Tuesday, 30 September 2014

Percutian ke Chengdu: Tempat-tempat menarik di Chengdu (Part 2)

September 30, 2014 8
Percutian ke Chengdu: Tempat-tempat menarik di Chengdu (Part 2)

Hai semua,

Pemandangan nan indah

Cantik tak tempat ni? Kalau korang nak tahu, tempat ni adalah JiuZhai Valley yang terletak di Chengdu. Tujuan utama kita nak pergi ke Chengdu adalah untuk jejakkan kaki kat sini, tapi malangnya tak kesampaian disebabkan kekangan masa dan juga kekangan kewangan.
Wa!!! Kalaulah banyak duit!! Harus nak pergi semua tempat. Pfftt!! Takpe, lain kali insyallah ada rezeki. Amin. Doakan saya ya?

Tapi selain tempat ni, banyak lagi tempat menarik di Chengdul tu, antaranya:


1) Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding (Xiong Mao Ji Di 熊猫基地)

Kalau nak tau, Chengdu ni kampung halaman kepada Panda. Entah2 panda yang ada kat Malaysia ni pun dari China. Muahahaha.... Entahlah. Saya pun tak tau. Tapi yang pasti. Sinilah tempat pembiakan dan penternakan panda. Selain panda, kat sini juga ada red panda. Berbeza dengan panda, red panda ni lebih macam musang. Panda ni lebih kepada beruang.


2) Jinli Street (Jinli Jie 锦里街)

Kepada yang suka sangat2 untuk berjalan-jalan and bersiar-siar sambil melihat kebudayaan tempatan.
Bolehlah berkunjung ke Jinli Street. Kat sini ada mcam2 makanan tempatan, kraftangan, persembahan dan pertunjukan, baju-baju, perhiasan dan pelbagai lagi. Kalau nak beli buah tangan untuk dihadiahkan kepada kaum keluarga dan sahabat taulan memang sesuai sekali.

Jika dirujuk gambar di sebelah. Peta lorong Jinli ni sangatlah besar dan panjang.
Pemandangannya juga superb dan menawan. Kalau korang jenis yang gemar bergambar, memang best ke sini sebab macam-macam gambar boleh ambil.
Barang-barang kat sini juga amat berpatutan. Xdelah mahal.





3) Kuanzhai Alley (Kuanzhai Xiang Zi 宽窄巷子)

Kuanzhai Alley atau Kuanzhai Xiang Zi ni pun macam Jinli Street. Selain barang-barang n pelbagai benda yang anda boleh lihat di Jinli Street, di sini anda juga boleh menonton opera Cina yang dijuga dikenali sebagai Chuan Ju 川剧. Chengdu ni terletak di SzeChuan. Kat sini memang terkenal dengan Opera Chuan. Selain itu, Sze Chuan juga dikenali dengan masakannya yang pedas-pedas gitu!





4) Tianfu Square (Tianfu Guang Chang 天府广场)

Tianfu Square ni centre bandar Chengdu. Dari sini kita boleh pergi ke banyak butik-butik mewah macam Gucci, Chanel dan macam-macam lagi. Kat bawah tu pula ialah tren Chengdu dan shopping mall. Kat atas adalah dataran di mana orang banyak melepak atau bersiar-siar. Di sini ada penjaja yang jual pelbagai permainan macam kat dataran di Malaysia and juga ada servis amik gambar.
Tapi saya gi sini cuma sebab saya nak ke destinasi yang seterusnya,
iaitu masjid di Chengdu.



5) Huang Cheng Mosque (Huang Cheng Qing Zheng Shi 皇城清真寺)

Saya terharu bila sampai masjid di Chengdu ni sebab ia terletak di tengah-tengah bandar. Kat China, ada beberapa kaum minoriti yang menganut agama Islam. Jadi umat Islam tidak diketepikan di China. Malah, orang-orang di sini pun sangat menghormati kebebesan beragama. Even orang Islam kat sini pun pakai tudung, solat dan diberi akses kepada makanan halal. Kalau nak cari makanan halal, kena datang kat sini. Adalah beberapa restoran dan kedai makanan halal kat sini.


6) Huang Long Xi Ancient Town (Huang Long Xi Gu Cheng 黄龙溪古城)

Ini juga merupakan tempat fevret saya. Tempat ini juga dikenali sebagai Hollywood Cina. Banyak
juga penggambaran yang telah diadakan kat sini. Kalau nak tahu, tempat ini dulu-dulunya memang merupakan sebuah kota lama di Chengdu. Memang besar tempatnya, Kat sini kita boleh lihat bagaimana rupa bank, pelabuhan, kedai ikan, kedai besi, tempat tinggal dalam kota lama ni. Semuanya diorang masih kekalkan lagi. Besar sangat tempat ni, Senang kata nak gi jalan mana-mana kat China ni, tolonglah simpan kudrat sebanyak mungkin. Kalau tak memang tak larat nak round. Almaklumlah China ni besau!!! Oh, lagi satu saya suka kat sini, korang bolehlah feeling2 orang Cina lama-lama sebab boleh pakai macam-macam kostum untuk bergambar. Murah giler! Satu baju cuma RM5 atau RMB 10 (10 yuan) ajer!! Jangan lepaskan peluang feeling2 bergambar kat sini tau.



7) Jiu Zhai Valley (Jiu Zhai Gou 九寨沟)

Okeh, dalam banyak-banyak tempat kat Chengdu ni, Jiu Zhai Gou nilah tempat yang paling saya teringin nak pergi. Sebab kat sini memang superb pemandangannya. Ia merupakan taman negara di China. Nak gi sini dari Chengdu ada 3 pilihan. Sama ada naik bas atau drive, yang mana memakan masa 10-12 jam ataupun naik flight yang hanya 45 minit tapi ongkosnya pergi balik RM1,000 atau RMB 2,000 (2,000 yuan). Nangis!!! Masa takde, duit pon takde. Tapi tempat ni antara tempat yang tercantik untuk dilawati di dunia. Ada tasik 7 warna dan pemandangan yang tak terkata-kata cantiknya. Waktu paling cantik untuk dilawati adalah musim luruh. Kebetulan saya pergi pun baru-baru ni je n adalah pada musim luruh. Malangnya, belanjawan tak mengizinkan. Tapi kalau korang nak gi Chengdu, pastikan selitkan agenda ke Jiu Zhai Gou sekali tau! Gambar terpaksa cilok sebab tak de rezeki nak ke sana. Cantik tak? Cantik tak? Bernai korang kata tak cantik???

Sebenarnya macam-macam lagi tempat menarik untuk dilawati di Chengdu. Tapi semuanya bergantung pada bajet korang. Tapi saya memang sukakan tempat ni. Cantik dan bersih sangat. Orang pun tak sombong, sudi membantu.

Klah. T saya sambung part 3 bagi tips-tips ke Chengdu pula ya? Kalau berminat nak lihat gambar-gambar percutian saya bolehlah follow saya di instagram. Search je dreamfantasia. Tak pun klik je butang instagram kat belah kanan atas di blog ini.

Da~~`


Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: Dash Box Hotel, Cyberjaya
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka



Percutian ke Chengdu: Sediakan visa anda sebelum berlepas (Part 1)

September 30, 2014 6
Percutian ke Chengdu: Sediakan visa anda sebelum berlepas (Part 1)

Salam semua,


Kali ini saya nak cerita sedikit sebanyak tentang percutian saya ke Chengdu, China.
Untuk ke Chengdu atau mana-mana tempat di China, kita perlu mempunyai passport dan visa.

Camner nak wat visa? Senang je, kalau pergi ngan travel agency, travel agency akan uruskan. Nak pergi sendiri pun boleh minta travel agency uruskan. Janji bayar je. Tapi kalau nak buat sendiri, berikut adalah apa yang anda perlukan:
1. Passport
2. Flight Itinerary
3. Visa photo (white background)
    Jangan berangan nak pakai gambar background biru, t kena reject. Padan muka
4. Accommodation details (hotel booking etc tapi ni biasanya optional)


Kalau upah agency biasanya kena RM140 dan ke atas. Tapi kalau wat sendiri, RM75 je.
Borang boleh download di sini http://www.visaforchina.org/

Kalau wat sendiri, download je siap2 form, isi siap2 n then boleh hantar ke sini:

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,


Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm).

Senang je.... Lagipun servis kat sini sangat-sangatlah efisien. Cepat giler!!! Saya bagi 5 bintang. Mudah je!!

Peta ke Hampshire Office
Inilah tempatnya, ingat tau, nak buat kena gi tingkat 5, Nak collect kena g tingkat 6.

Friday, 15 August 2014

Korset Idamanku: Antara Benda yang Perempuan Wajib Labur

August 15, 2014 7
Korset Idamanku: Antara Benda yang Perempuan Wajib Labur

I believe that everybody has their own wish list. Isn't it? I have my own wish list too!
Dalam wish list ni, ada macam-macam idaman kalbu saya since forever. Tapi, sampai sekarang masih tak kesampaian lagi. T_T Like I said just now, bilalah angan-anganku nak jadi kenyataan kan?

So, hari ni selain berkongsi wishlist saya ni dengan korang (which is xmendatangkan faedah pada korang langsung), sebenarnya saya juga nak kongsikan produk-produk must-have (yang saya rasalah...hahahaha) yang ada di pasaran sekarang ni. Setiap part saya nk berkongsi art 1Part 1jenis produk je.

So, bagi Part 1 saya nak cerita pasal korset. Sejujur-jujurnya, bagi saya  korset adalah salah satu inovasi kecantikan yang paling agung. Korset ni sebenarnya dah wujud sejak berkurun lagi dan ia dicipta untuk mengecilkan bahagian pinggang wanita dan juga 'push up' bahagian buah dada supaya nampak lebih menarik.

Well, to me corset is one of the beauty must-have for all women out there. Sesetengah orang mesti fikir: Eleh, nak pakai korset tu sebab nak kuruslah tu. Not for me! Dari dulu lagi, saya memang kurang gemar dengan obsesi sesetengah wanita yang nakkan tubuh badan yang kurus semata-mata. Bagi saya, kurus tak semestinya cantik. Sebab ada sesetengah orang memang kurus, tapi tak ada shape. I don't want that. I want a toned and curvy body. Tak mo gemuk, tak mo kurus. Nak yang sedang-sedang aje n then tak ada lemak-lemak berlebihan, Tak mo ada lemak terlebih especially 'kepak', perut yang menggelebeh n peha yang berlemak.

So, bagi tujuan tu...Saya tersangat-sangat mengidam-idamkan korset yang tersangat-sangat popular di
pasaran.  Dapat salah satu pun jadilah. Antaranya:

i. Korset Premium Beautiful aka PB (Hai-O)
Oh, korset idaman kalbuku...Korset ni kan.... Ada orang tu janji nak belikan.... Tapi kan... Sampai ke sudah, habuk pun xada... Sedih. Korset PB ni produk dari MLM yang bernama Hai-O. Kelebihan korset ini adalah ia mempunyai infrared dan dikatakan bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Memang banyaklah good review yang saya baca. Kakak saya pun ada and girdle dia telah saya 'pinjam' sehingga lunyai. Kah kah kah! Sorry kak... So, saya pernah pakai girdlenya sahaja n so far girdlenya mmg mampun kempiskan perut. Tapi nak kencing punyalah susah.

Harga: RM1600 ++ hingga RM2700++


Sedikit keterangan tentang korset premium beautiful

ii. Korset DX Lingerie (Elken)
Yang ni plak dari MLM bernama Elken. Saya pun dah banyak baca review tentang korset DX lingerie ni. Entahlah taktik pemasaran ke apa, tapir ramai yang dah try PB bertukar ke korset DX Lingerie sebab katanya nak buka tak sesusah PB, lagipun katanya kalau pakai PB waist nipper ke amender ntah selalu tinggalkan kesan kat perut. N then terlampau ketat n xtahan kalau nak pakai sampi 8 jam. Sesak nafas. Tapi yang DX ni ramai kata selesa. Nak bawa tido pun diorang tak kisah. Tapi harganya, hamik ko!! Kalau berminat leh hubungi Effalin di talian 010-934 7733

Harga: RM3000++ - RM5000++ (Nanges!!)


Sedikit keterangan tentang korset DX


iii. Korset Triumph

Triumph korang tau x? Triump merupakan jenama bagi baju dalam-dalaman. Hahaha... Ni salah satu fevret brand saya. Saya tau ramai perempuan yang tak sayang badan, mekap cantik2 mahal2, baju, handbag mahal2, tapi sayangnya, dalam2man diorg xjg. Beli yang tesco lah, giant lah. Katanya bukan ada orang nampak pun. Tapi korang tau x? Pakaian dalam-dalaman yang elok dapat membantu membentuk tubuh badan. So, xdelah badan londeh sana sini. N sebab tulah jenama2 ni lagi mahal dari brand2 kebanyakan. Yelah, banyak tu diorang labur untuk kaji macam mana nak bagi badan korang cantik dan maintain.

Ha, ni korset triumph yang saya suka. Triumph ni kebelakangan ni memang rajin keluar korset. And korsetnya pun cantik2, elok2, teknologi pun besh2. Yang tak beshnya, harganya. Haish. Triumph ni pun, saya pakai girdlenya saje. Tu pun dah kat RM500. Korset tak mampu  lagi nak beli. T_T Kalau sayang badan, daripada korang usung sana sini handbag coach ribu2, atau spec ribu2 tu, baik korang melabur untuk korset yang wow! Lagipun beli sekali je boleh pakai lamaaaaa....janji pandai jaga.

Yang menariknya tentang korset Triumph ni, ia tak macam korset PB atau DX yang one kind of corset, fits for all. Sebaliknya, korset Triump ni ikut bentuk dan masalah badan anda. Kalau nak beli untuk kecikkan peha,ada full set korsetnya, lau nak kecikkan perut,ada gak full set korsetnya. Ni la yang daku paling suka tentang korset Triump.

Yang bestnya, ada sekali siap kuar korset yang boleh bertindak sebagai pelembap lagi. Selama beratus-ratus basuhan pelembap pada korset tu tahan untuk dirembeskan pada badan anda. So, kulit rasa smooth je. Awesome tak??? Awesome giler hokey!!!

Harga: RM1500++ hingga RM2700++

Antara korset keluaran Triumph

Okey, enough membebel for the day. Kalau ikut hati n poket yang tebal (di mana ia x tebal langsung), memang tiga2 i nak beli tau!! Sayangnya........ Korang paham2 la kan. Doa2kan la saya mampu beli. T lau dah mampu beli, leh la saya wat review gtau korang mana yang paling best.

Nilah yang i cakap, lain body shape, lain set korset dan girdlenya



Semoga bertemu lagi. Da!!

Baca juga:

Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

Thursday, 14 August 2014

Tips Mekap: Masalah Jerawat, Pori-pori Tersumbat Hilang Dengan Mekap Non-Comodegenic

August 14, 2014 4
Tips Mekap: Masalah Jerawat, Pori-pori Tersumbat Hilang Dengan Mekap Non-Comodegenic

Salam semua,

Harini nak cerita pasal  bedak. Haritu dah cerita pasal bedak Pixy, bedak yang selalu mak andam guna. Harini nak cerita pasal bedak fevret saya. Ada alkisahnya naper saya sukakan bedak ni. Panjang gak citernya. Tapi yang nak sampaikan, nilah bedak yang best yang saya pakai dari dulu sampai sekarang.

Dulu-dulu kulit saya bermasalah. Berminyak dan berjerawat. Gelap lak tu. Masa muka okey memang malas nak calit-calit bedak ni. Tapi ha bila muka bermasalah, nak cover punya pasal, macam2 benda lah sapu kt muka. Sapu bedak, konon nak cover jerawat. Nak dijadikan cerita. makin saya sapu concealer, bedak kat muka, makin teruk lah masalah kulit. Sedih!!! Sob sob...

Pastu baru lah saya tau naper itu macam. Rupa-rupanya, bila muka berminyak, liang roma senang tersumbat. Nak2 kalau kita pakai heavy macam2 kat muka. Dengan concealer dengan bedak. Habis tersumbat liang roma. Muka lak lau berjerawat, jangan sesekali tonyoh macam2 kat situ untuk cover. Lagi bagus bagi bare (telanjang) je dia. Sebab bila muka berjerawat, sebenarnya ada radang yang dah berlaku. Cuba korang kacau orang yang sedang meradang. Apa yang berlaku? Ha! Menggila la dia kan? Begitu gak ngan jerawat, dia dah merah2 dah meradang, korang sibuk usik lagi. Eish... lagi teruk la dia. Lagi merebak sana sini t.

Jadi saya nak selitkan satu tips kat sini. Bila muka bermasalah, apa yang korang nak sangat buat tu la yang korang patut elakkan. Tak faham? Contohnya, kalau jerawat besar merah. Mesti korang rasa malu kan? Rasa nak cover dengan mekap kan? Ha!! Tulah pantang larangnya. Jangan! Lau ada, biar je. Jangan usik. Sampai dia baik. Tak pun korang rasa nak picit kan? Hep!! Jangan juga. Biar je. Lantak dia. Lau dia meradang and mengamuk balas dendam, membiak lagi banyak jerawat t, siapa yang susah? Korang juga yang susah.

Ok, enough membebel. Senang kata course saya kat universiti memerlukan kitorang untuk cantik comel dan mekap. Especially kalau ada presentation. Tapi saya ada masalah kulit, apa yang patut saya lakukan????

Ni saya bagi tips. Nak pakai bedak, cari yang non-comodegenic. Maksudnya, tak menutupi liang roma. Bertahun gak lah baru sampai seru nak cari jalan penyelesaiannya. Rupa-rupanya mudah je. Beli apa2 mekap. Pastikan ia non-comodegenic.

Tapi saya suggest, bedak Za. Saya tau, ramai yang tak familiar or kurang yang pakai bedak Za. Lagi ramai prefer Maybelline, Silkygirl, Revlon bla bla bla. Tapi saya dapati, bedak Za ni lebih halus partikelnya dan memang cantik dan sekata bila disapu. (Cewah!!) Yang penting, non-comodegenic tu!!

Nilah rupa bedak Za ni.


Nak dijadikan cerita, bila pakai bedak Za ni, xdelah liang roma tersumbat or jerawat beranak sana sini. Even kadang-kadang saya tertido n xcuci mekap pun kulit tak jadi bermasalah. Tak cuci mekap, terus amik air sembahyang pun kulit tetap maintain gitu.. Muahahahahah!! Tapi bukanlah bermakna korang dah pakai ni boleh malas2 nak cuci mekap. Saya pun terrrrrr je. Bukan sengaja. Lau saya tak pengsan, memang saya cuci mekap bersih2.

Anda yang bestnya, bedak Za halus sebab bedak tu dari 'micro fine powder'. Bukan je tak sumbat pori-pori. Malah, pori-pori pun tak berapa kelihatan. Bila sapu tak bercapuk macam sesetengah bedak yang agak heavy. Nampak kemas macam kulit muka kedua gitu.





Masa dulu2 nyesal tak tau pasal non-comodegenic ni. Lama nyesal. Yelah, kulit dan tak cantik, jerawat sana sini. Sob sob. So, demi adik2, perempuan2 di luar sana, saya kongsikan pengalaman saya.

Non-comodegenic tau!! Make sure bab ni bila nak beli mekap.

Ok, sekian.

Thursday, 7 August 2014

Saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ko pehal?

August 07, 2014 9
Saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ko pehal?

Salam semua,

Harini saja nak membebel skit. Tengah geram dengan kebanyakan kaum lelaki sekarang ni. Yang tak ada kejantanan langsung. Yang nak mudah saja. Yang nak senang saja. Yang nak menyusahkan saja. Pffttt....

Ok, bagi adik2, kakak, acik2, makcik2 di luar sana. Awas ya dengan perangkap lelaki yang xde kejantanan macam ni. Yang selalu cakap 'saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya'. Kalau org yang korang suka pernah ckp camni ngan awk, sila cabut lari. Ya! Diulangi sekali lagi, cabut lari!!!!!

Ni nak bagi tips ciri-ciri suami yang perlu korang cari. Diulangi sekali lagi. Ciri-ciri suami. Kalau agak2 orang yang nak dibuat laki ckp cmtu, sila terus tolak 80 markah. Kenapa? Baca smpai abis la!!

Ok, first of all, mesti ramai nak condemn saya. Ni mesti tak boleh hidup susah ni. Ni mesti demand ni. Ni mesti nak senang je. Ni mesti tu mesti mesti bla bla bla..... Lantak korang lah nak condemn apa. Tapi ni tips penting, kenapa nak bagi tips kt orang? Sebab saya tak nak korang pas dah terkena, pastu cakap, apsal lah xde orang beritahu aku dulu.

Skrang saya nak rungkai. Ok, lelaki yang sepatutnya atau sememangnya lelaki. Dia bertanggungjawab, berkemimpinan, berkarisma, beriman, beramal....bla bla bla...The list goes on.  Cuba korang kaji balik bila seseorang tu ckp, 'saya nak perempuan yang boleh hidup susah dengan saya'. Apa yang korang nampak? Apa? Tak nampak? Haish!! Yang saya nmpak, orang yang sanggup cakap ayat sengal cmni, adalah seorang lelaki yang TAK BERTANGGUNGJAWAB. Diulangi sekali lagi, TAK BERTANGGUNGJAWAB.

Sorilah, saya bukannya orang yang tak bleh hidup susah and bla bla bla apa yang korang nakcondemn. Tapi saya tak boleh terima kalau lelaki tak bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab takkan sesekali cakap, saya nk perempuan yang boleh hidup susah dengan saya. Ni maksudnya awal2 lagi dia expect dia akan hidup susah (n tu sebab pilihan dia, bukan sebab takdir pon) n dia nak susahkan korang, tapi korang kena sabar, terima, pasrah, redha, xleh merungut. End up, korang lah yang akan bertungkus lumus menyenangkan hidup, walhal tu kan tanggungjawab dia... Pffftttt!!!

Seorang lelaki yang bertanggungjawab, takkan pernah biar isterinya hidup susah. Susah macam mana pun, dia akan biar dia sendiri yang tanggung, dia yang galas. Bini dia? Dia biar hidup senang, tak rasa susah. Kt sini bukanlah senang tu bermakna mewah. Tapi apa tanggungjawab dia, dia akan pikul, takkan biar bni dia yang pening2 pk kan masalah untuk dia.

Saya pernah nampak seorang pasangan India yang merupakan jiran lama saya. Husbandnya hidup sebagai pekerja am je. Wife dia plak tak surirumah sepenuh masa. Pendapatan sebulan ciput je. Tapi saya rasa wife dia lah orang yang paling bahagia dengan kehidupan dia. Walaupun pendapatan xbyk, hidup tak mewah, tapi kelengkapan semua cukup. Suami sentiasa teman, tak pernah miss celebrate birthday anak2, siap buat jamuan kecil2lan untuk keluarga, kawan ngan jiran2. Cuti sekolah n perayaan mesti bawak anak jalan2. Saya pun pernah interview sendiri wife dia. Dia kata, masa awal2 nak kahwin, dia baru belasan tahun. Suami pula 20-an. Mak bapak dia tak bagi kahwin, takut dia hidup susah. Tapi dengan yakin dia cakap suami dia takkan biar dia hidup susah. N dia kata tak pernah menyesal kahwin dengan suami dia. Sebab walaupun tak mewah, tak kaya raya, kehidupan mereka cukup sempurna.

See!! Itulah ciri kebertanggungjawaban seorang lelaki yang perlu dicari. Takkan biar perempuan hidup susah dengan dia, walaupun dia sesusah mana. Bukannya awl2 lagi dah ngaku kalah, nak perempuan hidup susah ngan dia. Perempuan berakal mana2 pun tahu, hidup ni ada pasang surutnya. Ada susah senang. Tapi tak bermakna perempuan tak leh hidup susah. N yang paling penting, kalau ko lelaki. Ko takkan biar perempuan ko hidup susah!!

Nah! Ni sesuatu yang perlu difikir2kan....sebab lelaki wat perempuan hidup susah n susahkan pompuan lah, pompuan jadi camni.



Peace.




Monday, 14 July 2014

Review: Make Up Class by Fyna Fynahere!

July 14, 2014 3
Review: Make Up Class by Fyna Fynahere!

Salam Ramadan,

Harini nak cerita fasal Advance Bridal Make Up Class dengan MUA (Make up artist) dari Kedah, Shafinatul. Biasa orang panggil dia Fyna je. Lau nak tau lebih lanjut tentang dia, leh check her out kat blog dia fynahere.com

Nak dijadikan cerita, dah lama dah berjinak-jinak dengan belajar mekap. Dah bertahun-tahun gak. Rajinlah belajar dengan beberapa MUA. Total 4 orang MUA jugalah yang berbeza. Tapi semua belajar basic sahaja.
Oleh kerana minat sangat dengan sentuhan Fyna yang nampak soft and sophisticated, bila dia wat banner dia nak datang Klang je tros excited join. Tapi, kalini tak mainlah nak belajar mekap basic lagi kan? Boring! So, kali ni saya belajar Advance Bridal Makeup yang one to one dengan Fyna. Baru mencabar.

Apa lagi? Saya tros whatsapp nombor contact yang tertera kat Fb fynahereblog. Tau2 rupa-rupanya kena bawa model. Haish! Manalah nak cari model? Jeng jeng jeng! Tros terfikir bahan eksperimen diriku selama ini aka adikku. Ngahahahhahaha! Apa guna ada adik comel lotey lau tak bleh nak tolong akak sendiri kan?
Kah kah kah! Tros tanya dia leh x tolong jadi model? Dia kata cuma 10 Julai je boleh. Sebab masa tu dia last paper. Hokeylah. Laju2 tros whatsapp blik gtau nak book 10 Julai tapi sesi petang. 

Ok, pada masa yang sama, masa tu saya gak ada masalah sakit gigi bongsu. Dari tahun lepas lagi. Lau makan je sakit, tak makan pon sakit. Denyut2 kacau kehidupanku yang tenang ni. Haish! Geram tol. Bila jumpa dentist aka doktor gigi, doktor kata gigi bongsu yang manja tu tumbuh serong, better cabut kalau tak nak dia mengganggu ketenteraman awam. Tapi takleh cabut biasa, kena minor surgery kat pakar bedah mulut. Katanya kena belah gusi, potong tulang and cabut gigi tu. Adoi! Dengar pun dah rasa sakit. Tapi oleh kerana dah tak tahan dengan kerenah gigi yang ngada2 tu, nekad gak nak cabut. Last2 amik schedule ngan doktor, dapat appointment 9 Julai. Omaigad!! Leh ke lepas operate tu tros masuk kelas mekap? Nak kensel sayang sebab tahun ni tu lah kelas last yang Fyna offer. Sob sob....

Pk punya pk, argh! Teruskan jelah, ada aku kisah? (Dengan riaknya konon boleh tahan sakit)

So 9 Julai tu cabutlah gigi dengan pelbagai dugaan. Lain harilah baru cerita pasal cabut gigi tu. Memang nostalgia gilalah.

10 Julai tu lak, sakit yg amat sebab konon gigih n tabah tak nak buka puasa walaupun baru lepas operate. Oleh kerana tak makan painkiller, gigil2 saya tahan sakit kena operate. Awal2 lagi dah tercongok depan UiTM tunggu adik keluar dari exam hall. Katanya keluar kol 12. Tapi  hampeh dah nak kat kol 1 baru keluar. Pastu masa berkobar-kobar nak g kelas mekap tu, dengan ajaibnya henpon adik mati n buat kitorg xbleh waze ke lokasi. Arghhhhhhhh!!! Tension! Tension!!! Sesatlah jalan... Sob sob. Dugaan tol. Biasalah kan, nak belajar, nak buat baik mesti adaaaaaaaaaaaaaaaaaa je dugaannya.

So, dipendekkan cerita, sampailah kat lokasi yang ditetapkan dan bermulalah adegan conteng menconteng muka. Ada 2 model. Satu adikku sayang n satu lagi model, Fyna yang cari. Adik pakai tudung mankala seorang laig freehair.

Masa mekap adik, Fyna mekap sebelah and saya mekap sebelah. Dengan hati dab dub dab dub datang lmbat takut kena marah (kah kah kah! Tau ko takut ya?) and blur sebab gusi asyik bleeding (kekurangan darah tau!) plus gigil2 menahan sakit tak makan painkiller, saya pun mekaplah sambil diberi tunjuk ajar oleh Fyna. (Tak lupa juga, pp ku yg sedia tembam tu plak makin kembung and bengkak baru lepas surgery. Snang kata, sakit, hodoh, lapar, gigil and....... T_T)

Ni gambar2nya.




Pastu dah seronok mekap seorang sebelah tu plak, Fyna kata tadi adik awak exam, ni awak lak. Apa??? Ala, tengah blur lagilah..... Bleh ke ni? Yang second model ni, saya mekap semua tapi mestilah dengan tunjuk ajar Fyna. Model yang kedua ni, cunnya!!! Comel lotey, kulit putih and memang feature muka dia jenis yang strong and terbentuk. Cantiknya ciptaan Allah swt.








Gambar: Credit to Fyna

Senang kata, dalam banyak2 kali saya g belajar mekap, dengan Fyna nilah paling clear sebab dia tak lokek ilmu. Memang dapatlah efek mekap yang soft and sophisticated yang Fyna  selalu buat tu. Terharu!!!

Okeyh, balik rumah tu, tros cari doktor ngadu sakit. Doktor bagi jab baru reda sakit. Pastu dia suruh jab tiap-tiap hari untuk surutkan bengkak and redakan sakit. Pastu dia cakap padan muka, dah kata dah jangan cabut gigi masa bulan puasa. Cissss!!




Wednesday, 2 July 2014

Kenapa Pilih Produk Kecantikan Tempatan?

July 02, 2014 1
Kenapa Pilih Produk Kecantikan Tempatan?

Salam,

Harini saya nak cerita pasal produk kecantikan. Sejak bila korang start pakai produk kecantikan?Saya start pakai sejak masuk Form 1. Masa tu kakak yang bagi calit krim muka dia.

Kakak saya cantik, dia pun pandai jaga kecantikan. Bebel2 dia sebab saya tak pandai jaga kecantikan and penampilan. Dia ajarlah saya lumur lendir lidah buaya kat muka untuk cantik. Leh tegangkan kulit and melembap kulit. Dia kata kalau nak cantik, kena start dari muda. Kalau tak, dah terlambat nanti susah. Dah kerepot baru terhegeh2 nak sapu itu ini, memang sorrylah. Ok. Sejak dari hari tu, macam2 lah produk saya cuba.

Kebanyakan produk yang saya cuba adalah produk over-the-counter. Maksudnya produk yang kita boleh cari kat shopping complex and farmasi macam Tesco, Guardian, Giant, Watson dan seangkatan dengannya.

Saya jenis yang setia (ahaks!) so, saya jarang-jarang tukar produk. Kalau pakai ok, memang malas saya nak tukar. Lagipun, tak elok asyik tukar2 produk. Yelah, belum sempat produk tu menunjukkan kesan, dah tukar baru. Bukan ke xadil macam tu? Patut bagilah sekurang-kurangnya masa 3 bulan untuk nampak kesan UNLESS pakai2 je kulit terus merengsa atau meradang. Maknanya memang produk tu tak sesuailah dengan kulit acik-acik, kakak-kakak ya?

Masa tu saya perasan sedara-mara saya yang lebih kurang usia dengan saya, memang suka pakai produk-produk tempatan. Biasanya produk ni susah skit nak dapat kat kedai-kedai besar ni. And biasanya produk-produk ni jual menerusi pengedar. Kat toko kecik or kat kedai2 jamu.

Saya memang anti skit sesetengah produk camni sebab kebanyakannya ada bahan terlarang. Xpun, produk repack (repackaging) daripada ntah mana-mana produk yang diimport dari luar negara contohnya Thailand ngan Indonesia.  So, risiko untuk kulit bermasalah lagi tinggi daripada produk over-the counter.

Yelah, produk over-the-counter memang wajib dapat kelulusan KKM. Tapi produk2 toko ni kureng skit. Ada yang kamikaze berani mati giler jual kat pelanggan tanpa kira bahaya produk diorg. Waktu tu saya tak pernah pakai lagi produk-produk tempatan ni. Sebab takut. Mana taknya? Tengok sedara-mara saya yang pakai, mula-mula je cantik. Pastu harem! Menderita tau kulit tak cantik. Tak de keyakinan nak g mana-mana. Sembunyi ajer kat rumah.

Bila dah sampai usia ni (Oops... umur dirahsiakan. Jangan tanya banyak please) saya baru berani start pakai produk tempatan. TAPI!! Ada tapi tau. Saya akan buat research untuk make sure produk tu memang halal dan thoyibban serta mendapat kelulusan daripada KKM. Pastu saya pun akn research pasal produk tu sampai ke lubang cacing untuk tahu ada apa2 tak yang tak kena dengan produk tu. Kalau agak2 ada negative feedback, memang jarang saya nak cuba. Takut tau!!! Kulit adalah organ terbesar manusia. Lagi2 kulit muka. Nak kena bawak sana sni jumpa orang. Lau kita tengok pon xselera, apa lagi orang lain kan? Sob sob... saya pernah melaluinya.

Ok... setelah bercerita panjang lebar, barulah saya nak citer kenapa sekarang saya dah beralih dari produk  over-the-counter yang biasanya produk international ke produk tempatan. Sebab utamanya adalah kerana produk international ni lebih 'general'. Yelah, produk tu dirumus khas daripada pakar-pakar kulit yang kat overseas. Ya, ya...mesti awak kata ia dirumus khas untuk kulit Asia. Tapi pernah tak terfikir definisi kulit Asia tu sangaaaaaaaaaaaaat luas. Negara Cina pun Asia,  Korea pun Asia, Malaysia pun Asia. Besar giler tau tak Asia tu!! Kalau Cina, Jepun, Korea, diorang ada 4 musim tau. Kita? Yang kat Asia Tenggara ni? Harem.... Cuaca panas nak mampus. Kalau korang selalu cuba produk over-the-counter international ni, korang akan perasan ia lebih berminyak. Tu sebab untuk cater pelanggan2 4 musim tu. Bila kita yang memang berpeluh and kulit berminyak ni pakai, jadilah ladang ternakan jerawat and liang pori tersumbat.

Ha.... Dari dulu lagi saya dah perasan. Tapi saya pkai je sambil ternak jerawat. Sampailah satu masa, saya decide untuk bertukar ke produk tempatan yang berkualiti. Dah sah-sahlah ia dirumus untuk kita dan cuaca di sini. Yeay!!! Lagipun, siapa lagi nak support produk tempatan kalau bukan kita kan???

Ok, sampai di sini bebelan saya hari ini. Da~~~

Baca juga tentang:
Tips Picit Jerawat
Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock
Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?







Tuesday, 1 July 2014

Peluang Baik Untuk Pemilik Bisnes Fesyen

July 01, 2014 3
Peluang Baik Untuk Pemilik Bisnes Fesyen

Salam semua,

First of all, selamat berpuasa! Haritu saya ada share pasal cara side income menerusi penulisan. Kali ni saya nak share berita baik bagi sesiapa yang berminat nak buka bisnes fesyen aka butik atau seantero dengannya.
Apa? Dah ada kedai/butik sendiri? No problem, yang dah ada bisnes tapi nak besarkan atau expand bisnes pun boleh. Tiada masalah. Cakap je nak berapa? RM10,000? RM100,000? RM1,000,000?

Ala, no hallah.  Nak RM2,000,000 pon boleh.


Amboi! Berani ya ko tawarkan RM2 juta? Kerlas!!!

Ok, kisahnya macam ni. PM kita aka Datuk Seri Najib Razak tau dah, kt Malaysia ni mmg banyak org yg kreatif dan berbakat. Tak kiralah dari segi apa, melukislah, menulis, kraftangan, menyanyi, mereka fesyen.

Tapi malangnya, tak ramai yang ada dana untuk mulakan bisnes sendiri. Kalau nak simpan dlm tabung, mau 20 tahun pun tak cukup2 kan? Ok, takper! Sebab dia memahami, dia pun tubuhkanlah MyCreative Ventures Sdn Bhd untuk tolong industri-industri kreatif tempatan. Korang cuma perlu apply saja. Jangan tak tahu tau! Banyak bantuan kerajaan bagi, cuma kita je xwat research.

Balik pada MyCreative Ventures pula, syarikat ni tau ramai pereka fesyen gah-gah kt Malaysia ni. Tapi biasalah, duit ni manalah pernah cukup kan? Oleh tu, satu inisiatif untuk tolong pereka fesyen tak kiralah baru mahupun yang veteren telahpun dilancarkan. Inisiatif ni digelar Fashion Pitch.

Tahun lepas, Fashion Pitch diadakan dengan kerjasama Fashion Valet aka kedai maya/dalam talian pertama di Malaysia. Fashion Valet ni pelopornya orang muda2 je, saya minat btol ngan Vivvy Yusof tu... Eh, sat. Ni dah menyimpang. Len kali saya citer pasal Fashion Valet. Hasil daripada Fashion Pitch yang pertama, ramai gak lah yg mohon and yang berjaya Whimsigirl, Fern Design, Pearly Wong ngan Commoddity.
Sweet couple. Vivvy and Fadza. Skarang fashionvalet.com tau. Jgn silap


Tahun ni, Fashion Pitch 2 pula dianjurkan. Bagi yang berminat, bolehlah cuba-cuba nasib. Kalau korang tk berjaya sekalipun, at least korang boleh tahu apa yang masalah dalam bisnes korang sebab korang berpeluang untuk diberi tunjuk ajar oleh panel hakim yang superb!!! Mana tak superbnya? Diorg semua otai-otai bidang fesyen tau!! Nak tau siapa? Eh, joinlah! Saya cuma leh gtau antara panel hakim tahun lepas ialah
Dato' Bernard Chandran (siapa minat fesyen tapi tak kenal dia...... sy rasa nak nangis), Fadza, Dato' Nancy Yeoh dan ramai lagi.

Nilah Dato' Bernard Chandran. Tapi sorry, he's taken.

Senang kata, company ni bukan company cap ayam yer. Judge dia bukan cap ayam, tawaran pinjaman kewangannya pun bukan cap ayam! Eh mestilah! Diorg beriya-iya tau nak tolong orang.
Setiap yang berjaya, boleh minta pinjaman kewangan sehingga RM2 JUTA!!

Ha! Sekarang dah tau cerita kan? Mak-mak bedah semua, sila tolong share and spread the news ya. Bagi yang nak cuba, cepat2 download borang kat www.mycreativeventures.com

Saper tau sebab korang apply punya pasal, tetiba jadi kaya-raya kan? Ha! Jangan lupa saya tau masa tu...
Ngahahahahha! Tak bagi duit pon xper... Bagilah sehelai dua baju n fesyen korang yang hebat-hebat tu.

Da~~~