Monday 7 June 2021

Mudahnya Buat Topping Strawberi Ala McDonald Di Rumah


Hai semua,

Korang suka tak makan jem, sirap, compote atau topping strawberi? Saya memang peminat nombor satu strawberi. Sejak dari kecil memang suka makan roti dengan jem strawberi, wafel dengan mentega dan jem strawberi, scone dengan krim dan jem strawberi dan sebagainya. Makan sundae di McDonald pun suka topping Strawberinya.

Strawberry Topping
Gambar kredit Mommy's Home Cooking dot com


Tapi sebenarnya susah sangat nak cari jem atau topping strawberi yang sesuai dan kena dengan citarasa kita kan? Kalau sis, suka macam topping strawberi ala-ala sundae McDonald tu, memang just nice je. Siap ada ketulan buah strawberi yang sebenar lagi. Tapi tulah...dari kecik pencarian topping strawberi ala-ala McDonald ni tak pernah membuahkan hasil.

Pernah beli hampir semua jem bermacam-macam jenama di pasaraya. Tak kisahlah namanya strawberry jem ke strawberry preserve with real fruits la apa lah...Semuanya menghampakan. Tak ala-ala topping strawberi McDonald pon. Sebab biasanya semua letak gelatin nak bagi jem tu keras. Pastu dia kata with real fruits inside, tapi bila buka alahai... biji strawberi je ada, then tak dapat rasakan isi strawberi macam kita makan topping strawberi McDonald.

Lepas tu sis ingat lagi masa Sekolah Menengah dulu pernah lah beriya kumpul duit beli Hershey's strawberry syrup sebab tertipu dengan gambarnya yang membuatkan sis terbayangkan strawberry topping McDonald tu. Waduh. Bila dapat beli je, terus keluarkan aiskrim dengan roti nak uji rasa (taste test) terus. Sekali hampa! Manis gula je, takde rasa strawberi pon. Uwaaaa... maka bersawanglah ia di dalam peti ais sehingga tiba tarikh luput.

Hershey
Dasar gambaran Hershey's yang menipu


Dah tua lagi, bila dah pernah pergi ke Cameron Highland beberapa kali, barulah jumpa jem, compote ke topping strawberi yang kena dengan tekak. Dari segi tekstur, rasa dan isi strawberi sebenar tu memang kenalah dengan cita rasa tapi harga pon boleh tahan. Tu pun dapat satu botol mini je.

Kita fast forward ke hari ini, mengenangkan betapa bahayanya gula dan betapa sukarnya nak dapat topping stawberi yang kena dengan tekak serta kepayahan untuk pergi merentas ke sana sini sempena PKP, maka sis tahu, inilah masanya untuk membuatnya sendiri.

Lai... Meh sini sis cerita betapa mudahnya buat strawberi ala McDonald tu.

Resepi Topping Strawberi Ala McDonald

Bahan-bahan
Strawberi                  2 kotak
Lakanto                    2 sudu besar 
(Tak nak guna Lakanto, nak guna gula pasir pun boleh)
Jus Lemon                setengah cawan
Garam                       secubit
Gelatin (opsyenal)

Cara-cara
1. Basuh buah strawberi dengan garam dengan bersih berseri. Potong 4 atau potong kecil/dadu. Ikutlah korang nak berapa besarnya isi buah strawberi tu dalam topping nanti. Ingat, nanti dia kecut tau. Kalau suka nak besar-besar, buat je separuh hiris kecil dan sebahagiannya lagi biar je sebiji besau. Tapi lagi besar buahnya, lagi lambatlah dia nak cair nanti
2. Masukkan dalam periuk ke saucepan dan panaskan dengan api sederhana. Tunggu sehingga buah strawberi mengeluarkan jusnya dan boleh lah tambah Lakanto (atau gula biasa) dah sambung masak dengan api perlahan. Tambahakan secubit garam (tak nak pon tak apa)
3. Bila dah mula pekat dan didih, tambah pula jus lemon. Didihkan perlahan lagi
4. Rasa dan sesuaikan ikut citarasa sendiri. (Nak manis tambah gula/lakanto, nak masam guna perahan lemon)
5. Kalau jenis suka nak berjeli, bolehlah tambah gelatin. Sis nak makan dengan aiskrim. Tak sukalah teksturnya likat atau berketul macam jeli. Maka sis skip langkah ini.
6.  Masukkan dalam balang kaca dan tunggu sejuk
7. Dah sejuk, bolehlah makan dengan wafel, penkek, aiskrim dan apa-apa jelah mengikut kesukaan, kegemaran dan citarasa korang. Mudah je kan?

Langkah 1
Hai, ni strawberi beli kat MBG je, 2 kotak 20 hengget. Sesuai sangat dijadikan jem dan kengkawannya


Langkah dua
Kalau suka manis leh letak banyak kalau tak suka manis letak sikit. Pepandailah


Langkah ketiga
Nampak tak dia dah memekat. Yummsss

Langkah Empat
Dah pekat perasakan dengan perahan lemon plak. Pastu sesuaikan mengikut citarasa

Langkah Akhir
Strawberry topping is doneeeeee....

Mudah nak mampus kan sistur-sistur sekalian? Tapi itulah... kalau malas memang tak ada ubat. Muahahahaa.

Lagi satu kalau dah ada benda ni, memang kerjanya nak makan jelah. Pergh... Dah tau dah esok nak sarapan apa. Waduh-waduh. Apa-apa mari kita makan dengan aiskrim vanila dulu.

Oh ya, memandangkan kita masak dengan Lakanto, maka sesuailah untuk pesakit diabetes dan ia juga mesra diet keto. Tak delah makan tetau gemok, bacaan darah naik bacaan kolestrol pon naik. Eh! Tiber.

Sekian... da~~


Baca juga:

Resepi Roti Susu Hokkaido Mudah Tesco Breadmaker
Resepi Serta Tips Puding Karamel Mudah
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Two Sons Bistro, KLCC
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row SixCrabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam


15 comments: