Wednesday 18 June 2014

Jom Buat Duit? Kenapa nak MLM kalau ada bakat menulis?

June 18, 2014 0
Jom Buat Duit? Kenapa nak MLM kalau ada bakat menulis?

Salam semua,

Hari ini saya nak share satu peluang keemasan bagi semua orang. Peluang yang lagi gempak daripada MLM. Kenapa saya cakap macam tu? Yelah, sebab kalau join MLM kena keluarkan modal, tapi kalau rebut peluang yang saya kongsikan ni, tak ada modal pun selain buah fikiran korang n waktu untuk menulis pot pet pot pet mencurahkan idea kreatif korang kat dalam Microsoft Word tu. Yang paling best, kalau penulisan korang tu gempak and diterbitkan, korang dapat royalti tau tiap2 6 bulan, ataupun tiap2 tahun. Bergantung pada perjanjian koranglah. Royalti tu plak, bukan saja masa korang hidup, tapi sampai ke anak cucu tau. Apa? Ingat sengkek ke penulis-penulis ni? Hish!! Tolonglah! Kaya tau! Modalnya tulis sekali, tapi pulangan berkali-kali.

Saya memang minat dengan bidang penulisan sejak dulu lagi. Memang suka menulis. And saya pun adalah beberapa buku yang telah dicetak dan dijual di pasaran. Tapi sedihnya, satu sen pun saya tak dapat. Ala-ala kena aniaya lah ni. Lama gak tak menulis lepas kena tipu, and malas nak bergelumang dalam bidang penulisan. Kira ala-ala give up la kengkononnya. Sob sob. Sedih tau mak kena tipu.

Sampailah satu haritu, saya kenal seseorang bernama Luca yang liar dan angkuh nak mampus ni tapi hati suci bak kat CFO saya. Dari situ, sinar dalam bidang penulisan mula bercahaya kembali. Sebab dia, saya kembali berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Kalau korang nak tau, dia ni owner Dubook Press, penerbit buku Indie. Apa? Korang tak tau apa tu Indie? >.< Lain kali la kakak terangkan. Dia banyak share tips-tips berguna pada saya. Dari situ, saya kenal pula ramai penerbit-penerbit Indie lain, antaranya Terfaktab. Kalau korang nak tau, Terfaktab ni dulu mula dengan menulis blog je, pastu hamik ko, dah jadi buku nukilan-nukilan diorang. Gempak tak?  Diorang share ngan aku, amaun royalti yang diorang bayar kt penulis diorang ni 5 figure tau!! 5 figure!!!

Selain penerbit Indie, saya pun kenal (tapi tak rapat) Puan Sri Diah, dia orang kuat Grup Buku Karangkraf. Seorang yang very down-to-earth. Saya memang dari dulu friend kat facebook dia. Dari dulu saya lihat dia share macam2 tenang penulis-penulis bawah Karangkraf. Semuanya buat saya terharu. Kenapa? Sebab dengan duit royalti yang Karangkraf bayar, penulis2 ni dapat beli kereta pertama diorang, dapat hantar mak bapak umrah and macam2 lagi. Sob sob... Semoga murah rezeki.

Punyalah banyak saya merepek ni, satu je kesimpulannya. Mahsyuk tau buat buku ni sebenarnya! Gila tak mahsyuk? Sampai boleh antar mak bapak umrah.

So, mesti korang tertanya2 macam mana nak publish buku????

Ha.... nilah cerita yang saya nak kongsi. Ada satu yarikat ni merupakat inisiatif kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara menerusi industri kreatif. So, antara inisiatif syarikat ni untuk memartabatkan bidang penulisan negara adalah dengan mengadakan Pertadingan Writers Unleashed: Pencarian Manuskrip Terbaik 2014.

Apa hadiahnya? Ada wang tunai RM2,000 untuk dimenangi selain peluang bagi manuskrip korang DITERBITKAN. Ha! Kalau dah diterbitkan tu, tulah titik permulaan korang untuk dapatkan duit royalti yang berkepuk-kepuk tu. Kalah MLM tau! Permulaan je dah dapat duit, pastu dapat royalti lagi. Takkan tak nak kot?

Maklumat lanjut, layari www.mycreative.com.my




Friday 13 June 2014

My Favorite FB Post by Yuyu Zulaikha

June 13, 2014 0
My Favorite FB Post by Yuyu Zulaikha

Selalu tengok, orang yang suka bash orang lain di FB ke, Twitter ke, Instagram ke, Blog ke, apa-apa je la, mesti dia ni jenis hidupnya bermasalah juga. ALLAH tak bayar sekali mengutuk orang, terus kerat lidah, tapi apa yang kita dapat dalam hidup, adalah apa yang kita buat dalam hidup.

Selain ALLAH bagi masalah untuk hazafkan dosa kecil kita (kalau kita sabar dan redha), ALLAH juga bagi masalah untuk kita check balik rutin harian kita. Sebab tu orang yang tak suka mencari masalah dengan orang lain, walaupun hidupnya "biasa-biasa" je, tapi bahagia. HATI TAK ADA DENGKI.

Please, cari sesuatu yang berguna dan tak menyusahkan orang lain. Kadang orang tak heran pun kena kutuk ke, cerca ke, herdik ke, tapi kesian lah dengan diri sendiri ya - Yuyu Zulaikha




Tertutup dalam terbuka, keterbukaan yang tertutup.

June 13, 2014 0
Tertutup dalam terbuka, keterbukaan yang tertutup.

Kau kata kau terbuka, tapi sebenarnya kau dusta.
Yang terbuka biasanyalah yang banyak menyulam dusta di sebalik keterbukaannya.
Sebab kau terbuka, kau takut diadili dan dihukumi.
Lantaran itu, kau bina imej dengan status elok-elok agar kau disanjungi.
Sedangkan apa yang kau kongsi hanyalah sebuah harapan, yang masih belum kau capai lagi.

Kemudian, kau kongsi pula ‘kejujuran’ dalam masalah kau.
Kononnya si polan si polan menganiaya, membuka aibmu.
Walhal engkau yang menyerang si polan si polan tanpa dia berdaya untuk membela dirinya.

Sebab itu kawasan kau, bukan kawasan dia. Kau raja dalam kawasan kau. Apa yang kau titah, dijunjung. Tanpa orang mengetahui kebenarannya. Lantas yang menjunjung memberikan tak putus memberikan sokongan mereka. Kau rasa kau gagah! Kau rasa kau berkuasa.

Sebegitu mudah lembaran fitnah tersebar, dengan ‘kejujuran’ kau yang bohong itu, dengan pembongkaran kau yang prejudis, satu demi satu bidasan, tuduhan dan serangan dilancarkan, bagaikan Yahudi menyerang tanah Palestin dengan bedilan peluru dan bom.
Tanpa Palestin berupaya untuk melindungi dirinya. Hancur, musnah!

Kau senyum puas. Kawan kau tersenyum puas. Syaitan juga tersenyum puas.

Sedarlah, dah berapa kali kau sedih kerana ada yang komen secara tidak berlapik di status mu.
Terus kau padam. Terus kau berdendam.
Kau sentap. Kau hidangkannya hadis-hadis konon tak baik buka aib terang-terangan.
Tapi bukankah kau juga buka aib terang-terangan? Dan kau menambah bebanan dosa bagi yang tidak mengetahui kisah sebenar. Malahan, bukan aib yang kau buka, sebaliknya fitnah pula yang kau tabur.

Setiap ‘like’ itu mencatat satu dosa bagi yang konon mengagumi ketabahan kau.
Sedangkan mereka tidak tahu tabah lagi yang dikatanya. Kerana walau boleh untuk membalas. Dia tetap memilih untuk menutup aibmu. Aib yang sebenar-benar aib. Tapi kau tak bersyukur.
Kau tetap lempar fitnah kepadanya. Dari tahun ke tahun. Tapi yang peliknya, dia pula yang kau salahkan.
Kata kau, itu balasan dosa silam, dosa semalam. Walha dosa silam, dosa semalam kau dia kuncikan walaupun dia boleh untuk menyebarkannya kerana dendam.

Tapi apa gunakah dendam? Ya, hatinya perit. Hatinya sakit. Tapi dia tetap diam berpeluk tubuh.
Hanya kerana seringkali, apabila dia terus bersabar, dia nampak ada yang membalas untuknya.
Lantas kau marah, kau hiba lagi! Dia turut kasihan. Tapi kau tetap tak pernah berubah.

Walau harapan kau tinggi menggunung. Tapi hati kau tetap sama.
Walaupun luaran kau hijabkan. Hati kau tidak kau hijabkan.
Ketahuilah, hijab yang sebenar-benar hijab adalah dari hati. Dengan menutup sebaik-baik bukan sahaja aib diri tetapi aib orang yang kau dendam. Serapat-rapatnya. Walaupun hati meronta-ronta,
Gelora berombak-ombak untuk membalas perbuatanmu.

Semoga Yang Esa kuatkan azamnya. Mungkin satu hari imannya turut tipis akibat provokasi kau
Tapi aku doakan dia tidak. Sebab dah bertahun-tahun dia tidak. Moga selama-lamanya tidak.

Bangkai gajah ditutup dengan nyiru pun tiada gunanya.
Tanpa perlu dia yang mengungkapnya.
Satu hari nanti tetap berbau.

Tetap. Berbau.


Thursday 12 June 2014

Review: NA Beauty Argan Oil

June 12, 2014 0
Review: NA Beauty Argan Oil



Ello semua,

Harini setelah lebih daripada 3 bulan dan berbotol2 NA Beauty Argan Oil, barulah saya berani nak buat review pasal NA Beauty Argan Oil ni. Macam mana saya kenal dengan benda ni? Ni semua sebab owner Prettily Rare bg saya satu botol Argan Oil untuk dicuba. Ekkekekeke... Sbenarnya saya yang paksa dia bagi saya and kononnya t saya akan buat review untuk produk ni. Kah kah kah! Setelah hamik ko berbulan2 barulah saya free nak buat review.

Hep! Bukan sebab saya malas tau. Tapi sebab tak sukalah baru pakai sehari dua dah konon nak buat review. And sbenarnya bagi produk apa-apa sekalipon, at least anda kena bagi 3 bulan supaya kesannya nampak kat kulit. Ni tak, baru pakai sehari dua, tak nampak kesan tros merajuk nak tukar produk lain. Takleh lah camtu. Unless baru pakai sehari dua, kulit terus alergi. Yang tu, wajib hadiahkan pada orang yang lebih layak memilikinya. Hehehehe...

Ok, ok. Cukup-cukuplah merapu. Untuk makluman korang, argan oil ni sekarang merupakan bahan paling in dalam produk kosmetik sekarang. Mana taknya? Semua nak letak argan oil dalam produk diorang. Haper? Tak tahu? Hmmm.... Anda dilabelkan sebagai ketinggalan zaman dalam dunia kosmetik ni. Lau tak tahu, produk Siti Nurhaliza pong pakai Argan oil tau!!!

Simplicity pon mengadungi minyak Argan

Apakah itu Argan Oil????

Minyak Argan adalah satu penemuan besar yang diperakui sebagai anti-penuaan yang terbaik. Masa kini, terdapat pelbagai produk di pasaran yang diyakini berfungsi sebagai anti-penuaan dengan menggunakan pelbagai bahan termasuk bahan kimia yang berbahaya dan tidak memberikan kesan yang diharapkan. Minyak Argan ini diperolehi 100% asli terus dari biji argan tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya yang diperakui oleh pakar-pakar kecantikan di seluruh dunia dan kini mendapat permintaan yang sangat tinggi
Pokok and biji argan. Dari biji tu ler argan oil diekstrak.


Naper Argan Oil mahal nak mampus?

Sebab Argan Oil ni antara minyak yang paling rare. Prettily rare gitu. Hanya boleh didapati di Morocco. Proses nak dapatkan minyak argan pun susah banget sebab still perlu diekstrak secara manual. Sebab tulah ia mahal nak mampus.

NA Beauty Argan Oil Serum

Seperti yang saya bebelkan tadi, dah berbulan2 saya pakai. Yang saya boleh conclude, serum ni membuatkan kulit saya jadi moist aka lembab gitu. Kulit saya nampak jadi shiny2. Bak kata orang-orang Cina, macam boleh perah air keluar daripada kulit gitu! Ha...

Tapi ada skit yang saya kureng berpuas hati dengan skincare ni. Dulu sebab packaging dia. Susah giler nak picit kuar serum ni. Abis semua serum terpelanting sana sini. Bazir tau. Bila dia dah tukar packaging hokey r skit. Tapi still saya ada complain. Naper cepat sgt abis ek serum ni? Skejap je dah abis pakai sebotol. Penggunaan saya adalah 2 kali sehari. Sekali pagi sekali malam. Sebelum saya sapu ibu putih.

Sekian review saya. Cik Nur Amirah, tak boleh ke letak banyak skit? Kering r poket saya camni.

Harga:
RM74 including postage. Boleh didapati di Fb and Instagram Prettily Rare.
COD: Kelana Jaya Line-  SMS/Kol/Whatsapp/PM Azi 019-7220855
COD area Shah Alam or postage - SMS/Kol/Whatsapp/PM Iza 013-7462141
Self pick up kat Damansara Perdana - SMS/Kol/Whatsapp/PM Maya 017-7140400

Komen:
Best pakai tapi skit sangatlah....

Rating:
7.8/10 (kne tolak markah sebab skit sgt bagi saya)


Ini testimoni je. Kesan mungkin berlainan dari individu ke individu. Banyak lagi testimoni yang boleh korang dapati di NA Beauty or prettilyrare. Check it out sendiri.

Nilah Cik Nur Amirah pengasas NA Beauty