Percutian ke Chengdu (3): Tips Melancong ke China - Prettily Rare

Tuesday, 21 October 2014

Percutian ke Chengdu (3): Tips Melancong ke China

Salam semua,



Dah lama saya nak tulis entry ni...Tapi tunda punya tunda... Camni lah jadinya. Harini baru terhegeh-hegeh nak menulis. Kah kah kah! Pemalas!

Oleh kerana ini kali pertama saya ke China, memang Culture Shock gilerlah. Nak tau kenapa? Teruskan membaca yer.....

Tips 1: Say goodbye to Facebook, Youtube, Blogspot, Google etc

Bagi korang-korang yang gila addicted pada facilities seperti yang saya senaraikan di atas. Ni berita buruk kalau korang nak melancong ke sana yer...... Sepanjang anda di China, sepanjang tuuuuuulah...
NO ACCESS to these facilities. So better wat mental preparation sblum ke sana. Ciumlah and bid goodbye kt sumer2 ni. Sbb korang konfem rindu hokey!!! I pegi seminggu tau! Seminggu! Seminggu tu juga mati kutu sebab xleh nk fb. Yang paling teruknya, saya tak salin pon nama2 tempat yang saya nak kunjungi tu kat mana2 sbb dengan konfiden... eleh... nanti search je la kt blogspot or google jelah. Sekali??? Hamik ko... semua kena block kt China yerr...  Mujurlah saya ada instagram sayang. Sob sob... So, take note.

Update: Boleh cuba akses semua ini menerusi Virtual Private Network (VPN) atau ada juga sumber yang mengatakan jika kita gunakan local mobile (Maxis, Digi, Celcome etc) network roaming, semuanya boleh akses seperti biasa. Saya tak pasti kerana tak pernah cuba lagi.




Tips 2: Blajo ler Bahasa Cina yer....

Apa? Nak ke Cina kena blajo Bahasa Cina.... Alah... apa ada hal? Boleh je cakap B.I. Kalau itu yang korang fikirkan... muahahhahahahahhahaa..... korang SILAP BESAR!!! Hampir 90% orang kat sana xreti cakap Bahasa Inggeris kot... Apatah lagi Bahasa Melayu??? Saya yang pandai Berbahasa Mandarin ni pong... Terkebil-kebil nak faham apa yang diorg bebel2 sebab slang Tanah Besar diorang yang pekat giler.

Yer.... Lau korang nak g ngan tour guide or rombongan memang xde masalah. Tapi siapa yang jenis suka backpack or main terjah2 je. Sila lah xpandai cakap pon, at least sediakan tulisan Cina bagi tempat-tempat yang korang nak g tu. Leh la main tunjuk2 je nanti... hehehe...  Nasib baik saya baik hati, tempat-tempat yang saya suggest semua saya sediakan dlam Bahasa Mandarin.

Lagi skali diingatkan. Print siap-siap. Jangan berangan nak google or buka blogspot bila sampai kt sana nanti. Kerajaan Cina dah block uollll.....

Update: Kadar celik Bahasa Inggeris di bandar-bandar besar seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou adalah lebih tinggi. Namun mengikut pengalaman saya di Chengdu, memang hampir semuanya tidak pandai berbahasa Inggeris.

                                               

Tips 3: Bawa bekal makanan halal

Ha.... Senang kata,... Selain daripada susah nak cari yang halal, makanan kat China ni juga mungkin tak menepati selera anda yer.... So, apa yang anda perlu lakukan ialah bawalah nasi himpit yang belum rebus tu... N sambil goreng ker... Maggi ker... Apa2lah. Supaya xdelah nangis2 n jadi kurus melidi sepanjang kat China tu.

Even saya yang tekak xbyk cekadak pun terus laju2 telan makanan fligt AirAsia yang stakat biasa2 jer tu... Apa lagi mereka-mereka yang benar-benar tekak melayu. So, please take note lagi.



Tips 4: Cara desperate nak mengenal pasti makanan halal.




Hokey... Makanan halal dalam Bahasa Cina adalah Qing Zhen 清真. So, sila print ni siap2 in case x reti cakap. Leh tunjuk je. Kalau rasa-rasa nak beli sesuatu packaged product pun. Sila cari label ni kat makanan dan minuman anda. Kalau ada, bolehlah beli.  Saya sendiri pun terjah je pasaraya diorg n yakin dan tanpa was-was beli produk2 yang ada tanda ni.



Tips 5; Jangan terpedaya dengan ulat-ulat kereta

Ya. G mana-mana, mesti diorang akan muncul. Tawarkan konon harga pling murah untuk ke destinasi yang ingin anda pergi. Don't bother to nego price with them. Terus je cari pak teksi. Sebab kat sana, wajib pakai meter. So, xdelah anda tipah tertipu. Saya dah terkono. Hahahaha... Nasib boleh claim.

Teksi kat sana Volkswagen hokey. So yg bawak VW tu xyah eksyen sangat. Kat China sekadar teksi saja.


Tips 6 : Berhati-hati dengan pencopet dan motosikal/kenderaan diorang

Okay.. Satu... G mana-mana pun, sila berhati-hati dengan pencopet sebab biasanya diorang akan sasarkan tourist aka pelancong. Kedua. kenderaan berenjin kat China ni bukannya ada bunyi sangat.
Tau2... Eh, ada kat sebelah. Serius enjin motor and kereta diorg xde bunyi. Lau diorg datang kt korang pun xsedar sebab langsung xde bunyi. Sebab tulah kat sana diorang fully utilized hon. Kalau kat Malaysia kita hon, boleh kena jari tengah. Kat sana memang dah jadi adat memandangkan kenderaan diorang xde bunyi.


Sekian tips saya dari pembaca yang tercinta. Apa? Ada soalan? Sila tinggalkan komen di ruangan komen dan saya akan membalasnya.

K. Da~~~

Baca juga:

Percutian ke Chengdu (1): Sediakan Visa Sebelum Berlepas

Percutian ke Chengdu (2): Tempat-tempat Menarik di Chengdu

14 comments:

  1. Kalau kat Shanghai ramai yang fasih berbahasa Inggeris. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat2 komersial n bandar besar lagi ramai sbb taraf pendidikan n keperluan. Tp secara umum mmg kurang.

      Delete
  2. terima kasih atas tips, amat berguna bila saya nak melancong ke china nanti. btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks follow. Sy akan follow awk juga

      Delete
  3. Haa..baru tau kat sana takleh google n fb..huhuhu..masak!!..kene manual ni..hihi

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tulah... saya dah sampai sana baru tahu. Sedih!!

      Delete
  4. Menarik entri ni Maya, saya fikir saya nak buat entri ni letak di blog dan kredit serta backlink pada blog ni .. ok ke ehh? ke tak bagi saya kongsikan kat blog?

    Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    ReplyDelete
  5. salam singgah
    dah follow dah
    mekasih sbb jenguk blog kami

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. camne nak pegi cuti kat sana.. x pandai cakap cina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je pergi ikut agensi pelancongan.... rombongan ke...

      Delete
  7. ohooo, macam mana nak cari maklumat dalam internet kat sana? yahoo bing semua takleh guna ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanina...yahoo bing rasanya boleh... boleh check infor kat wikipedia tentang senarai website yang China block

      Delete