati juga sebab dari haritu call, takde orang pun nak cakap dengan sis. Nasib sis harini agak baik. Pegawai perkhidmatan pelanggan tu cakap, oh sis... jangan risau. Tu kesinambungan transaksi haritu. Bukan transaksi baru. Sis dah buat aduan pon kan. Nanti kita siasat. Cis!

Okey... sekianlah perkongsian duit hilang dan lesap dalam akaun Maybank yang baru pertama kalinya terjadi kepada sis. Biasanya duit hilang sebab ada toyol je. Ni first time kena caj transaksi tanpa kebenaran. 

Marilah kita tunggu 45-60 hari untuk lihat, dapat balik tak duit sis daripada perompak yang cuba menelan duit titik peluh sis. Nanti kita hapdate balik eh! Semoga membantu bagi mereka yang duit lesap juga. Tapi sis lagi suka kalau duit korang sentiasa terpelihara dan terselamat je daripada anasir-anasir jahat.

Sekian... Da~~~



Thursday, 11 November 2021

Review: The Westin Langkawi Resort & Spa (Langkawi Bahagian 2)

November 11, 2021 8
Review: The Westin Langkawi Resort & Spa (Langkawi Bahagian 2)

Hai semua,

Ini posting sambungan pengalaman bercuti ke Langkawi. Kalau bahagian satu cerita fasal perancangan bercuti ke Langkawi, kalini nak cerita pengalaman menetap di The Westin Langkawi Resort & Spa pula.

Westin Langkawi
Gambar pinjam dari laman rasmi The Westin Langkawi Resort & Spa


Antara faktor utama saya dan rakan-rakan memilih The Westin Langkawi Resort & Spa adalah kerana lokasinya yang dekat dengan Langkawi Yatch Club, mempunyai persisiran pantai persendirian dan juga ada bufet sarapan. Hehehehe....

Kalau dah namanya resort, sudah tentulah The Westin Langkawi ni sangat luas. Selain bilik hotel, ia juga menawarkan vila-vila di persisiran pantai. Vilanya memang menarik tapi ia agak jauh daripada dining hall. Selain itu, ia juga menawarkan spa, tiga jenis kolam renang, pantai persendirian, sauna, gym dan sebagainya.

Haish... indah betul kalau dapat duduk Villa
Ni ha... LICC, depan banyak tempat letak kereta


Landskap di The Westin Langkawi Resort & Spa ini juga nampak menenangkan dan tempat letak keretanya juga agak banyak. Tapi rasanya kalau waktu kemuncak, mungkin susah juga nak cari tempat letak kereta berdekatan. Mungkin kena letak kereta di kawasan Langkawi International Convention Centre. Makanya kena menapak lah sikit.

Gambar dari booking.com jeks... jelita

Ni antara kolam renang yang ada

Persisiran pantai persendirian

Masa kami daftar masuk ke hotel tu, sis dan rakan-rakan sampai lambat. Dah malam dah masa tu.

Lobi sis
Ni kafe dekat-dekat lobi

Ada banyak sofa sementara tunggu daftar masuk

Apa-apa mestilah kita nak daftar masuk dulu. Kat kaunter menyambut tetamu tu, beriya staf tu tanya nak upgrade bilik tak. Katanya bilik yang kitorang tempah ni takde tab mandi. Cuma ada pancuran sahaja.

Ish, kalau upgrade kena tambah duit mestilah takmo kan? Staf tu pujuk lagi, kalau upgrade boleh dapat pemandangan yang cantik. Ah gitu!

Mujurlah kitorang iman tak senipis kulit bawang dan berjaya menolak godaan dia. Last-last dia sendiri naik taraf bilik kitorang memandangkan ini penginapan pertama kami di sini. Weeee......

Bahagian tempat menyambut tetamu

Welcoming drinks

Apa-apa minum dulu. Haus woo... Rasanya ni air kulit manis kot. Tak berapa sedap. Nampak je jelita. Huhuhu... Tapi dah orang bagi, kita habiskan sajalah.

Ajoms masuk bilik pulak. Katil dia ni Queen. So actually satu bilik ni boleh je himpit 4 orang. Cuma bila nak pakai jamban tu lambat lah pulak nak bergilir-gilir.

dari katil nampaklah pintu ke balkoni

Katil ni katil Queen.... Boleh dok 2 orang satu katil

Dari katil nampak bathtub kalau blind tu tak ditarik

Tab mandi. Dari cermin tu juga boleh nampak orang kat katil

Laci tu ada satu tak boleh bukak. Dummy je

Saja bagi  sudut sikit berbeza pulak

Jamban ni penting... Ada paip. Sis suka

Ada seterika dan papan seterika serta bath robe

Ada juga peti besi untuk simpan barangan berharga

Meja buat kerja.

Cerek dan cawan serta teh untuk kerja-kerja membancuh

Peti ais mini, kosong je

Pemandangan balkoni pada waktu malam. Tak nampak haper

Pada waktu siang, pemandangan lebih indah.

Bagi sis warna dan deko bilik dia agak pudar dan membosankan. Kalau pakai warna-warna yang lebih terang mesti rasa suasana tu nampak lebih menceriakan. Keseluruhannya, nampak bilasa jelah bilik dia tapi cukup selesa.

Satu yang sis rasa kurang puas hati ialah kipas kat bilik ni je. Ada habuk. Nampak ketara pulak tu. Kalau dah berhabuk dan ketara biasanya makan minggu jugalah dia tak lap. Harap pihak Westin lebih cakna fasal kebersihan kipas di bilik mereka.

Nampak tak habuk? Apa tak nampak? Jap cari gambar lagi dekat.

Jelas dah? 

Yang sedihnya, lepas room service pun tak jelita lagi bilah kipas ni. Mungkin orang yang bersihkan terlepas pandang. Aduh, aduh.

Oh, satu lagi, masa nak mandi tuala pulak takde. Lama jugalah tunggu orang yang sediakan tuala datang walaupun dah buat panggilan untuk maklumkan takde tuala.

Selain dua insiden ni, rasanya yang lain agak lancar dan pekerjanya juga agak ramah.

Saya pun bukan orang yang pandai keji saja ya, saya juga tidak lokek pujian. Satu benda yang saya rasa terharu kat pekerja Westin, beriya dia maklumkan dan kejar kami selepas daftar keluar untuk maklumkan ada barang tertinggal.

Rupa-rupanya EarPods Cik Fatin. Ish ish ish...tak sayang barang betul.

Satu lagi servis yang kitorang suka ialah pihak resort okay saja kalau lepas dah daftar keluar, kita nak tumpang dulu beg dan berjalan-jalan di sekitar hotel sebelum bertolak pulang.

Sesungguhnya tempoh 3 hari 2 malam tak sempat pun nak eksplorasi keseluruhan resort dan Langkawi.
Secara keseluruhannya, pengalaman di The Westin Langkawi Resort & Spa ini adalah memuaskan.

Saya sedar teknik bergambar dan tahap kerajinan nak bergambar kat Langkawi tu tak seberapa. Tapi tetap nak kongsikan juga gambar-gambar yang saya tangkap. Muahahahhaa....








Friday, 11 June 2021

Review: Set Berpantang Afiat (Afiat Hijau)

June 11, 2021 77
Review: Set Berpantang Afiat (Afiat Hijau)

Assalamualaikum semua,

Maaf ya, kebelakangan ini banyak pula post yang mak2 dari saya. Heheheh... Yelah, just nak sharing pengalaman dan pendapat sendiri. Kotlah ada yang memerlukan.... Niat, nak bantu orang jeee....

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman sewaktu berpantang dulu-dulu.... Kakak ada dua orang anak. Comey. Alhamdulillah. Sepasang.  Diorang ni dilahirkan rapat-rapat. Mia lahir 2011. Seminggu lepas besday Mia yang pertama, adiknya Hariz pula dilahirkan. 

berpantang
Indah wo kalau berpantang dimanjakan sebegini rupa

Kisahnya, masa tau pregnantkan Mia ni.... Terus google macam2. Pasal parenting, pasal baby, pasal penyusuan dan dah tentulah termasuk pasal berpantang kan....... Masa tu selain daripada google mengoggle, saya tak lupa juga scan sana dan sini ibu-ibu yang pernah mengandung di opis. Semua saya interview dulu masa berpantang diorang ni makan set berpantang haper... Ada amalkan ke tak, Elok ke tak, mahal ke tak....

Setelah kajian demi kajian,... Kita perasan ada kakak ni kat opis, anak dah 4. Tapi selim-melim. Ramping je badan. Jeles. Kalau nak dibandingkan ngan yang lain, memang body dia paling cun dan paling mantap. So, apa lagi? Troslah kita interview dia. Rupa-rupanya dia makan Set Berpantang Afiat. Set Bersalin Afiat atau Jamu bersalin Afiat ni, murah je. Tak sampai RM100 pun. 

Dia pun bagi nasihat kat saya yang berbunyi, " Daripada ko beli set berpantang yang mahal-mahal tapi tak makan. Baiklah ko beli yang murah-murah tapi make sure ko abiskan je semua." Nasihat ni memang menusuk kalbu. Sebab kita masa tu pun bukannya ada duit pon...... N kebetulan, daripada pemerhatian ni, kakak ni paling win dalam pemulihan selepas berpantangnya. 4 orang anak ko! Body mantap! Mampu tak? 

Lepas tu, saya sendiri sempat memerhati kakak-kakak di ofis yang pakai ubat berpantang atau bersalin yang lain, kesannya macam tak berapa mengancam. Ada kemungkinan sebab mereka pun culas nak amalkan, ataupun dah amalkan tapi memang tak kena dengan badan. Siapa tahu? Jadi saya pegang dengan akta-kata Kak Sal, biar murah, janji berpantang dengan ketat.

Tanpa teragak-agak, saya pun belilah Set Berpantang Afiat ni. Rasanya baru RM85 camtulah. Oh, kakak tu juga pesan. Afiat hijau tau. Ko jngan amik Afiat putih tuuuuu....

Set bersalin
Inilah antara kandungannya


Dalam tu ada lebih kurang 10 barang antaranya minyak afiat, gel mandian serai wangi, Ubat basuh (feminine care), bedak hangat afiat, pil jamu afiat, akar kayu periuk afiat, barut afiat, balm afiat, makjun bawang putih dan tali pembentan. Semua ni cuma RM85 sahaja tau!! Sangat berbaloi.


1. Minyak Afiat :
Minyak Afiat ni sebenarnya salah satu fevret saya. Sebab sangat berfungsi untuk self healing purposes. Saya guna untuk berurut, sapu kt kaki ngan tangan dan ubun-ubun. Bau dia pun bau serai. Kalau saya tak silap, keluarga pengasas Afiat ni memang terkenal dengan minyaknya. So yang ni memang saya bagi 5 bintang. Sebab smpai sekarang saya still gunakan minyak afiat ni untuk mengurut diri sendiri (self-theraphy) in case kalau lenguh-lenguh badan, sakit tumit, sakit kaki ataupun pening. Kalau anak-anak jatuh or luka/ gatal kena sengat pon saya boleh sapu minyak afiat ni kat diorang. Alhamdulillah cepat baik and cepat elok.

Minyak Afiat
Ni memang minyak fevret, sampai sekarang guna



2. Gel mandian serai wangi :
Yang ni pun memang win!! Best sangat sebab bagi saya boleh diibaratkan sebagai aromaterapi penenang jiwa. Masa pas baru bersalin je, tros saya mandi pakai ni. Heaven! Dari rasa lemah-lemah dan murung, terus rasa naik semangat, rasa segar je. Tak sampai habis berpantang 44 ari dah abis. Sebab suka sangat guna. Fungsinya katanya untuk menghilangkan bau badan. Tapi bagi saya memang bagus untuk penenang jiwa.
Gel Mandian
Gel mandian ni pun baunya mendamaikan



3 Feminine Care :
Yang ni pon saya suka. Sebab yelah, pas bersalin mesti rasa bawah tu tak selesa je. Tapi bila basuh dengan ni macam best je. Lembut je, xde pon buat kita rasa kering or tak selesa. Even berjahit bawah tu pun elok pakai.
feminine wash
Feminine wash jangan dilupa


4.Bedak hangat Afiat :
Yang ni saya malas nak pakai. Hehehehe... sebab nak kena bancuh. Saya gunakan macam param pilis jelah. Tu pun kalau rajin. (Maaf) Tapi sebenarnya memang bagus pakai untuk menghangatkan badan. Cuma saya masa tu berpantang kt umah kampung, atap zink. Panas yang amat. Berpeluh2 eden. Tak lalu nak hangatkan badan lagi.


5. Pil jamu Afiat :
Yang ni saya telan je sampai abis. Patutnya kena makan start berpantang. Tapi oleh kerana baby dua2 kuning, so pas baik kuning baru saya makan. Tapi saya makan sampai ubat habislah.


6. Akar kayu periuk Afiat :
Yang ni rasanya memang satu kemestian untuk ibu-ibu berpantang. Leceh skit sebab kne reneh. Tapi saya rajin minum yang ni. Ikut macam arahannya, reneh minum reneh minum. Sampailah air yang direneh abis warna. Biasanya ni orang buat penutup pantang kalau tak silap saya. Fungsi untuk kuatkan badan ibu-ibu yang baru bersalin. Saya okey je bab ubat-ubat ni. Nak2 kalau untuk kesihatan badan kita. Oh, yang ni pas dah abis pantang or smpai bila-bila pun nak minum pun bagus. Memang sangat-sangat digalakkan.


7. Barut Afiat :
Satu lagi my fevret. Rasanya saya perlu berterima kasih dapat kempiskan perut sebab benda nilah. Dalam dia ada bijik2. Rasanya biji lada hitam kot. Saya akan ikat ketat2 kat perut, pastu pakai bengkung plak. Bengkung tradisional tu. Kalau malas pakai bengkung, saya akan pakai barut ni, pastu pakai girdle kat luar. Memang selesa. Fungsinya untuk buang angin kat dalam perut. Kalau rujuk post saya yang sebelum ni, aka tips elak perut buncit, mesti korang tau angin adalah salah satu punca perut buncit. So, yang ni memang bagus untuk kempiskan perut buncit yang disebabkan oleh angin. Yelah, mak2 macam kita ni kan urat2 dah kembang, memang senang masuk angin. Tu yang badan pun mudah dipam2 kembong je mcm belon.


8. Balm Afiat :
Kalau tak silap ni untuk pusat baby. Tapi saya pakai ubat doktor je. Tak guna sangat.
Kekadang sapu kat dada baby... Kalau tak silap ingatlah. Tapi pakai sikit je...


9 Makjun bawang putih :
Ni pun saya telan je sampai abis. Yang ni untuk makan lepas tempoh 44 ari. Oleh kerana saya dah bayar dan saya benci pembaziran. Saya telan je sampai abis. Sayang wooo duit. Bukan senang nak cari.


10. Tali pembentan Afiat :
Katanya dipakai di pergelangan tangan untuk elak bentan. Tapi saya tak caya sangat yang ni. So tak pakai langsung. Tapi sebagai tips elak bentan, make sure jangan emo2 masa berpantang. N pastikan ibu jari kaki tu jangan tersadung or tersepak. Oh, lagi satu, jangan terkena hujan or makan benda-benda sejuk.

Dua kali saya berpatang, dua-dua kali juga saya gunakan Set Berpantang Afiat. Pas balik berpantang semua puji nampak sihat and lagi kurus dari masa anak dara. Alhamdulillah. Rezeki. Yang penting, pil jamu, air akar semua tu memang tak tinggallah.

Yang penting untuk RM85 saya dapat semua ni, sangat-sangat berbaloi dan menepati bajet saya yang sangat-sangat ciput.

Tak kiralah korang pakai set bersalin apa sekalipun, yang penting, pastikan korang makan ikut aturan dan habiskan. Jangan membazir. Kalau tak habiskan, pastu tak capai efek yang diingini, haruslah fikir-fikirkannya kembali.

Sekian sahaja product review saya kali ini.

Terima kasih semua kerana sudi membaca. And terima kasih juga pada Kak Sal sebab rekemenkan product yang superb ni pada saya.



Pengalaman Cabut Gigi Bongsu -Hospital Sungai Buloh

June 11, 2021 102
Pengalaman Cabut Gigi Bongsu -Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan berzaman dahulu, ini dia entry pengalaman cabut gigi bongsu oleh hakak. Hakak dah dua kali pengalaman cabut gigi bongsu ni. Janji dulu masa cabut gigi bongsu sebelah kanan lagi nak citer. La ni dah kiri kanan dah cabut, dah baik dah pun. Poooon tak tulis-tulis lagi entry ni. Hapara! Takleh diharap sungguh. Hep! Tapi sekurang-kurangnya hakak tunaikan janji tau... Walaupun berzaman, berjanggut!

Dental Clinic
Mesti ada yang tak suka pergi jumpa doktor gigi kan?

Baiklah, mesti orang tertanya-tanya. Eh? Kenapa plak nak kena cabut gigi bongsu? Bagi yang tak tahu, gigi bongsu ni sebenarnya tak semua orang kena cabut. Ada yang bernasib baik, gigi bongsu tu tumbuh elok je. Jadi tiadalah keperluan untuk cabut. Ada juga yang kena cabut, tapi sebab gigi tu tak tumbuh senget, boleh cabut tanpa pembedahan. Tapi hakak adalah antara insan-insan yang diuji sebab dua-dua belah gigi bongsu tumbuh senget dek kerana tiada ruang untuk gigi-gigi ini tumbuh. So, gigi-gigi ni pun buat perangailah. Ada yang nak tumbuh senget ke sini, ada yang nak tumbuh senget ke sana. Senang kata macam-macam ragamlah. Ada je peel gigi geraham dan gigi bongsu geraham tumbuh senget ni. Apa? Tak paham? Tengok jelah gambo kat bawah tu:

Impacted tooth
Ginilah gayanya gigi yang tumbuh senget atau impacted tu


Ha? Dah paham blom? Kalau tak paham juga, tak payah susah-susah fikir. Teruskan je membaca. Alkisahnya, kalau gigi bongsu ni tak sakit, memng hakak takdenya takde keje nak suka-suka cabut. Yerlah. Gigi bongsu terimpak ni, biasanya dia tak keluar dari permukaan gusi lagi. So, bukannya cabut macam cabut gigi susu tu, main cabut je. No no no. 

Nak keluarkan gigi bongsu yang manja-manja minta dibelai ni, korang kena operate. Dengan erti kata lain, mulut anda perlu dibedah! Ya! Dibedah!!!

Hakak ingat lagi masa tu  sakit gigi bongsu tu memang denyut-denyut sampai kakak pening kepala, sakit muka, sakit gigi, sakit segala-galanyalah. Pergi consult doktor, doktor kata cabut je jalan paling mudah. What??? Sob sob sob... Sedih. Bukan sedih sebab kena cabut. Tapi sedih sebab mahal woooo.

Hakak ingat lagi, harga cabut gigi  bongsu di klinik swasta  aka operate buang gigi bongsu ni, koman-koman paling murah pun kena 500 hinggit. Kalau ada komplikasi ke haper, kenalah 800-1000++. Manalah kakak mampu dik ooooiiii.... 

Nak tak nak, akak kenalah cari alternatif. Alternatifnya ialah pergi ke Hospital Kerajaan jelah wehhh... Kos atau harga cabut gigi bongsu kat hospital kerajaan ni, baru RM50. Beza wo, antara 500 ngan 50. Syukur, terima kasih kerajaan. Ingat, seeloknya takyah lah pergi cabut gigi bongsu kat klinik kerajaan sebab mungkin peralatannya tak cukup. Sekurang-kurangnya kalau ada komplikasi, boleh terus masuk hospital je. Hehehe...

Oh, ya! Kalau nak pergi hospital kerajaan, korang tak boleh main terjah je. Memula sekali, pergi klinik kesihatan untuk buat appointment check gigi.

Lepas tu, cakap kat doktor bertugas korang nak cabut gigi bongsu. N then, doktor akan refer kita ke hospital kerajaan yang berdekatan. Hakak dulu buat appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 19., Shah Alam Pastu doktor berkenaan pun tanya, awak nak Hospital Klang ke Hospital Sungai Buloh? Hakak ternganga. Sebab dua-dua tu hakak tak tau jalan. Last-last doktor jawab sendiri: "Pergi Hospital Sungai Buloh la dik, sebab kat sana baru. Cantik. Queue pon tak panjang.

Omak kau! Queue tak panjang katanya, tapi kena tunggu dua minggu jugalah! Pffttt... Dah la kita dah sakit tak terperi. Kakak dirujuk ke Pakar Bedah Mulut  (Jabatan Maxilo Fasial), Sungai Buloh. 

Maxilo Falias
Jabatan Maxilo Fasial, gempak nama dia kan


Sampai hari appointmen, ingatkan tros akan dicabut gigiku yang sakit tak terperi ni, tapi rupa-rupanya, doktor cuma check dan amik x-ray saja. Pffttt... Pas dah buat x-ray, doktor akan bagi lagi appointment untuk cabut gigi. Kat Hospital Sungai Buloh ni, sesi cabut-mencabut adalah hanya pada hari Rabu sahaja. So, dia pun bagi tarikh untuk kakak pilih.

Hakak dah google2 dah tentang kesakitan mencabut gigi bongsu ni. Katanya takleh makan nasi bla bla bla... So hakak dengan bijaknya pilih sebelum puasa. Rasanya 2-3 hari sebelum puasa. Sebab yerlah, puasa mana makan sangat, konon bijaklah kan.... Alang-alang takleh makan, biar buat masa puasa. T masa raya dah cun melecun sebab bengkak dah surut dan boleh lah mencekik darah makan juadah raya. Kah kah kah. Masa tu rasa diriku sangatlah bijak. 

Sampai hari untuk cabut gigi, kakak gagahkan diri untuk jumpa doktor. Doktor pun terangkanlah segala komplikasi mencabut gigi ni. Katanya, gigi bongsu hakak sangat rapat dengan saraf-saraf. So kalau masa cabut dan terkena saraf-saraf ni, hakak ada kemungkinan boleh buta, gila dan sebagainya. Perghhh.... amaran tu sungguh menakutkan sekali. Tapi hakak tetap sign je surat kebenaran tu.

Duduk je kat kerusi pesakit tu, hakak dah warning doktor dulu. "Doktor, badan saya ni tak lut bius. Mohon bius sampai saya betul-betul kebas baru operate, boleh tak?" Doktor kata hokey.

So memula dia bius kat gigi atas pastu bawah. Pastu dia ketuk2 tmpat tu tanya sakit tak. Hakak jawab sakit So, lepas 4 kali bius atas dan 5 kali bius bawah, barulah akak benar-benar kebas. Doktor pun memulakan kerja-kerja pencabutan gigi. Lama jugalah. Sebab doktor kena potong sikit tulang rahang kita. Pastu nak korek gigi yang terbenam jauh plak tu. Lama gaklah rasanya.

Bila dah selesai, doktor sroh gigit kapas, pastu sroh amik ubat kat bawah. Doktor bagi MC 3 hari sebab baru jalani minor operation...

Lepas cabut gigi tu hakak rasa nak ngamuk je keje. Sebab sakit nak mampos. Nak-nak bila bius dah habis. Rasa nak sepak2 orang je walaupun dah telan pil tahan sakit. Lama jugalah baru baik. Dekat dua minggu. Keje asyik makan bubur and amik liquid diet je. Lagi la kakak jadi bad mood. Dah la sakit, lapo plak tu. Yang bijaknya, sebab hakak lepas tu kena puasa, tak leh amik pil tahan sakit. Grrrr.... Buka puasa je tros makan ubat tahan sakit. Nasib baiklah sakit ni penghapus dosa. Smoga banyaklah dosa hakak terhapus. Amin.

Setahun lepas tu, hakak kena cabut gigi belah kanan pula. Sob sob sob. Apalah nasibku? Masa x-ray gigi kiri tu, doktor dah warning siap-siap. Gigi belah kiri lagi teruk sengetnya. Alhamdulillah. Dua tahun berturut-turut akak menghapus dosa.

Kali kedua cabut, hakak buat juga kat Hospital Sungai Buloh. Kalini dah lebih berpengalaman, so akak tak repeat kesilapan yang sama.

1. Hakak tak cabut masa bulan puasa, so boleh makan pil tahan sakit bila-bila masa saja
2. Hakak makan sedap-sedap kenyang-kenyang dulu sebelum operate

MD

3. Hakak dah pandai guna coolfever untuk surutkan bengkak. Xpayah nak guna icepack pastu meleleh-leleh bila cair. Habis bantal basah dan menyebabkan diri bad mood.


Bengkak
Tempat yang cabut tu konfem akan bengkak dan panas. Gunakanlah cool fever untuk melegakannya. Tips hebat dari saya
4. Hakak dah pandai dengar kata doktor untuk berpantang makan dengan strict. Hakak amalkan liquid diet saja

Bubur
Makanlah makanan lembut ya


5. Hakak dah bijak hakak banyak berehat.

Biasalah, bila dan berpengalaman kita lebih bijak lagi mengemudi keadaan. Hasilnya:

1. First time cabut gigi bongsu, tiap-tiap hari akak kena ambil suntikan tahan sakit. Second time, tak perlu pun, telan ubat tahan sakit dan banyakkan berehat je.

2. Bila appointment cabut benang masa first time cabut gigi bongsu, ada infection. Kena sambung appointment lagi dan sambung makan ubat. Tapi bila second time, doktor kata luka cepat sembuh. Muahahahahha!

Gumbira hakak! Yang penting doktor yang akak jumpa masa second time cabut benang tu, amboi! Melting hati.

Kesimpulannya:

Kalau tak mampu, pergi jelah hospital kerajaan cabut gigi bongsu. Kalau ada komplikasi apa-apa, tros warded je kat hospital kerajaan. Kalau korang gi swasta, pastu ada apa-apa komplikasi, biasanya insurance biasa tak cover admission to ward yang berkenaan dengan dental ni. 

Oh ya, kalau dah xray and dapati gigi kiri kanan memang jenis senget dan kena cabut, korang boleh pilih untuk cabut empat-empat terus. Dia tros bius tido. Takyah merana dua kali macam kakak ni.

Finally, ada juga hikmah di sebalik kesakitan penghapus dosa ni. Kalau korang nak tau, ramai selebriti oversea yang sengaja cabut 4 gigi bongsu belakang ni sebab nak kecikkan dan nak v-shape kan muka. Muahahahah! Mau tak v-shape? Rahang korang dipotong tau! Tu yang muka kakak v-shape forever... (Kah kah kah) ----> tips cantik la kononnya.

p/s cabut gigi geraham bongsu ni biasanya akan cabut atas bawah sekali. Kira sepasang. Kalau tak gigi yang ada akan menggesel gusi masa makan. Lagipon tak balance. Gitulah katanya. Just nak info je

Friday, 4 June 2021

Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Bread Maker

June 04, 2021 3
Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Bread Maker

Hai semua,

Kali ni saya nak kongsikan resepi Roti Susu Hokkaido Menggunakan Tesco Bread Maker. Roti susu Hokkaido ataupun Hokkaido Milk Bread ni antara resepi yang mudah dimahiri. Lagipun kerja semua mesin bread maker yang buat kan.

Resipi ini juga adalah resepi yang saya dapat dari perkongsian kumpulan Tesco Bread Maker di Facebook dan ini merupakan resepi roti pertama yang saya hasilkan menggunakan bread maker Tesco.

Bila korang buat, korang pun akan kagum dengan betapa mudahnya kaedah membuat roti dengan adanya mesin breadmaker.

Cuma tulah, tempoh menunggunya agak lama. Makan masa dua jam jugalah. Tapi tak susah. Masukkan semua bahan sambil buat kerja-kerja rumah lain. Tau-tau dah siap je.

Hokkaido Milk bread
Gambar dari Taste Rail dot com



Ajoms tengok apakah resepinya:

Resepi Roti Susu Hokkaido Tesco Bread Maker

Bahan-bahan:
Whipping Cream                     100 ml
Susu Penuh Krim                    100 ml
Telur                                        1 biji
Tepung Tinggi Protein            300 gram
Susu Tepung                           15 gram
Yis                                           1 1/2 sudu camca
Gula                                        2 sudu besar
Garam                                     1/2 sudu camca


Cara-cara:
1. Masukkan bahan basah seperti whipping cream, susu penuh krim, dan telur mengikut turutan
2. Kemudian masukkan bahan kering seperti tepung tinggi protein dan susu teping
3. Buat satu lubang kecil dan masukkan yis dan kambug semula
4. Letakkan gula pada satu hujung
5. Letakkan garam pula pada satu penghujung lagi.
6. Tekan butang nombor 5, iaitu sweet 
7. Biarkan mesin bread maker berjalan sehingga masak (lebih kurang sejam setengah)
8. Setelah masak, keluarkan sewaktu panas 
9. Roti boleh dihiris setelah sejuk
10. Simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan roti tidak mudah kering dan rapuh


Hokkaido Milk Bread
Kalau dah masak camni, leh dah keluarkan

Kalau korang nak tahu, ini cuma resepi doh asas sahaja. Ia sangat mudah disesuaikan mengikut citarasa korang. Contohnya, kalau suka perisa butterscotch, boleh saja masukkan cip butterscotch. Kalau rasa nak letak kekacang boleh juga masukkan kekacang dan sebagainya. 

Bila nak masukkan bahan-bahan ni? Sewaktu bread maker selesai menguli dan ia akan berbunyi 5 kali. Segeralah masukkan apa-apa bahan lain yang korang nakkan.

Roti Butterscotch
Roti butterscotch yang saya hasilkan. Letakkan saja butterscotch chip

Roti Butterscotch
Setelah dipotong, warna agak coklat kerana telah bercampur dengan butterscotch.

Nak letakkan badam dan ubah suai menjadi tepung wholemeal pon boleh

Malah resepi doh asas ini juga boleh dijadikan doh untuk membuat ban. Cuma perlu uli dan bentukkan serta masukkan inti yang digemari. Yang penting, kreatif dan berani mencuba.

Okay...sekian saja perkongsian saya kali ini.

Selamat mencuba.

Da~~

Baca juga:

Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row SixCrabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam