Friday, 6 November 2020

Review: M Boutique Hotel Station 18, Ipoh


Hai semua,

Harini sis nak lontar belakang kembali kisah percutian sis ke Ipoh pada Ogos lalu iaitu pada 19 hingga 22 Ogos 2020. Patutnya sis ada penerbangan dan percutian ke Kuching pada waktu tu. Tapi oleh kerana kes Covid-19 sedang mencanak pada waktu tu, makanya sis pun terpaksalah jadualkan semula penerbangan sis ke satu tarikh yang lain. Tapi cuti dah pon dimohon, emosi pon dah terganggu dan sis sangat-sangat memerlukan percutian untuk melepaskan tekanan. Makanya, tercetuslah idea untuk bercuti dekat-dekat saja, iaitu ke Ipoh.

Kenapa pilih Ipoh? Ini merupakan percutian dan perjalanan pertama yang sis akan memandu sendirian ke destinasi (nak naik kapal terbang atau pengangkutan awam, risiko Covid-19 lagi tinggi weh). Makanya, sebagai permulaan, sis tak naklah bercita-cita besar sangat. Cari lokasi yang menyeronokkan, tapi takmo kat KL tapi nak tak berapa jauh.

Oleh kerana satu ketika dulu pernah ke Ipoh tapi tak sempat jenjalan di sekitar tempat kerana pergi satu ofis, maka sis pun mengambil keputusan untuk membuat road trip ke Ipoh.

Untuk percutian kali ini, sis telah memilih sebuah butik hotel untuk didiami sepanjang percutian. Pilihan sis secara rawak (pilihan dibuat mengikut naluri, lokasi, harga dan nilai CP) ialah M Boutque Hotel Station 18, Ipoh. Korang tengoklah sendiri kat bawah ni, mau tak terpikat?! Eh!

M Boutique Hotel
Sumber gambar: M Boutique hotel dot com

Bercakap mengenai M Boutique Hotel ni, korang jangan ingat ada satu je M Boutique Hotel kat Perak ni tau. Sis pun hanya tahu ada banyak M Boutique Hotel lepas ternampak siaran FB kawan. Pastu tegur. Rupa-rupanya M Boutique Hotel yang berlainan. Lepas tu sis pulak buat siaran kat Instagram Story, sorang lagi kawan tegur, dia ingat dia pergi hotel yang sama, tapi rerupanya hotel lain. Ekekekkee... Lucu betul!

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni kalau korang nak tahu, ia terletak berdekatan stesen keretapi kat Ipoh. Sebab tulah ia dinamakan M Boutique Hotel Station 18. Kat bawah dia ada sebuah restoran Jepun yang dinamakan Mizakaya Station 18 (seperti dalam gambar).

Okay, mari kita lihat gambar-gambar di sekitar M Boutique Hotel Station 18 ni dari lensa kamera sis sendiri pulak

Yang ni interior luaran dan dalaman ruang guna sama hotel:

M Boutique hotel from parking
Gambar diambil waktu Maghrib. Sampai lambat sebab balik kerja baru mai.

M Boutique Hotel Station 18
Sebelum pintu masuk


M Boutique Hotel Station 18
Ruang dari pintu masuk


M Boutique Hotel Station 18
Kaunter pendaftaran

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Ruang lobi


M Boutique Hotel
Lorong sebelum masuk ke bilik

Mari kita tinjau dalam bilik pulak. Memula sis tempah bilik twin. Kira dua single bed lah. Tapi sehari sebelum penginapan bermula, M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni buat panggilan mengatakan bilik katil single dua dah takde. Dia tukar dengan queen bed satu. 

Mujurlah sis pergi dengan adik yang sis bertepuk tampar dari kecik. So, tak jadi masalah pon tidur sekatil. Baguslah ada effort untuk sekurang-kurangnya maklumkan kepada tetamu terlebih dahulu.

Sis puji usaha mereka ni. Panggilan pon dibuat dengan penuh mesra. Takdelah sakit telinga dan sakit hati. Gitu. 5 bintang bagi perkhidmatan pelanggan dia.


M Boutique Hotel Station 18
Katil di dalam bilik



M Boutique Hotel Station 18
Ruang meja dan peti ais dia simple je. Siap ada peti besi tu. Sis likey!

M Boutique Hotel Station 18
Kasih close up sikit. Teh dan kopi serta cerek pon turut disediakan

M Boutique Hotel Station 18 Ipoh
Ada bangku panjang leh la wat pakai kasut. Televisyen juga disediakan

Bagi sebuah hotel butik, memang puas hatilah bilik dia. Agak luas, lepas tu semua ada. TV, cerek, peti ais, peti besi, kopi, Apa lagi korang mahukan? Dengan harga dia yang sangat berpatutan. Rekaan dalaman dia pun cukup cantik dan kemudahan juga selesa.

Okey, dah habis puji. Jom tinjau bilik air di pulak:


M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Sejuk je mata tengok bilik air dia yang bersih dan kemas ni. Mak suka!

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Lengkap dengan tuala mandi, tuala kecil, syampu dan sabun

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Pancuran pulak. Nampak clean saja

Apa yang sis suka fasal hotel ni ialah lokasinya yang dekat dengan AEON Mall. Jalan kaki je dah sampai. Kalau malas nak bawak kereta, bolehlah menapak ke AEON Mall dan cari makan di dalamnya. Kalau lagi malas lagi, makan saja restoran Jepun kat bawah tu. Boleh tahan sedapnya. Sis dah coba.

Lagi satu tempat letak kereta juga percuma dan mudah juga dicari memandangkan ia terletak di kawasan lot kedai. Kalau tak silap, tak bayar parking. Nanti pihak hotel akan letakkan kupon letak kereta bagi mengelak kereta disaman.

Satu lagi yang sis suka fasal M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni ialah ia ada menyediakan bilik dobi aka laundry room yang boleh digunakan secara percuma. Dalam bilik dobi tu adalah seterika, mesin basuh, pengering baju (dryer) dan juga sabun serta kerusi dan majalah untuk korang lepak-lepak. Ni satu kelebihan yang jarang didapati di hotel-hotel kat Malaysia. Kalau sis melancong ke luar negara dulu, selalu je menetap hotel dengan bilik dobi yang boleh digunakan percuma ni. Al-maklumlah sis jenis yang tak suka bawa baju kotor balik rumah. Sebelum balik, basuh semua baju. Sampai rumah boleh susun baju bersih terus.

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
Bilik dobi/laundry room sumber gambar: TripAdvisor


Cuma bagi mereka yang suka makanan hotel atau sarapan pagi di hotel, memang butik hotel ni tak adalah. Tu jelah kot kelemahannya. Yang lain semua cemerlang je bagi sis.

Secara keseluruhannya pengalaman di M Boutique Hotel Station 18, Ipoh ni memang menyeronokkan. 

Kalau ada masa nanti sis sambung pengalaman dan perjalanan di Ipoh pula ya?

Da~~~

M Boutique Hotel Station 18, Ipoh
15 - 23 Jalan Pengkalan Barat 35, 
Taman Pengkalan Jaya, Station 18,
31650 Ipoh, Perak
Tel: 05-321 1666

Baca juga:

Review: Nova Highlands Hotel and Resort, Cameron Highlands

No comments:

Post a comment