Friday 2 March 2018

Pengalaman ke Anime Japan 2017


Hai semua,

Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, dah pun masuk bulan Mac. Jadi hari ini kita nak tulis tentang pengalaman 'throwback' atau imbas kembali kita ke Anime Japan 2017 di mana kita telah pun pergi ke Jepun pada Mac 2017. 

Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan di Jepun ialah menghadiri salah satu event anime atau animasi terbesar di Tokyo Big Sight, Tokyo, Japan iaitu Anime Japan 2017.

header
Anime Japan 2017
Kebiasaannya, Anime Japan 2017 ini diadakan pada hujung bulan Mac bersempenakan musim bunga Sakura di Jepun. Jadi, mereka bercadang untuk menarik pengunjung ke Jepun bukan sahaja untuk menyertai Anime Japan 2017 tetapi juga untuk menikmati pemandangan bunga sakura.

Anime Japan 2017 telah menyaksikan penglibatan oleh lebih 200 syarikat animasi di Jepun dan seluruh dunia. Selain memaparkan tentang produk anime mereka, Anime Japan 2017 juga mempunyai inisiatif untuk mewujudkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai jawatan dan kerja yang berkaitan dengan industri ini selain proses-proses penghasilan anime. Industri anime merupakan salah satu industri yang telah memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Jepun menerusi pelbagai cara antaranya voice talent. 

Antara booth pameran yaang ada

Memang menarik semuanya

Antara anime kegemaran kita, Conan
Jika di Malaysia, voice talent tidak dikenali, tetapi di Jepun ini, voice talent seseuatu watak boleh menjadi begitu terkenal sehingga mempunyai barisan peminatnya sendiri malah juga mampu untuk mengeluarkan single dan mengadakan persembahaan.

Anime Japan 2017 telah diadakan selama 4 hari tetapi hari pertama dan kedua adalah untuk tujuan perdagangan (trade) di mana dua hari selebihnya dibuka kepada orang ramai bagi tujuan lawatan cosplay dan bermacam lagi.  Malah pengunjung juga boleh membeli barangan anime ataupun dikenali merchandise anime yang mereka minati.

Comel sungguh kan?

Rasa nak borong je semua ni

Macam kartun Doraemon karakter ni.

Figurin

Anime bertemakan bola keranjang

Aiyak..mana satu lagi figurin?

Bantal kepala anime yang comel

Beg pun boleh...

Merchandise pin pula

Berbeza dengan Anime Japan 2016, Anime Japan 2017 mempunyai pengisian yang lebih mantap lagi di mana mereka telah menambah beberapa program yang sangat menarik termasuklah Food Park dan Family Anime Park 2017 selain daripada acara biasa seperti Cosplayer's World, Open Stage,  Red/ Green /Blue Stage dan sebagainya.

Terdapat juga sesi perkongsian dan tips mengenai Anime yang dikongsikan dengan orang berpengalaman namun sayangnya hanya dianjurkan dalam Bahasa Jepun tanpa sebarang terjemahan. Makanya, saya dan kakak tidak dapat menyertainya.

Yang menariknya, walaupun kami tak dapat menyertai seminar dan talks yang diadakan dalam Bahasa Jepun, pihak penganjur telah mengaturkan ramai penterjemah untuk mengadakan trip lawatan ke seluruh kawasan Anime Japan 2017 secara berkumpulan. Jadi, terubat jugalah hati tak dapat dengar talk kerana kami telah diberikan penjelasan penuh tentang acara yang dijalankan oleh penterjemah tersebut.

Antara kejayaan yang kita rasa semua dapat pelajari daripada penganjur Anime Japan berjaya mencantumkan sisi budaya mereka dengan Anime Japan 2017 dengan inisiatif Food Park mereka. Di Food Park, pengunjung dapat membeli makanan Jepun yang bertemakan anime kegemaran mereka. Menarik kan? Ini merupakan salah satu tarikan kenapa saya mahu menyertai Anime Japan 2017 berbanding pameran dan conference yang lain.

Antara makanan-makanan Anime Japan 2017

Jom lihat makanan-makanan tersebut dengan lebih terperinci:

Terliur, tapi apa kan daya? Tak boleh  beli

Semuanya nampak menarik

Memang terliur tengok


Ruangan Family Anime Park 2017 pula bagi saya satu acara yang sangat menarik kerana bukan saja dapat memperuntukkan satu program khas hujung minggu bagi mereka yang berkeluarga, tetapi mereka juga secara tak langsung telah mendidik anak-anak bangsa mereka untuk mencintai anime keluaran negara mereka. Sekarang, saya faham kenapa Upin Ipin selalu mengadakan karnival sedemikian. Dengan aktiviti sep erti ini, akan terpahat lagi brand recoginition dalam minda kanak-kanak ini sehingga mereka dewasa.

Antara aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak

Aktiviti main kad

Ibu bapa beratur untuk mendaftar

Sambutan yang diterima oleh Anime Japan 2017 sangat mengagumkan dengan adanya penambahan aktiviti-aktiviti yang menarik pada tahun 2017. Mereka telah mencatatkan jumlah pengunjung seramai 145,453 di mana ini menyaksikan peningkatan sebanyak 107% berbanding tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2016. Hebat bukan?

Aktiviti dan pengisian beginilah yang saya rasakan mungkin perlu diselit oleh penggiat seni di Malaysia untuk menaikkan dan memartabatkan lagi industri kreatif negara.  Saya sangat terharu melihat penglibatan anak-anak Jepun dalam meraikan kejayaan Anime negara mereka. Bagaimana pula dengan kita? Sejauh manakah kita menyokong industri kreatif negara?

Yang paling sedih sekali, kartun tempatan seperti Ujang, Apo dan Gila-gila dan sebagainya semakin ditelan zaman dek kerana globalisasi memandangkan ramai orang lebih sukakan kartun berbentuk anime yang lebih cantik dan kemas walhal bagi saya itulah identiti lukisan dan kartun kita yang tersendiri. Rindunya dengan majalah-majalah kartun dulu. Sob sob..

Rindu betul kartun dulu-dulu

Baiklah, jadi bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman sendiri ke Anime Japan, bolehlah pergi ke laman rasmi mereka iaitu Anime Japan

Sekian laporan
Prettily Rare

29 comments:

  1. Bestnya gi Jepun. Penuh aktiviti. Jepun memang terkenal dengan anime. Adik Ipar memang minat dengan anime ni. Memang cantik lah kalau dia melukis. Suka baca Ujang, Apo dan Gila-gila dulu.

    ReplyDelete
  2. Eyqa lebih suka baca Ujang & Apo. Haaa Gila-Gila pun suka baca. Tapi tulah, susah dah nak jumpa sekarang.

    ReplyDelete
  3. I love Japan and I enjoy the fact that you love the anime aspect of it too. When I last visited the place, I was extremely excited to check out the anime part for it, and the experience was certainly one of a kind (especially Studio Gibli). However I wished they had this when I visited them last, because it looks so good- but I am glad that you enjoyed it thoroughly.

    ReplyDelete
  4. wow! husband aida adalah anime lover.
    cuma lom ada rezeki ke jepun :) in shaa Allah...
    kakak ipar pernah ke jepun. kagum dgn cerita dia tentang org jepun yg sgt sanjung anime ni. anime is everywhere...
    lastly, yes. sedih jugak la dgn penghargaan malaysian yg sgt minima utk kartun lama-lama. hingga tutup kedai. tak dpt sambutan lagi kini :(

    ReplyDelete
  5. wah.. saya dulu layanlah juga anime. Tapi sekarang dah kurang masa jadi susah nak layan. Banyak sangat dah terlepas. Hihi. Apapun event macam ni memang seronok bagi kaki anime. Iyalah, bukan setakat boleh mendapatkan pelbagai cenderamata anime kesayangan bahkan mengenal lebih rapat sesuatu produksi dan orang2 di balik tabirnya juga! mesti awesome!

    ReplyDelete
  6. Aiyooo...the bantal kepala anime so comel! Ok la set....I think I know when to travel to Japan for my first visit...I can see the sakura flowers and fulfill my cosplay/anime desires at the same time!

    ReplyDelete
  7. Totally terigat masa kecik dulu..conan sailormoon hahaha mmg best..tak penah miss beli comic conan hahahha lps tu buat mcm library sbb kwn nak pinjam hahahha..nice

    ReplyDelete
  8. Peminat anime kalau dapat ke sini mesti tak nak balik kan. Banyak juga ye yang dipamerkan tu termasuk makanan dan merchandise. Menarik sangat. Utk kanak2 pun ada.

    ReplyDelete
  9. kalau minat anime mmg berbaloi ke event macam ni. mesti teruja masa kat sana

    ReplyDelete
  10. Setahun dah kan sis pegi sana. Sure rasa macam baru semalam je pegi. Sini tak boleh lawan demam Anime sana.

    ReplyDelete
  11. Anime Japan ! Wah laki I patut pergi ni, dah lah hari-hari dia layan japan anime series deat netflix ni malam-malam... sanggup O.o I rasa anak-anak dia dah besar konpem dia akan bawa anak dia ke sini suruh kenal pula karakter kartoon dari animasi Jepun kan.... Jepun memang terkenal lah kartoon animasi yang gempak gempak macam dragon ball, sailoormoon and so on, tapi yang paling I tak leh lupa sekali cerita Paradise Kiss... memang banyak kali dok report episod tu hahhahaha

    ReplyDelete
  12. Awww my sister will love and go crazy at this Anime Japan, I am not so much of a fan but I totally understand how fans can be like when they see things they love. Glad that you have fun :)

    ReplyDelete
  13. Seronoknya nana dapat pergi ke Anime Japan 2017. Actually kat sini pun masih ada lagi hasil karya kartunis kita. Contohnya, Bulan 1 hari tu ada pameran kartun dan komik kita di Muzium Negara. Semua karya kartunis dari zaman dulu hingga sekarang ada dipamerkan. Memang menggamit memori betul.

    ReplyDelete
  14. Antara animasi yang best selalu dari jepun. Jalan cerita menarik dan costume dowang pun cantik2

    ReplyDelete
  15. Never attend anime 2017 and how I wish I can attend for 2018 if they planning for it. So may thing to see and food to eat too. I want grab some firgurine as I like collect it .

    ReplyDelete
  16. i always love japan anime. they are so detail in every design created and many develop it into cosplay. wanna check this out even more to understand the anime world

    Racheal

    ReplyDelete
  17. Saya peminat anime waktu kecik dulu. Anime jepun memang sangat2 cute! Setuju dengan sis, industri kreatif malaysia patut buat aktiviti macam ini, peminat karya macam ni pun sebenarnya ramai sangat kalau dapat dikumpulkan untuk beraktiviti.

    ReplyDelete
  18. Wow! such a great experience you got. i have been to Japan several times but have not experience the anime expo before.

    ReplyDelete
  19. zaman uni dulu suka naruto & bleach.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  20. Wow, even i havent been to an anime convention in Japan before, it's on my bucket list to go someday

    ReplyDelete
  21. bestnya! semua barang dia kawaii! hehe

    ReplyDelete
  22. Thanks for the informative and helpful post, obviously in your blog everything is good.. anime cosplay costumes

    ReplyDelete
  23. I wrote about a similar issue, I give you the link to my site. Harry Potter Cosplay Costume

    ReplyDelete
  24.  Below are great tips to support opt for the correct one. mangakakalot

    ReplyDelete
  25.  I also know that you need to find out how to draw in Manga and you know that it's not at all a hassle-free task. Imagine if I said a means to draw your favorite manga character just in steps? Or, imagine if I said that you will draw your own personal character created because of your own imagination? 4 anime

    ReplyDelete
  26. You usually hear that books are always as good as the movies. Well, a similar can be said for light novels / manga versus their anime adaptations. So let's discuss the differences are. read manga online

    ReplyDelete
  27.  She is a cartoon character that is loved throughout the globe for her cutesy, pretty and stylish appearance. kissanime

    ReplyDelete
  28. Manga could be the Japanese word for comics in general. Away from Japan, the idea of manga is needed exclusively used to refer to the Japanese comics. 9anime

    ReplyDelete
  29. Unique character designs: Anime characters often have distinctive and memorable appearances. izuku meaning

    ReplyDelete