Monday 16 November 2020

Review: Hari Jadi Nina di Kafe Pokok.KL


Hai semua,

Harini nak cerita sikit fasal pengalaman sis brunch sambil-sambil buat kejutan hari jadi untuk Cik Nina, kawan sis yang cantik sokmo.

Al-kisahnya hari jadi Nina ni jatuh pada hujung Oktober 2020. Waktu tu pulak kes tengah mencanak tinggi kembali. Nak buat kat ofis, jadual masuk ofis asyik bercanggah. Makanya banyak kalilah ditunda-tunda. Kesian tol orang yang hari jadi waktu-waktu kes mencanak ni, menangislah di tepi bucu katil. Sebab nak pergi memana sambut pon payah.

Lagilah masa tu satu per satu Pusat Beli Belah diuar-uarkan ada kes positif dalam kalangan pekerja diorang. Sis plak masa tu dah dua minggu memang terperuk kat rumah. Kalau keluar pon cuma pergi ofis dengan beli barangan dapur je. Bebudak tu lagilah kesian. Dok rumah manjang.

Makanya bila kes dah surut sikit,cepat-cepat sis ambil keputusan untuk adakan sesi brunch dengan Nina dan kengkawan di Pokok.KL. Antara sebab Pokok.KL terpilih sebab lokasinya yang bukan dalam Pusat Beli-Belah, ruang makan boleh memuatkan 4 orang semeja dan pada masa yang sama patuh SOP (ada restorang yang tak boleh sebab ruang makan kecil dan terhad) serta terdapatnya kemudahan letak kereta. Lagipun tengok dari IG dan sosial media, tempat ni cantik dan dikelilingi pokok-pokok. Sesuailah untuk melepaskan tekanan asyik tengok tembok dan sebagainya.

Pokok.KL
Cantik kan? Sumber gambar: FB Pokok.KL

Oh ya, sebelum datang haruslah sis buat pertanyaan dengan Pokok.KL. Boleh tak buat tempahan. Malangnya kat sini memang kaedahnya tiada tempahan, hanya untuk pelanggan datang terus saja. Okeylah. Sis pasrah.

Tak lupa juga, sis tengoklah komen dan maklum balas daripada orang ramai tentang restoran ni. Memang ramai yang puji masakannya sodap. Tapi sis juga perasan ada isu tentang seorang influencer yang menyuarakan rasa tak puas hatinya pada Pokok.KL. Dalam komen tu banyak jugalah yang menyokong kedua-dua pihak. Susah tol nak buat pertimbangan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam keadaan cenggini. Selagi kita tak berada di situasi tersebut, susah juga nak cakap. Ye dok?

Oleh kerana tempahan tak dibenarkan, sis pon datanglah 20 minit lebih awal ke Pokok.KL untuk pastikan bila kengkawan semua sampai, dah ada mejalah kengkononnya. Tapi sampai-sampai je ada dalam 3 kumpulan orang sedang beratur. Kira sis yang keempatlah. Nampak pelayan yang menyambut tu agak cemas sebab ada dalam kalangan pelanggan telah lama menunggu (sekeluarga 4 orang) dan nampaknya mereka tak puas hati atas sebab-sebab tertentu.

Sis pun datang dah menyatakan hasrat untuk mendapatkan meja untuk 4 orang, tapi dia kata meja dah penuh. Kalau tak keberatan leh tunggu sat sehinggalah ruang makan satu lagi dibuka pada pukul 11. Sis pun jawablah, lagi berapa minit je dah nak pukul 11. Dia sengih serba salah. Tepat pukul 11, ruang yang dijanjikan tetap belum dibuka, katanya ada kakitangan yang lewat hadir. Lebih kurang 11.20 jugaklah kot baru sis diberikan tempat duduk.

Dalam hal ini, sis rasa memang dalam situasi pandemik ni, lebih baik diorang buka je tempahan bagi tujuan crowd control. Jadi tak ramailah kena beratur panjang dan bolehlah mengurangkan risiko. Gitu...

Usai dapat tempat duduk, kitorang kena imbas kod QR yang ada atas meja untuk mendapatkan menu. Bagi sis menu ni agak tak mesra alam sebab kalau ada nak bayar lump sum, satu telefon je yang boleh digunakan untuk pilih menu dan checkout daripada selected cart. Tapi bagi yang lokek, nak ajak orang keluar makan tapi nak bayar asing, memang sesuailah. Sebab ko order ko punya, bayar ko punya, aku order aku punya, bayar aku punya. Bayaran pula boleh dibuat secara terus melalui pembayaran dalam talian. Dalam kes kitorang yang tak berapa handal dalam IT ditambah pula kejutan budaya ni, punyalah masing-masing buat pesanan pakai fon sendiri. Pastu, eh.... kena bayar asing-asing. Bila tanya pelayan, dia kata kalau nak bayar sekali kena pakai satu fon, pastu tunjuk kat kaunter dan bayar semua. Erkkk..

Jadi, kenalah masukkan balik semua pesanan tu dalam satu fon, pastu pergi kaunter untuk bayar. Okey, cukup cakap banyak. Jom kita tengok apa yang kitorang makan haritu:


Grilled chicken

Fries
Kentang goreng untuk dikongsi bersama-sama gitu

meatball
Belle order Meatball Spaghetti

Poach eggs
Poach egg smoked salmon ni all time favorite Nina

ice lemon tea
Ni teh ais lemon

Dragonfruit
Dragonfruit with Mango Juice

coffe or
Tak ingat plak apa nama tapi nampak sedap

Cinnamon Roll
Cinnamon Roll Oreo Cookies kot... hahaha...Lupa

Cinnamon Roll
Ni cinnamon roll dengan kekacang la kot

Secara keseluruhannya, lepas buat bayaran, makanan dihantar agak pantas. Makanan dia pon seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai iaitu boleh tahan la jugak. Air manis jangan tanya sis, sis tak minum liquid calories ni. Eh!!

Suasana pon boleh tahan. Memang rasa relaks kat sini. Pastu ada banyak port amik gambar yang cecantik. Kalau nak buat mini parti kat sini pon pihak Pokok.KL pun diorang boleh uruskan. Nampak jugalah ada seorang mamat ni buat special birthday brunch untuk awek dia. Siap belon dan dekorasi bagai. Tapi tak naklah amik gambar, kang dia saman lak kang.

Cumanya dalam kes sis, kejutan hari jadi tu memang gagal habislah. Sebab pelayannya tak faham cue untuk hidangkan kek pada Nina. Lepas dah pesan dua tiga kali terpaksalah sis sendiri ke kaunter untuk berkomunikasi. Yang sedehhhhhnya lepas dah berkomunikasi sendiri, boleh plak pelayan tu hantar kat meja lain padahal dah terang-terang sis teruja nyanyikan lagu hari jadi masa tu. Tapi dia hantar juga kat meja sebelah sambil pelanggan terpinga-pinga kat situ. Waduh!!!

Happy birthday
Happy birthday Larling. Lilin tu sis beli sendiri. Jangan harap ada jual kat sini.

Keseluruhannya, tempat ni memang okey kalau koordinasi diorang dan layanan diorang lebih peka kepada keperluan dan permintaan pelanggan.

gambo kenang-kenangan
Amik gambo kenang-kenangan

The four of us
Berempat

The three of us
Tiga gadis pingitan...Gituu

Bagi mereka yang memang suka pergi ke hipster cafe dengan banyak tempat-tempat instagram worthy dan makanan yang boleh tahan. Bolehlah disarankan ke Pokok.KL ni. Dari segi harga, sis boleh kata mid range la kot. Takdelah mahal, tapi takdelah murah sangat.

Sekian perkongsian kali ini.


Pokok KL Cafe
MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), 
Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jalan Universiti, 
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-8408 1811

Baca juga tentang:
Review: Two Sons Bistro KLCC
Resepi dan Tips Puding Karamel Pasti Jadi
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row Six
Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam




5 comments: