Monday 16 November 2020

Review: Hari Jadi Nina di Kafe Pokok.KL

November 16, 2020 4
Review: Hari Jadi Nina di Kafe Pokok.KL

Hai semua,

Harini nak cerita sikit fasal pengalaman sis brunch sambil-sambil buat kejutan hari jadi untuk Cik Nina, kawan sis yang cantik sokmo.

Al-kisahnya hari jadi Nina ni jatuh pada hujung Oktober 2020. Waktu tu pulak kes tengah mencanak tinggi kembali. Nak buat kat ofis, jadual masuk ofis asyik bercanggah. Makanya banyak kalilah ditunda-tunda. Kesian tol orang yang hari jadi waktu-waktu kes mencanak ni, menangislah di tepi bucu katil. Sebab nak pergi memana sambut pon payah.

Lagilah masa tu satu per satu Pusat Beli Belah diuar-uarkan ada kes positif dalam kalangan pekerja diorang. Sis plak masa tu dah dua minggu memang terperuk kat rumah. Kalau keluar pon cuma pergi ofis dengan beli barangan dapur je. Bebudak tu lagilah kesian. Dok rumah manjang.

Makanya bila kes dah surut sikit,cepat-cepat sis ambil keputusan untuk adakan sesi brunch dengan Nina dan kengkawan di Pokok.KL. Antara sebab Pokok.KL terpilih sebab lokasinya yang bukan dalam Pusat Beli-Belah, ruang makan boleh memuatkan 4 orang semeja dan pada masa yang sama patuh SOP (ada restorang yang tak boleh sebab ruang makan kecil dan terhad) serta terdapatnya kemudahan letak kereta. Lagipun tengok dari IG dan sosial media, tempat ni cantik dan dikelilingi pokok-pokok. Sesuailah untuk melepaskan tekanan asyik tengok tembok dan sebagainya.

Pokok.KL
Cantik kan? Sumber gambar: FB Pokok.KL

Oh ya, sebelum datang haruslah sis buat pertanyaan dengan Pokok.KL. Boleh tak buat tempahan. Malangnya kat sini memang kaedahnya tiada tempahan, hanya untuk pelanggan datang terus saja. Okeylah. Sis pasrah.

Tak lupa juga, sis tengoklah komen dan maklum balas daripada orang ramai tentang restoran ni. Memang ramai yang puji masakannya sodap. Tapi sis juga perasan ada isu tentang seorang influencer yang menyuarakan rasa tak puas hatinya pada Pokok.KL. Dalam komen tu banyak jugalah yang menyokong kedua-dua pihak. Susah tol nak buat pertimbangan siapa yang betul dan siapa yang salah dalam keadaan cenggini. Selagi kita tak berada di situasi tersebut, susah juga nak cakap. Ye dok?

Oleh kerana tempahan tak dibenarkan, sis pon datanglah 20 minit lebih awal ke Pokok.KL untuk pastikan bila kengkawan semua sampai, dah ada mejalah kengkononnya. Tapi sampai-sampai je ada dalam 3 kumpulan orang sedang beratur. Kira sis yang keempatlah. Nampak pelayan yang menyambut tu agak cemas sebab ada dalam kalangan pelanggan telah lama menunggu (sekeluarga 4 orang) dan nampaknya mereka tak puas hati atas sebab-sebab tertentu.

Sis pun datang dah menyatakan hasrat untuk mendapatkan meja untuk 4 orang, tapi dia kata meja dah penuh. Kalau tak keberatan leh tunggu sat sehinggalah ruang makan satu lagi dibuka pada pukul 11. Sis pun jawablah, lagi berapa minit je dah nak pukul 11. Dia sengih serba salah. Tepat pukul 11, ruang yang dijanjikan tetap belum dibuka, katanya ada kakitangan yang lewat hadir. Lebih kurang 11.20 jugaklah kot baru sis diberikan tempat duduk.

Dalam hal ini, sis rasa memang dalam situasi pandemik ni, lebih baik diorang buka je tempahan bagi tujuan crowd control. Jadi tak ramailah kena beratur panjang dan bolehlah mengurangkan risiko. Gitu...

Usai dapat tempat duduk, kitorang kena imbas kod QR yang ada atas meja untuk mendapatkan menu. Bagi sis menu ni agak tak mesra alam sebab kalau ada nak bayar lump sum, satu telefon je yang boleh digunakan untuk pilih menu dan checkout daripada selected cart. Tapi bagi yang lokek, nak ajak orang keluar makan tapi nak bayar asing, memang sesuailah. Sebab ko order ko punya, bayar ko punya, aku order aku punya, bayar aku punya. Bayaran pula boleh dibuat secara terus melalui pembayaran dalam talian. Dalam kes kitorang yang tak berapa handal dalam IT ditambah pula kejutan budaya ni, punyalah masing-masing buat pesanan pakai fon sendiri. Pastu, eh.... kena bayar asing-asing. Bila tanya pelayan, dia kata kalau nak bayar sekali kena pakai satu fon, pastu tunjuk kat kaunter dan bayar semua. Erkkk..

Jadi, kenalah masukkan balik semua pesanan tu dalam satu fon, pastu pergi kaunter untuk bayar. Okey, cukup cakap banyak. Jom kita tengok apa yang kitorang makan haritu:


Grilled chicken

Fries
Kentang goreng untuk dikongsi bersama-sama gitu

meatball
Belle order Meatball Spaghetti

Poach eggs
Poach egg smoked salmon ni all time favorite Nina

ice lemon tea
Ni teh ais lemon

Dragonfruit
Dragonfruit with Mango Juice

coffe or
Tak ingat plak apa nama tapi nampak sedap

Cinnamon Roll
Cinnamon Roll Oreo Cookies kot... hahaha...Lupa

Cinnamon Roll
Ni cinnamon roll dengan kekacang la kot

Secara keseluruhannya, lepas buat bayaran, makanan dihantar agak pantas. Makanan dia pon seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai iaitu boleh tahan la jugak. Air manis jangan tanya sis, sis tak minum liquid calories ni. Eh!!

Suasana pon boleh tahan. Memang rasa relaks kat sini. Pastu ada banyak port amik gambar yang cecantik. Kalau nak buat mini parti kat sini pon pihak Pokok.KL pun diorang boleh uruskan. Nampak jugalah ada seorang mamat ni buat special birthday brunch untuk awek dia. Siap belon dan dekorasi bagai. Tapi tak naklah amik gambar, kang dia saman lak kang.

Cumanya dalam kes sis, kejutan hari jadi tu memang gagal habislah. Sebab pelayannya tak faham cue untuk hidangkan kek pada Nina. Lepas dah pesan dua tiga kali terpaksalah sis sendiri ke kaunter untuk berkomunikasi. Yang sedehhhhhnya lepas dah berkomunikasi sendiri, boleh plak pelayan tu hantar kat meja lain padahal dah terang-terang sis teruja nyanyikan lagu hari jadi masa tu. Tapi dia hantar juga kat meja sebelah sambil pelanggan terpinga-pinga kat situ. Waduh!!!

Happy birthday
Happy birthday Larling. Lilin tu sis beli sendiri. Jangan harap ada jual kat sini.

Keseluruhannya, tempat ni memang okey kalau koordinasi diorang dan layanan diorang lebih peka kepada keperluan dan permintaan pelanggan.

gambo kenang-kenangan
Amik gambo kenang-kenangan

The four of us
Berempat

The three of us
Tiga gadis pingitan...Gituu

Bagi mereka yang memang suka pergi ke hipster cafe dengan banyak tempat-tempat instagram worthy dan makanan yang boleh tahan. Bolehlah disarankan ke Pokok.KL ni. Dari segi harga, sis boleh kata mid range la kot. Takdelah mahal, tapi takdelah murah sangat.

Sekian perkongsian kali ini.


Pokok KL Cafe
MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), 
Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jalan Universiti, 
59100 Kuala Lumpur
Tel: 03-8408 1811

Baca juga tentang:
Review: Two Sons Bistro KLCC
Resepi dan Tips Puding Karamel Pasti Jadi
Resepi Roti Mini Keju Kranberi
Resepi Quiche Ayam dan Cendawan Enak
Review: Hotpot Mee Tarik Jalan Raja Chulan
Review: Wangsa Grill by Chef Zubir
Review: Restoran Botanica+Co, Bangsar South
Festive Delight Tony Roma's
Resepi Santapan Mudah Sarapan dan Sahur
Restoran SeoulNami Korean BBQ
Bufet Selera Ramadan di Nook, Aloft KL Sentral
Buffet Selera Muhibbah TPC Kuala Lumpur
grEAT Tawar Menu Vegetarian Dengan Khidmat Futuristik
Menu Tahun Baru Lazat BoatNoodle
Pak John Steamboat Sedap dan Berbaloi
Tempahan dan Penghantaran Kek Hanya 4 Jam Sebelum Dengan EatCakeToday.Com
Mi Kolok Sedap Dayang Sarawak, Sungai Besi
Review: Samyang Hot Chicken Ramen Korea
Masakan Asia Tenggara Row Six
Crabby Crab Destinasi Penggemar Makanan Laut di Shah Alam




Friday 6 November 2020

Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh

November 06, 2020 0
Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh

Hai semua,

Harini sis nak lontar belakang kembali kisah percutian sis ke Ipoh pada Ogos lalu iaitu pada 19 hingga 22 Ogos 2020. Patutnya sis ada penerbangan dan percutian ke Kuching pada waktu tu. Tapi oleh kerana kes Covid-19 sedang mencanak pada waktu tu, makanya sis pun terpaksalah jadualkan semula penerbangan sis ke satu tarikh yang lain. Tapi cuti dah pon dimohon, emosi pon dah terganggu dan sis sangat-sangat memerlukan percutian untuk melepaskan tekanan. Makanya, tercetuslah idea untuk bercuti dekat-dekat saja, iaitu ke Ipoh.

Kenapa pilih Ipoh? Ini merupakan percutian dan perjalanan pertama yang sis akan memandu sendirian ke destinasi (nak naik kapal terbang atau pengangkutan awam, risiko Covid-19 lagi tinggi weh). Makanya, sebagai permulaan, sis tak naklah bercita-cita besar sangat. Cari lokasi yang menyeronokkan, tapi takmo kat KL tapi nak tak berapa jauh.

Oleh kerana satu ketika dulu pernah ke Ipoh tapi tak sempat jenjalan di sekitar tempat kerana pergi satu ofis, maka sis pun mengambil keputusan untuk membuat road trip ke Ipoh.

Untuk percutian kali ini, sis telah memilih sebuah butik hotel untuk didiami sepanjang percutian. Pilihan sis secara rawak (pilihan dibuat mengikut naluri, lokasi, harga dan nilai CP) ialah M Boutque Hotel Station 18, Ipoh. Korang tengoklah sendiri kat bawah ni, mau tak terpikat?! Eh!

M Boutique Hotel
Sumber gambar: M Boutique hotel dot com

Bercakap mengenai M Boutique Hotel ni, korang jangan ingat ada satu je M Boutique Hotel kat Perak ni tau. Sis pun hanya tahu ada banyak M Boutique Hotel lepas ternampak siaran FB kawan. Pastu tegur. Rupa-rupanya M Boutique Hotel yang berlainan. Lepas tu sis pulak buat siaran kat Instagram Story, sorang lagi kawan tegur, dia ingat dia pergi hotel yang sama, tapi rerupanya hotel lain. Ekekekkee... Lucu betul!

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni kalau korang nak tahu, ia terletak berdekatan stesen keretapi kat Ipoh. Sebab tulah ia dinamakan M Boutique Hotel Station 18. Kat bawah dia ada sebuah restoran Jepun yang dinamakan Mizakaya Station 18 (seperti dalam gambar).

Okay, mari kita lihat gambar-gambar di sekitar M Boutique Hotel Station 18 ni dari lensa kamera sis sendiri pulak

Yang ni interior luaran dan dalaman ruang guna sama hotel:

M Boutique hotel from parking
Gambar diambil waktu Maghrib. Sampai lambat sebab balik kerja baru mai.

M Boutique Hotel Station 18
Sebelum pintu masuk


M Boutique Hotel Station 18
Ruang dari pintu masuk


M Boutique Hotel Station 18
Kaunter pendaftaran

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Ruang lobi


M Boutique Hotel
Lorong sebelum masuk ke bilik

Mari kita tinjau dalam bilik pulak. Memula sis tempah bilik twin. Kira dua single bed lah. Tapi sehari sebelum penginapan bermula, M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni buat panggilan mengatakan bilik katil single dua dah takde. Dia tukar dengan queen bed satu. 

Mujurlah sis pergi dengan adik yang sis bertepuk tampar dari kecik. So, tak jadi masalah pon tidur sekatil. Baguslah ada effort untuk sekurang-kurangnya maklumkan kepada tetamu terlebih dahulu.

Sis puji usaha mereka ni. Panggilan pon dibuat dengan penuh mesra. Takdelah sakit telinga dan sakit hati. Gitu. 5 bintang bagi perkhidmatan pelanggan dia.


M Boutique Hotel Station 18
Katil di dalam bilik



M Boutique Hotel Station 18
Ruang meja dan peti ais dia simple je. Siap ada peti besi tu. Sis likey!

M Boutique Hotel Station 18
Kasih close up sikit. Teh dan kopi serta cerek pon turut disediakan

M Boutique Hotel Station 18 Ipoh
Ada bangku panjang leh la wat pakai kasut. Televisyen juga disediakan

Bagi sebuah hotel butik, memang puas hatilah bilik dia. Agak luas, lepas tu semua ada. TV, cerek, peti ais, peti besi, kopi, Apa lagi korang mahukan? Dengan harga dia yang sangat berpatutan. Rekaan dalaman dia pun cukup cantik dan kemudahan juga selesa.

Okey, dah habis puji. Jom tinjau bilik air di pulak:


M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Sejuk je mata tengok bilik air dia yang bersih dan kemas ni. Mak suka!

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Lengkap dengan tuala mandi, tuala kecil, syampu dan sabun

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Pancuran pulak. Nampak clean saja

Apa yang sis suka fasal hotel ni ialah lokasinya yang dekat dengan AEON Mall. Jalan kaki je dah sampai. Kalau malas nak bawak kereta, bolehlah menapak ke AEON Mall dan cari makan di dalamnya. Kalau lagi malas lagi, makan saja restoran Jepun kat bawah tu. Boleh tahan sedapnya. Sis dah coba.

Lagi satu tempat letak kereta juga percuma dan mudah juga dicari memandangkan ia terletak di kawasan lot kedai. Kalau tak silap, tak bayar parking. Nanti pihak hotel akan letakkan kupon letak kereta bagi mengelak kereta disaman.

Satu lagi yang sis suka fasal M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni ialah ia ada menyediakan bilik dobi aka laundry room yang boleh digunakan secara percuma. Dalam bilik dobi tu adalah seterika, mesin basuh, pengering baju (dryer) dan juga sabun serta kerusi dan majalah untuk korang lepak-lepak. Ni satu kelebihan yang jarang didapati di hotel-hotel kat Malaysia. Kalau sis melancong ke luar negara dulu, selalu je menetap hotel dengan bilik dobi yang boleh digunakan percuma ni. Al-maklumlah sis jenis yang tak suka bawa baju kotor balik rumah. Sebelum balik, basuh semua baju. Sampai rumah boleh susun baju bersih terus.

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Bilik dobi/laundry room sumber gambar: TripAdvisor


Cuma bagi mereka yang suka makanan hotel atau sarapan pagi di hotel, memang butik hotel ni tak adalah. Tu jelah kot kelemahannya. Yang lain semua cemerlang je bagi sis.

Secara keseluruhannya pengalaman di M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni memang menyeronokkan. 

Kalau ada masa nanti sis sambung pengalaman dan perjalanan di Ipoh pula ya?

Da~~~

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
15 - 23 Jalan Pengkalan Barat 35, 
Taman Pengkalan Jaya, Station 18,
31650 Ipoh, Perak
Tel: 05-321 1666

Baca juga:

Review: Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands

Thursday 5 November 2020

Ucapkan Selamat Tinggal Pada Jerawat Pelitup Muka (Mascne-Mask Acne)

November 05, 2020 0
Ucapkan Selamat Tinggal Pada Jerawat Pelitup Muka (Mascne-Mask Acne)

Hai,

Salam norma dan kebiasaan baharu semua. Harini sis nak kongsikan tentang pengalaman norma dan kebiasaan baharu yang kurang menggembirakan iaitu jerawat pelitup muka!! 

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
Merenung masa depan jap kalau ada mask acne ni. Nyampah!

Jerawat pelitup muka atau lebih glemer dikenali sebagai mask acne atau singkatannya mascne ni memang salah satu perkara lanjutan norma dan kebiasaan baharu yang paling dibenci wanita. Al-maklumlah sebagai wanita, dah menjadi fitrah kita memang sukakan kejelitaan. Tapi kita juga pentingkan kesihatan. Tapi bila nak sihat dengan memakai pelitup muka, ada pulak kesan sampingan seperti jerawat yang tumbuh di sekeliling permukaan liputan pelitup muka kita. Oh no!!

Memandangkan sis mempunyai kulit wajah yang sensitif dan mengada-ngada, maka sis juga tidak terkecuali ditimpa dugaan semaraknya jerawat yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di bahagian liputan pelitup muka. Kiranya, kalau pakai pelitup muka tu nampak jelita dan misterilah jugak. Tapi buka je pelitup muka, amik kau! Muka menggerutu. Bahagian pelitup muka je pulak tu. Abislah! Larilah prospek sis.

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
The New York Times menyifatkan mascne sebagai 'the new acne'.
 Sumber gambar: The New York Times

Cakap banyak je tak berguna, bagi membuktikan kata-kata sis bukanlah kata-kata dusta. Ini sis kongsikan gambar sebelum dan selepas memakainya.

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
Hai meriahnya kau jerawat - 30 Okt 2020. Ni muka tanpa solekan



Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
Lokasi-lokasi jerawat yang ada. Ni wajah bermekap.
Yang bulat dalam bulatan lonjong tu...ada 3 baris jerawat sebenarnya.

Biasalah, dalam gambar mana sejelas mata sebenar. Kalau mata sebenar, lagi teruk wajah sis. Terus rasa confident level menjunam weh. Lagilah buat mood tak cantik walhal mood memang dah tak cantik sebab PKPB berlanjutan lagi.

Hari ini, 5 November 2020, sis lebih berkeyakinan untuk masuk ke pejabat setelah jerawat beransur pulih. Biasanya jerawat menggerutu kecik-kecik berpasir ni, memang jenuhlah nak pulih. Apatah lagi jerawat besar yang bernanah?(dalam gambo tu ada dua jerawat bernanah yang besar. Eii...geram). Tapi alhamdulillah lepas 5 hari penggunaan, jerawat pasir yang berkumpul dah kurang sikit. Yang stand alone banyak yang dah takde terus. Jerawat besar bernanah plak dah surut.

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka

Jerawat kat dagu belah kiri dan tengah dagu semua dah clear. Tinggal belah kanan je


Hah, jadi apakah rahsia kejayaan mengawal keganasan jerawat ni? Sis cuba mengamalkan beberapa tips mengawal jerawat antaranya ialah satu pelitup muka digunakan tidak melebihi 8 jam sehari. Esok WAJIB pakai baru. Jangan nak repeat-repeat. Jangan sayang duit sampai tak sayang diri.

Satu lagi tips ialah gunakan a+ Antah Wellness Protect Nanosilver Spray untuk pencegahan jerawat dan pemulihan bagi kulit berjerawat dan kulit yang meradang.

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
Tada! Inilah Antah Wellness Protect Nanosilver Spraynya


Korang bolehlah pakai selepas selesai rutin penjagaan kulit atau macam sis, lepas sapu je toner, spray Nanosilver spray ni dulu. Satu lagi, bila makan je kita kan akan buka pelitup muka tu. Ha, dah buka jangan terus pakai balik. Spray dulu sama ada kat pelitup muka tu atau kat muka sebelum pakai balik mask korang tu. Bolehlah bunuh kuman dulu. Takdelah semakin melarat jerawat kat muka tu. Ha, best kan?

Antah Wellness Protect Nanosilver Spray ni mengandungi air ternyahion dan <10ppm nanosilver aktif dan ia sesuai bagi tujian pencucian dan agen antiseptik semua jenis luka. Ia juga berfungsi sebagai pensanitasi dan disinfektan yang efektif. Ia juga dapat menggalakkan proses penyembuhan luka dan paling bagus sekali, ia bebas daripada alkohol dan tidak merengsa kulit. Jadi, takdelah rasa pedih bila ia disembur pada kulit yang luka.

Kegunaan; Boleh disembur pada luka kecil, iritasi, jerawat, masalah mata, hidung, terlinga dan kulit.
Secara oralnya, ia juga boleh digunakan untuk sakit tekak dan mulut sebagai agen anti-radang

Sebagai mak-mak orang, sis juga sangat menyarankan ia kepada mak-mak sebab sangat sesuai untuk digunakan bagi luka-luka kecil anak-anak. Contohnya Mia dan Hariz ni suka lari-lari lompat sana-sini. Bila jatuh, mananya dia nak pakai ubat kuning atau antiseptik dan swab alkohol tu. Pedih wooo... So, lepas bersihkan luka, bolehlah sembur je Antah Wellness Protect Nanosilver Spray ni.

Mia pulak jenis malas nak minum air bebanyak. Selalu tumbuh ulser dalam mulut. Pastu dia pulak seram je kalau nak sapu Bonjela. Ha, bak. Biar mak spray sikit Nanosilver spray ni. Setel!

Cakap banyak-banyak, mana nak dapatkan benda ni?

Ha, yang berminat. Bolehlah ke Watson yang berhampiran atau bagi yang nak #stayathome, bolehlah buat pesanan melalui Watson Online sajew dan cari produk ni.

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
Murah sajer, tak mahal. Nampak ni, produk 5 bintang tau.


Ingat, produk ni eksklusif di Watson sahaja tau. Sekarang pulak ada promosi sampai 19 November  yang mana kalau korang beli dua Antah Wellness Protect Nanosilver Spray ni, dapatlah diskaun RM14.80. Dengan harga RM45 je dah dapat dua. Apa lagi? Cepatlah sambar!

Oh ya, lepas dah pakai jangan lupa tulis review kat Watson ni. Sis sebelum pakai apa-apa pun suka tengok review orang dulu. Ha, yang dua-dua ni bukan sis yang tulis tau:

Macne/Mask Acne Jerawat Pelitup Muka
Nampak ni... orang lain pun cakap best dan berkesan

Oh ya,. dengar kata teknologi Nanosilver ni memang dah banyak digunakan kat luar negara. Kat Malaysia je belum menyeluruh lagi.

Okay sekian ulasan atau review sis mengenai Antah Wellness Protect Nanosilver Spray featuring jerawat pelitup muka atau mascne/mask acne kali ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antah Wellness dan produk mereka:

Instagram: Antah_healthcare

Da~~~




Baca juga: