Thursday 4 April 2019

Review: Restoran SeoulNami Korean BBQ


Hai semua,

Harini kita nak kongsikan pengalaman berbarbeku dengan rakan-rakan di Restoran SeoulNami Korean BBQ yang terletak di Level 1, The Gardens.

PrettilyRare
Nyams..
Biasalah setelah penat bekerja dan didesak tekanan hidup, kekadang kita perlukan masa untuk lepak-lepak dan luangkan masa dengan kawan-kawan. Berbual, bertanya khabar, bergosip, dan sebagainya. Kali ini kami telah memilih Restoran SeoulNami Korean BBQ yang terletak di The Gardens kerana lokasinya yang strategik dan bertempat di pusat. Lagipun, kawan-kawan yang lain juga mudah untuk datang ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam seperti feeder bus, KTM dan sebagainya.

Oleh kerana masing-masing agak jakun sebab tak pernah mencuba Korean BBQ, jadi pengalaman ini agak menarik buat kami semua. Mula-mula keliru juga macam mana kaedah nak buat pesanannya. Tapi setelah diberikan penerangan oleh pekerja di SeoulNami yang ramah, kami pun buatlah pesanan untuk mencuba hampir semua menu yang ditawarkan di sini.

Okay, kalau nak makan di sini. Mula-mula korang kena pakatlah dengan kawan-kawan korang tentang menu barbeku apa yang korang nak makan? Kami telah sepakat untuk pilih ayam, daging dan juga sotong. Berikut adalah menu pilihan kami: Chuncheon Chicken  dengan tiga jenis rasa (Spicy Hot Pepper Chicken, Savory Ganjang Chicken, Sweet Honey Butter Chicken),  Beef Platter (Gabungan Bulgogi, Beef Rib Fingers dan Beef Belly) dan juga Spicy Octopus. Yums!

SeoulNami
Ni koleksi ayam yang kami pesan

Beef Platter
Spicy Octopus
 Untuk makluman, bagi setiap pesanan, Restoran SeoulNami Korean BBQ akan menghidangkan pelbagai jenis banchan (hidangan sampingan) untuk korang kunyah-mengunyah sambil menunggu hidangan lain dihidangkan. Berita baiknya? Hidangan sampingan ini semuanya boleh diisi semula atau nama mat sallehnya, refillable! Weee! Empat jenis sos (Seoul Spicy Sauce, Black Pink Grind
Korean Pow Wow Ssamjang dan Roasted Injeolmi Power) juga disediakan sebagai pencicah. Dan lebih menarik lagi apabila mereka hidangkan telur kukus untuk santapan anda secara percuma. Kalau kat restoran Korea lain, jangan harap boleh dapat.

Semua jenis hidangan dah datang. Tapi daging-daging belum sampai.
Selain menu utama daging, ayam dan sotong khas untuk peminat daging macam saya, rakyat Malaysia mestilah tidak lari dengan makanan rujinya iaitu nasi. Hei! Mana boleh hidup kalau makan daging je? Nanti lapar. Makanya, kami pun sepakatlah memesan Fist Rice( Apa? Nasib Penumbuk?) untuk perut yang masing-masing kebulur nasi.

Fist Rice ni best sebab takkan ada nasi sejuk yang dihidangkan. Setiap kali korang buat pesanan setiap kali tulah baru dia tanak nasi supaya korang dapat gaul dan makan panas-panas. Bolehlah feeling-feeling orang Korea wakkk.. Adun nasi untuk dibebolakan pastu agihkan nasi kepal (mandrem) tu kat semua orang. Eh!! Pastikan orang yang kepal nasi tu mengepal dengan penuh kasih sayang ya!

Oh ya, kalau dah makan Korea, kimchi sudah semestinya tidak boleh dilupakan. Di Restoran SeoulNami Korean BBQ ni terdapat Kimchi Trio yang wajib dicuba dan dipesan. Kalau kat restoran Korea lain, biasanya hanya ada satu jenis kimchi saja. Tapi dengan Kimchi Trio ni, korang dapat merasai tiga jenis kimchi (Fresh on Grill, Fried and Smoked Kimchi) yang berbeza tau!

Tada... Tiga jenis Kimchi berbeza
Kami juga telah membuat pesanan Goguma on Fire, Cheese Lava dan Burnt Cheesecake sebagai pencuci mulut.

Barbeku
Apa yang misteri sangat berbungkus ni? Hehheeh...
Lupa pula, mana boleh makan saja tanpa minum? Kalau tersedak macam mana? Ha, masa nilah anda patut mencuba signature drinks yang ditawarkan oleh SeoulNami Korean BBQ iaitu:

Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda ,Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade

SeoulNami
Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda ,Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade
Memang menarik. Semuanya ceria saja warnanya. Minuman kegemaran saya? Sudah semestinya Fizzy Sour Plum Cooler sebab kita memang sukakan minuman yang menyegarkan dan masam-masam rasanya.

Berbeza dengan mana-mana barbeku yang mana menggunakan hot plate dan dapur elektrik, Restoran SeoulNami Korean BBQ menawarkan barbeku menggunakan arang! Wow. Yang penting, dengan penyedut asap yang direka khas ni, korang tak perlu risau baju dan rambut korang akan jadi berbau. Memang canggih!

Arang-arang. Panas wooo...
Secara keseluruhannya, kita rasa kalau nak gathering memang sesuai kalau pergi tempat barbeku sebab sambil-sambil masak-memasak tu, bolehlah berbual-bual dan menjalin sillaturahim. Kalau makan restoran biasa, makanan sampai dah kena blah. Kalau restoran barbeku, bolehlah lepak lama sikit sebab memang makan masa untuk nak masak.

Senang kata, restoran ini bukan sahaja mempunyai suasana yang ceria dan menggembirakan dengan rekaan dalamannya yang tampak hipster, malah makanan dan minumannya juga enak.

PrettilyRare
Dari luar.
PrettilyRare
Rekaan dalaman restoran
Are you a dessert person? I am. So lepas makan je mesti nak cari pemanis atau pencuci mulut. Barulah santapan tu dikira sempurna. Kalau tak, macam ada je sesuatu yang kurang. Yang pastinya, masalah begini tak ada di SeoulNami Korean BBQ asalkan korang order Burnt Cheesecake dia yang mantap.

SeoulNami
Burnt Cheesecake yang mantap setelah dibakar
Sungguh menarik apabila Burnt Cheesecake tersebut juga perlu dibakar dengan arang. Aromanya yang sedap memang sangat menggiurkan. Lepas makan je Burnt Cheesecake, terus rasa pengalaman santapan kat sini sangat complete. Puas hatilah!!

Nak tahu lebih lanjut tentang restoran ini? Ha, ni maklumatnya:

SeoulNami Korean BBQ
Level 1, The Gardens Mall
Mid Valley City KL.

Facebook: SeoulNami Korean BBQ
Instagram: SeoulNami Korean BBQ
No. Tel:  03-2202 3336

Baca juga:
Review: Pokok KL Cafe

1 comment:

  1. semua makanan nampak sooo delicious. and style makan macam di Korea tu yang mahal tu.. tak ada di sebarangan tempat =D

    ReplyDelete