Wednesday 19 September 2018

Review: ALOE AC Clean Bubble Cleanser & Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

September 19, 2018 3
Review: ALOE AC Clean Bubble Cleanser & Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

Hai semua, 

Harini kita nak cerita fasal skincare yang kita dah cuba for the past few weeks. Excited betul nak share fasal skincare by Hansagee ni. Kalau nak tahu Hansaegee ni jenama skincare, produk dari Korea. Jenama ni memang dah lama, lebih daripada 6 tahun tau.  Bukan sahaja established, malah juga diyakini.

 


Memandangkan Hansaegee ni jenama yang diyakini, makanya dah tentulah tak perlulah korang risau tentang side effects yang menakutkan bilamana korang cuba bahan-bahan kosmetik yang tidak diyakini dan tiada kelulusan KKM. Almaklumlah, sekarang ni kan memang banyak produk-produk timbang kilo yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Viral pulak tu macam-macam tentang kesan-kesan menakutkannya. Contohnya, ada yang kulit menggelupas teruk, penuh jerawat yang bernanah dan macam-macam lagi. Heish.. senang kata memang seramlah.

Baiklah, watak utama aka produk yang kita nak perkenalkan hari ini ada dua sebenarnya. Satu ALOE AC Clean Bubble Cleanser iaitu pencuci muka berbuih-buih dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream iaitu krim pelembap. Jangan tak tahu, kedua-dua produk by Hansaegee ni adalah produk top-seller, laris dan terhangat di pasaran gitu. Tu yang kita jadi tak keruan untuk mencubanya dan kongsikan pengalaman menggunakan kedua-dua produk ni kepada semua pembaca. Sejak pakai kedua-dua produk ni, tiap-tiap hari kita akan jadi teruja dua kali. Sekali waktu cuci muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan sapu krim pelembap wajah ni, dan sekali lagi waktu bangun pagi ngadap cermin. Muahahahhaha! Biasalah tu pompuan, dah pakai mestilah nak tengok kesannya. Hari-hari cermin.

Tada! Memperkenalkan watak-watak utama hari ini!

First thing first, kita nak cerita fasal pencuci wajah ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature ni dulu. Dengan adanya ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature, saat mencuci wajah jadi begitu menyeronokkan sekali sebab ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak buih. Weeee! Ingatkan budak-budak je ke sukakan buih? Gadis-gadis macam kita ni pun suka buih jugak tau!

 
ALOE AC Clean Bubble Cleanser 
Fungsi: Pencuci wajah
Jenis: Buih
Harga: RM65
Saiz: 150ml, 5.92 fl.oz
Gunakan Siang dan Malam 

ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni mengandungi Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil yang mana ia sangat bagus untuk kesihatan kulit. Oh ya, berita baik juga untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat sebab Tea Tree Oil memang lazim digunakan bagi merawat dan mencegah jerawat. Jadi gabungan Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil bukan sahaja berupaya membuang sebum dan minyak berlebihan kulit muka kita, mencuci wajah sehingga ke liang roma, mlaha juga mengekalkan lembapan kulit dengan kebaikan Aloe Barbadensis Leaf. Oleh itu, pencuci ni memang sesuai dengan semua jenis kulit tak kira sama ada kering, berminyak mahupun kombinasi. Kerlas!

Tada... Packagingnya simple sahaja dan mudah digunakan
Tengok ni... Tak payah lather the cleanser sampai berbuih penat-penat. Picit je dah berbuih.

Satu pump dua pump pun dah cukup untuk mencuci wajah

Ni bila sapu pada permukaan tak basah.

Cara menggunakan produk pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser oleh Hansaegee Nature ni pun sangat unik tau. Bukan main tenyeh je. Ish, ish, ish… Jangan! Kalau nak pakai, kena ikut step seperti di bawah:

1. Basahkan muka dan tangan sepenuhnya.
2. Picit keluar sedikit buih daripada ALOE AC Clean Bubble Cleanser (sepam dua dah mencukupi, jangan membazir)
3. Urutkan pada wajah anda. Ha, masa ni korang akan dapati buih tu akan beranak-pinak. Makin disapu dan diurut, semakin banyak buih yang akan terhasil. Memang menyeronokkan.
4. Bilas wajah sehingga bersih. 

Ha, okay tak buat explanation camni?

Nampak tak muka tak kering? Still moist je

Nilah antara sebab kita suka sangat dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni. Sebab pencuci muka lain, nak kena buihkan dulu baru boleh sapu kat wajah. Tapi yang ni dah save masa sebab memang dah dalam bentuk buih-buih cinta. Lagi sapu lagi banyak pulak tu. Rasa lembut je kulit. Kakak suka!

Yang best sekali, muka takkan rasa kering dan terik lepas dicuci. Tak macam sesetengah pencuci muka yang akan buat kulit rasa kering dan terik. Terik tu apa? Terik tu tegang semacam. Kalau lepas pakai terik tu, maknanya the chemical is too harsh on your skin.

Okay, lepas dah cuci muka, mestilah kena sapu sesuatu pada kulit juga kan? Kalau tak macam tergantung pulak. Tak habis prosedur gitu. Sesetengah orang akan pakai toner lepas cuci muka. Tapi to me, dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang amazing ni, tak pakai toner pun takpe. Sebab memang rasa moist gila kulit. 

Mempersembahkan watak utama kedua kita - Hansaegee Aqua Whitening Cream

Ha, sebelum apa-apa, jom kita tinjau sedikit sebanyak tentang watak kedua kita iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Kandungan utama Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni ialah Camellia Japonica Seed Oil di mana ia mampu melembap sehingga lapisan dalam kulit serta memperbaiki sunburn dan kemerah-merahan akibat  selaran matahari, tak semua perempuan nakkan kulit yang putih melepak, tapi semestinya tak nak kulit yang gelap dan tak bermaya akibat sunburn kan? So bila krim ni ada brightening dan whitening effect, nampaklah kulit muka tu kekal terpelihara dan bermaya walaupun terdedah lama di bawah pancaran matahari.


Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
Fungsi: Pelembap dan pencerah kulit, memperbaiki kerosakan dan kemerahan-merahan pada kulit akibat selaran matahari (sunburn
Jenis: Krim berasaskan air
Harga: RM148.30
Saiz: 50ml, 65x65x50mm
Gunakan Siang dan Malam
Kegunaan muka dan leher

To me, hebatnya Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni sebab selain melembap dan mencerahkan wajah, krim ni juga mampu memperbaiki kesan kemerah-merahan dan kerosakan kulit akibat selaran matahari (sunburn). Sebabnya? Tak semua krim pmutih wajah boleh disapu pada kulit yang rosak dan cedera akibat selaran matahari tau. Sesetengah krim pelembap, pemutih dan pencerah ni mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang melecet atau menggelupas akibat selaran matahari. Yerlah, bila dah sunburn mestilah kulit kita lebih sensitif daripada biasa. Jadi penggunaan produk-produk macam ni kenalah dielakkan sehinggalah kulit pulih seperti biasa.

Oh ya, jangan tak tahu pula ya, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni pun mengandungi niacinamide yang juga dikenali sebagai Vitamin B3. Niacinamide ni bagus untuk kulit kita kerana mampu melambatkan proses penuaan, mengecilkan liang roma, menganjalkan kulit serta memperbaiki tona kulit yang tak sekata.

Macam mana pula cara menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni? Jangan risau, mudah sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah macam ni:

1. Selepas cuci muka, colek sedikit Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan urutkan pada wajah anda. Dalam masa beberapa saat sahaja, titisan air akan terhasil.
2. Dab atau tepuk lembut pada wajah anda sehinggalah lembapan diserap sepenuhnya pada wajah anda
3. Voila! Lihat kesannya sebaik sahaja anda bangun tidur keesokan paginya (ni kalau pakai malam la) 

Ni lepas sapu terus moist... Bila bangun esok harinya, wajah masih lembap

Apa yang menarik fasal Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni, tekstur krim ni pada mulanya nampak sedikit likat bagaikan lilin cair atau wax. Tapi yang ajaibnya sebaik sahaja sapu pada wajah, terus teksturnya berubah jadi lembap dan berair. Memang magik betul. Bertambah ajaib bila kita sapu pada muka ia boleh meresap ke dalam kulit. Yerlah, kalau air biasa, jenuhlah korang usap pada kulit, takdenya air tu boleh meresap dalam kulit. Betul tak?

Ada nampak tak tekstur tu? Lain macam... tak macam krim atau losyen biasa

Susah nak describe.. Tapi tak berkilat macam krim biasa

Waktu sapu tekstur masih kekal sama

Tapi bila mula sapu terus cair macam awan jadi titisan hujan


Bila sapu lama-lama semua meresap ke dalam kulit.

Lepas beberapa minggu pakai memang boleh nampaklah kulit memang bertambah lembap. Masa mula-mula pakai haritu muka kita yang jarang-jarang berjerawat ni, tetiba tumbuh jerawat besar yang jenis sakit and bernanah tu. Perghh... sakit giler hati. Mujurlah dah ada ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni. Untuk mencuba keberkesanannya, kita pun tabahkan hati untuk tidak memicit jerawat besar bernanah tu. Kalau ikutkan hati, nak je ku tonyoh-tonyoh jerawat tu. Mujurlah lepas pakai ALOE AC Clean Bubble Cleanser tu, jerawat tu makin susut dari hari ke hari. 

Tak sampai seminggu pakai jerawat bernanah kat dahi dah surut. Kalau tak, lama tak hilang-hilang

Secara keseluruhannya, kita sangat adore dan berpuas hati dengan kedua-dua produk ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni. Memang terbaik! Memang recommended untuk digunakan!

Kelembapan: 5/5
Mencerahkan: 3.5/5
Seri: 4.5/5
Mencegah dan merawat jerawat: 4/5

Untuk maklumat lanjut, boleh semak social media handle Hansaegee Nature ni ya

Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Sincerely Prettily Rare


Tuesday 18 September 2018

Jus Nenas LEEDEE Bantu Kawal Selera Makan, Kurangkan Berat Badan

September 18, 2018 4
Jus Nenas LEEDEE Bantu Kawal Selera Makan, Kurangkan Berat Badan

Hai semua,

Harini kita nak cerita fasal sedikit fasal impian dan cita-cita insan yang bernama wanita. Mungkin tak semua wanita camtu, tapi saya yakin ramai yang mempunyai impian dan cita-cita macam saya, malah mungkin juga hal ini merupakan objektif sepanjang hidup para wanita yang serupa dengan saya. Apakah impian tu? Hehehehe.... Impiannya ialah nak makan banyak tapi nak kurus! Kih kih kih...
Siapa macam saya? Sila angkat tangan!!

Sejujurnya, kita jenis pattern yang memang suka sangat makan tapi senang giler naik berat badan terutamanya kalau tak kawal. Sesetengah orang tu melantaklah macam mana pun, tapi berat badan tetap maintain je. Ni jenis pattern pattern yang kita cemburu. Kalau kitalah kan.... nak turun berat badan walaupun 1kg 2kg pun makan tahun. Tapi kalau nak naik berat badan, seminggu je pun dah cukup. Yang paling tak bestnya, kalau berat kita naik, mesti muka yang akan naik dulu. Dahlah memang pattern pipi pau.. Kalau berat naik muka lagilah melimpah paunya. Uwa!!

Berdasarkan pengalaman daripada menurunkan berat badan yang lalu, sebenarnya dua je kunci untuk kurangkan berat badan. Satu, pemakanan dan yang keduanya, senaman. Pemakanan ni biasanya kurangkan pengambilan kalori dan senaman pula tingkatkan pembakaran kalori. Biasanya orang yang malas bersenam, satu je caranya, iaitu kurangkan pengambilan kalori.

Masalahnya, kalau selera makan pun susah nak kawal, macam mana pulak nak kurangkan kalori. Betul tak? Kat sinilah LEEDEE memainkan peranan di mana minuman yang diperbuat daripada jus nenas Brazil premium serta buah buahan tambahan seperti African Mango, Raspberry Ketone, dan Bitter Orange ini mampu membantu mengawal selera makan berlebihan ramai, membakar lemak dan memulihkan kulit kusam berikutan faktor kegemukan.

Leedee diperbuat daripada buah-buahan seperti African Mango, Raspberry Ketone, dan Bitter Orange

LEEDEE merupakan makanan gentian yang bukan tergolong dalam ubat-ubatan atau pil kurus yang merbahaya di mana produk tersebut telah memperoleh kelulusan pengkelasan makanan di bawah Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) ( 080618/05/215 ) serta dijamin  halal.  LEEDEE jugadiformulasikan dari bahan-bahan terpilih yang berkualiti tinggi serta selamat tanpa bahan kimia mampu membuat anda tidak lapar seharian. Dengan pengambilan LEEDEE, impian untuk mendapatkan berat badan ideal dan bentuk badan idaman dengan selamat lebih mudah tercapai.

Berbeza dengan lambakan produk-produk mengurangkan berat badan di pasaran, produk LEEDEE seratus peratus bebas daripada JULAP dan SIBUTRAMINE. JULAP adalah sejenis bahan yang boleh mencuci usus kita, julap sangat merbahaya kerana mampu membuat pengguna kerap buang air dan dehidrasi serta menyumbang kepada risiko kanser usus. Manakala SIBUTRAMINE pula adalah sejenis bahan kimia merbahaya yang sering digunakan dalam kebanyakan produk pelangsingan badan di mana ia boleh menyebabkan strok atau penyakit jantung.

Sebagai percubaan, saya juga telah mencuba sendiri produk tersebut seperti yang disarankan iaitu dengan mengambil 1 sachet LEEDEE dengan 150 ml air selepas sarapan pagi. Kalau biasanya pukul 12 tengah hari lagi perut dah berkeroncong lapar, tapi dengan pengambilan LEEDEE, perut saya mampu bertahan sehingga jam 3 petang sebelum merasa lapar.

Macam mana pula dengan rasanya ya? Mula-mula ingatkan air bancuhan LEEDEE ini warnanya oren atau kekuning-kuningan. Tapi ajaib sekali, bancuhan tersebut larut sepenuhnya dalam air masak dan dari segi luaran nampak seperti air masak biasa sampaikan anak saya pun tertipu. Rasanya pula masam-masam manis seperti air mangga dan oren tawar. Sedap juga, takdelah rasa susah nak telan macam bancuhan susu atau kopi yang tawar dan mudah muak. Rasanya yang masam manis lebih memudahkan orang yang anti kopi atau minuman bersusu  dan soya untuk menelannya.

Lepas sarapan, minum Leedee dulu!

Yang menariknya, produk LEEDEE Pineapple ini telah pun terjual sebanyak 5000 kotk hanya dalam masa sebulan.  Hasil kejayaan ini,  Naomi Beau Solutions juga bakal mengeluarkan produk baru dibawah jenama LEEDEE iaitu LEEDEE kylie’s bengkung. Bengkung yang sangat berkualiti tinggi ini dikatakan mampu membuat pinggang si pemakainya kelihatan seperti kerengga walaupun sudah beranak 5. Wah! Kerlas gitu.

Bagi mereka yang berminat, produk LEEDEE Pineapple ini boleh didapati dari: 

Leedee Hq  
Instagram ; @leedee.hq 
No telefon: 017-6797262 

Leedee wings 
Instagram :@leedee.official 
No telefon: 017-6640279 

Leedee Subang
No telefon : 017-6790969  

Produk Leedee juga boleh didapati dari mana-mana ejen Leede yang berdaftar dan berhampiran anda  pada harga RM128.00 seunit bagi semenanjung Malaysia dan RM133.00 bagi sabah & sarawak. 

Sebelum bersurai, joms tengok antara testimoni-testimoni Leedee:





Sekian info daripda Prettily Rare.

Saturday 1 September 2018

Percutian ke SEEngapore Lebih Berbaloi dan Jimat Dengan Promosi Traveloka

September 01, 2018 0
Percutian ke SEEngapore Lebih Berbaloi dan Jimat Dengan Promosi Traveloka

Hai semua,

Kebelakangan ni banyak pula idea untuk berceloteh. Dalam tiga hari ni je dah 2 tips kita kongsikan. Jangan lupa rujuk entri kita sebelum ni ya. Cukup-cukuplah dengan entri yang serius, kali ni nak berkongsi tentang percutian ke SEEngapore pulak!



Siapa kat sini yang dah pergi SEEngapore? Angkat tangan? Kita dah pernah pergi  dua kali but it was like 8 years and 10 years ago. Rindu juga nak pergi negara singa yang berpura-pura ni. Macam nak melawat balik je Singapura. Hmm...  Maybe it's time for me to revisit Singapore this year. insyallah kalau ada rezeki dan kelapangan, nak pergi lagi sekali hujung tahun ni... Doakan kita ya?

Apa yang best kat Seengapore /Singapura ni? Hah... Kalau 8 dan 10 tahun yang lalu, antara tempat-tempat yang kita dah pernah lawati ialah:

1. Bugis Street (2008)
-Salah satu district tertua di Singapura. Tempat ni kira syurga membeli-belah jalanan. Street shopping gitu. Ala-ala uptown, downtown gitu...
Gambar oleh pak Google

2.Singapore Flyer (2008)
Singapore Flyer ni ala-ala Eye of Malaysia satu ketika dahulu.  Ceritanya Singapore Flyer ni roda Ferris atau digelar Ferris Wheel oleh mat-mat Salleh. Yang ni bolehlah tinjau view satu Singapura. Singapura ni kan keciks je. Tak pastilah buka tak waktu malam. Tapi yang pastinya kalau buka waktu malam, memang bestlah dating sambil tengok pemandangan malam dari tempat tinggi. Gitu...

3. Koi Garden (2008)
Bila belek balik gambar lama, serius kita tak tahu kenap kita nak p Koi Garden ni. Tarikannya ikan Koilah. Heehehehe.... Zaman muda remaja dulu kan... Kita pun tak faham sangat apa yang kita fikir waktu tu.

4. Causeway Point (2008)
Causeway point ni suburban mall yang terbesar kat Singapura ni. Ni kalau banyak duit nak shopping memang best pergi. Nak-nak time Sales... Perghh... Confirm rambang mata menyopping.



5. Esplanade (2008)
Esplanade ni pulak teater berbentu durian kat Singapore. Struktur bangunannya memang tak dinafikan cantik. Sesuai untuk tangkap gambar.



6. Universal Studio (2010)
Ha, yang ni pergi waktu 2010 rasanya baru siap bina. Memang terbaik. Dalam banyak-banyak taman tema yang kita pernah pergi, rasanya Universal Studio ni paling best. Tapi kalau nak p sini memang kena peruntukkan seharian suntuk kat sini. Macam-macam boleh explore.



Kedua-dua trip ke Singapura pada tahun 2008 dan 2010 tu kita pergi dengan abang kesayangan dan kedua-duanya adalah day trip. Almaklumlah abang ada kat JB, tak payah nak stay kat Singapura pun. Balik hari sudah. Lagipun waktu tu student and baru kahwin. So budget agak tight la untuk tinggal di hotel di Singapura.

Jadinya kalau jadilah nak pergi Singapore hujung tahun ni, kita nk merasa bermalam pulalah kat Singapura tu. Lagipun pada trip-trip lepas, banyak juga tempat yang tak sempat cover. Kalau bermalam mesti dapat cover lagi banyak destinasi pelancongan dan tarikan di Singapura ni.

Eh... bila cakap camni, tergoda pula. Apa lagi? Terus buka Traveloka untuk congak bajet untuk ke Singapura.  Trip dalam 3 hari 2 malam pun jadilah. Kenapa kita pilih Traveloka? Sebab Traveloka adalah pakar dalam percutian. Kalau nak bercuti ke Singapore, kenalah tempah dengan Traveloka. Lagipun, traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan/percutian ke Singapore.

Laju-laju kita search kriteria ni kat Traveloka. Tapi apa sekalipun, dalam hati kena ada peruntukan berapa kos yang kita sanggup habiskan untuk percutian tu. Kalau kita, peruntukan total 3 hari 2 mlam kita ni dalam RM1,500 all in.  Sebelum buat booking jangan lupa check out promosi Traveloka yang ada dulu di bahagian promosi. Ha! Rupa-rupanya ada promosilah! Ada diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG.


Kalau ada diskaun camni, tak perlulah susah-payah drive balik Johor. Naik flight jelah senang. Booking je kat Traveloka. Lagipun setakat ni tak pernah lagi naik kapal terbang pergi Singapore. Biasanya beratur naik bas je kat kastam tu. Tu pun agak sesak jugalah. Biasalah, zaman study dulu kan. Semuanya berkira.

Atas suggestion kawan-kawan, better pergi visit Seengapore ni waktu Krismas. Walaupun pack, tapi dijamin best pengalaman ke sana sebab memang banyak promosi, diskaun serta program-program menarik waktu Krismas. Oleh itu, kita pun telah meninjau-ninjau date 24/12 - 26/12. Kira tarikh panas lah ni.

Hasil tangkapan di Traveloka. Harga tiket RM412.31 termasuk cukai dan surcaj

Setelah ditolak dengan RM50 promosi, kos penerbangan ke Singapura hanya RM362.31 je... Okaylah tu, kalau nak drive pun lebih kurang harga ni juga campur tol, minyak bagai.

Okay, flight dah setel. Apa lagi? Mestilah cari penginapan pulak! Macam mana nak feel Krismas kalau setakat day trip kan? Kenalah cari hotel menginap kat Singapura sehari dua. Barulah feeeeeel.

Okay, buka balik home page Traveloka, kat bahagian promosi tu. Eh!! Ada tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% untuk penginapan di Singapuralah. Kali ni, tiada kupon diperlukan.

Kalau bab travel, at my age ni, kita memang tak lalu nak duduk hostel. Kalau baca post-post sebelum ni, pattern orang dah tua macam kita ni memang tak sesuai dah untuk travel backpack. Sebab rehat yang kualiti tu penting. Privasi pun penting jugak! Hahahaha... Jadi, makanya marilah kita cari hotel yang bersesuaian ya....

Makanya, silalah tick hotel dengan dua bintang, serta set tetapan hotel menjadi all price (jumlah harga) untuk menyenangkan pencarian. Kalau settingnya hanya harga per malam, nak kena darab lagi dengan hari kita bermalam. Lecehlah!

Baiklah... Setelah dicari-cari berkali-kali, kita rasa inilah tawaran yang paling menawan di hati, jeng jeng jeng! Arianna Hotel. Total price untuk 3 hari 2 malam RM374.17.


Lepas dah siap pilih flight ngan hotel, jom kita tengok berapa je lagi bajet yang tinggal untuk bersuka ria kat Singapura selama 3 hari 2 malam:

Peruntukan : RM1,500.00
Flight          : RM   362.31
Hotel           : RM   374.70
Balance       : RM   762.99 (Boleh digunakan untuk bersuka ria)


Lepas tu tukar pulak RM762.99 ni jadi Singapore dollar untuk tahu berapa SGD yang boleh dibelanjakan dalam tempoh 3 hari 2 malam tu:

Dapatlah SGD 250 dollar... Okaylah tu

Kalau ikutkan, sekadar nak cuci mata ngan makan-makan. SGD 250 ni lebih daripada mencukupi. Kalau tak, kenalh cari hotel yang lebih murah. Tapi kalau kita, boleh je survive di Singapore dengan SGD250. Muahahahahha! Nampaknya high possibility onlah percutian kita ke Singapore kalini.

Antara tempat yang kita teringin nak pergi sebab last 2 times tak sempat nak pergi ialah:

1. Pulau Sentosa (Sentosa Island)


2. Singapore Zoo for the Lumina Forest Night Walk



3. Chinatown

4.Marina Bay

Photo Credit: Run Society

Macam mana pulak dengan korang? Kalau tengah terfikir-fikir lagi year end ni nak ke mana? Apa kata tempah percutian ke Singapore dengan Traveloka? Apa? Tak tahu cemana nak tempah untuk dapatkan promosi SEEngapore tu dengan Traveloka Promotion? Ha... Meh klik SINI

Yang penting, kalau korang ada bajet ekstra, penting untuk korang pergi Universal Studio Singapore. Sebab setakat ni, inilah satu-satunya taman tema yang kita rasa paling berbaloi nak pergi. Memang something different and definitely you should SEEngapore for a roaring good time!

Nanti kita sambung sembang-sembang travel lagi eh?

Da~~~
Prettily Rare

Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka

Nadia Beauty Cartel Tawar Rawatan Muka Rumah Ke Rumah

September 01, 2018 4
Nadia Beauty Cartel Tawar Rawatan Muka Rumah Ke Rumah

Assalamualaikum semua,

Harini nak cerita pengalaman berfacial dengan Nadia Beauty Cartel. Kita ni jenis yang jarang-jarang berfacial, bukan sebab tak suka. Tapi susah nak berkelapangan untuk berfacial. Almaklumlah, nak kena fikir budak-budak siapa nak jaga ditambah pula dengan jadual kerja yang terlampau-lampau padat. Manalah ada masa nak buat appointment, nak bersiap, nak drive nak duduk diam-diam berfacial sejam dua.

Nak berfacial tu memang best, tak bestnya part nak bersiap and ke sana


Tapi bila kerja dah start padat ni, kita perasan satu jelah. Mekap mulalah tak lekat pada muka. Kulit muka pun dah mula kasar and banyak whitehead. Aduh... Boleh bikin stress ni. Kalau korang baca blog kita dari awal, tentu korang tahu, kita ni jenis kekadang balik rumah je macam sotong tak cukup tangan setel macam-macam. Pastu biasalah mak-mak, bila anak-anak tidur baru senang hati sikit nak mandi merawat diri dan buat kerja rumah sikit-sikit. Masalahnya, masa waktu tidurkan anak-anak tulah maknya sering tewas sekali. Sudahnya muka tak basuh lagi dah tertidur. Nanti mulalah whitehead tumbuh bagaikan cendawan kat hidung tu. Muka pun mula kusam.

Mujurlah dah ada appointment ngan Nadia dari Nadia Beauty Cartel. Bolehlah rawat sikit kulit muka yang mula tak terjaga ni. Biasalah, walaupun rawatan muka ni boleh buat sendiri je, tapi manakan sama dengan rawatan muka atau facial yang menggunakan mesin dan produk khusus untuk facial? Lagi satu, mana sama weh buat sendiri dengan orang yang buatkan? Tak feel lah buat sendiri. Tak enjoylah!


Lagipun, rawatan muka yang ditawarkan Nadia Beauty Cartel ni adalah rawatan muka spa bergerak. Juga dikenali sebagai mobile spa. Jadi maknanya bolehlah korang nikmati rawatan muka dengan keselesaan di rumah. Ada yang kata, alah, lagi best p spa buat facial. Memang. Tapi apakah yang lebih heaven berbanding tak payah bersiap, tak payah drive, tak payah parking then terus boleh buat facial? Nak-nak bagi orang macam saya nih, kalau keluar mesti nak mekap sikit, pastu bazir je mekap tu sebab orang spa akan bersihkan untuk buat facial. Lepas tu, dah siap facial, nak kena mekap balik. Eh, lecehlah!

Makanya, konsep spa bergerak atau mobile spa ni sangat sesuai untuk mak-mak orang yang nak cantik tapi pemalas serba serbi macam saya nih. Pakai kaftan je kat rumah pun peduli apa. Jimat minyak dan masa pula tu!

Joms kita tengok apakah step-step rawatan muka oleh Nadia Beauty Cartel ni:

1. Deep Cleansing
Memula sekali, deep cleansing. Deep cleasing ni kira bersihkan muka dengan lebih mendalam. Bukan macam normal cleansing tu. Samalah macam rambut kan... kalau kat rumah syampu biasa manakan sama dengan basuh kat salun. Syampu yang digunakan pun berbeza. Gitulah....

2.Exfoliating
Lepas deep cleanse, Nadia akan sapukan exfoliating liquid pada muka supaya sel-sel kulit mati semua dapat dibuang. Barulah muka tak nampak kusam dan barulah seri pada wajah terserlah.

3.Extraction
Lepas sel-sel kulit mati dah dinyahkan daripada muka, langkah seterusnya ialah extraction iaitu mengekstrak keluar bendasing pada kulit seperti blackhead, whitehead dan jerawat. Sesetengah salun akan melakukan extraction dengan memicit, ada yang pakai suction, tapi Nadia pakai cecair khas dan kemudiannya melekatkan kertas pada bahagian-bahagian bermasalah. Kira macam pakai pore-pack la ni.


4.Massage cream
Lepas dah extraction Nadia akan sapukan massage cream. Biasanya bahagian-bahagian yang diekstrak tu akan rasa gatal-gatal sedikit bila disapu massage cream. Tapi jangan risau, takkan berlarutan lama.


5.EB treatment
Aha, yang ni my favorite part. EB treatment atau juga dikenali sebagai Eternal Beauty Machine Treatment.  Bila diurut EB machine ni rasa suam-suam dan lembut je kulit. Memang best. Bila tanya Nadia katanya EB treatment machine ni harganya beribu. Kalau rajin, boleh je beli untuk buat sendiri kat rumah. Tapi biasalah... Bila takde, mesti rasa nak beli. Dah beli, mana rajin nak tonyoh-tonyoh pakai pada muka, betul tak? Lagipun, kalau facial ni, mestilah orang yang buatkan lagi seronok. Muahahaha....Barulah rasa relaks. So, kalau nak rasa kehebatan EB treatment ni, mailah telefon Cik Nadia kita.

6.Massage & mask.
Last but not least, anda akan diurut dan dibelai sekali lagi pada muka dengan menggunakan urutan tangan. Lepas tu pakai mask lagi dan tamatlah sesi facial anda.



Ha, jom tengok apakah produk yang digunakan oleh Nadia untuk facial ni:

Nadia menggunakan produk Elsyle dan Eternal Beauty Machine juga dari Elsyle

Produk Elsyle UP II ni memang diyakini dari dulu

Sebenarnya kita dah lama tahu fasal produk Elsyle ni sebab kawan baik dulu memang ejen Elken. Selalu betul dia promote produk Elsyle dengan EB Machine ni. Tapi faham-fahamlah kan. Harganya pun boleh tahan. So memang tak dan lah nak membelinya. Senang kata memang tak perlu ragu-ragu tentang produk yang Nadia Beauty Cartel gunakan sebab memang produknya bagus dan diyakini.

Hai EB Machine yang amazing.

Overall memang puas hati dengan servis Nadia Beauty Cartel sebab orangnya memang peramah dan facialnya pula tip top. Memang tak cayalah begitu hebat sekali hasil lepas buat facial dengan Nadia ni. Kalau tak caya, tengoklah sendiri:

Nampak tak? Nampak tak?

Gambar pertama ni, Nadia buat sebelah je untuk menunjukka perbezaan ketara kiri dan kanan lepas menggunakan EB Machine. Sebelum start EB machine, sempat lagi Nadia berseloroh kata nak kecilkan pipi pau kita yang terlebih. Tengoklah tu, jelas sekali belah kiri pipi tu terlebih-lebih manakala elah kanak pula pipi nampak lebih terbentuk.


Daripada gambar kedua ni pula nampak gambar seelum lebih sembap and lebar muka tu... Gambar selepas memang lebih terbentuk. Aish... Kenapalah mukaku begitu lebar?


Ni lepas facial dengan Nadia.... Glowing gitu kulit.


Nak p keluar ngan kengkawan. Pakai foundation ngan lip tint je. Malas nak mekap lebih.

Lepas facial dengan Nadia, ternyata mukaku lebih runcing dan mekap pun lebih mudah melekat pada muka + tahan lama.  Kalau tidak, memang geram je bila mekap ada je yang tak kena. Satu lagi, muka takde pun jadi sensitif atau merah-merah atau bengkak-bengkak macam pergi buat sesetengah facial. Especially yang jenis buat extraction picit-picit. Buat extraction pakai suction tu pun kita pernah cuba. Sakit jugalah disedutnya semua black head white head tu... Ingatkan lembut je, skalinya tidak. Merah idung I.

Yang paling best skali, petang lepas facial ngan Nadia tu pergi keluar ngan kengkawan.  Kebetulan my friend bawa kawan dia yang kita baru first time jumpa. Yang tak sangkanya mamat tu tanya lak kita, " Eh, muka you buat V-shape eh?"  Blur kejap kita bila dia tanya camtu. V-shape tu apa? Kita tanya... Suntik ke? Mamat tu jawab, ha yerlah. Macam artis buat tu... Oh no no no... Kakak tak pernah suntik-suntik V-shape ni. Kih kih kih.. Mungkin ni penangan facial daripada Nadia. Weeee!!! Kembang idung I dipuji V-shape...Gitu!!

Mamat baju putih aka Ekmal ni la tanya kita ada buat V-shape ke tak. Choy! Kakak ori tau!

Okay, dah-dah angkat bakul. Sesiapa yang berminat nak buat facial dengan Nadia aka Nadia Beauty Cartel, boleh follow Nadia kat Instagram Nadia Beauty Cartel or terus deal buat appointment dengan Nadia dengan whatsapp or call 012-3782317.

Oh ya, normal price for this special facial by Nadia Beauty Cartel is RM100. Tapi ada diskaun khas untuk pembaca Prettily Rare. Korang hanya perlu sebutkan diskaun kod NANA88 dan boleh nikmati facial by Nadia dengan harga RM88 sahaja! Wow!! Best tak?

Gunakan kod untuk dapat diskaun, hanya di Prettily Rare!



Mobile Spa by Nadia: Nadia Beauty Cartel
Instagram: Nadia Beauty Cartel
Telefon/Whatsapp: 012-3782317


Da~~~

Baca juga tentang:

Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?