Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock - Prettily Rare

Thursday, 28 April 2016

Tips Pilih Sunscreen dan Sunblock

Hi Uol,

Entry tips pilih sunscreen dan sublock ni kita lama dah nak tulis. Tapi kemalasan melanda. Ilham ada tapi malassss! Hey! Bak kata arwah bapak kita, mati ngan malas je yang takde ubatnya dalam dunia ni. Pffttt.... Kemalasan, please go away. Don't haunt me!


Baiklah, motif utama nak tulis entry ni sebab dah ramai sangat yang tanya pasal sunblock ngan sunscreen. Bagi mereka yang tak pernah baca entry sebelom2 ni, biar kakak hingatkan, basic penjagaan kulit pada waktu siang adalah pencuci muka sunblock dan moisturiser. Tak payah nak lebeh2 pon tak per. I ol contohnya tak suka pakai toner. Sebab rasa kering je muka. Basic penjagaan kulit ni, doktor kulit iol yang sarankan.... Sekian terima kasih.

Apa? Tak tau kenapa kena pakai sunscreen/sunblock? Hmm... setiap hari kan kulit kita terdedah kepada pelbagai sinaran yang membahayakan contohnya sinar UVA dan UVB sama ada daripada laptop atau skrin henpon yang korang baca ni ha mahupun matahari yang semakin hari semakin bahang itu. So, wajiblah pakai sunblock/sunscreen supaya bleh lindungi kulit. Barulah kulit terpelihara dan tidak terkesan. Apa kesan UVA/UVB? Ya ampun, ia boleh buat kulit kita gelap, tak bermaya, bertompok dan paling menakutkan sekali, berpotensi kena kanser kulit doh! Ha! Takut tak? Kalau takut cepat teruskan bacaan korang.



Okeh2 berbalik kepada kisah dan motif utama entry harini, Antara aduan yang saya terima tentang sebab musabab mereka takmo atau tak gemar memakai sunblock/sunscreen adalah seperti berikut:

1. Kita rasa muka kita berat/melekit/tak selesalah kalau pakai sunblock/sunscreen ni.
2. Kita pakai foundation/krim/toner bla bla bla, dalam foundation/krim/toner tu kata dan mengandungi SPF 30/50/80/100 bla bla bla, takkanlah kena pakai sunscreen/sunblock lagi?
3. Kita pakai sunblock/sunscreen muka kita jadi berminyaklah, leh goreng kuey teow tau!
4. Kita kalau pakai sunblock/sunscreen mesti kulit kita senang jadi berjerawat.
5. Beribu alasan lagi....

Ha! Cepat ngaku! Korang jenis yang macam mana?

Baiklah, meh kakak turunkan ilmu skit kat korang.... Untung tau korang tak payah bayar riban2 jumpa doktor pakar kulit, hakak yang bayo korang yang terima manfaatnya. Apa lagi korang nak? Ha, berikut adalah tips-tipsnya. Sila catat dalalm buku nota:

1.Kalau korang nak beli sunscreen/sunblock, pastikan ia adalah water-based. Barulah muka tak berat, tak kilat, tak jerawat dan tak macam-macamlah! Janganlah korang pakai sunblock banana boat yang jenis pakai untuk main air tuuuu....

2.Lagi satu, pilih sunblock/sunscreen khas untuk face punya. Janganlah dok kalut sapu sunscreen/sunblock untuk badan uol. Nanges kulit muka uol yang sensitip tu ditenyeh sunblock/sunscreen badan. Nanges tau!!

3.Ketiga, carilah sunblock/sunscreen yang tiada pewangi atau hanya mengandungi pewangi semulajadi. Barulah kulit tak merengsa.

4. Keempat. Sama cam mekap, cari je yang non-comodegenic iaitu yang tidak menutupi liang roma atau nama lainnya, pori-pori. Pasal non-comodegenic ni kakak pnah citer dulu. Mohon rajin-rajinkan diri menggodek entry lama kakak untuk menambah pengetahuan. Kata nak cantik, kenalah rajin dik oi.

5.Kelima. Carilah yang mengandungi vitamin C. Brulah kulit cantik.... putih gebu dan berseri.. Sekian.


Apa? Susah nak cari? Alahai manjanya hadek-hadek iol, Kakak dulu pakai yang doktor bagi. Memang torbaikkkkk sunblock/sunscreen tu. Jatuh cintan. Tapi tak mampulah. Nak cut cost. Menteri-menteri kan suruh kita rakyat marhaen berjimat cermat.

Cari punya cari, kakak jumpa sunblock/sunscreen yang mempunyai ciri-ciri yang serupa tapi tak sama. Tada!!!!




Korang bertuah tau sebab dulu memang most sunscreen/sunblock giler berminyak. Terpaksa kakak beli doktor punya. Agaknya pengilang-pengilang ni dah puas kne boikot ngan kakak, terus dia keluarkan sunblock/sunscreen yang mempunyai ciri-ciri idaman yang kakak nak. Sedar diri pon diorang tu kan?!

Oklah... Sekian bebelan kakak hari ini. Nasib baik tetiba rajin. Tros tulis benda alah ni. Dapatlah capai KPI individu untuk tulis satu entry sekurang-kurangnya satu bulan.

K, love you ol sebab merajin-rajinkan diri baca blog I ol yang pemalas ni.

OXOXO

Baca juga:

Rawatan Kolagen Beaute Library
Rawatan La Biosthetique Kuatkan Rambut
Pil Tranexamic Acid (Transcap) Putihkan Kulit?

4 comments:

  1. Biore Aqua ni best ke? Baca reviews macam ramai yang kata okay :)

    p/s: kalau rajin singgah lah http://husnawho.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  2. Good info hakak..thanks..lap u kakak..hihi

    ReplyDelete