Saturday 11 August 2018

Mandian Kanak-kanak Asianic Pilihan Terbaik Untuk Kulit Sensitif


Hai semua,
Saat mandi lebih ceria dengan Asianic

Harini nak citer sikit fasal mandian kanak-kanan dan seisi keluarga keluaran Asianic. Minggu lepas kita telah dijemput hadir ke Bloggers Day With Asianic sempena Program Citarasa Malaysia yang bertempat di KL Gateway Mall.

Asianic dan blogger
Bloggers Day With Asianic

Asianic ni jenama keluaran tempatan yang sebelum ni banyak mengeluarkan produk-produk penjagaan diri seperti lulur, syampu, mandian, krim dan losyen. Terbaru, Asianic telah melancarkan produk rangkaian mandian kanak-kanak dan seisi keluarga pula.

Apa yang menarik tentang produk mandian kanak-kanak dan seisi keluarga ni, ia dirumus khas untuk kulit kanak-kanak yang sensitif dan bermasalah. Yang lebih best lgi, produk mndian Asianic dari hujung kepala ke hujung kaki ni bebas daripada SLES dan Paraben.

The best choice
Yang penting, soapless, parabenless dan SLES-less... Pepandai je kan semua tambah less


Ah, sudah! Apa benda alah SLES ngan Paraben ni? Rileks, ni kita nak terangkan:

Apakah itu SLES? SLS?

SLES? SLS? SLES adalah Sodium Laureth Sulfate (SLES), manakala SLS adalah Sodium Lauryl Sulfate (SLS) ia boleh didapati didalam pelbagai penjagaan peribadi seperti (sabun, shampoo, ubat gigi dan sebagainya. Ia boleh menyebabkan kulit merekah dan cepat kering. Kebiasaanya bahan ini akan menghasilkan buih yang banyak. Selain itu, SLES juga boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.

Ha, sebab tulah biasanya produk-produk untuk kulit sensitif ni biasanya takde buih sangat. Rupa-rupanya buih ni bukannya bagus sangat pun untuk kulit. Even dulu kita consult doktor pakar kulit masa kita ada masalah kulit pun, doktor bagi pencuci yang takde sabun. Memula rasa macam tak biasa sebab rasa macam tak bersih pulak takde buih. Tapi lama-lama, kita dapat rasakan kulit mula menjadi lembap dan lebih cantik.

Selesai bab SLES , meh kita terangkan fasal Paraben pulak.


Apa Itu PARABEN?

Fungsi utama paraben adalah untuk membunuh dan mengelakkan kuman kepada produk penjagaan kulit tersebut. Dengar macam bagus kan? Tapi masalahnya paraben ini dengan mudah diserap ke dalam badan dan kekal abadi di dalam badan apabila menggunakannya. Jadi, ia secara tak langsung akan menyebabkan mudarat pada penggunanya dan boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Apa yang kita membuat kagum pada produk Asianic Kids ni ialah bungkusan atau packagingnya. Tak dinafikan bungkusannya nampak begitu profesional dan setaraf dengan produk-produk antarabangsa sekaligus memberikan keyakinan kepada penggunanya. Sememangnya tak dinafikan product packaging merupakan salah satu sebab kenapa produk tempatan tak dapat menembusi pasaran luar dan antarabangsa. Tapi dalam hal ini, kita yakin produk Asianic mampu bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa lain.

Rangkaian mandian kanak-kanak Asianic ni didatangkan dalam 4 wangian. Tapi buat masa ini, hanya ada mandian susu dan pic sahaja. 
Milik, Peach, and many more
Rangkaian Mandian Asianic Kids

Semua blogger yang hadir pada Bloggers Day With Asianic diberikan sampel Mandian Susu dan Pic Asianic. Mula-mula kita letak je dalam home office, tapi tau-tau dah kena hijack ngan anak-anak. Memang wangi semerbaklah bilik air dengan bau mandian ni. Masa tu Hariz gunakan wangian susu. Memang best baunya. Walhal biasanya kita kurang gemar dengan mandian dengan wangian susu. Tapi yang Asianic ni punya memang sedap baunya. 

Apa? Berkenan dengan produk Asianic ni ? Kalau nak dapatkan boleh je buat pembelian menerusi dalam talian daripada www.wonderlandprimary.com, Facebook Asianic Halal atau daptkan di kedai 24 jam KK Mart.  Tapi jangan risau kerana tak lama lagi produk mandian kanak-kanak boleh dibeli secara terus di pasaraya besar di seluruh Malaysia.

OXOXO

No comments:

Post a Comment