Review: Tranexamic Acid (Transcap) - Prettily Rare

Monday, 6 April 2015

Review: Tranexamic Acid (Transcap)

Salam,

Harini libido terover. So, lepas dah taip satu entry, taip lagi entry. Masa excited lebeh ni lah kene ambil peluang luahkan semua yang terbuku. Kalau tak, jadinya macam post sebelum nilah... Peram berbulan2 baru nak tulis. Maklumlah orang bz...

Okeh, kali ni saya nak citer pasal tranexamic acid (kapsul) pulak. Nak dijadikan citer lagi (haih? Banyak nau citer kau?) sebab dah tak brani cucuk2 ni, kita telan2 lah pulak kan? Kah kah kah (Ya, saya memang jenis tak serik kot). Sbenarnya memang saya pengguna setia satu produk ni. Tapi biasalah... dalam setia2 tu, mencari2 gak kot ada produk yang lebeh hebat.

So kat group kosmetik ngan insta saya banyak nampak pasal kapsul tranexamic acid ni. Biasa seller akan tulis macam ni untuk tarik pelanggan,"Nak putih melepak tapi takut cucuk2? Ambil Tranexamic acid pon boleh"
Nilah rupa transcaps ni aka tranexamic acid

Okeh, seperti biasa. Saya memang jenis yang suka google mengoogle, siasat menyiasat nak2 kalau bab kecantikan ni. Entah naper... Kalau research bab ni rajin je. Cuba bos bagi keje sroh research, lembik dan tak bersemangat je rasanya. (hehehehehe....)

So, sy tros google and dapati tranexamic acid tu sebenarnya ubat beku darah. Biasa orang guna untuk kawal pendarahan yang teruk. Hasil google menggoogle, saya pun dapati ubat ni tak boleh pakai secara berpanjangan. Maksimum boleh diambil dalam jangka masa 6 bulan SAHAJA. Pastu kena stop!

Saya plak rajin bebenau follow insta org n fb orang pasal bebender mcm ni. So nampaklah sorang seller ni complain kat status dia bila ada orang tegur yang tranexamic acid ni, selamat ke dimakan untuk jadi putih sbb bukan ke ni ubat beku darah? Seller ni pon jawablah: "Ramai doktor yang tak update sbenarnya. Ubat camni bleh juga digunakan untuk tujuan kosmetik untuk jadi putehhh"

Hmmm... Hmmm... 

Jadi, saya pon approach a few sellers untuk tanya harga. Mak ai! Ada jual sampai 300 per botol. Ada yang jual 180 hajer.... Pastu diorg ckplah transcap ni ada ori ngan fake... Kena pandai pilih...Bla bla bla... Ni cara nak bezakan katanya:






Menurut seller tu, kalau period xleh konsume ubat ni. Sebab t period tak kuar. Yerlah kan, benda ni kan ubat beku darah. Pastu mcm2 lah saya tanya lagi. Semua dia jawab dengan berhemahnya. Yang benda pling saya tak leh lupa. Dia kata yang bahaya tu kalau beli yang palsu. Kalau beli ori insyallah berkesan. Pastu dia suruh saya minum air bebanyak. (baiklah!)

Skejap je barang tu smpai. Hehehehe... saya pun bacalah deskripsi kat botol tu sebab saya ni memang ulat buku yang terkenal dengan suka membacanya. Kalau berak pun, habis label syampu,berus gigi ngan sabun saya baca. Hish! Tak senonoh. Hasil bacaan tu, dia kata orang yang ambil pil perancang tak boleh amik ubat ni... Erk!!!! So cepat2 contact seller. Seller kata oopss.. lupa nak gtau.... Erkkkkkk...

So saya pun bagi lah ubat tu pada xxxx..... Sroh dia makan. Dia makan habiskan sebotol tapi kata xde perubahan katanya. So, kitorang pun wat bodo jelah pasal produk ni. Hehehehehehee....

Tapi, semalam, tetiba saya ternampak pula artikel ni....




So, korang rasa? Nak cuba tak? Nak cuba tak?

Skali lagi saya mau katakan, Anda berani anda cuba. Ada risiko sendiri tanggung.

OXOXO
Trauma Bersalin Caesarean di HUKM Specialist

No comments:

Post a Comment